Minggu lepas diuji Allah. Dan aku bersyukur dgn ujian yg Allah bg tu. Buat aku byk berpikir dan b’usaha utk mendekatkan diri padaNya.
Last week, hari Isnin (8th Ramadhan), konon nak buat ice blended utk buka puasa. So blend ice with air coffee. Sblm2 ni mmg selalu berbuka dgn air panas or kkdg air kelapa without ice yg adik beli kat Param. Best gak ler buatan sendiri, minum sampai 2 gelas sbb aku sorang jer minum, dan terpaksalah abiskan sendiri. Padan muka sapa suh buat byk.
Aku biasanya mmg tak mandi after bukak puasa. Selalunya akan mandi after balik terawih. Memandangkan mlm tu aku kepanasan, so aku mandi without water heater. Air without on water heater, mmg nyaman..sejukkkk jer air.
Lps mandi tu mmg best…..tp before tido, tetiba hidung pun dah start tersumbat. Tercungap2 nak tido. So aku ambik Vicks then sapu kat seluruh hidung dan dada. Konon bg relief la sikit. Then tido dlm keadaan kepala bagi tinggi sikit supaya tak blok hidung.
Baru jer tido dlm brp minit, terbgn tido sbb sesak nafas. Rs nak menangis pun iye sbb rs cam dada ni sempit giler dan nak bernafas susah giler. Dok keliling bilik tu pikir nak buat camner. Terasa cam Allah nak tarik nyawa jer. Mcm2 cara buat. Siap ambik losyen halia tu lagi letak kat dada, then paksa tido. Mmg susah giler nak tido sbb takleh bernafas. Cam org tutup hidung kita, tercungap2 giler.
Tido dlm bbrp minit, tersedar lagi. Mata mmg ngantuk giler. Tp xleh tido. Terasa insaf giler mlm tu. Terpikir camner la yek org yg kena asthma tu. Cam tu ker yek? Tgh pikir2 tu, aku pikir adalah elok kalau aku gi solat, ngadu kat Allah, minta taubat byk2. Mana la tahu kan, mlm tu malam terakhir aku ker.
After solat, percubaan tido bykkali tak menjadi, aku cuba alihkan perhatian buat benda lain, cam bukak FB la mcm2. Smpailah sahur, terpaksa gak ler aku turun sediakan sahur utk adik2. Time sahur, aku cuba sahur, tp langsung takleh nak makan. Aku mkn stkt dua tiga suap utk alas perut jer. Then masuk bilik.
Sbb ngantuk giler, aku cuba gakler tido. Tarik nafas dlm2. setiap nafas yg aku tarik, aku selawat. Syukur alhamdulillah, dpt gak ler aku tido kejap sblm aku bgn utk solat.
Siangnya aku gi jumpa Dr. Dr bg gas dan bekalkan ubat. Sbb puasa, so ubat tu leh guna waktu mlm jelah. Mlm tu before tido, aku mkn ubat dan letakkan ubat dlm hidung, syukur alhamdulillah esoknya aku mampu bernafas seperti biasa… Alhamdulillah…
Pengalaman ni walaupun bg org lain takder apa2 perngertian, tp bg aku yg merasai keadaan perit yg tak pernah aku rasai tu, adalah pengalaman yg sgt memberi keinsafan dan perngertian yg sgt2 bermakna. Walaupun bg org yg mendgr cerita aku ni, blh gelakkan aku, lawakkan cerita aku….bg aku, dakperlah, hanya org2 yg mengalaminya shj yg mengerti dan fhm keadaan tu. Dan aku bersyukur Allah panjangkan umur aku dan beri peluang lagi utk aku. Insyaallah aku akan gunakan masa yg ada ini sebaik mungkin.
p/s: Berita mengejutkan yg aku dpt pada hari ini tentang kematian salah sorang forummer IG buat aku sebak. Walaupun aku tak kenal arwah in person, hanya kenal arwah melalui forum, tp bila dpt berita tu, rs nak menitis air mata ni…Semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya. AlFatihah…
2 comments:
jaga diri mimi.. dan jaga kesihatan..
mcm tak sangka aje kan kak med.. tp tu la... ajal maut di tangan Allah..
entah esok lusa turn i ke.. huhu
thanks..u too dear...
kalau turn kita pun, hopefully kita mati dlm iman dan ibadah tu sempurna...aminnnn
Post a Comment