Sunday, March 6, 2011

Bila Sesuatu yg Tak Dijangka Berlaku

Terbgn pagi smlm awal, sblm Subuh dah bgn dgn mata terkebil2 x th nak wat apa. Dipikir2kan daripada melangut jer takleh wat apa, so aku bgn gi smbhyg Tahajud. Lps tu sambung kebil2 kan mata sampai org azan Subuh. 
Niat lepas Subuh nak la sambung tido, tp mata ni degil. Laktu ditambah plak dengan debaran yg tetiba datang. Ishhhh cuak la plak bila pikir ari ni ada lawan game Futsal antara KTMS. Mmg cuak sbb tak pernah pun dlm hayat main futsal, tetiba adhoc training 3 hari, terus lawan....takutttttttttt...

Sampai ke sudah aku dok berdebar. Sampaikan nk gi buat air pun jadi malas. Padahal lapar...layan jer FB. Sekali kawan msg, rupanya bukan aku jer, dia pun sama berdebar. Hehehehe

Dlm kul 9.30, aku start engine kete, then pi ambik kawan.Then konvoi ngan sorang lagi kawan pi ke Subang Jaya tmpt kitaorg akan bermain. Dahler susah nak parking, terpaksa la parking tepi jln.

Sbnrnya aktiviti start awal pagi, tp sbb kitaorg nyer game start tghr, tu yg pi lambat. Sampai sana perghhhhhhh ramainya umat, nak2 kaum lelaki. Lagilah aku gabra tgk derang lawan....Rs takut nak masuk situ, nak jer senyap2 lari..Hahahahaha

Risau gak sbnrnya. Sbbnya kitaorg nyer team, hanya goalkeeper jer ada pengalaman lawan futsal antara KTMS ni. Former team members this year semua ada hal so takleh nak join. Dan kitaorg2 yg join ni, semua takder pengalaman lawan. Tu yg makin la berdebar.

Spttnya kitaorg start lawan at 1 pm but court ada kosong so terpaksa diawalkan. Risau giler kitaorg. Aku dah berdebar2 giler. Yelah, last aku lawan2 official gini masa aku drjh 6, main hoki....yg lain2 tu semua main2 jer...Ala takat lawan main telematch masa family day, apa la sgt kan? Tp main ni, sblm main mmg berdebar dgn ramai dok keliling tgk kan? Tp once wisel start bunyi, mmg tak pikir apa dah. Pikir nak save bola jer.

Ada 3 tea yg kitaorg kena lawan, sbb hanya 4 team yg ada utk wanita. So first, kitaorg lawan tu, dpt seri. Tp team tu perghhhh badan masing2 mantap tp skill lbh kurang kitaorg jer. Tp blh thn kasar gak derang main. So seri 1-1. 

Kitaorg rehat kejap jer, terus kena lawan 2nd team. Yg ni badan takderlah mantap cam sblm ni tp skill derang bagus. Tp kitaorg menang 1-0.

Rsnya rehat baru je 5 minit, terus kena lawan 3rd team. Masing2 penat giler. Laktu keeper kitaorg plak tgn dah seliuh. So byk yg terbolos. Bila 2nd goal derang sumbat, kitaorg cam dah frust dah pun. Sbb mmg dah tak larat nak catch up derang. Tu yg end up derang menang 4-0. Suka giler derang. (Rupanya semua game sebelum ni, team ni dah kalah, patutlah happy giler derang menang....tp derang blh la sbb rehat dah byk..hahaha)

Bila yg last ni, kitaorg igtkn dah takder harapan dah pun. Paling bagus pun dapat tmpt 3 la kot. Sekali tgh kitaorg dok lepak tgh budak laki lawan, tetiba member dtg kata kitaorg dpt tmpt ke 2. Rs tak caya, cepat2 gi tgk papan keputusan. A;ah la, mmg no 2. Happy giler kitaorg. Sbb tak sangka langsung.

Sblm2 ni kitaorg nyer team hanya mampu dpt tmpt ke 3, tu pun sekali jer, yg lain tak pernah dpt no. Bila kitaorg yg tak pernah main ni dpt no 2, rs cam miracle jer. Tu yg kitaorg happy sgt. Dahler main secara adhoc, Isnin, Rabu, Khamis training, ari Sabtu dah lawan. Perghhhh

Tp aku suka sgt ngan my team. Kitaorg nyer teamwork bagus. Semua org dpt main. Kitaorg mmg perhatikan mn2 team member yg nmpk penat, cepat2 tukar bg derang rest jap. Syukurlah, semua org dpt commit. Laktu dgn goal keeper yg superb. Cuma last tu jer sbb tgn dah seliuh. Yg lain tu byk dia selamatkan bola. Mmg kitaorg tabik spring la kat dia.

So ni lah hasilnya. Tak sia2 kuku kaki cedera dan hati berdebar2. Hahahah


Dan yg paling tak disangka, dpt khabaran dari pihak penganjur yg aku and my friend terpilih utk masuk team wakil Selangor. Aku sampai skrg blur camner leh terpilih. Dakper lah, isnin nanti aku tanya balik. Aku sbnrnya cam tak sure nak terima ker tak.

2 comments:

Rin said...

tahniahhhhhhhhhhh.... kadang2 benda yang tak di sangka2 tu laa bawak khabar gembira

plug2pin said...

thanks... :)