Wednesday, August 17, 2011

Seorg Pakcik Tua

Tghr td dlm kul 3 lbh, aku kuar bersama dgn adik utk beli bhn utk masak utk berbuka puasa. Mmg panas sungguh tghr td. Masa mula2 masuk kereta, nak duduk pun aduhai panas giler seat kereta.

Kuar dari simpang kat umah, lalu satu2nya laluan yg ada utk masuk area perumahan kat sini. Jln tu pjg, dan sememangnya masih lom ada public transport seperti bas utk masuk area sini selain guna kenderaan sendiri. Jln pun berbukit dan utk keluar dari kawasan perumahan sini, jaraknya dlm 1 km lbh kurang or lbh. Dan sejauh tu gakler kawasan kedai yg terdekat yg ada. Dgn pokok yg jarang2 mmg panaslah kalau nak jln kaki di waktu begini.

Masa on the way ke kedai tu, ternmpk la seorg pakcik tua bawak basikal di tgh panas, jln terkedek2. Dia tak naik pun basikal tu tp iring jer basikal tu. Anggapan kitaorg ada dua: sama ada basikal rosak or sbb jalan masa tu dlm keadaan mendaki bukit so lbh baik iring jer basikal tu daripada tunggang.

Bila dah lepas dari pakcik tu, hati rs tak senang. Rs kesian ssgt. Sbb terpikir, nak sampai ke kedai tu jauh lagi. Lepas mendaki bukit, then turun bukit, baru turn ke kanan brulah ada kedai basikal (kalau dia nak pi situ la). Berjln kaki di waktu tghr bagi seorg pakcik yg tua, berjln terkedek2, bawak basikal, perjlnn yg masih jauh dan dlm keadaan puasa (sbb dia pakai kopiah, so assume Islam la kan), bg aku semua tu memenatkan utk seorg pakcik tua.

Aku dok bincang2 ngan adik aku. Spttnya aku berhenti utk hulurkan bantuan, bukannya berlalu pergi camtu jer. Tak senang sungguh rs hati. So aku decide, aku pi balik kat pakcik tu.

Walaupun dah agak jauh aku pi, tp perasaan tak sedap hati tu, aku pusing balik, pi carik pakcik tu. Mmg pakcik tu lom lepas pun lagi jln mendaki bukit tu. So aku berhenti kat dpn dia. Adik aku turun, tanya pakcik tu kalau perlukan bantuan.

Pakcik tu bawak basikal buruk, seliparnya putus. Aduhai, nak luruh hati aku bila adik aku ckp. Aku turun, nak bukakkan boot kereta kot2 leh aku sumbat basikal dia dlm kereta tu. Tp pakcik tu kata dakper, tak perlu. Dia larat nak pi sendiri. Basikalnya rosak, dia kata dkt jer kedai…turun bukit tu, nanti dah dkt dah ngan kedai baiki basikal tu. Brp kali aku tanya, dia tetap ckp dakper, dia leh pi sendiri. Aku pun tak reti nak adjust basikal dia dlm kereta aku. Maklumlah kereta tak besar mn. Aku pikir, kalau aku jatuhkan seat kereta blkg, nanti dia nak dok kat mana. Kalaulah adik aku pandai bawak kete, aku suh adik aku jer bawak kete, htr pakcik tu kat kedai, biar aku yg bawak basikal tu sampai kedai. Aku rela jer daripada tgk pakcik tu penat.

Tp pakcik tu tetap kata dakper, dia kata tak muat nak letak basikal dia dlm boot kereta aku. Aku dgn berat hati terpaksa la tinggalkan dia. Adik aku dok tanya aku, takkan takder anak2 dia. Sbb area umah aku ni semua rumah batu, mn ada rumah papan ke, setinggan ker. Kalau dari perckpn pakcik tu pun, dia org melayu, bukannya indon. Aku ni dahler pantang tul tgk org2 susah, apatah lg kalau org tua… Blh berderai air mata. Aku tak th la, pakcik tu ayah siapa… Dgn basikal buruknya, dgn berjln dgn selipar putusnya. Kalau ada selipar lebih dalam kereta td, sah2 aku bg jer kat pakcik tu. Mujur pakaian dia ok. Bersih dan kemas.

Lps settle beli brg, kitaorg singgah kedai runcit sblh ngan kedai basikal tu. X nmpk pun pakcik tu. Cam tak logik plak cepat sgt dia blah. Sbb kitaorg pi kedai, xdelah lama sgt before singgah sblh kedai basikal tu. Jauh lagi kalau nak sampai ke kedai tu daripada last kitaorg tinggal dia td. So kitaorg pikir mungkin dia pi kedai yg lain kot.

Aku harap sgt pakcik tu ok. Smp skrg aku masih teringat kat pakcik tu. even adik aku pun dia ckp masa dia solat, dok asyik teringat kat pakcik tu. Semoga Allah lindungi pakcik tu dan berikan yg terbaik utknya. Aminnn

2 comments:

Bitter Sweet said...

ish..mesti teringat2 kan..pastu mesti otak ligat fikir..

mudah²an pakcik tu selamat sampai ke kedai basikal tu

plug2pin said...

mmg pun..asyik teringat2 jer...hopefully pakcik tu selamat