Monday, January 3, 2011

HM Tuah - Nak ke Tak Nak




Buku ni sbnrnya dah lama giler aku beli. Ada la kot 5 thn lepas agaknya. Tp cam biasa la, aku ni baca sprh, then tinggal, lepas tu cam tak best kan baca start tgh2. So start dari awal balik, then tinggal di tgh jln. Bak kata HM Tuah, Nak ke Tak Nak baca sampai abis ni? Hehehehe

Lelama buku ni pun dah lunyai. Mujur tak koyak jer lagi (ke dah ada yg nak terkoyak?). Tp dah uzur giler la... Nampk sgt aku ni teruk kan? X ambik sgt pengajaran kan?

Whatever org kata pasal author ni, for me, aku suka jer baca pasal bab2 motivasi ni. Nak2 kalau gaya tulisan rileks cam ni. For me, siapa org tu, dia bljr takat mn, uni biasa ker apa, yg penting apa yg diucapkan tu kita leh ambik pengajaran ke tak? Apa guna kalau bljr uni top 5 in the world pun, tp ckp ntah apa2, what for kan?

So far, aku mmg suka la gaya penulisan bershj dia. Cam aku baca citer jer. Aku ni tak minat sgt baca ayat2 formal ni. Nanti aku cepat bosan. Cuma kkg masa yg tak izinkan aku baca sampai abis buku2 dia. Mmg berlambak la buku2 dia kat umah aku ni.

Pasal buku ni, bila aku baca, buat kita yakin ngan apa yg kita nak buat. Yg penting, tanya diri sendiri, kita nak atau tidak capai apa yg kita mahu. Kalau kita nak, apa yg kita perlu buat? Apa usaha kita? Bila abis jer baca buku ni, buat aku pikir, apa usaha aku selama aku hidup ni? Nampak sgt aku ni byk tak usaha utk capai apa yg aku nak dlm hidup aku. Hopefully this year, I'll try my best to achieve it.

Ni aku dptkan sinopsis dari MPHOnline. Nak tahu lbh lanjut, better baca sendiri. Sbb dia buku motivasi, bukan buku cerita yg blh kita cerita balik perjlnn kisahnya.

'Nak ke Tak Nak' membawa satu kelainan dalam dunia motivasi tempatan. Jika sebelum ini Dr. Tuah lebih cenderung kepada fakta dan kajian, kali ini beliau memaparkan konsep lebih ringan dengan cara pengolahan yang agak santai. Apa yang menariknya, kebanyakan bab berpaksikan kisah-kisah benar berteraskan teladan dan pengalaman yang meningkatkan lagi tahap motivasi diri anda. Selain itu, buku ini juga memberi peluang kepada individu untuk membina keyakinan diri dan kejayaan tanpa rasa takut untuk gagal. Gagal itu mungkin membuka peluang untuk kejayaan yang lebih besar.
Semuanya terletak pada hati. Kalau hendak seribu daya, nak ke tak nak, jawab sendiri!

No comments: