Thursday, December 31, 2009

Celebrate New Year

So apa yg akan korang lakukan utk sambut new year nanti?? Aku akan sambut dlm mimpi kot..hehehe

Insyaallah kalau Allah izinkan, pagi esok akan memulakan xpdc mendaki Broga Hill utk melihat pemandangan ciptaan Allah dan hopefully berjaya la tgk sunrise. Yang merisaukan....dapat ke aku bgn pepg esok ni...dahler derang plan nak bertolak dlm kul 4 lbh pg...huhuhuhu...

gambar broga hill yg aku cilok kat web

Wednesday, December 30, 2009

Happy New Year 2010

Aku ni dah semakin malas nak memblogging. Bukannya apa, tp byk sgt benda yg dipikirkan dlm kepala. Nak bagi settle satu2 dulu kalau blh sblm new year. Then masuk new year, leh la fresh start kan..

Anyway, in case aku malas nak menulis, so baik aku wish awal2 pada sesapa yg sudi jenguk blog ni (walaupun nan ado..oops..jue thanks).

New year with new resolution..new hope...happy always everybody...



Tuesday, December 22, 2009

Kenapa blogging?

Dah lama tak menulis dlm ni. Mls nak create ayat, dan malas utk berfikir utk buat ayat.. Kalau nak kata jenguk tu, mmg jenguk gak tp jenguk utk baca blog org lain..hehehe

Bbrp ari lepas ada la borak2 ngan kawan. The he told me about his current activity-> buat website for his friend. Dlm borak2 tu, he told me la yg dia ada masa utk buat website for his friend but still no time to update his blog. Then he asked me, apa yg aku tulis dlm blog sbb dia sometimes has no idea apa yg dia nak merapu dlm tu.

So start la we discuss this matter. For me, frankly speaking la kan, tujuan utama for me to have blog adalah utk meluahkan perasaan. My biggest problem adalah, aku tak reti nak express my feeling, tak reti nak luahkan apa2 kat org termasuk la my problems. I rather to keep to myself then let myself suffer than put my trust to other people by telling them my problems. Bukannya niat utk berahsia sgt pun, tp sbb dah byk dah I try to trust people, citer kat derang my problems, dengan harapan that my friend just keep to themselves sbg one of my secret. But they turned me down when I found out yg derang pi bercerita pada org lain. Hukhukhuk..

Sbb tu I rather to keep to myself unless kalau my problem tu just a simple problem yg I tak kisah pun if they tell anyone else. So dgn ada blog ni, I can use it sbg satu tmpt for me utk luahkan apa jua pun. Dan tak sangka la kan...dgn blog aku kenal dgn org lain. Thanks kepada kekawan cyber yg sudi utk baca dan berborak dgn I walaupun bukan kenal muka pun. Yelah takat ni pun pernah jumpa pun dgn K.Manis jer.

But bila one of my collegue dpt tahu about my blog, so dah jadi cam dah tak best. So I need to erase some of my posts here yg mungkin tak patut org2 sekeliling aku baca. So start from that, I use my blog sebagai satu medium utk luahkan perasaan yg biasa2 jer. About my everyday life..my feeling..dan juga sbg satu cara menjawab persoalan yg berlaku dlm hidup aku.

Byk gakler yg me and my friend discuss that night. Thanks to Allah, I still have friend yg sudi utk mendgr celoteh aku, kemarahan aku, bebelan aku, even my personal problem yg aku mungkin susah utk ceritakan pada org lain. Hopefully we still be friend forever...Thanks Master!!

And also thanks to all my cyber friends yg sudi jenguk kat sini...



Glitter Graphics

Wednesday, December 9, 2009

'Saya tak tahu memandu'

Oleh Fazurawati Che Lah dan Paya Linda Yahya
bhkb@bharian.com.my


KERETA Ford Laser yang mengorbankan dua mangsa selepas jatuh dari tingkat 3 di KB Mall dibawa keluar semalam.

