Tuesday, January 15, 2013

Hjh Rohani Mohd Shahir - Ke mana Wang Anda

Skrg ni tgh training tp mata pedih gila (read:ngantuk). Try my best utk celikkan mata dan pay attention what he say but failed!.

Suddenly terpikir nk update blog. Aiyooo...

My latest book yg aku dh abis baca adalah buku ni. Sbnrnya dh abis awal bln ari tu. Smbl menunggu my turn utk jmp Dr, berjy abiskan buku ni. Good thing to do masa wait for ur turn sbb x terasa langsung masa berlalu. Sedar2 buku dh abis bc dan just wait few minutes, ur name called.

There are many tips given by this author. Make me realize a lot of thing. I dont know how to share and explain about that. The best way is go to bookstore and buy one and read it.

I have my own plan and budget plan. But most of things adalah utk current situation. Never thinking about my future..means after retirement. Where do i get money to survive. So this books explain more about it and makes me to plan for my future.

This book is good and recommended. So grab one!

Wednesday, December 19, 2012

Fauziah Ashari - Duri

Masa tgh dinner isnin mlm ari tu, tertgk satu drama lakonan Sheera Ayub (yeke yek namanya) bertajuk Duri.
Smbl teman abah tgh mkn, mata aku ralit tgk drama tu. Cam menarik dramanya tp sbb x tgk asal citernya, jd cm blur apa kisah sbnr citer ni.
So lps dinner aku masuk bilik,check kt internet sinopsis citer ni.
Hasil carian, rupanya citer tu diangkt dr novel Fauziah Ashari.
Rs x puas utk tunggu drama tu yg akan bersmbg, aku decide lbh baik aku cr novelnya.
Kebtln adik aku pada ketika itu ada kt Popular, so apa lg, suh la dia carik.

Novel ni aku suka sbb citer dia lain dr yg lain. Kalau kbykn citer asyik heroin jadi baik,org buli pun terima ngan redha je, tp citer ni psl Sufi yg nk bls dendam terhdp keluarga mentuanya terutama ibu mertuanya yg berlagak tu.
Sufi terpaksa berkawin dgn tunangan adik dia slps adik dia menghilangkan diri utk mengejar cita2 mbuatkan Muzafar bengkek.
Laki bini berkawin dgn misi masing2.
At the end, mmg happy ending..hehe

Nak lbh tahu better baca sendiri...
For me ratenya 4/5 sbb aku suka citer yg x meleret psl cinta cintun ni and citer dia lain yg lain. Bkn cam standard citer, pompuan rela didera perasaan demi cintanya dn asyik nangis je. But citer ni tunjuk kerasnya hati wanita tu bila diri dn ibunya dihina.

Tuesday, December 11, 2012

Prof. Dr. Muhaya - Bahagia & Membahagiakan

Dah lama mencari buku ni. Tapi punyalah susah nak jmp.
Hampir nk beli secara online tp mls tul nk beli online so cancel the order.
Until one day kt KLIA lepak kt satu kedai buku,ternmpk kt kaunter, terus ambik dn byr. Takut kalau lps ni dh susah nk jumpa.
Alhamdulillah.....

Plan nak abiskan satu buku utk satu minggu. Buku berlambak dibeli tp x dibaca sbb tulah cuba nk guna kaedah ni. Insyaallah menjadi...

So utk minggu ni berjy abiskan satu buku ni. Alhamdulillah.

Buku ni bagus. Ajar bagaimn nak jd lebih positif. Bila kita lebih positif, insyaallah hati kita jadi tenang.
Bila hati tenang, hidup kita pun lebih bahagia...

Bak kata Dr, buat apa kita abiskan sisa hidup kita dgn pikirkan kesalahan org lain thdp kita dn kita dok sakit hati..lbh baik kita maafkn derang, move fwd dn pikir perkara yg membhgiakan...so that kita pun gembira. Adalah lbh baik kita isi sisa hidup kita ni dgn perkara2 yg membhgiakan....

Recommend this book to my frens....semoga hidup kita semua lbh ceria dan bahagia....Amiiinnnn...

Books

Ke hulu ke hilir bwk dua buku ni.
Satu buku to read and 1 book to exercise ur brain.
Too addictive to play who-doku (just like sudoku tp using alphabet and at the end u can figure out the answer for the puzzle/quiz) so after 1 chapter, I can play 1 puzzle as a reward for me to read a book. hahahahaha...ala2 satu booster utk baca buku.......
KONONnya....

Thursday, December 6, 2012

Ulat Buku

Untuk sapa2 yg ulat buku, leh join sama2 meramaikan org kat sini. Aku bukan ulat buku, tp aku pembela kulat buku....beli buku utk diperam sampai berkulat!

http://www.bigbadwolfbooks.com/



Thursday, September 6, 2012

Motivasi 2

Aku ni kalau bercerita, tak reti nak potong2…tu yg kkdg pjg lebar last2 sekali terasa melalut pun ye gak. Nak2 plak aku ni bukan jenis pandai buat ayat bg org rs interesting…tp buat org rs cam nak tido lagi la… Dakpelah, at least ajar aku rajin sikit nak nulis. Ni asyik2 karang virtually dlm kepala jer. Lepas tu hilanggggggg….

Bab2 motivasi ni, bg aku la, nak bg positifkan kepala otak ni, tak semestinya baca buku2 motivasi jer, but also dgn gi dgr2 ceramah dan jugak baca yg org2 paste, share kat FB or blog dll. Lps baca tu, cuba pikir sedlmnya..bukan baca tajuk jer then klik share lepas tu ignore.

Rezeki
Pernah dgr satu ceramah dulu. Ustaz tu ckp, kalau barang kita hilang or kena curi, kita tak yah la nak bising2 sgt, marah2 sgt, nak sedih2 sgt. Sbbnya rezeki tu semua dari Allah. DIa berhak bagi dan tarik bila2 masa jer.

Dan kalau Dia tarik tu, pikir2 la blk. Adakah brg tu kita dpt secara halal atau tak? Tak halal tu bukannya maksud kita mencuri brg tu, tp duit yg kita guna utk beli tu adakah sumber halal? Kalau kita kata, of course, tu halallah sbb tu duit hasil kita bekerja, duit gaji tiap2 bln. Tp tanya diri kita blk, adakah 8 jam setiap hari kita kat ofis tu, kita betul2 buat keje ofis? Kita dibyr gaji utk peruntukkan 8 jam kt ofis utk buat keje ofis..bukannya buat keje2 personal.

Dan kkdg rezeki itu ditarik blk kerana mungkin, sbnrnya tu bukan hak kita, tp sbnrnya hak org lain.

Ok, aku insaf kejap lps dgr ceramah tu. Dan sejak tu, setiap kali brg aku hilang, or kena curi, aku igt kata2 ustaz ni. Dan alhamdulillah, setiap kali tu gak, hati aku lega.

Kereta aku pernah kena pecah org. Masa mula2 tu bengkek giler. Tp aku igt blk kata2 ustaz tu. Alhamdulillah, kejap jer aku dah hilang perasaan marah tu. Kenapa aku nk marah2 sedangkan semua tu hak Allah. Dia bg aku kejap jer. Bagi merasa org kata. Dan mungkin bukan rezeki aku dan mungkin cara ni jer dpt ‘bersih’kan diri aku dr benda2 kotor. Alhamdulillah.

Dan aku pun x th sejak bila, tetiba aku jadi amat pemurah. Aku percaya pada Allah, kalau kita buat baik, Allah akan bagi kebaikan utk kita. Tp kalau kita wat jahat, Allah akan bg kejahatan utk kita. Dan kalau kita wat baik, tp kita dpt sblknya, jgn kita bersedih, tp anggap jer Allah bg ujian kat kita, nak test tahap iman kita. Dan sbnrnya Dia nak bg yg jauh lbh baik utk kita. Insyaallah lps tu hati kita rs lega.

Mmg kkdg timbul perasaan kedekut dlm diri kita nak bg sedekah kat org. Ngan alasan, aku pun ada ciput jer, ada hati nak bg sedekah kat org. Tp bila kita percaya, itu semua adalah rezeki dr Allah, dan mgkn Allah nak suh kita bljr berkongsi, insyaallah, kita akan jadi lebih pemurah. Dan insyaallah, Allah lg suka nak limpahkan rezeki utk kita.

Kkdg timbul gak perasaan..asyik aku jer kena kuar duit….asyik2 aku jer yg kena jadi pemurah…tp org lain? IShhhhh…tak baiknya aku. Mujurlah kata2 ustaz tu melekat kat hati. Mula2 tu marah2 gak dlm hati, makan dlm….tp bila pikir, smp bila kita nak marah2? Kita ni bagus sgt ker smp kita rs tu semua hak kita?

Alhamdulillah, sejak dua menjak rezeki sentiasa tidak putus. Kalau aku sesak sekali pun, mesti tak smpt nak mengeluh, ada jer bantuan mengejut yg hadir. Alhamdulillah. Tu yg buat aku lagi suka nak memberi.

Aku bersyukur Allah sentiasa bg aku ingtn utk aku terus beriman utk Dia. Tu yg kkdg aku risau ssgt kalau tetiba timbul perasaan muak dan mls utk meneruskan benda2 positif ni. So semoga Allah cekalkan hati aku dan semoga org2 sekeliling juga sentiasa beri aku dorongan. Insyaallah….

Aku pun bukannya baik pun. Sapa yg kenal aku, tahulah aku ni camner. Bukannya minah surau pun. Bukannya minah tudung labuh pun. Tp insyaallah aku harap ssgt iman itu sentiasa ada kat hati aku dan semoga aku berubah menjadi org yg lebih baik lagi.

Aminnn….

Wednesday, August 29, 2012

Motivasi

Months ago, I went for interview. During the interview, interviewer asked me:
Buku apa yg last kamu baca?
Saya lupa tajuknya sbb saya baru jer baca bbrp page. Tp buku pasal motivasi, dari HM Tuah.

Ok, buku apa yg last kamu baca sampai habis?

Yg saya igt, buku motivasi, tajuknya Nak Tak Nak kalau tak silap saya, dan pengarangnya HM Tuah.

Blh citer sikit tak pasal buku tu.

Ok, buku tu citernya….bla bla bla…..

Dari apa yg awak ckp, cam awak ni suka buku2 motivasi.

Yup, sy suka baca buku2 motivasi.

Ini bermakna, awak ni seorg yg tidak bermotivasi….
Tidak, sy baca buku motivasi supaya diri saya sentiasa bermotivasi dan tidak down. Tipula kalau kita ni tiap2 hari sentiasa bermotivasi. Mesti dalam hari2 tu, akan timbul rs down dan demotivated.
Hmm….(angguk kepala)
Camner korang pastikan korang sentiasa ceria, happy, dan positif?
For me, setiap kali baca buku motivasi, aku rs cam bersemangat. Seolah2 cam baru kena brainwash. TAPI…make sure perubahan itu berlaku secara cepat dan maintain. Kalau tak, dua tiga hari selepas tu, kembali pada normal. Maksud normal tu, bukannya maksudnya aku kembali jadi negatif, penyedih, dll…tapi aku just jadi normal person yg time kerja kkdg gi buat benda alah lain, rs mls nak buat itu ini….just like that….cam normal person lain.
I don’t know since when, aku dah ada cara baru untuk make sure aku sentiasa motivated. BUT, I have to make sure, hati ni sentiasa igt Allah.
Aku pun tak sure, bila Allah bg aku hidayah sebegini rupa. Tp aku amat bersyukur dan aku harapppppppppppp ssgt, aku tak rasa boring dengan apa yg aku dpt ni.
Setiap org ada kepercayaan kan? For muslim, kepercayaan adalah terletak pada tuhan kita, ALLAH.
Itulah tmpt bermulanya kita untuk motivate diri.
Kita perlu tanya diri kita…. Siapa kita? Siapa Allah bagi kita?
Aku sbnrnya tak reti nak elaborate sgt… But harap fhmla apa yg aku nak citer kat sini.
Aku bukannya sorang yg baik pun, byk gak dosanya ni……byk sgt flaws nyer…So this is how aku muhasabh diri time aku terlupa siapa diri ni. Mungkin korang leh cuba and see the result.

