Saturday, August 27, 2011

Selamat Beraya

Kita sambung citer lepas raya jelah yek. Malas nak menaip. Kemas umah pun lom settle lagi, tp mata dah ngantuk. Mujur packing dah. Esok pagi2 dah bertolak dah…

Ari tu kat masjid, ada tazkirah. Tetiba rasa sayu ssgt bila imam ckp tinggal berapa ari lagi ramadhan akan berakhir. Rasa sebak plak dlm hati sbb aku suka sgt ramadhan kali ni. Byk keinsafan dlm diri aku dan aku suka suasana ramadhan. Suasana dia lain dari bulan2 lain. Dan terawih pun dah takder nanti. Panjang umur, tahun dpn baru dpt jumpa.. Huhuhu…Really enjoy this year nyer ramadhan. Insyaallah next year dpt jumpa lagi.

Sempena nak raya ni…aku pun nak wish gak ler kat semua org terutama org2 yg sudi baca blog ni.

Selamat Hari Raya utk semua…..Mohon keampunan dari semua atas semua salah silap saya selama korang kenal diri ini. Mohon maaf kalau ada tersilap kata sama ada secara sedar mahupun tidak, sama ada korang tahu mahupun tidak…..mohon diampunkan… Hope korang semua happy2 jer sepjg Syawal ni dan take care…

Wednesday, August 24, 2011

Secret Admire 4

Perghhhh…sampai 4 daaa…. Gara2 aku mls nak menaip lama2. Kuikuikui…

Dlm entry sblm ni, aku citer pasal aku kena partner sparing ngan ex-senior aku kan (ex la sbb dia hanya jadi senior aku dari sekolah rendah sampai aku form 4 jer…then dia blah, masuk kolej tu..tp Uni lain..so secara automatik bukan senior la kan? sbb lain2 Uni..hehehehe).

Berbalik pada cerita, utk grading masa tu, hanya aku dan my ex-senior je kira pangkat paling tinggi. Tp sbb dia laki, aku pompuan, so president bg aku berpartner ngan sorang akak ni, tp level dia rendah la pada aku. So utk free sparing dan one-step sparing, aku selalu la berlatih ngan akak tu, dan akak tu pun kebetulan join utk grading gak. Dah biasa berlatih berdua utk grading….tup2 lain plak jadinya masa mlm grading tu.

Masa tu turn aku utk tunjukkan one-step sparing. Lps kenalkan diri, aku pun bersiap sedia la nak tunjuk skill dgn akak tu yg dah ready berdiri dpn aku. Tetiba examiner suh tunggu dulu. Examiner tu Cina. Dia suh akak tu masuk balik kt tmpt duduk. Dan dia panggil my ex-senior suh jadi partner aku dan tunjuk skill masing2. Kebetulan mmg ex-senior aku pun lom tunjuk skill dia utk one-step sparing.

Kami berdua masa tu terkedu jap walaupun siap dah bow semua (otak dok pikir “camner aku nak pegang mamat ni”..). Dlm terkedu tu, daripada aku pandang muka dia, tetiba aku nampak siling dah.

Rupanya brader tu dah belit kaki aku, dan jatuhkan aku. Tp takder la sampai aku baring atas lantai. Dia grab baju aku.

Aksi brader tu buat cam aksi bawah sekali tu. Tp xder la aku terlentang gitu, sbb dia pegang baju aku kat dpn tu and dia tarik aku balik bg aku berdiri.

Mujur grab baju jer..bukan grab benda lain…Huhuhuhu…

So next turn aku plak. Aduhai..geli aku tgk badan brader tu berpeluh2, so baju dia dah lencun. Sbb terpaksa nyer pasal, tanpa rela, terpaksa la aku pegang dada dia dan buat apa yg patut…Kuikuikui…

Abis jer exam, masing2 minta maaf.. Tp lepas tu masing2 tak bukak citer dah sampai la ni walaupun pernah terjumpa dia slps tu.

Back tu citer tajuk asal….

=======================================================================

Salah satu citer tragis gak ni. Cam kes budak jepun tu (dan2 plak jadi budak jepun) tp mamat ni dok sini jer, bukan ke oversea pun.

First aku terjumpa mamat ni masa kat klinik kat main campus. Masa tu kitoarg matrik 2. Pada saat dan ketika tu, aku tgh menunggu turn aku bila mana aku ternmpk sorang mamat bercap ni pun dok menunggu kat ruangan menunggu Dr.

 Skdr gmbr hiasan ;)

First nmpk dia tu, aku terus cam tersuka tgk stail dia. “Ishhhh..ni senior mana plak ni. Sukanya tgk dia. Menarik perhatian mata aku” Nak2 plak masa tu rasanya tak ramai patient. Dlm aku berdua dan sorang lagi mamat.

Dlm tgh usha2 dia (aku pun tak sure dia tahu ke tak aku tgh usha dia), teitba dia lambai2 kat aku. Aku cam terkejut, tp berjaya control.

“Turn awak”

Aku pun cam kete control, ikut jer arahan, pi masuk bilik jumpa Dr. Tp bila aku kuar jer, dia dah takder….Huhuhuhu

Sejak tu tercari2 lah aku siapakah gerangan mamat tu. Nak2 kat main campus, chances utk jumpa dia tu tak th la ada ke tak.

Tup2 one day, masa tgh tunggu nak masuk dewan kuliah, terpancul dia dlm ramai2 org kat situ. Happy giler.. Rupanya dia same batch ngan aku tp kelas lain2. Masa aku matrik ikut abjab nama utk kelas dan asrama. Kkdg bengkek pun ada gak…sbb nama aku ni M, so selalulah termasuk dlm golongan mereka2 yg bernama “Mohd”. Mujur aku ada kawan yg sesama nama sama utk nama pertama tu. Kerap gak ler, kalau exam ker, test ker, kitaorg berdua jer pompuan, yg lain laki. Kalau lab tu, selalu gak ler kena buli…tp kitaorg pun jahat gak…buat2 kedekut…tp time tak dpt result, ngendeng2 derang gak. Laki kan cair ngan pompuan…Hehehe

Mamat tu nama dia jauhhhh dari aku. So mmg jgn harap la utk sekelas or selab..apatah lagi seasrama. Kuikuikui…

Aku sbnrnya part suka kat mamat ni, satu org pun tak th. Pandai aku simpan kan. Aku plak riki2 pasal mamat ni pun dgn cara macam2 lakonan. Nak2 plak rupanya classmate aku satu sekolah ngan dia. So byk la info. Tp bhy gak aku tanya byk2 pasal mamat tu kat kawan aku ni. Tp mlslah aku nak citer sbb apa…

Sbb tak satu kelas dan lab, so amatlah susah aku nak jumpa mamat ni. So aku terpaksa la simpan jer dlm hati.

Tup2 bila masuk first year, tgk2 mamat tu satu course ngan aku. Yeaahaaaaaaaaaa..

Rasa nak menari masa tu. Hehehehe…

So aktiviti menskodeng secara senyap pun berlangsung. Sorang pun tk th. Dan benda tu berlarutan sampai la aku final year.

Masa kat uni tu, masa 2nd year kalau tak silap, dia pernah la kapel ngan sorang budak school lain. Geng2 kitaorg nak tergelak gak. Sbbnya mamat tu cam ala2 coolnya tp awek dia tu ala2 tough sikit. Bukan tomboy, tp pompuan yg ala2 bersikap tough. Tgk la ambik course apa kan. Course tu majoriti laki. Tp final year, derang clash.

Aku sbnrnya kan, tk th la mamat tu igt tak kejadian kat klinik masa kitoarg kat main campus dulu. Ntah2 aku pun dia tak igt. Aku masa bljr dulu mn la rapat ngan budak laki melayu. Bukan berlagak, tp kkdg geram sbb derang kkdg buat ala2 segan2. Cam kawan pompuan aku panggil derang utk pass something, alahai, buat malu2 plak, dok tolak2 sesama sendiri. Budget kitaorg nak ngorat depa kottttt…. Tu yg aku naik nyampah tu.

Masa final year baru aku baik ngan derang. Tu pun mulanya geng2 yg sama supervisor utk final year projek. Mamat tu mmg langsung aku tak pernah berckp ngan dia. Nak2 plak dia ambik major lain masa final year dan dia dok luar campus sedangkan aku every year dpt asrama ;). So mmg jarang jumpa dia.

Tp yg aku perasan, byk kali gak ler masa final year, tiap kali aku lalu jer dpn geng2 mamat ni, start la depe dok panggil2 nama aku. Bukan panggil sbb nak panggil aku pi kat depa ke apa, tp cam usik someone. Tp aku selalu jer buat derk. Ala2 pekakkan telinga. Tak kira la, time kat cafe ker, kat dpn kelas ker dak pun time jumpa kat luar campus. Kkdg naik bosan pun ye.

Sampaila kitaorg abis bljr, start keje. Mmg aku langsung tak th pasal mamat tu. Then one day, masa aku gi citibank byr hutang, terjumpa kawan aku tp budak course lain. So dia ajak gi lepak umah sewa dia. Sbb aku takder komitmen, join la derang. Sampai umah tu, aku tgk ex-awek mamat tu ada situ. Minah tu tanya aku pasal mamat tu. Sah2 la aku langsung tak th kan. Minah tu masa tu dah nak kawin kalau tak silap. Tup2 dia bukak citer zaman dia bercinta ngan mamat tu. Aku ni dgr jelahhhh…. (dalam hati…aduhaiiii…zzzzz)

Lps bljr tu, aku kebetulan close ngan member secourse ngan aku ni. Member ni plak bercinta ngan kawan pada mamat ni. Bila asyik kuar ngan derang, dpt tahu serba sikit citer pasal mamat tu.

Diceritakan oleh member aku, yg mamat tu masa tu tgh kapel ngan budak mana ntah…tp member2 aku tak suka dia kapel ngan budak tu. Dgr citer pun, dia kenal budak tu pun sbb makcik2 kat tmpt dia keje tu yg kenalkan. So beriyalah kawan aku ni nak temukan kitaorg berdua. Aku ni sukalah kan..tp dlm hati jelah. Mana leh tunjuk aku suka, nanti terbongkar rahsia. Maklumlah aku ni kan budak pemalu.

Tp mungkin masa tu kawan aku pun tgh bz nak kawin dan dgn masalah depa lagi, so benda tu tertunggak2 sampai bbrp thn lepas bila aku dpt berita dr kekawan.

Rupanya2, ni geng2 mamat tu sendiri yg citer la kan… Kalau derang tipu, aku pun kiranya tertipu la gak. Sorang2 bukak citer, yg mamat tu sbnrnya dh lama suka aku. Hehehehehehe. Tp frust la sbb dgr khabaran gak masa tu, mamat tu dah kawin. So bg aku, dah tutup buku la kan.

Tup2 last year, aku nmpk nama dia kat FB, member2 dok add dia. So aku tanpa malu, add gak dia. Tp mmg FB dia pun cam tak berupdate. Bak kata org, chop tapak rumah jer.

Selang bbrp hari lepas tu, dia accept…and masa aku kat ofis, tetiba dia ajak aku chat. Wahhh imagine last word dia ngan aku zaman matrik dulu, ni la kiranya 2nd time dia berckp ngan aku walaupun di alam maya.

Soalan dia utk first day chatting, camner ngan keje dan benda2 basic lain. Then dia kata sambung esok sbb dia bz, susah nak online.

Esoknya dia ajak chat lagi…..next soalan adalah pasal family aku. Bukan pasal mak ayah aku, but my own family, pasal anak2 semua tu. Aku ckp la, aku mn kawin lagi. Dia cam tersenyap jap.

“Tapi masa sy tanya pasal awak dulu kat kekawan, semua kata awak dah kawin”

Huhuhu..sapa la yg bg info salah kat dia….Next day, dia ajak chat lagi..tp masa tu aku pun xder kat meja sbb bz…So since then, tulah last khabaran dari dia. Dia pun langsung tak update or respond kekawan dia kat FB tu…

Tulah kan..org kata bila dah takder jodohhhhh…

=======================================================================

Next..sambung kemudian..malas nak menaip.

Tuesday, August 23, 2011

Secret Admire 3

Bila umur dh lanjut ni, nak2 baru jer cecah angka baru, ada la kan mulut2 yg bertanya part2 kawin. Lemah aku nak menjawabnya.

