Tuesday, October 26, 2010

Cermin diri sblm komen

Kita biasa kan dgr or diri sendiri pun biasa ckp..bila ada org komen diri kita or org lain, kita or org2 tertentu akan ckp "Eleh nak kritik org, dia sendiri pun ntah apa2."

Tp kita pernah terpikir tak, kita sendiri pun komen or kritik org lain gak. Ada ke kita cermin diri kita sblm komen org?

Biasanya kita rs cam diri bagus sgt. Kita asyik nmpk salah org, org lain ntah apa2. Membosankan, ckp ntah apa2, bykla kutukan yg kita bg kat org. Tp pernah tak kita telek diri sendiri, kita pun agaknya sama gak cam org yg kita kutuk tu. Org lain pun mesti nmpk kita cam kita nmpk org lain.

Ntah2 org yg kita kutuk tu adalah lebih mulia dari kita. Mn tahu kan. Kita ni sapa la utk merasa diri kita ni bagus sampai kita ada hak utk kutuk org tp org lain tak der hak utk kritik kita.

Pernah baca somewhere. Dlm dunia ni xder sapa pun perfect. Even Nabi kita pun ada salah silapnya. Tp dia sentiasa diguide oleh Allah. Oleh kerana xder sapa pun perfect, kita nak tunggu sapa utk tegur diri kita kalau kita asyik ckp, dia sendiri pun x perfect nak kritik kita. Sbnrnya x salah pun utk dgr teguran org. Kkdg kesilapan kita yg kita x nmpk, org lain yg nmpk. Walaupun dia lg teruk pada kita, salahkah kalau dia menegur?

Bila baca artikel tu, buat aku terpikir. Betul gak kan. Berpikir positif tak salah daripada kita sentiasa memandang sesuatu dgn negatif. Kalau sentiasa pandang sesuatu dgn negatif, hati kita pun sakit, tak tenang. Pandanglah secara positif walaupun kkdg menyakitkan tp insyaallah hidup kita akan lebih tenang.


No comments: