Monday, May 9, 2011

Pasal Perasaan

Macam2 kisah hidup berlaku ari ni. Sbnrnya dari mlm td lagi.

Malam td tido dlm keadaan sakit hati dan marah setelah sesuatu berlaku yg mmg membuatkan hati jadi sakit, marah yg meluap2..dan akhirnya bertukar menjadi kecik hati, sedih dan bermcm2 perasaan.


Bgn pagi ni masih dlm mood yg kecewa, tp dlm proses bersiap utk kuar bekerja tu, sambil memujuk hati. Pikir bagaimana dugaan yg Nabi kita, Muhammad S.A.W. hadapi yg jauh lagi teruk dari kita. Aku terpikir, bagaimana yek hati baginda. Apa hati kecil baginda ucapkan bila setiap dugaan baginda hadapi? Apa perasaan baginda? Amat susah gak hati ni mau memujuk diri sendiri, tp ku berdoa semoga Allah bantu aku hadapi setiap dugaan ni.

Sampai ofis, aku cuba lupakan setiap kemarahan aku tu dgn mengajak kawan bekfes. Sbb ada teman utk berborak, so mmg masalah2 tu hilang seketika, buat aku lalai seketika setiap masalah tu.

Then kawan ajak pi TMPoint Cyber utk register Unifi. Tukar pakej dari streamyx ke Unifi. So berjlnlah kaki kami dari ofis ke TMPoint tersebut yg jaraknya takderlah jauh sgt pun, tp dlm keadaan panas terik tu, letih gak ler. Walaupun kitaorg dah berkira2 tak mo pi situ sbb terlalu byk pengalaman buruk yg dihadapi, tp kami cuba gak pi dgn memujuk hati masing2 yg TMPoint tu sudah insaf dan bakal memberikan perkhidmatan terbaik utk customernya dgn lbh pantas.

Namun, semua itu hanyalah angan2 kami. Bila masuk jer, hanya ada sorang jer pakcik yg menunggu dan kaunter yg dibuka adalah 3 dgn sorang lagi tak tahu fungsi apa tercegat tgk kekawannya. Satu kaunter dibuka utk pembyrn dan dua kaunter lagi mungkin utk urusan seperti kami walaupun meja kaunter tu ada lbh dari tu. Dan no aku, 3002 dan no ketika itu adalah 3001. So hanya perlu selesai salah sorang jelah kan?

So mula2 sorang mamat ni siap, dan pakcik tu punya turn. Then satu lagi kaunter kosong, dan aku taktahu la dia buat apa sambil berbual dgn vendor (I guess yg supply system kot...sbb asyik dok check system jer). Dan slps pakcik tu settle, kaunter tu terus kosong bersama2 dgn penjaga kaunternya sekali. Dan seterusnya semua kaunter mmg kosong dan bbrp org dia dok berborak2.

Kitaorg ber3 cam termangu2 kat situ. So aku pi tanya yg jaga kaunter CS. Lambat lg ker? Dia kata tunggu dulu, nanti derang dtg. Tp blh derang dok berkumpul tgk apa ntah kat pc kat kaunter sambil borak. At least inform la kan kat customer, what happen. Mentang2 aku ni pakai tag staff, ko igt aku ni bukan ko nyer customer????
Silap tak ckp camni td kat derang..hehehe

Kitaorg hangin la..dahler lembab, takder inform apa2 ker, kaunter kosong. Mcm ni ke nak suh support TM? Kitaorg bengkek, kitaorg blah sambil bising2 kata sini mmg LEMBAB!!!! Aku siap gumpal2 no giliran dan letak kat kaunter CS, dpn minah tu. Sakit hati weiiiiiiii... cam menunggu buah durian yg lom masak. Baik pi TMPoint lain...tak yahlah dtg sini kecuali utk byr bill. Biasalah bab2 dpt duit mesti cepat kan?


Sbnrnya dari zaman dulu2 lagi, seigt kitaorg sblm 2008 lg, mmg terkenal TMPoint Cyberjaya tu lembab. Dulu pernah kitaorg reramai nak submit application, sbb dah tahu kelembaban derang, siap dtg ambik no dulu, walaupun customer yg ada hanya brp kerat jer, then gi lunch. After lunch sambil borak, igtkn dah sampai la turn kitaorg, sekali masih menunggu dlm sejam, br sampai turn. Mmg itulah experience kitaorg yg biasa berurusan kat situ. Taktahu la apa puncanya.

So hal kat TMPoint tghr tu, buat aku rs sakit hati dan marah. Tp mujurlah tetiba seorg kawan ni lembutkan hati aku dan kekawan yg lain dgn belanja lunch kat Domino sempena rezeki yg dia dpt baru2 ni. Semoga kawan tu dimurahkan rezeki.


Settle lunch, continue utk bekerja, tetiba dpt plak msg yg buat aku rs sedih, kecewa dan mcm2. Termengadu sekejap masalah pada si penghtr msg. Luruh hati aku bila baca msg2 berita yg dia sampaikan. 


Kkdg aku terasa ingin jauhhhhhhhhhh dri semua, dan dktkn diri padaNya. Nak berdua dgnNya utk seketika. Kalau dulu zaman aku keje kat ofis lama, kkdg aku balik keje lmbt, aku singgah solat kat masjid. Rs tenang jap lepak2 kat masjid. Kkdg kalau ada angin nak gi jauh sikit, aku gi lepak kat masjid Putrajaya. Sambil tunggu maghrib, aku baca buku. Best jer dgr azan, aku dok lepak kat ruang atas tu tunggu sampai isyak. Rasa aman sgt dunia aku...

Aku rs aku kena buat camtu balik aaa..........Tu yg terbaik kot.



Bestnya kalau dpt jejak kaki kat sini

No comments: