Sebelum ni setiap kali nak renew road tax dan insurance, aku akan buat melalui bank. Kalau kete lama, financier adalah EON Bank, so aku akan pi EON Bank kat Puchong Jaya kat dpn IOI tu. Setiap kali pi, mesti dpt hadiah.. hehehe
So utk kereta yg guna skrg ni. Financier adalah Maybank Kajang. Setiap tahun aku akan ke Maybank Kajang utk buat permohonan. Dan ambik masa seminggu utk settle (sbb ambik masa utk aku gi kutip kat Kajang. Jauh aaa). Dan makin lama dah tak dpt hadiah...Hehehe
Utk tahun ni, aku jadi malas nak drive jauh2. Laktu aku kan selalu dimomok ngan iklan2 MyEG kat tv tu. Aku tak fhm la apa motif iklan tu tunjuk artis2 tu pakai baju ketat giler pi dptkan khidmat MyEG. Apa motif ntah, derang dtg ngan kasut berdetap detup, ngan laki2 semua mulut ternganga.. then tetiba tunjuk gunalah khidmat servis MyEG. Aku je ker yg tak fhm motif iklan tu? Ke iklan tu tunjuk laki2 terkejut sbb apa kejadah pakai baju gitu pi tmpt tu kan? Ok, kita abaikan yg tu...
Ini tahun setelah aku kemalasan utk mendrive, aku cuba utk menggunakan khidmat MyEG. Sblm tu, aku dah dpt surat dari current insurance mengatakan berapa amount yg aku kena byr for this year utk renew insurance. So aku dahleh budget la kan brp aku kena byr.
Dan sblm tu gak aku tanya la pada kekawan yg pernah guna khidmat ni dan how derang buat. So aku pun call MyEG. Setelah aku berckp ngan Cik Siti, dia pun bagi la email kat aku berapa amount yg aku kena byr. Wahhhh cukup murah banding ngan aku dpt surat dari insurance tu.
Ngan Cik Siti tu, just bg jer butiran pasal kereta, alamat dan email. Then derang akan email kat kita apa yg patut.
So atas tu adalah quotation yg derang bagi. Kalau tekan proceed tu, utk pembyrn secara kredit. Tp aku pilih byr cash. So kenalah pi masuk duit kat Maybank. Tp smlm aku guna khidmat kawan aku sbb kemalasan melanda dengan bg cash kat kawan dan kawan buat pmbyrn dari akaun dia.
Lps byr, fax kat derang dan nanti derang akan call utk pilih insurance mn. Sbb dah biasa ngan Etiqa, so aku pilih utk terus setia ngan Etiqa Takaful. Smlm masa aku tanya Cik Siti tu, dia ckp kemungkinan akan sampai esok (means hari ni) ataupun Jumaat. Ishhh jgn sampai Isnin udahler...sbb roadtax tu mati 26hb. Petang tu aku dah dpt email utk covernote Insurance dari Etiqa.
Pagi td borak ngan kawan. Dia citer pengalaman dia dan org lain. Derang ambik masa 5 hari baru dpt road tax tu. Cuak gak aku sbb kalau takder road tax, camner aku nak pi keje? Aku ada cara satu tu jer nak pi keje. Dahler aku try check kat MyEG nyer website, dia kata tak jumpa pun status tu. Isshhh cuak ni. Baru jer aku plan nanti nak call derang, sekali receptionist skype kata road tax dah ada kat bawah. Yahoooooooo
Oleh kerana kegembiraaan benda ni sampai pada waktu nyer, mulai skrg, aku akan teruskan guna khidmat MyEG. Senang dan cepat. Dan utk elakkan kegusaran melanda, tempah la awal2... Hehehe
No comments:
Post a Comment