Monday, May 16, 2011

Pasal Lif

Baca blog HK, tetiba teringat pasal kejadian kat TBS (Terminal Bersepadu Selatan).

Ari Sabtu lps, lepas gi jamuan harijadi anak pada seorg kawan, dah alang2 keluar, aku ngan adik pi lah ke KL Sentral utk beli tiket keretapi. Sbnrnya dah lama plan nak balik kg dgn keretapi. Sajer aku nak adventure. Dah lama giler tak try naik public transport utk blk kg.

Mmg menjadi kebiasaan, aku selalunya jarang yg amat la kalau nak masuk KL tu pi ngan kete. Selagi aku leh guna LRT dan tanpa kerumitan, aku lbh suka guna public transport. Tp kalau dh th kemungkinan akan bawak brg berat, so nak tak nak, terpaksa gakler bawak kete sampai KL.

Tp Sabtu ari tu, dah stkt nak pi beli tiket keretapi jer dan sambil tu menunggu adik dari JB yg akan tiba kat TBS ni gak, so aku park jer kete kat TBS ni. Free lagi ;)

Menunggu komuter adalah membosankan. Sbb dia bukannya kerap pun sampai cam LRT. Menunggu the next tren memakan masa hampir stgh jam. Huhhhh

After menunggu almost 20 minutes, dpt gak ler naik komuter dan terus ke KL Sentral. Kitaorg beli tiket pi balik, dgn anggapan mmg takder plan nak ke mana pun. Tp bila komuter berhenti kat Mid Valley, dan2 jer kitaorg plan nak singgah jap kat situ on the way back.

Sbb dah beli tiket gi balik, so nak tak nak, terpaksa la beli satu lagi tiket utk ke mid valley. Padahal kitaorg pi sana pun, tak th nak wat apa pun. Kitaorg dua org mmg bukan jenis kaki shopping pun. Tgk brg pun tanpa perasaan. CUma aku beli la sandal hitam sbb selipar yg aku dok guna tiap2 hari tu, dah berlubang kat tumit. Senang nak pi balik ofis or nak ke mana2.

Kitaorg sbnrnya dah agak, mesti kat Mid Valley smpt brp minit jer. Sbbnya nak menunggu komuter pun dah makan masa. Adik dari JB naik bas kul 3.30, dan kitaorg bertolak pun dlm kul 4 lbh. Solat Asar kat TBS, menunggu komuter almost 20 minutes, then nak menunggu balik ke Mid Valley, dah ambik brp jam dah kat situ. Br jer jejak MV, adik msg kata dia dah kat Nilai. So smpt round kejap jer, then terus tunggu komuter.

Smp TBS, jumpa ngan adik then kitaorg solat dulu before balik. Sbb kitaorg kat L3 tp kereta kat L1, kenalah naik lif sbb aku gayat tgk dia nyer escalator.

Skdr hiasan

Kat dpn lif ni, adalah satu famili ni. Anak laki+bini dia kot, then makcik dua org (mak pada si laki tu kot sbb dia panggil mak). Aku pun tak th la derang ni dari mn. Nak kata org "bandar" sgt, nmpk cara berpakaian, cam org2 kg biasa jer. Tp cara derang cam org lain tak reti naik lif, depa jer yg reti naik lif.

Kat situ ada dua lif. Satu lif tgh on the way dan satu lif tu dah penuh. Aku dah perhatikan dari awal lagi. Si anak laki dia dok suh mak dia tekan button lif sedangkan lif yg penuh org tu, lom lg tertutup pintunya. Dlm dua kali mak dia tekan, dan of course la kan takkan menyala selagi pintu lif yg ada tak tertutup dan blah kan. Sbb mak dia asyik dok tekan, so lif yg penuh tu tak dpt la tutup pintunya dan org2 dlm tu cam muka dah semacam.

Aku tunggu jer, dok pikir kalau makcik tu tekan lagi, aku nak sound jer. Tp mungkin sbb derang tgh khuyuk borak, mak dia lupa nak tekan lagi sekali. so at last, pintu pun tertutup. Bila tgk lif dah blah, aku pun cepat2 la tekan bg next lif berhenti. So bila lif satu lagi sampai, si anak makcik tu, jeling giler2 kat aku. Br aku perasan, dari start aku tekan button lif, sampailah aku masuk lif, jeling cam nak mkn org. Agaknya dia nak gak mak dia yg tekan, aku tak layak utk tekan kot.

Sbb ramai org, so ramai la masuk lif tu. Bg aku tak salah pun ramai2 masuk lif tu selagi leh masuk. Tp makcik ni bebel2, tak bg org ramai masuk. Dok la bebel2 kata lif dah penuh, padahal aku tgk masih ada ruang.

Then bila lif tu dah nak start tutup pintu, of course dia bg signal bunyi. So makcik ni dok marah2, suh org dpn kuar. Dia kata dah penuh, lif dah bunyi pun dah. Aku tahan jer sabar. Dan punyalah kesian kat mamat dpn tu, terpaksa la kuar walaupun ruang byk lagi.

Padahal kalau ikutkan, kalau overload, pintu takkan la tertutupkan. Dahler mamat tu terpksa kuar, bila pintu dah tertutup pun (of course bunyi tetap ada sbb signal utk pintu tu tertutup), makcik tu still membebel2. Kata semua degil, taknak kuar padahal dah penuh. Aku nak jer sound makcik tu, Tp pikir dia tu dah tua. Sabarrrrr jer...

Mujur derang turun satu tingkat jer. Membara jer semua org. Lps derang kuar, mereka2 yg ada saling senyum sesama sendiri... Adik laki aku siap ckp, nak jer sound makcik tu suh senyap. Tak pun kalau dia bising2 suh kuar, nak jer suh makcik tu yg kuar. Buat sakit telinga jer... Hehehehe

2 comments:

lay D kro Nique said...

tu namanya mental problem.. huhuhu

Wangi74 said...

Haha..lifpsychiotic..hehe