Tuesday, January 6, 2009

Menipu utk Duit??


Ari Ahad ari tu, akak aku satu famili ngan adik perempuan aku ada lepak, tidur umah aku. Adik pompuan tu lepak umah aku dari hari khamis lagi sbbnya dia kena chicken pox, so mai la berkuarantin kat umah tu. al maklumlah akak dia ngan abg dia pernah kena penyakit tu. Akak aku satu famili plak dtg ari sabtu, lepak tidur situ (asalnya nak terus balik umah tp abg ipar kena alergik gatal2 ngan ngantuk yg amat) asalnya dtg nak ambik brg2 yg makcik yg baru jer balik dari buat haji bg. Buah tgn dari mekah.

Tghr masa kitaorg dok lepak2 bergelak ketawa sambil tgk tv, tetiba dpt call dari no yg tak diketahui. Angkat2 jer dgr sore laki

AD: Ni AD laki KZ. Kenal tak?
AKu: (berpikir sejenak) ooo...kenal
AD: Ari tu gi umah abah, gini, anak nak masuk ILP minggu dpn kat Kuala Lumpur
Aku: Ok, nak minta tlg htr ker? ke nak tumpang dok umah?
AD: Tak2. nak minta duit. yelah, kena minta tolong sedara mara la duit serba sikit utk wat belanja anak nak bljr. Saya tak sempat nak sediakan duit utk dia.
AKu: (tergamam seketika) ooo...dtg ngan apa nanti?
AD: Dtg ngan bas
Aku: Nk minta tlg htr ker?
AD: Tak, nak minta duit jer. Nanti AD bg no akaun, nanti masuk dlm tu ye
Aku: Ok. tp tak dpt bg byk pun sbb duit pun tgh xder ni
AD: Ok. nanti saya msg no akaun. ni nak tepon M (abg aku) plak.


Lepas letak telefon, aku slow2 pusing ngadap kakak. tanya kakak, tahu tak sapa yg call. kakak ckp mn th sapa. aku pun citer la kat famili aku. sbnrnya mamat ni adalah laki pada sepupu aku. dia ni dari zaman dia mula2 kawin sampai la ni, nyombong tak ingt. dahler kalau jumpa kat umah makcik aku mn dia nak menegur kitoarg adik beradik ni. kalau sombong sbb dia tu kaya, keje bagus dakper gak, ni takat keje kg jer. bukannya org senang pun.

sbnrnya byk gak benda tak elok dgr pasal dia ni. bab2 duit la. dgr citernya dah byk dah dia tipu org. makcik aku ngan abah aku pun dah kena tipu ngan dia. makcik aku nyer tanah, konon dia nak tlg jual la. sekali tanah terjual, duit dia sorang rembat. laktu dia tu jenis suka joli. time ada duit, dia joli sakan, berlagak...bila duit abis, barulah dia carik keje. bila dpt balik duit, dia stop keje, joli sampai duit abis.

so bila dia call minta duit ngan kitaorg, cam sesuatu yg sungguh pelik. dahler patutnya bini yg merupakan sepupu kitoarg la yg patut call kitaorg kalau susah sekali pun kan. ni dia yg call. laktu tak tanya khabar kitaorg apa pun, terus terjah minta duit. so akak aku nasihatkan la, jgn caya sgt, tak pun kalau bg pun, bg terus kat anak dia.

dpt jer msg no akaun dia tu, aku reply kata aku takleh janji leh bg ke tak sbb aku takder duit. baru je lepas settlekan hal adik2. no reply from him

ptgnya aku tanya abg aku. dok borak la ngan abg aku pasal dia tu. abg aku pun tak puas hati sbb cara dia minta duit tu. laktu dia dahler menyombong ngan kita then tetiba minta duit? xder perasaan malu ker? entah2 dia tu kenal ke idak aku pun tak thau la. almaklumlah dia tu mn la pernah bertegur sapa ngan kitaorg adik beradik. nak nmpk muka dia kat umah makcik aku pun susah. ada la kot dlm 5 thn sekali nampak muka dia. lepas dok bincang ngan abg, abg aku pun suh aku call sepupu aku KM yg merupakan adik pada KZ. kitaorg satu famili mmg rapat la ngan KM ni. rsnya dlm famili dia, dia ngan adik dia sorang lagi jer yg leh pakai kepala otak derang.

Mlm tu aku call KM. mula tu tanya pasal anak dia yg baru jer dpt result PMR baru2 ni. lepas borak2 tu, aku tanya la pasal famili AD ngan KZ ni. pasal anak2 depa. tanya dia ada ke anak depa ni yg dok bljr kat ILP? dia kata ada. baru masuk ker aku tanya. dia kata taklah, dah lama dah. dah nak abis dah. tgh praktikal skrg ni.hehehe pecah tembelang si AD ni. so aku pun citer la dari A to Z pasal AD ni mitnak duit ngan aku dan abg aku. KM ni ckp la, jgn sekali2 caya ngan citer AD ni. dah byk org dah dia tipu bab2 duit ni. sampai ramai org sekeliling dia dah tak percaya kat dia. terkejut gak ler KM ni, sbb jauh nya si AD ni mencari punca duit sampai kitaorg kat KL ni dia tepon. maklumlah AD ni dok kat Kelantan. so KM nasihatkan just ignore jer AD ni. jgn sekali2 layan dia tu. settle dan selamat duit..hehe

Smlm, waktu tghr abg aku msg. kata mamat tu msg dia tanya bila nak bg duit tu sbb dia nak pakai duit tu esok(today la). aku ckp kat abg aku, just ignore jer dia tu. lelama dia bosan la tu.

Mcm2 la taktik org nak menipu utk duit kan. Sampai gunakan nama anak utk dptkan duit utk joli. Taktik dia mmg tak menjadi la sbb
1. menipu kitaorg yg guna otak pikiran utk berpikir. x ke pelik, dia yg tak related ngan kita (sbb bini dia yg sepupu kitaorg) call kita utk anak dia. patutnya nak pinjam duit org, laktu kita ni sedara bini dia. laktu selama ni menyombong ngan kita, kalau jenis yg ada adab dan perasaan segan dan malu, mesti la suh bini dia yg call kan.
2. bila kita offer nak tlg htr dia anak beranak sbb derang dtg dari kelantan ngan bas (patutnya kalau baru nak daftar, mesti bawak byk brg, laktu nak ke ILP tu perlukan kenderaan. dia lak org kg yg tak biasa bandar besar, pandai ke guna public transport?) dia dan2 jer kata tak yah tp nak duit jer (siap mention tu nak duit jer).
3. cara berckpan tak beradab sbg org yg perlukan pertolgn org lain. tak tanya khabar berita kitaorg, terus terjah minta duit.
4. history dia tu buat kitaorg ragu2, dan kitoarg selidik dulu ngan org lain sblm bg. dia silap agaknya. mungkin bg dia, takkan kitaorg nak tanya org kg kot pasal dia.



No comments: