Friday, August 19, 2011

Secret Admire

Hari ni tak busy mn pun. Bukannya sbb aku malas bekerja, tp sbb kbykn task aku, dah berjaya disettlekan. Hanya perlu menunggu review, comment dan input dari org lain. Selagi tak settle, selagi tu aku leh rileks sikit. Alhamdulillah.

Tp bila xder keje, bosan pun ye. Tgh aku berlagha di alam maya, (nak kuar jejalan, duit yillek, cuaca panas kat luar, kereta park kat basement sayang plak kalau bawak kuar nanti parking tak der, malas sbb bukannya leh mkn kat luar pun), tetiba aku teringat topik yg aku dok borak ngan kawan kat skype tempoh hari. Cerita pasal secret admire.

Terkekeh2 kitaorg masa bukak citer pasal ni. Sbb topik ni mengingatkan hal2 zaman sekolah2 dulu. Aku bet, mesti korang pun pernah minat org kan? At least mesti ada sorang.

Aku ada lah few. Start dari zaman sekolah sampai la ni… La ni pun ada tuuuuuu….Hahahaha. Ala sajer jer, utk bg diri happy. Start suka org sbnrnya dari sekolah rendah. Tp aku pun dah lupa sapa org first yg aku admire (nmpk sgt gatal dari kecik). Tp masa sekolah rendah, tak thrill sgt kot.

Tp cam aku bincang ngan kawan aku, aku ni satu jer problem. Aku mudah cuak. Kalau org lain, org yg dia admire tegur, mestilah muka berseri2 kan. Aku ni lain plak. Kalau org tu tegur, dan2 jer buat muka sombong, muka ketat, kekwat gitu. Apa kejadah pun aku tak th kenapa aku jadi gitu.

Satu lagi masalah aku, kalau org tu aku suka giler2, tup2 dpt th yg laki tu suka kat aku, dan2 jer aku buat hal biar org tu tak suka aku. Blh??? Padan la muka sampai skrg tak kawin2..Hahaha

Letss…

=======================================================================

1. Kawan sekolah aku yang merupakan kawan dari sekolah rendah. Dari sekolah rendah lagi kitaorg dok satu grup. Almaklumlah dulu2 kira kitaorg dlm golongan bbdk cerdik pandai. Dan cikgu selalu susun kerusi dan meja ikut kedudukan result peksa. So selalu lah aku satu grup ngan kawan ni.

Bila dah masuk sekolah menengah, smpt sekolah ngan dia sampai form 1 jer kot, tetiba dia dpt masuk sekolah lain. Bila dia dah blah, tetiba kawan baik dia citer, mamat tu sbnrnya suka pada ssorg. Punyalah kitaorg geng2 pompuan kejar kawan dia ni nak tahu sapa la org yg dia suka tu.

Tp rsnya sampai sudah tak dpt jawapan. Sbbnya aku tampar kepala kawan dia tu sbb kawan dia tu kenakan aku balik. Hampehhhh. Tup2 last year borak2 ngan dia kat FB, dia ckp dia pernah suka aku dulu2. Hahahahahaha

=======================================================================

2. Kawan sekolah gak yg merupakan kawan dari sekolah rendah gak. Suka tgk dia ni walaupun masa dulu dia cam berlagak. Almaklumlah anak cikgu. Dulu sampai aku segan nak tgk dia. Padahal rsnya dia pun tak pernah suka pun aku. Pernah la dia digossipkan ngan kawan aku. Jeles simpan dlm hati. Hehehehehe.

Sampai la ni aku still kawan ngan dia. Malu2 pun dah takder dah. Bergurau senda cam biasa.

=======================================================================

3. Kitaorg masa sekolah menengah, kalau bbdk pandai, dok dlm kelas Perdagangan. Kalau bbdk yg bawah2 sikit, dok dlm kelas SP (Seni Perusahaan kot). Utk kelas kitaorg, bljr akaun, utk kelas derang, kalau laki bljr bertukang, kalau pompuan, bljr masak2.

Aku suka tgk mamat sorang ni yg kat kelas SP ni. So one day, aku berjln ngan kawan aku, lalu dpn kelas dia. Wahhhh sukanya hati sbb nampak dia pandang aku. Berdebar dan berbunga2 hati. Dia plak buat muka ala2 terkejut, surprise gembira. Ala2 ternampak wanita pujaannya lalu. Lagilah hati aku berbunga2 kan.

Perasan la kan utk bbrp hari sampai aku dpt tahu yg dia sbnrnya suka kat kawan aku yg sesama jalan ngan aku tu. So moralnya, jgn berjln ngan org yg lagi cantik dari korang. Nanti korang dilanda perasaan!!!!

Sampai skrg aku tak pernah ambik tahu lagi pasal mamat tu. Nama pun aku tak igt langsung.

=======================================================================

4. Kalau kat kg aku, menjadi kebiasaan bbdk form 5 dan form 6 utk sewa rumah sbg tmpt study derang. Ada gak yg kkdg form 3 pun dah pandai dok umah sewa ngan kekawan. Area umah yg ayah aku sewa dulu, ada la gak bbrp rumah kosong yg selalu jadi tmpt bbdk sekolah sewakan. Biasalah area umah kmpg, stkt umah kayu, murah jer sewanya.