Hasrat calon SPM beli alat tulis di KB Mall bertukar tragedi

KOTA BHARU: Nurul Ain Said tidak menyangka hasrat membeli alat tulis untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sedang didudukinya, bertukar menjadi igauan ngeri apabila kereta yang dikendalikannya terjunam dari ruang meletak kereta kompleks beli-belah KB Mall, petang kelmarin, menyebabkan dua penuntut kejururawatan terbunuh.

Pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dewan Beta, dekat sini berkata, dia hanya mampu mengucap kalimah syahadah dan terbayang saat kematian apabila kereta itu terbabas merempuh tembok penghadang lalu menjunam dari tingkat tiga ke aras bawah kompleks itu.

Katanya, kejadian berlaku ketika dia bersama adiknya, Nurul Akma, 14, membantu abang angkat mereka, Sabri Yusuf, 27, dari Jerteh, Terengganu, menghidupkan kereta Ford Laser itu selepas membeli-belah.

"Ketika hendak balik jam 5 petang, kereta tidak dapat dihidupkan. Saya dan Akma cuba menolak tetapi gagal," katanya di wad Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), di sini, semalam.


Nurul Ain berkata, Sabri meminta dia mengendalikan kereta dan diajar cara menghidupkan enjin.

"Saya tidak tahu memandu kereta. Jadi, Sabri mengajar secara ringkas termasuk meminta menekan pendikit minyak dengan kuat serta memasukkan gear.

NURUL AIN (kiri) ditemani adiknya dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.

"Ketika mereka menolak kereta, saya memasukkan gear dan secara tiba-tiba enjin kereta hidup sebelum meluncur laju. Saya hilang kawalan dan kereta terjunam ke tingkat bawah.

"Saya bimbang keselamatan Akma kerana sangka dia turut terjatuh," katanya yang semakin pulih daripada trauma kejadian itu.

Nurul Ain bersyukur kerana terselamat walaupun terjatuh dari ketinggian 20 meter dan cedera ringan akibat terkena serpihan kaca.

Katanya, kira-kira jam 2 pagi semalam, dia dikejutkan seorang lelaki di wad yang menuduhnya menjadi punca ramai mati.

Sementara itu, Nurul Akma berkata, sejurus kereta itu menjunam, dia bergegas turun dan terkejut melihat mangsa terbaring berlumuran darah menyebabkannya panik dan menangis.

"Seorang wanita menenangkan saya sebelum dihantar pulang tanpa mengetahui nasib kakak. Kira-kira jam 12 malam, polis mengambil saya untuk membuat laporan dan melawat kakak di hospital," katanya.

***********************************************************************
Jgn la buat camni. Patutnya Sabri tu minta jelah tolong sesapa yg ada situ. Bukannya bg kat org yg takder lesen pandu kete ni. Dahler dgr citernya kete tu jenis ada turbo..Aduhai...kan tak pasal2 jadi musibah gini...pengajaran utk kita dan semua..

Kawan2 Lama

Ari ni dok bukak FB. Member sekolah lama letak la gmbr zaman sekolah dulu2. Punyalah aku belek, kenapa aku takder dlm gmbr tu...Pelik la kan, kenapa aku tak ditag kan....(perasan glamer..hahaha)..

Telek punya telek, baru perasan....camner la aku nak ada dlm filem tu kalau aku pun dah pindah sekolah lain...hahahaha....masa Form 4 aku dah pindah masuk MRSM. Tu gmbr yg kawan aku letak tu gmbr zaman derang Form 5.

Kitaorg ni walaupun sekolah lain2, tp sbb rapat masa sama2 sekolah dulu2, yelah geng2 dari sekolah rendah sampai la sekolah menengah dan sampai la skrg ni, masih igt la kan antara satu sama lain. Tambah2 plak adanya facebook..dapat la jumpa balik mana2 yg dah lama tak jumpa tu...

