Wednesday, March 2, 2011

Bila Dah Bosan Drive

Ari Isnin ari tu, first time main futsal dlm hidup. Dan tanpa disangka2, terjatuh cinta dgn sukan ni. Rasa cam best plak main. Terasa satu jam tu tak puas nak sepak bola. Dan yg bestnya, kepala rasa rileks, tak pikir apa2. Tahu nak sepak bola laju2 masuk gol.

Balik tu penat giler. Malas nak naik atas masuk bilik. Semua aktiviti sembahyang semua, buat kat bawah jer, tumpang bilik adik. Time tidur, barulah masuk bilik. Tu pun terpaksa tidur awal (padahal kul 11 jer pun) sbb pagi2 nak kena pi KL.

Kul 4.30, alarm dah bunyi. So message adik, kalau dia dah lepas terowong kat Genting Sempah, pls call me. Sekali dia ckp dia dah lepas dah terowong tu. So kelam kabut bgn cuci muka bagai, kejut adik sorang lagi utk temankan.

Pagi2 bawak kete pi KL dgn muka yg ngantuk, aduhaiiiii....Tp mujur dpt bawak kete dgn berhemah. After pick her up, balik umah, tunggu Subuh jap then tido kejap for 1 hour. Tu pun terasa cam mlsnya nak bgn.

Cam biasa, aku kena htr adik pi keje dulu. Aduhaiiiiii...jam giler kat depan tu. Mujur ari ni aku pi hospital so guna jln arah bertentangan. Dan mujur adik nyer ofis dkt jer ngan tempat jam tu. So menempuh jam kejap jelah, then terus guna jln blkg utk ke Puchong.
Sblm sampai ke Bandar Puchong, punyalah pjg jam. Arghhhhh...dan2 jer rs penatnya. Cuba buat2 tak pikir jam dgn layan lagu2.


Mujur sampai hospital tak lmbt sgt. Kul 9.30 dah dpt parking kereta. Mujur rezeki mlm td, Allah nak permudahkan urusan smlm, register kejap jer, pi buat blood test pun tak perlu tunggu lama dan plg utama, eventhough aku nyer giliran no 11, tp kul 11 aku nyer urusan jumpa Dr dah settle.Selalunya paling kejap pun, kul 12 lbh br settle.

Sbb rs cam sihat dan tiada keperluan utk MC (walaupun ngantuk giler), so tak minta MC pun ngan Dr. After settle urusan hospital, terus pikir nak balik umah, tp singgah dulu beli mknn utk adik yg baru sampai tu.

Niat di hati after lunch nak pi ofis. Tp nak rehat jap kat umah. Sampai umah terus tido dan tersedar dah kul 1 lbh.

Otak dok pikir2 nak pi keje ke tak. Tetiba terpikir nak balik ofis karang jam, dgn ari ni rs dah jemu gila drive, terus msg kawan kata ambik EL. Teringat pasal drive, rs malasssssssssssss ssgt.

Tp ptgnya sbb keterpaksaan, kuar gak drive ambik adik dari keje. Dan tugasan menghantar adik sorang lagi terpaksa di pass kepada adik yg laki tu. 

Sesungguhnya aku amat jemu drive...



StickerNoteKuning: Org hensem mn nak pandang org cam gua...hehehehe

No comments: