Aku ni kalau bercerita, tak reti nak potong2…tu yg kkdg pjg lebar last2 sekali terasa melalut pun ye gak. Nak2 plak aku ni bukan jenis pandai buat ayat bg org rs interesting…tp buat org rs cam nak tido lagi la… Dakpelah, at least ajar aku rajin sikit nak nulis. Ni asyik2 karang virtually dlm kepala jer. Lepas tu hilanggggggg….
Bab2 motivasi ni, bg aku la, nak bg positifkan kepala otak ni, tak semestinya baca buku2 motivasi jer, but also dgn gi dgr2 ceramah dan jugak baca yg org2 paste, share kat FB or blog dll. Lps baca tu, cuba pikir sedlmnya..bukan baca tajuk jer then klik share lepas tu ignore.
Rezeki
Pernah dgr satu ceramah dulu. Ustaz tu ckp, kalau barang kita hilang or kena curi, kita tak yah la nak bising2 sgt, marah2 sgt, nak sedih2 sgt. Sbbnya rezeki tu semua dari Allah. DIa berhak bagi dan tarik bila2 masa jer.
Dan kalau Dia tarik tu, pikir2 la blk. Adakah brg tu kita dpt secara halal atau tak? Tak halal tu bukannya maksud kita mencuri brg tu, tp duit yg kita guna utk beli tu adakah sumber halal? Kalau kita kata, of course, tu halallah sbb tu duit hasil kita bekerja, duit gaji tiap2 bln. Tp tanya diri kita blk, adakah 8 jam setiap hari kita kat ofis tu, kita betul2 buat keje ofis? Kita dibyr gaji utk peruntukkan 8 jam kt ofis utk buat keje ofis..bukannya buat keje2 personal.
Dan kkdg rezeki itu ditarik blk kerana mungkin, sbnrnya tu bukan hak kita, tp sbnrnya hak org lain.
Ok, aku insaf kejap lps dgr ceramah tu. Dan sejak tu, setiap kali brg aku hilang, or kena curi, aku igt kata2 ustaz ni. Dan alhamdulillah, setiap kali tu gak, hati aku lega.
Kereta aku pernah kena pecah org. Masa mula2 tu bengkek giler. Tp aku igt blk kata2 ustaz tu. Alhamdulillah, kejap jer aku dah hilang perasaan marah tu. Kenapa aku nk marah2 sedangkan semua tu hak Allah. Dia bg aku kejap jer. Bagi merasa org kata. Dan mungkin bukan rezeki aku dan mungkin cara ni jer dpt ‘bersih’kan diri aku dr benda2 kotor. Alhamdulillah.
Dan aku pun x th sejak bila, tetiba aku jadi amat pemurah. Aku percaya pada Allah, kalau kita buat baik, Allah akan bagi kebaikan utk kita. Tp kalau kita wat jahat, Allah akan bg kejahatan utk kita. Dan kalau kita wat baik, tp kita dpt sblknya, jgn kita bersedih, tp anggap jer Allah bg ujian kat kita, nak test tahap iman kita. Dan sbnrnya Dia nak bg yg jauh lbh baik utk kita. Insyaallah lps tu hati kita rs lega.
Mmg kkdg timbul perasaan kedekut dlm diri kita nak bg sedekah kat org. Ngan alasan, aku pun ada ciput jer, ada hati nak bg sedekah kat org. Tp bila kita percaya, itu semua adalah rezeki dr Allah, dan mgkn Allah nak suh kita bljr berkongsi, insyaallah, kita akan jadi lebih pemurah. Dan insyaallah, Allah lg suka nak limpahkan rezeki utk kita.
Kkdg timbul gak perasaan..asyik aku jer kena kuar duit….asyik2 aku jer yg kena jadi pemurah…tp org lain? IShhhhh…tak baiknya aku. Mujurlah kata2 ustaz tu melekat kat hati. Mula2 tu marah2 gak dlm hati, makan dlm….tp bila pikir, smp bila kita nak marah2? Kita ni bagus sgt ker smp kita rs tu semua hak kita?
Alhamdulillah, sejak dua menjak rezeki sentiasa tidak putus. Kalau aku sesak sekali pun, mesti tak smpt nak mengeluh, ada jer bantuan mengejut yg hadir. Alhamdulillah. Tu yg buat aku lagi suka nak memberi.
Aku bersyukur Allah sentiasa bg aku ingtn utk aku terus beriman utk Dia. Tu yg kkdg aku risau ssgt kalau tetiba timbul perasaan muak dan mls utk meneruskan benda2 positif ni. So semoga Allah cekalkan hati aku dan semoga org2 sekeliling juga sentiasa beri aku dorongan. Insyaallah….
Aku pun bukannya baik pun. Sapa yg kenal aku, tahulah aku ni camner. Bukannya minah surau pun. Bukannya minah tudung labuh pun. Tp insyaallah aku harap ssgt iman itu sentiasa ada kat hati aku dan semoga aku berubah menjadi org yg lebih baik lagi.
Aminnn….
1 comment:
Post a Comment