Thursday, May 19, 2011

My Dressing

Kalau sapa kenal tgk aku, derang th aku ni mmg selekeh. So atas sbb keselekehan dan muka yg comot, kalau agak2 byg2 aku nk terbit tu, cepat2lah org pandang tmpt lain. Dlm erti kata, tak lalu weh nak pandang....

Ala...sapa la nak pandang aku pun kan? Tak menggoda langsung utk dipandang. Kalau aku buat muka cute2 (muncung itik) aku rs dah lama kena sepak terajang, sumbat dlm lubang paip tepi jln kot.

Zaman awal2 aku start bertudung dulu (start pakai tudung zaman drjh 6, dpn ayah pakai tudung, jauh sikit dari umah, cepat2 bukak tudung..bangang kan?), mmg aku langsung tak reti nak pakai or berfesyen cam org lain. Time nak pakai tudung jer, minta tlg kakak2 pakaikan. Masa dulu2 kan pakai skarf jer pun.

Masa aku sekolah dulu, majoriti kawan2 aku pun bukannya jenis berfesyen pun. Jenis pakaian pun selekeh cam aku gak. Teringat zaman drjh 6 dulu, ada kawan aku sorang tu, pakai kain sekolah singkat nak mampus. Selamba badak jer...Pedulikkkk janji pakai baju sekolah.

Then sampai aku meningkat remaja, aku start pakai tudung 4 segi (ala2 tudung bawal skrg) yg ada manik2 kat tepi2 tu. Aku ni suka perati org pakai camner, so aku tiru la. Tp asyik la fail. Mesti senget benget. Dan pakar perunding imej aku ckp (kakak sulung aku..hahaah) "ala...tak sapa pun nak tgk kita, pakai senget pun dakper". Yelah kak oiiiii....kak pakai senget benget pun ada gak org nak..aku ni pakai lawa camner pun takder org sudi pandang pun.

Sbb aku ikut kata2 kakak aku tu la, sampai skrg aku mls pikir cun ke tak aku pakai tudung. Kalau pakai tudung, kkdg tu aku tak pandang cermin pun. Main lantakkkk jer.. Tu yg kalau ambik gmbr, tak pernah sempurna pun. Mesti ada senget benget. Siap brooch kat dagu tu, mesti senget ke kiri or ke kanan. 

Kekdg tu nama jer pakai tudung, tp start jer tghr dan ke atas, rambut start dah terkuar2. Kekadang kena tegur ngan member laki "Mi, alang2 nmpk sikit tu, bukak jelah terus...hahahaha". Perli yeee...Tp ok la, at least dia selalu tegur kalau nmpk rambut aku terkuar2.

Bab2 pakaian lak, mmg tak pernah nak ambik pot pun pasal fesyen. Nak2 zaman kecik2 dulu terhad punya fesyen. Almaklumlah skdr ikut jer jenis pakaian yg org bagi. Syukur ada baju...kalau tak aku buat fesyen bogel nanti, tak ke semua org susah..aku pun susah gak.

Zaman aku sekolah kat MRSM dulu, paling aku suka kain dia. Masa tu aku kan 2nd in take, so arwah mak tak sempat nak buat baju utk aku lagipun aku sekolah jauh dari famili, ambik masa la plakkan aku nak balik kg. So terus beli jer yg sedia dijual. Tp kain dia mmg terbaikkkkkkk

Sbbnya kain dia tebal nak mampus. Kalau kitaorg berjln, terasa cam berkawat. Zupppp.... zapppp..... zupppp....... zapppp...... bunyi dia. Aku awal2 dulu, pemalu gak. Jln pun control jer...almaklumlah tak kenal org kan (cam la org nak kenal aku..sampai skrg org tak berminat nak kenal aku). Then sorang lagi pakar perunding imej aku ckp...."ko tak yah pikir2 org lain, tak yah nak control2, takder sapa pun nak tgk."

