Monday, December 7, 2009

Kereta terjunam dari tingkat tiga di KB Mall, Kota Bharu


ORANG ramai turut membantu Rashidah yang parah akibat terkena serpihan bangunan di KB Mall, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Suasana di pusat beli-belah KB Mall di sini petang semalam tiba-tiba gempar dan kelam-kabut. Ekoran dentuman yang sangat kuat, mereka menyangkakan berlaku gempa bumi di pusat beli-belah itu atau satu adegan stunt untuk penggambaran filem sedang berlaku.

Bagaimanapun, punca cemas itu terjawab apabila mereka mendapati sebuah kereta tiba-tiba bagaikan 'terjunam dari langit' terus merempuh bumbung KB Mall menyebabkan dua maut manakala dua yang lain cedera parah.




Dalam kejadian yang menyebabkan orang ramai bertempiaran lari menyelamatkan diri itu, belum sempat membeli barang keperluan, dua sahabat menemui ajal di dalam kompleks di Jalan Sultan Ibrahim di sini itu apabila sebuah kereta tiba-tiba terjunam dari tingkat tiga kompleks tersebut semalam.




Seorang lagi sahabat mereka, Rashidah Ahmad Latfi, 18, cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Mereka bertiga merupakan pelajar sebuah kolej kejururawatan swasta di sini.

Mangsa, Siti Nor Amira Shamsuddin, 19, dari Felda Chiku, Gua Musang maut ketika berada di tingkat dua bersama Rashidah manakala Siti Nor Diana Azman, 18, Kampung Menjual, Chabang Empat, Tumpat berada di tingkat bawah sedang menuju ke atas dipercayai maut terkena serpihan runtuhan bangunan.

Dalam kejadian pada pukul 4.45 petang itu, sebuah kereta jenis Ford Laser yang berada di tempat letak kereta tidak berbumbung di tingkat tiga (atas sekali) bangunan itu dikatakan telah merempuh dinding lalu terjunam ke tingkat dua yang dipenuhi pengunjung.


LUBANG yang terbentuk selepas sebuah kereta terjunam ke bawah dari tempat letak kereta di tingkat tiga dalam kejadian menggerunkan di pusat membeli-belah KB Mall, Kota Bharu semalam.


Kereta tersebut menggelongsor laju di antara dua tangga bergerak di tempat kejadian.

Kejadian yang menggemparkan itu telah menyebabkan beratus-ratus pengunjung termasuk di tingkat lain lintang-pukang keluar bangunan apabila terdengar bunyi dentuman kuat seperti letupan bom.


----------------------------------------------------------------------------------

Aku bukak facebook mlm td sementara tunggu adik beradik lain sampai utk pi dinner. So tgk kat status kawan aku pasal kes ni, terus kitaorg google. Aduhai, sedih giler tgh kejadian ni. Sedih tgk mangsa2 tu. Sampaikan aku nak tido mlm td pun, dok teringat2, dahler ada dugaan baru plak yg Allah bg. Tu yg smlm sakit2 kepala dok pikir.

Pg ni pi htr adik ke Pudu, dia pun cerita yg dia pun mlm td dok teringat2 pasal kes ni. Sedih jer bila teringatkan mangsa2 yg tak bersalah itu...Innalillah dan Al Fatihah buat mangsa2.

1 comment:

Juju said...

tu lah plug..ju smlm gi keje naik cab, ms tgh tunggu cab tepi jalan tu, ada la satu lori ni mcm melelong (ala2 drunk driver), time tu terfikir, andai lah lori terbabas kena dkt aku, mmg aku tak sempat nak buat apa, mmg terus je lah kena..

alih2 kes kete terjunam ni pulak..sedih sgt..mintak dijauhkan dari kita benda2 camni..sian kan