Dlm pada tu, aku terperasan la yg sorang kawan aku ni dah meninggal. Sumpah, aku tak tahu langsung pun dia dah takder. Tu aku yg terkejut gak ler kan, bila member aku tulis "Allahyarham" kat nama dia...Sebak seketika sbb masa zaman sekolah dulu aku agak close la gak ngan dia. Cuma bila dah abis belajar, dgr citernya dia dah pindah Pahang. So terus lost contact. Sedih gak la kan..

Dan dua lagi kawan kitaorg pun dah meninggal. Yg ni kitaorg mmg dah maklum. Sorang meninggal sbb sakit kalau aku tak silap. Aku satu kelas ngan dia dari zaman darjah 2@3 lagi.. Igt lagi dia dok panggil aku anak Ibrahim Libya sbb ayah aku nama Ibrahim. Lagipun masa tu tgh hangat ngan kes Arwah Ibrahim Libya...tragedi memali tu..

Sorang lagi arwah meninggal sbb accident. Sedih gak ler dgr bila dpt berita dia meninggal ni. Ni pun satu kelas ngan aku dari Form 1 lagi.

Dah tua2 ni, biasalah kan, sorang2 akan pergi. Tgk gmbr zaman sekolah2 dulu, teringat time tu. Macam2 suka duka ada. Gelak ketawa, gaduh, gossip...hehehehehe...Aku rs zaman belajar lah zaman yg paling best dlm hidup...

Knittingturnip

Comelkan?? More->

Demi Cinta...hehehe

Pagi td bukak Kosmo online. Baca berita ni. Bila tgk nama tu, terus teringat pada anak pada sepupu yg pernah menghilangkan diri bbrp tahun sudah. Hilang ikut pakwe dia si Indon. Mak bapak dia dah cuba mcm2, tp tak jumpa gak. Lama2 senyap gitu jer ceritanya.

Sambil otak teringat kisah lalu, aku teruskan bacaan aku. Tetiba terbaca yg pompuan ni org Trg. Kuat pikiran teringatkan anak sepupu. Baca balik dari atas. Tgk nama mak bapak dia. Tgk balik gmbr dia.....Terkejut dan terkedu seketika....SAHHHH...ni anak sepupu aku yg pernah larik dulu. Dan gmbr tu, sepupu aku (Mak dia) yg dok peluk dia...Syukur alhamdulillah, balik gak anak sepupu aku ni..

Tp lain giler tgk muka dia. Kalau dulu, zaman sekolah2 dulu, kiranya dia lah cucu paling lawa dlm keluarga arwah makcik aku ni. Cantik orgnya...Kitaorg panggil dia Zuli.

Tup2 masa dia Form 5, kecoh kejap, bila mak dia yg kitaorg panggil K.Yati ckp yg anak dia hilang. Dikatakan mlm tu, dia kuar ngan adik dia pi kedai (kalau tak silap sbb citer dah lama, dah igt2 lupa). Then dia suh adik dia balik dulu. Dan adik dia sempat nmpk, dia pi ngan someone. Lepas tu ilang begitu jer...Tp kitoarg masa tu dah tahu yg dia kemungkinan besar lari ngan boifren indon dia tu. Tp sayang dan agak sedih la time tu, sbb dia masih muda, cantik plak orgnya, tp itu jadinya....

Tp syukurlah, dia selamat gak balik. Kalau arwah makcik aku masih ada, mesti dia happy. Tp sayang arwah tak sempat tgk cucu dia balik...

Moralnya: Jgn la konon demi cinta ku sanggup harungi segala rintangan, sanggup lari bersama konon utk hidup bersama, tp bila sampai kat Lombok sana, hidup susah, barulah terhegeh2 minta kerajaan Mesia support nak balik semula ke Mesia...pikir sebelum bikin...

******************************************************************************

Pulang selepas 11 tahun - Tinggalkan keluarga lari ikut lelaki Lombok pulang ke negara asal


NORZULIYANI (dua dari kanan) bersama anak-anaknya, IntanAnatasya (tiga dari kanan), Hendri Febian (kiri) dan Firman Anadi (kanan) dipeluk oleh ibu bapanya, Alias dan Norhayati Abas di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Gara-gara lari bersama seorang lelaki Lombok dek panahan cinta 11 tahun lalu, akhirnya Norzuliyani Alias, 29, pulang ke pangkuan keluarga kerana tidak lagi dapat menahan perasaan kerinduan yang teramat sangat kepada ibu dan bapanya.

Wanita itu selamat kembali ke tanah air petang semalam, hasil usaha sama Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO Malaysia dengan kerjasama Wisma Putra dan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Besut, Nawi Mohammad.

Norzuliyani yang berasal dari Felcra Keruak, Hulu Besut, Terengganu memberitahu, beliau tidak akan kembali ke Lombok lagi dan kepulangannya telah mendapat izin daripada suaminya.

"Sepanjang saya tinggal di sana, saya tidak mempunyai apa-apa masalah, tidak pernah dipukul dan hanya diminta tidak bekerja oleh suami kerana perlu menguruskan keluarga," katanya ketika ditemui pada sidang media di Pejabat Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO Malaysia di sini semalam.

Mengenang kembali detik lari ke Lombok pada September 1998, ceritanya, dia ketika itu berusia 17 tahun bersama suaminya menaiki bas ke Johor Bahru dan tinggal selama seminggu di bandar raya itu sebelum mengambil bot menuju ke Dumai, Sumatera.

Tambahnya, apabila sampai ke Dumai, dia bersama kekasihnya itu bermalam selama tujuh hari sebelum mengambil bas menuju ke Lombok.



Monday, December 7, 2009

Kereta terjunam dari tingkat tiga di KB Mall, Kota Bharu


ORANG ramai turut membantu Rashidah yang parah akibat terkena serpihan bangunan di KB Mall, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Suasana di pusat beli-belah KB Mall di sini petang semalam tiba-tiba gempar dan kelam-kabut. Ekoran dentuman yang sangat kuat, mereka menyangkakan berlaku gempa bumi di pusat beli-belah itu atau satu adegan stunt untuk penggambaran filem sedang berlaku.

Bagaimanapun, punca cemas itu terjawab apabila mereka mendapati sebuah kereta tiba-tiba bagaikan 'terjunam dari langit' terus merempuh bumbung KB Mall menyebabkan dua maut manakala dua yang lain cedera parah.




Dalam kejadian yang menyebabkan orang ramai bertempiaran lari menyelamatkan diri itu, belum sempat membeli barang keperluan, dua sahabat menemui ajal di dalam kompleks di Jalan Sultan Ibrahim di sini itu apabila sebuah kereta tiba-tiba terjunam dari tingkat tiga kompleks tersebut semalam.




Seorang lagi sahabat mereka, Rashidah Ahmad Latfi, 18, cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Mereka bertiga merupakan pelajar sebuah kolej kejururawatan swasta di sini.

Mangsa, Siti Nor Amira Shamsuddin, 19, dari Felda Chiku, Gua Musang maut ketika berada di tingkat dua bersama Rashidah manakala Siti Nor Diana Azman, 18, Kampung Menjual, Chabang Empat, Tumpat berada di tingkat bawah sedang menuju ke atas dipercayai maut terkena serpihan runtuhan bangunan.

Dalam kejadian pada pukul 4.45 petang itu, sebuah kereta jenis Ford Laser yang berada di tempat letak kereta tidak berbumbung di tingkat tiga (atas sekali) bangunan itu dikatakan telah merempuh dinding lalu terjunam ke tingkat dua yang dipenuhi pengunjung.


LUBANG yang terbentuk selepas sebuah kereta terjunam ke bawah dari tempat letak kereta di tingkat tiga dalam kejadian menggerunkan di pusat membeli-belah KB Mall, Kota Bharu semalam.


Kereta tersebut menggelongsor laju di antara dua tangga bergerak di tempat kejadian.

Kejadian yang menggemparkan itu telah menyebabkan beratus-ratus pengunjung termasuk di tingkat lain lintang-pukang keluar bangunan apabila terdengar bunyi dentuman kuat seperti letupan bom.