Aku apa lagi kan, tak pandang2 dah org lain. Aku nak naik tangga? Selamba jer aku langkau dua tangga sekaligus tak kira la dpn laki ke apa. Ala...derang mesti tak tgk aku punya. Tambah plak aku ni kalau berjln nak lajuuuuu jer kejenya.

Teringat zaman matrik dulu. Ada mamat satu kelas ngan aku, konon nak jln sesama ngan aku pi kelas. Alahai, dia jln slow motion...igt nak jln romantik ngan aku kot. Aku rimas tul la...So aku jln jer seperti biasa aku jln. Sekali mamat tu jerit "Wei, pesal ko larik?". Padahal aku tak lari pun, mmg aku jln laju, tak perasan aku dah tinggal dia..Hahaha

Masa mula2 keje dulu pun, aku keje company cina. Dan mujur takder rules sgt pun pasal bab2 baju. Sbb aku pi keje terpaksa aku panjat pagar2 di tepi jln utk short cut, so tk kuasa la aku nak berayu2 ni. Takkan nak berbaju kurung, tp ko angkat kain sampai paha semata2 nak panjat pagar2 besi tepi jln? So tiap2 hari aku pakai blouse ngan suar. Cina2 ni kkdg jahat gak..ada ke tanya aku "Mimi, bila U mau pakai itu skirt? Tak pernah tgk U pakai skirt pendek?". Giler ke apa mamat2 tu. Mentang2 la aku the only malay girl kat situ.

Bila aku keje tempat skrg, masa awal2 tu mmg ada rules la. Mn leh pakai jeans pi keje. Aku plak tak minat sgt pakai suar lembik2 ni. Aku prefer cotton punya suar. Tp slack cotton utk pompuan terhad. Kalau jadi laki kan senang, berlambak suar2 cotton.

Tp mujur bila dah pindah Cyber, derang benarkan kitaorg berjeans dan bertshirt pi keje. Aku apa lagi, happy la kan sbb aku kan mmg minah selekeh. So tiap2 hari aku berjeans dan bertshirt muslimah (aku kan muslimah sejati..hehehe).

Selasa ari tu, sambil melayan kebosanan kat umah, tetiba terasa nak melakukan perubahan. So pi ngan adik aku pi Jusco. Selama ni pi keje dgn bertshirt, comot jer kan aku ni. So teringin nak pakai balik kemeja2. Tp tu la, kemeja pompuan ni terhad tul la. Mesti jenis singkat2. Kalau angkat tgn sikit jer, mesti dah nmpk pinggang yg ramping tu. (kalau angkat nmpk ketiak, laki mesti tergoda....betulkan? aku tgk iklan byk jer camtu, tunjuk ketiak sikit jer, laki dah tergoda).

Aku kan dah lama tak bershopping dan shopping adalah bukan bidang aku. Br jer masuk pilih baju, aku dah nak termuntah dah tgk baju2 yg ada. Nak2 plak tgk baju belang2. So cepat2 aku capai jer mana2 baju yg aku rs ok, test, then pi byr.

Hasilnya aku beli dua helai baju: satu kemeja dan satu shirt ala2 kain cardigan tu.

So smlm aku pakai la pi keje. Dgn berskirt (akak aku jahitkan skirt tu..br sekali pakai)

sandal baru..hehehe. ayu kan? (uweekkk)

pemandangan harian
bertshirt, berslack cotton, dan selipar (kkdg bersandal..aku pun nak gak jadi ayu)

Kesan pakai skirt tu:
Aku rs jln cam Charlie Chaplin...sbb amat terhad utk aku yg sungguh tak ayu ni berjln. Bak kata kawan aku: "Pesal tak belah je skirt tu. Sy ada gunting kat meja".. :P

2 comments:

lay D kro Nique said...

wakakaka good luck bertukar pesen feminin..
aku xbersedia lagi.. :P

plug2pin said...

hahahahaha...aku nak gak tgk berthn sampai bila...