Tuesday, March 8, 2011

Bila Semangat Datang

Aku tgh ngantuk ni. Nak check pin mana utk connector RS232 pun aku rs cam mata aku sempit sgt nak pandang pin2 tu. Sbnrnya ada 2 cara utk settlekan masalah ni:
1. Aku bukakkan mata seluasnya, jengilkan mata tu, dan bukak datasheet IC tu, dan trace pin mana yg sambung kat 4 pin ni.
2. Aku pi tanya jer hardware engineer tu. 

Penyetelan yg ke2 tu adalah nmpk sgt cara org mls, nak senangggg je keje. Nampak cam xder usaha kan? Dakper2 aku akan usaha. Tp lepas aku tido jap ok ker?

Ok, dah larik dari tajuk. Nampak sgt ngantuk kan.. Membebel benda lain. Hehehe....

Ok2....semangat apa yg datang? Hehehehe..tetiba jer aku rs cam best giler bersukan. Gelak2 jgn tak gelak.

Oklah, aku ni kan dah biasa lone ranger. Dari dulu sampai skrg. Nak2 bila kekawan dah kawin, aku lagiiiiiii lah mengasingkan diri. Mmg buat hal aku sendiri jer.

Oleh kerana lone ranger adalah besfren aku, kebykn aktiviti yg aku buat adalah aktiviti yg sesuai utk org perseorgn. Aktiviti2 yg pernah aku buat adalah pi jogging dan swimming. Dan kkdg aku pi lepak kat taman sorang2, sambil bukak buku citer. Selalunya aku buat cenggini lepas aku jogging di pagi hari. Lps penat jogging, aku akan ambik buku citer, carik tempat teduh, then lepak sorang2. 

Getah kat baju mandi pun dah mengeras. nampak sgt dah lama terbiar baju tu


Stkt ni takder org kacau sbbnya di waktu pagi masih ramai bergelumang atas katil dan paling utama, takder sapa nak kacau awek buruk.

Aku pernah la gak main squash. Tp squash memerlukan sorang partner utk bermain. Aku rs takder org nak main squash sorang2. Nanti org kata "Kesiannnnnnnnn..nampak no takder kawan".


Aku kenal squash ni zaman bljr dulu. Masuk kelab squash, padahal raket squash pun aku tak pernah sentuh, apatah lagi main squash. Aku terjebak ngan kelab tu sbb senior ajak. So main lah aku. Tp sampai skrg aku igt, senior laki aku tu jahanam. Mentang2 aku ni bodoh main squash, dia pedajal aku, maki aku suh aku balik asrama, carik kayu dan cuba main hayun. Benci aku kat dia (padahal sblm tu aku suka tgk dia). Coach yg ajar adalah cikgu English: sorang mat salleh dari London namanya Mr Richard dan cikgu pompuan cina, aku lupa nama. Hehehe.. Sbb derang ckp English, sedangkan aku broken english, lantaklah weh...asalkan aku tahu, maksudnya suh pukul bola. Kenapa mamat senior tu tetiba terjebak maki aku? Sbbnya tetiba dia kena ambik alih ajar kitaorg time cikgu2 tu takder. 

Back to present...aku asalnya main ngan kawan aku..tp dia dah pindah Penang. So takder geng main. Then aku ajak adik kawan aku main. Kejap jer sbb kkdg aku bosan sbb dia malas kutip bola. Hahahahaha. Skrg dia pun dah abis bljr dan ikut laki dia. Dan kkdg aku ajak kawan aku sorang tu. Sama gak, dia pun sibuk ulang alik Penang. So aku pun dah takder kawan utk main. Dan raket tu pun dlm store, apa ntah jadinya.

Dan aku terus sambung aktiviti persorangan aku..... sampailah minggu lepas setelah di ajak kawan utk join futsal. Dan aku tak sangka, aku terjatuh cinta main game tu. Dan tak sangka dlm aku tak reti main, rules pun ntah mana2, main rembat suka hati, kitaorg leh menang dan aku jadi salah sorang wakil yg terpilih utk main dlm team Selangor nyer kelab.


Dan today, member aku ajak join badminton nyer team plak. Sbnrnya badminton pun dua kali lima gak. Aku bukan terer pun. Takat main raket murah dpn rumah dgn bola tangkis warna warni, so what do you expect? Tp apa salahnya kan... Nak enjoy jer pun. Bukan lebih pada nak menang pun. 

Kalau pakai seksi gini, bola leh gi laju yek?

Tetiba terasa semangat nak bersukan. Rasa best ssgt. Laktu utk org yg biasa bermain secara perseorangan ni, bila tetiba bermain secara berkumpulan, jiwa dia lain macam sikit. Happy tgk kekawan happy. 

Ni tgh dok ajak kawan main squash. Dah lama tak main, tetiba ari ni gian nak main... ;)

4 comments:

Cik Liza said...

celamat bersukan.. :)

plug2pin said...

thanks ;)

hk said...

Ok pi training lagi, nanti kita lawan haha

plug2pin said...

hek eleh...poyo jer...
belanja makan dulu..hahahaha