Wednesday, May 18, 2011

Siti Rosmizah - 7 Hari Mencintaiku




Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.

“Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawak cermin ke suluhkan muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati! So…apa kata kau berambus sekarang! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau!” 

Aduhai! Angkuh sungguh kata-katanya. Bungkam seketika Khuzairi mendengarnya. Jauh di sudut hati dia mula bertanya, sampai bila dia mampu untuk terus menahan makian dan hinaan yang di lemparkan oleh gadis ini? Sudah lalikah telinganya? Sudah matikah perasaannya? Tidak ke dia kecewa? Tidakkah dia terluka? Khuzairi mengangguk perlahan.

“Ya, aku juga manusia biasa, aku ada hati dan perasaan, tapi aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa, demi satu amanah aku harus menelannya, demi satu amanah aku harus terus bersabar….” 

Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita? 

Lupakah Mia Adriana, hidup ini bagaikan putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya. 
 


Sbnrnya sinopsis atas tu dari kulit blkg buku tu. Aku tak sempat nak snap novel ni sbb kawan aku pinjam. So aku google jer gmbr dan sinopsis dari kulit buku ni.

Adik aku beli buku ni masa Pesta Buku kat PWTC dan kebetulan penulis dia ada, so derang siap minta autograf lagi. Aku cam biasa lah kan, mmg tak beli novel melayu sbb tu tugas adik2 aku. Aku tak berani nak beli takut terbeli buku2 yg derang dh ada. Derang ni kerap gak beli buku. So aku ni tukang baca jer.

Lps balik dari Pesta Buku, dua adik aku tu ambik turn baca. Dahler buku tebal giler. Lps dua2 dah abis baca, adik bongsu aku before balik kg, dia tinggalkan buku tu kat meja solek aku. Bermlm2 gak ler aku tak sentuh pun buku tu. Xder perasaan pun nak baca. Then one night, aku takleh tido, terus aku capai dgn alasan utk bg aku cepat ngantuk. Tp sekali bukak jer, aku baca sampai kul 4 lbh pg. Tu pun sbb aku ngantuk giler2 sampai takleh nak bukak mata. Rsnya kalau tak pikir ngantuk, sampai abis la kot aku baca, Dahler buku tebal giler.

So bagi aku, citer ni mmg best. Aku bg rate 4/5. Mmg menarik. Cam sinopsis kat atas tu la, citer dia pasal Khuzairi ni terpaksa kawin ngan Mia pasal kes masa ari kawin Mia, tunang dia tak dtg sbb lari ke Paris sbb nak kawin org lain semata2 sbb duit. Dan dlm masa yg sama, pedajal Mia dan ayahnya dgn tak byr duit yg dipinjamkn oleh Mia pada derang duit amanah dari company ayah Mia sehingga kelayakan lawyer Mia dan ayahnya ditarik dan derang muflis.

So ayah Mia agaknya tahu ajalnya dah makin dkt, dia minta Khuzairi kawin ngan anak dia sbb dah takder sesapa dah yg dia rs dpt jaga Mia sbb mak Mia pun lari gak dulu kejar jantan lain. Mia dalam keterpaksaan kawin gak ngan Khuzairi.

Slps arwah ayah Mia meninggal, Mia plan nak ikut mak dia pi Australia. Tp berjaya dihalang oleh Khuzairi bila pikirkan amanah arwah mentuanya. Dan akhirnya Mia terpaksa ikut Khuzairi tinggal bersama dgnnya di kg. Dan bermulalah kisah hidup mereka berdua....

Nak tahu lanjut? Korang baca sendirilah kan.. Nanti tak thrill plak kalau citer semua. Yg pasti citer ni happy ending ;)

Aku kan cam biasa kalau baca novel ke, mesti aku cuba imagine watak2 dia tu camner. So masa baca buku ni, aku dok imagine ramai la pelakon2 yg ada kan. Semua cam tak sesuai, dan tetiba jer aku terbyg si Remy Ishak. Cam kena plak..hahaha..Pedulik la kalau org lain kata tak sesuai..Ni aku nyer otak jer mengimagine, korang imagine jelah org lain kan.

Kalau sblm ni, aku tak ambik pedulik pun ngan si Remy tu. Kalau ramai yg suka kat Remy pasal kes citer Nur Kasih, aku plak tak suka watak dia. Sbb bg aku Adam tu jahat. Masa nak kat Kat, buat bo layan kat Nur, bila suka kat Nur, buat endah tak endah kat Kat. Nyampah aku laki cenggitu.

Tp Khuzairi punya pasal, tetiba aku jadi suka tgk Remy ni semata2 sbb aku bygkn watak Khuzairi ada pada dia. Hahahaha...mmg aku tak kenal semua artis kat Malaysia ni in real life..so aku hanya bygkan karektor based on lakonan2 depa sblm ni. 

Aku rs aku kena baca buku lain plak lah. Sbb sampai skrg dok angau ngan Khuzairi..hahahah


2 comments:

lay D kro Nique said...

wakakakaka.... terbuai2 dgn story nampak.. ^_^

plug2pin said...

tu la pasal...hahahaha...teruk tul...kena twist kepala otak ni