Kbtln masa aku F2, ada bbdk sekolah berdktn menyewa kat situ (bkn satu sekolah ngan aku). Derang Form 6. Dlm 3 rumah kot derang sewa dan salah satu rumah tu, dapurnya mengadap dapur umah aku. Mata gatal aku, suka la tgk derang2 ni. Sbbnya derang ni kira baik gak ler sbb menjadi salah satu sbb surau aku meriah dgn pelbagai aktiviti. Mcm2 yg derang buat terutamanya derang selalu membacakan tazkirah dari buku2 after solat. So bila bbdk yg jenis kaki surau, azan pun best, blh dibuat imam, sah2 la kan org2 tua pun pakat ngidam utk jadi menantu derang kan? Apatah lagi bbdk pompuan cam aku. Hahahahahahahaha.

Dlm ramai2 tu, aku minat ngan salah sorang tu. Dia jarang balik umah famili dia sbbnya famili dia dok jauh, kkdg jer dia balik umah nenek dia. Sbb derang masih bersekolah, so selalu la derang minta tlg arwah mak belikan lauk bila pakcik yg jual ikan datang. Sbb kesian kat derang, selalunya mak aku akan siap2 masak utk derang. So tiap kali blk sekolah, derang akan ambik la lauk pauk tu. TIme tu la kan, menggatal, pi intai.

Kkdg time hujung minggu, tinggal mamat tu sorang2 jer kat umah, ayah aku selalu ajak dia makan jer kat umah kitaorg. Lagi senang kan? Tp aku kan bila cuak tu ada, jgn harap la aku nak tonjolkan diri. So spjg dia ada, spjg tu la aku melepak dlm bilik. Tp bila jauh, gatal plak mata dok mengintai.

Aktiviti mengintai bukan skdr kat umah, tp kat surau pun iye. Aku masa tu selalu la study kat surau kalau solat after maghrib. Sbb surau stkt dua tiga jengkal jer dari rumah, menjadi satu kewajiban bagi kitaorg satu famili solat kat surau. Dan selalunya sementara nak tunggu isyak, aku ngan kawan akan study kat surau. Masa tu kawan aku pun suka pada mamat yg sama. Aku sbg org yg terasa rendah diri (mmg diri aku ni rendah pun kan), of course la kan, terasa cam mamat tu mesti tak pandang punya aku kan dan semestinya akan nmpk kawan aku lagi menarik.

Surau tu sbnrnya surau kecik jer, yg hanya pisahkan pompuan ngan lelaki dgn kain jer. So bila angin kipasnya laju, akan nmpk la org kat sebelah. TIme tu la mata melilau ngintai. Nak2 mamat tu pun buat benda yg sama cma kitaorg, study antara waktu maghrib dan isyak kat surau.

One day, mamat ni tinggalkan buku dia kat atas divider antara laki ngan pompuan. Kawan aku ni nakal sikit, so dia curik buku tu. Dan buat kitaorg berdua terkejut terutamanya aku, punyalah besarrrrrrrrrrr dia tulis nama aku kat atas buku dia tu. Dan2 jer aku cuak. Walaupun dalam hati cam berbunga, tak sangka yg dia pun suka aku, tp dlm masa yg sama, aku jadi cuak dan takut. Itulah perasaan yg timbul bila aku tahu org yg aku suka, suka aku balik.

Dan2 jer mulai saat tu, aku cuba elakkan dari dia. Tak mo tgk dia, takmo intai2 dia lagi. Sampai lah dia abis peksa STPM dan blah dari rumah tu.

Even masa dia dtg melawat org2 kmpg termasuk famili kitaorg selepas ambik result peksa dia (dia dpt Best Student utk STPM batch dia), aku tak keluar pun. Masa tu dia dtg jumpa arwah mak, bg duit minta arwah mak buat jamuan kat surau utk org kmpg sbg terima kasih kat org2 kmpg spjg derang dok situ.  Org2 kmpg suka geng2 depa, siap sblm derang peksa, org2 kmpg buat mkn2 dan solat hajat utk derang.

Masa dia masuk universiti, aku pun masuk asrama. Last aku dpt card birthday dari dia. Dan aku ni sbb jadi takut ada org suka, so aku cam layan tak layan sgt dgn surat dia.

Dia satu universiti ngan akak aku. Masa aku gi melawat akak aku, siap akak aku ckp “Ni kalau mamat tu Mi tahu dtg ni, tak ckp ngan dia, mesti dia bising”. Aku pun tak bertanya pasal dia kat akak aku, tp akak aku yg selalu bercerita.

Dan last yg aku tahu, dia dah kawin pun, skrg jadi cikgu kalau tak silap kat kmpg famili dia.

Menyesal????? Ada la gakkkkk………..

=======================================================================

 

sambung yg lain kemudian……meeting daaa

6 comments:

hk said...

Wah siapakah jejaka bertuah yang diadmire oleh Plug itu? Ce cerita hehe

Selamat hari jadi Plug dan didoakan moga hati sentiasa gembira, tubuh sentiasa sihat, poket sentiasa murah dgn rezeki dan rohani sentiasa cantik dan bersih.

plug2pin said...

Mungkinkah pak asan? Hahahahaha....nanti takut plak pak asan..kehkehkeh
admire jer bukan org admire kita pun....masih ada kesedaran diri...hehehe

thanks pak asan...insyaallah..aminnnnnn

Cik Liza said...

waakakakaka SA bahasa kat itm dulu

plug2pin said...

SA tu digunakan zaman aku sekolah2 lagi..hehehehe...takder keje lain, intai org je keje...

hk said...

Oooo Plug admire pada Hassan Cafe hehe

plug2pin said...

hk: hahahahaha..tahu dakper