Aurat
Bab2 tutup aurat ni pun, aku sbnrnya masih lom sempurna. Aku start bertudung pun sejak zaman drjh 6. Tu pun dipaksa oleh ayah. Mmg rs tak ikhlas pun nak pakai. Kkdg dpn parents aku pakai tudung, jauh dari derang, aku bukak tudung. Jahat kan. Nak2 aku tak fhm, kenapa kekawan tak kena paksa pun pakai tudung…like org lain ckp….buat benda tak ikhlas kan..tunggu la ikhlas dulu.
But, skrg ni aku bersyukur ssgt dengan apa yg dibuat oleh ayah aku. Cuma silapnya, parents aku tak explain dulu kenapa aku disuruh pakai tudung. Yea, mmg la itu adalah suruhan agama, but perlu diexplain secara logik kenapa agama suruh kita pakai tudung.
Bila dah besar ni, dah blh pikir sendiri, carik sumber sendiri, baru fhm serba sedikit. Mmg kita disuruh mencari ilmu dan bljr. Bila kita mencari….akan lbh byk ilmu yg kita jumpa.
 

Summary from this…mmg byk faedah yg aku dpt dr sini.
1. Prevent aku dari buat benda2 tak elok. Aku ni jenis yg panas gak ler. Dan jenis ikut kepala otak mereng aku ni. Itu yg aku ckp kat kawan aku..”kalaulah aku ni tak pikir yg aku pakai tudung, dah lama dah aku pi berjimba kat disko2 dan hisap rokok time aku tension2.” Bukannya susah pun..aku ada je kawan yg pi masuk kelab, bukak tudung…keluar kelab, pakai blk tudung. Winking smile. Rokok??? Pernah dua kali aku curi2 hisap rokok daun arwah pakcik ngan tok aku masa aku kecik2. Kalau dah besar? Berlambak aku leh dpt.
 

2. Bila pikiran jahat kuar suh bukak aurat….aku pikir balik….. badan kita ni hak Allah. Siapa kita utk mencacatkan hak Allah. Kita yg dipertanggungjawabkan di akhirat kelak kalau kita tak amanah dlm menjaga tubuh badan yg Allah amanah kan untuk kita ni…. Insaf jap…huhuhu…
 

3. Sampai bila kita nak tunggu ikhlas baru nak pakai tudung? Konsepnya, cam org gaji ngan majikan. Majikan bagi macam2 kat org gajinya..bagi mkn, bg tmpt tinggal, bagi gaji…mcm2 dia dapat. Kkdg org gaji lebih2 plak, minta mcm2 lagi ngan majikan dia. Kkdg majikannya uji dia dgn tak bg apa yg dipinta, kkdg bg. Org gaji ni, bila tak diberi apa yg dipinta, dia akan rs marah kat majikannya. Rs majikannya unfair. But bila majikannya minta dia buat keje, org gaji ni ckp…”Tuan, keikhlasan utk buat keje tu lom tiba. Tunggu saya betul2 ikhlas baru sy buat keje. Sy tak nak buat keje dlm keadaan tak ikhlas. Nnt buat keje sprh jln, wat per. “

