Monday, January 3, 2011

Aisha Hamza - Kau Milikku


Start Sabtu ari tu sampai la mlm td, aku melayan novel ni. Mlm td berjaya gak aku abiskan. Buku ni adik aku yg beli. Tetiba Sabtu tu terasa nak baca bacaan ringan, so aku capai novel ni. Byk lagi novel yg lom dibaca. Insyaallah aku akan abiskan satu2 sampai dah takder dah novel yg lom dibaca. Takat ni aku berjaya gak abiskan satu buku motivasi. Dan sikit jer lagi nak abiskan novel English tu. Insyaallah, mlm ni nak try abiskan gak novel English tu.

Pasal citer ni....for me ok lah....Tp still standard citer, mesti Hero anak org kaya, hensem, pakai kete mahal. Susah tul aku nak jumpa citer pasal lelaki biasa2 jer...mungkin nanti musnahlah kot impian semua org kan..hehehe... Mungkin itulah impian semua org, mesti nak yg best2 jer kan.. Standarddddddddddd...

Satu jer kelainan bagi citer ni, Heroin dia digmbrkn sebagai wanita biasa yg mempunyai badan yg besar (aku tgk gmbr penulis dia kat blkg cam gempal2 sikit, mungkinkah dia gmbrkan diri dia? hehehe). Tp masih standard, pompuan tu anak org kaya, dan disukai ramai kecuali awek Hero..

Dan seperti biasa, kalau Hero sebegitu rupa, mestila ada awek cun kan? Standard, model la kan.... Camner kalau tukar plak, awek Hero tu biasa2 jer? Hehehe...

Bila baca citer ni, terus aku teringat tentang citer Korea, My Lovely Sam Soon. Satu2nya citer yg aku rs lain dari yg lain. Pesal aku kata lain? Sbbnya heroin dia badan gempal tp hero hensem, kaya, idaman ramai wanita. Selain tu, satu2 nyer citer yg aku rs heroin pertahankan pakwe dia. Maksud aku, kalau citer lain, heroin dia, kalau bercinta ngan hero, then tetiba awek lama hero dtg, ugut jgn kacau pakwe dia, mesti dan2 tu gak heroin akan menjauhkan diri konon baik sgt la rela menyerah pakwe pada org lain.. Tp yg ni lain, camner pun, pertahankan gak pakwe dia. Peduli la org tu nak rebut camner pun. Yg pasti dia yakin walaupun dia hanya wanita biasa yg so-so.

Berbalik pada citer ni, blhlah layan. Ada la kelainannya bila digmbrkn heroin tu sorang yg biasa2 jer. Ni aku tempek dia nyer sinopsis ambik dari laman web Kaki Novel.

Dizyan Farhana, seorang gadis yang memiliki rupa paras yang menawan tetapi disebabkan badannya yang gempal, dia selalu dijadikan bahan usikan teman-teman sekolah. Tidak terkecuali juga Fezrull Faizal. Bermacam perkara yang dilakukan oleh Faizal dan ahli kumpulannya.

8 tahun berlalu, tanpa disengaja, Faizal dan Dizyan bertemu lagi. Tetapi kali ini di tempat kerja di mana Faizal lebih berkuasa. Demi dendam lama yang masih belum padam, Dizyan disuruh bekerja sebagai pembantu rumah di banglo milik keluarganya. Tanpa disangka, terjadi satu peristiwa yang mendesak mereka untuk bersatu sebagai suami isteri. Adakah penyatuan mereka sebagai suami isteri mampu meleraikan ikatan permusuhan yang terjalin sedari mereka kecil lagi? Adakah wujudnya Ku Zhety sebagai ‘kekasih’ Faizal menyebabkan Dizyan merasa jauh hati atau sebaliknya? Mulanya kebencian dan penindasan semata kemudian akhirnya kerinduan dan kasih sayang bercambah sedikit demi sedikit walaupun pelbagai badai datang melanda. Tetapi, kisah hitam yang terjadi kepada Dizyan menghalang hati mereka bersatu. Lebih sadis apabila bahtera rumah tangga yang dibina musnah tanpa sempat kebenaran dibongkar. Faizal dengan cemburu dan egonya, Dizyan dengan sabar dan redanya. Adakah mereka akan kembali bersatu membina keluarga yang sempurna?

No comments: