Sambil otak teringat kisah lalu, aku teruskan bacaan aku. Tetiba terbaca yg pompuan ni org Trg. Kuat pikiran teringatkan anak sepupu. Baca balik dari atas. Tgk nama mak bapak dia. Tgk balik gmbr dia.....Terkejut dan terkedu seketika....SAHHHH...ni anak sepupu aku yg pernah larik dulu. Dan gmbr tu, sepupu aku (Mak dia) yg dok peluk dia...Syukur alhamdulillah, balik gak anak sepupu aku ni..
Tp lain giler tgk muka dia. Kalau dulu, zaman sekolah2 dulu, kiranya dia lah cucu paling lawa dlm keluarga arwah makcik aku ni. Cantik orgnya...Kitaorg panggil dia Zuli.
Tup2 masa dia Form 5, kecoh kejap, bila mak dia yg kitaorg panggil K.Yati ckp yg anak dia hilang. Dikatakan mlm tu, dia kuar ngan adik dia pi kedai (kalau tak silap sbb citer dah lama, dah igt2 lupa). Then dia suh adik dia balik dulu. Dan adik dia sempat nmpk, dia pi ngan someone. Lepas tu ilang begitu jer...Tp kitoarg masa tu dah tahu yg dia kemungkinan besar lari ngan boifren indon dia tu. Tp sayang dan agak sedih la time tu, sbb dia masih muda, cantik plak orgnya, tp itu jadinya....
Tp syukurlah, dia selamat gak balik. Kalau arwah makcik aku masih ada, mesti dia happy. Tp sayang arwah tak sempat tgk cucu dia balik...
Moralnya: Jgn la konon demi cinta ku sanggup harungi segala rintangan, sanggup lari bersama konon utk hidup bersama, tp bila sampai kat Lombok sana, hidup susah, barulah terhegeh2 minta kerajaan Mesia support nak balik semula ke Mesia...pikir sebelum bikin...
Pulang selepas 11 tahun - Tinggalkan keluarga lari ikut lelaki Lombok pulang ke negara asal
KUALA LUMPUR - Gara-gara lari bersama seorang lelaki Lombok dek panahan cinta 11 tahun lalu, akhirnya Norzuliyani Alias, 29, pulang ke pangkuan keluarga kerana tidak lagi dapat menahan perasaan kerinduan yang teramat sangat kepada ibu dan bapanya.
Wanita itu selamat kembali ke tanah air petang semalam, hasil usaha sama Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO Malaysia dengan kerjasama Wisma Putra dan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Besut, Nawi Mohammad.
Norzuliyani yang berasal dari Felcra Keruak, Hulu Besut, Terengganu memberitahu, beliau tidak akan kembali ke Lombok lagi dan kepulangannya telah mendapat izin daripada suaminya.
"Sepanjang saya tinggal di sana, saya tidak mempunyai apa-apa masalah, tidak pernah dipukul dan hanya diminta tidak bekerja oleh suami kerana perlu menguruskan keluarga," katanya ketika ditemui pada sidang media di Pejabat Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO Malaysia di sini semalam.
Mengenang kembali detik lari ke Lombok pada September 1998, ceritanya, dia ketika itu berusia 17 tahun bersama suaminya menaiki bas ke Johor Bahru dan tinggal selama seminggu di bandar raya itu sebelum mengambil bot menuju ke Dumai, Sumatera.
Tambahnya, apabila sampai ke Dumai, dia bersama kekasihnya itu bermalam selama tujuh hari sebelum mengambil bas menuju ke Lombok.
No comments:
Post a Comment