Solat Sunat
Start bljr solat sunat sejak sekolah. Zaman arwah nenek dok ngan kitaorg. Arwah nenek byk ajar aku dekatkan diri ngan Allah. Mmg zaman tu aku budak baik yg sentiasa cuba dekatkan diri ngan Allah.
But, biasalah aku ni. Cam lalang……Buat bila org sekeliling buat. Kalau tak, jgn harap nak buat.
Now…….semuanya bermula dengan masalah yang aku hadapi. Betullah apa yg dikata…Segala dugaan yg Allah beri sebenarnya adalah bersebab. Perkara yg kita nmpk sbg satu masalah utk kita, tak semestinya ia adalah perkara –ve. Mungkin –ve at the surface, tp sbnrnya ada benda baik yg Allah nak beri pada kita.
Disbbkn masalah tu, asalnya nak avoid org dgn park kereta kat tmpt lain, tp lama kelamaan jadi selesa plak dgn tmpt parking tu. Dr tmpt parking ke bilik ofis, memerlukan aku melalui surau. Setiap hari aku lalu surau. Syukur alhamdulillah, Allah detikkan hati aku ni dgn perasaan bersalah. Dah alang2 aku lalu surau, why not aku singgah skjp sekadar utk solat sunat Dhuha?
Dari perasaan sedih sbb nak avoid org….kepada perasaan bersalah….
Dari perasaan bersalah tu, aku paksa diri aku utk solat sunat Dhuha setiap kali aku lalu situ. Lama kelamaan menjadi satu kebiasaan. Dan aku akan rs berdosa kalau aku skip.
Dari solat Dhuha, aku upkan ke solat tahajjud. Asalnya, bgn pagi utk sahur puasa ganti. Tp dah alang2 bgn, why not solat sekjap yg tak sampai brp minit pun…Asalnya dibuat secara paksaan sbb rs bersalah, lama kelamaan menjadi kebiasaan… walaupun bukan utk bersahur, alhamdulillah, kul 5 pagi, aku akan bgn utk solat sunat.
 

Summary from this……byk faedahnya tau
1. Mmg asalnya dari terpaksa, tp bila selalu dibuat, insyaallah ia akan menjadi kebiasaan. Sbb itulah, why not kita paksa jer dulu diri kita buat something..but make sure benda baik…insyaallah lelama benda tu menjadi kebiasaan utk kita.
 

2. Allah menjanjikan kebaikan utk kita kalau kita sentiasa beribadah padanya. Kalau baca benefits of solat Dhuha ni….byk…but main thing is supaya dimurahkan rezeki. Jgn kita rs bersedih kalau kita tak dpt apa yg kita nak. Tp anggap itu adalah dugaan darinya sbb sbnrnya dia nak bg yg lbh utk kita. Apa yg aku perasan….mmg terasa sgt nikmatnya solat Dhuha ni. Bab rezeki….alhamdulillah. Kalau dulu, aku tak th mn peginya duit aku..asyik sesak jer. Tp now, aku plak yg pelik, mn datangnya duit2 ni. Rs cam tak caya plak bila dpt gaji, byr semua hutang piutang, still ada byk lagi balance. Dan aku rs bersyukur ssgt sbb aku tak pernah lagi rs sesak cam dulu. Ada jer rezeki yg tetiba dtg time2 aku tgh perlukan duit or apa2. Alhamdullilah….. Aku ada gak diskus ngan kekawan yg amalkan solat Dhuha ni. Sama gak experience yg derang hadapi cam aku. Alhamdulillah

So kekawan….jom solat sunat… Insyaallah kita dimurahkan rezeki… But, yg penting perlulah redha dgn segala dugaan yg Allah beri. jgn la plak solat dah byk buat, tp tak nmpk hasilnya, kita dah give up. Kita percaya pada Allah, Dia yg Maha Mengetahui apa yg terbaik utk kita. So letakkan kepercayaan padaNya. Kita mungkin tak dpt apa yg kita nk sbb Allah nak bagi benda lain utk kita yg jauh lebih baik dari yg kita nak tu.

To be continue….