----------------------------------------------------------------------------------

Aku bukak facebook mlm td sementara tunggu adik beradik lain sampai utk pi dinner. So tgk kat status kawan aku pasal kes ni, terus kitaorg google. Aduhai, sedih giler tgh kejadian ni. Sedih tgk mangsa2 tu. Sampaikan aku nak tido mlm td pun, dok teringat2, dahler ada dugaan baru plak yg Allah bg. Tu yg smlm sakit2 kepala dok pikir.

Pg ni pi htr adik ke Pudu, dia pun cerita yg dia pun mlm td dok teringat2 pasal kes ni. Sedih jer bila teringatkan mangsa2 yg tak bersalah itu...Innalillah dan Al Fatihah buat mangsa2.

Serabuttt

Dua tiga menjak ni, otak aku serabut sgt...Mcm2 dugaan yg Allah bagi utk aku. Mungkin bg memperingati aku, apa dosa yg telah aku lakukan selama ini, ataupun sekadar utk mengingati aku supaya aku lebihkan ibadah ku

Skrg ni, aku cuba nak settlekan dulu satu2 masalah aku. Lepas settle, aku plan nak bercuti...Skdr nak pegi utk lelapkan mata, lelapkan pikiran dari mengingati masalah2 yg walaupun not direct my problem tp sedikit sebyk, aku pun terpalit sama...

Teringin sgt aku nak relaks, nak tenangkan pikiran, nak jauhkan diri utk seketika dari apa jua masalah...

"Ya Allah, berikanlah nur dan hidayah buatku, dan tenangkanlah hati dan pikiranku...Aminnn"

Thursday, December 3, 2009

Yehaaa

Rsnya dah ckp dlm entry sblm ni, dpt invitation utk Exclusive Tea-Talk with TM GCEO. Patutnya hari Selasa, 1/12 tp ditunda ke 2hb dan jadilah Exclusive Lunch-Talk with TM GCEO, iaitu Dato Zam.

So smlm pegi la. Start around 12.45 gitulah. Aku sampai sana pun dah kul 12.15 lbh kurang sbb ada hal lain sblm nak bertolak tu, then kena drop my sisters and brother kat MidValley. Smp sana pun, rupanya dah ramai sampai. Lps daftar, tak sampai brp minit, VIP masuk. So event pun start. Start with doa, then speech from Dato Zam. Dlm bbrp minit jer (just short speech), start pemberian certificate. So dapatlah sorang satu hadiah (nanti upload kemudian hadiah dan sijil yg dapat sbb mls nak cucuk cable).

Lepas dpt hadiah, photo session (as in pic in paper below). Cameraman tu buat lawak, suh kitoarg gelak2 supaya nampak kitoarg ceria dan happy instead of look formal.

So happy sbb pic dlm paper tu ada nmpk my face yg tersenyum lebar sbb masing2 kena paksa gelak (hahaha). Lepas settle tu, kitaorg lunch, then di beri rehat sblm event start semula.

So petang nyer session, kitaorg dgr speech dari ex-scholar yg bljr kat Jepun, German ngan French yg mn derang baca dlm bahasa negara yg derang bljr tu. Very interesting. Dan translation ada la kat sblh derang. (tak ambik pic sbb segan..hehehe)

Then lepas tu speech dari Dato Zam lagi sekali. Motivation dari dia buat terasa nak rewind balik zaman degree dan nak cuba lagi sekali utk buat elok2. Tp masa mn blh direwind kan...Hehehe

So smlm very good experience dan congratulation kat diri sendiri..Heheheh

Hukhukhuk

Permulaan hari yg sungguhhhhhhhhhhhh sedih. Sedihkan bila msg yg kita htr tu, org baca dlm nada marah, dan tafsiran dia jadi lain dan terus melarat jadi citer lain. Sedangkan masa kita htr tu, kita htr dlm keadaan tenang, dlm senyum2, dlm niat utk usik2 konon merajuk.....

So ari ni aku memang sedihhhhhhhhh sesgt dan rs diri lemah ssgt...