Aku nak jawab camne kalau dah tak pernah ada org pun offer aku jadi awek dia or bini dia…Hehehehe…Oklah….mmg pernah la suatu ketika duluuuuuuuuuuuu….ada mamat ni mengoffer utk jadi bini dia. Siap ckp, kalau ok, raya haji nak htr pinangan.Kuikuikui….Tp aku terpaksa tolak sbbnya zaman sekolah dulu aku tak pernah pun berckp ngan dia. Tup2 terjumpa blk time awal2 keje, dan br nak berkenal2an, tetiba ajak kawin? Yg mengukuhkan aku tolak tu, sbbnya, dia dah ada awek sbnrnya, tp awek bukan org Kelantan. Memandangkan mak dia nak gak suh dia kawin ngan awek kelantan, (padahal mak dia org Melaka), terjumpa aku, terus offer aku. Ohhh tidakkk….Tp mlm tu aku berdiskusi ngan dia hampir 2 jam kat tepon…tp bukan pasal nak kawin ni, tp nasihat dia suh aku cuba belajar utk menerima lelaki dlm hidup aku (ni citer lain kali la yek..). Sbb nasihat dia tu lah, bermulalah sesuatu yg baru utk aku dan aku cuba menerima seseorg dalam hidup ni, tp last2 aku dikecewakan gak.

Serik? Tak serik pun…tp bg aku itu adalah pengalaman ;)

Since then, aku rs takder kot dah yg mengofferkan diri. So how aku nak kawin?

Ok..sambung citer sblm ni

=======================================================================

Lps abis English course, selang bbrp bulan SPM dah announce result, then selang bbrp bulan dpt offer buat Matrik kat utara sana.

So kat kolej ni, ada 4 buah universiti tempatkan student dia kat sini. Tp uni aku hanya sethn jer matrik kat situ dan another 1 year kat main campus. Tp ada satu lagi uni tu, 2 years buat matrik kat situ. Ini bermakna derang ada senior la..

Kelas dan asrama mmg kitaorg asing2, tak kacau sesama uni pun. Cuma aktiviti dan kelab ada yg cmpr. So masa tu lah bergaul mesra ngan bbdk uni lain.

Senior uni tu kebetulan that year, ramai tul yg ganteng2. Menarik pandangan mata….best jer dpt cuci mata. Kuikuikui…

Masa kat sana, aku join kelab Taekwan-do. Konon sayang la weh, 2 thn bljr masa kat sekolah asrama dulu, so alang2 sesama ITF kat kolej ni, sambung jelah terus. Kalau masa sekolah dulu, selamba badak jer aku sorang2 join kelab taekwan-do sedangkan budak kelas aku semua join kelab lain..Yelah minat nyer pasal kan. Tp ok la, last2 aku kenal gak bbdk lain.

Same goes kat kolej ni. Aku dan ada sorang budak pompuan tu jer dari  uni yg sama. Yg lain bbdk uni yg bersenior itu. Nak2 pompuan brp kerat jer yg join. Laktu pompuan seuni ngan aku ni plak, tak mo join grading…katanya mak ayah tak bg..So muka aku mmg tetap wujud la setiap kali kelas. Kkdg aku sorang2 jer pompuan. Buat muka tak malu jelah aku ni. Pedulikkkkkkk….aku join kelas nak bljr, bukannya aku nak ngorat depa.

Yg membuatkan aku lagi tertarik join this club adalah presidentnya. Kuikuikui……Masa derang wat show perkenalkan kelab ni, siap brader ni tunjuk aksi dia lagi pecahkan papan dan bla bla bla. Teruja tgk aksi2 dia…

Nama pun president kan, so mestila dah black belt…(tetiba aku terbyg muka dia yg senyum simpul ajar kitaorg..cairrrr japp…hehehe). Start sign utk join the club, bermulalah senyum simpul aku dok terbyg brader ni.

Kelas seminggu sekali jer pun. So time tu jelah kalau dpt mengadap dia pun. Time lain, bila pi mkn kat dewan makan or time kelas sbb kat situ pun sistem kelas adalah floating class.

Masa mula2 kelas taekwan-do start, student pun masih ramai, so aku takderlah berpeluang pun utk dkt ngan dia. Maklumlah ramai lagi gadis2 lain yg menghimpit dia..nak2 plak aku ni kan gadis pemalu, laktu takder geng. Selalunya aku dok lepak sorang2 jelah, buat hal sendiri. Abis2 aku senyum jer bila org tegur. Lagipun ada brader sorang tu, senior aku daripada zaman aku sekolah rendah, sampailah aku pi sekolah asrama, tup2 jumpa lagi kat kolej tu….Adussssss (and dia partner grading aku….geli plak teringat kena pegang dada dia yg berpeluh tu..yuckss)

Bila lelama, nak2 plak time sibuk nak grading, bbdk pun makin lama makin kurang. Sbbnya yg dtg pun yg geng2 nak grading termasuk la aku. Disbbkn aku dh kira agak tinggi dah pangkat, so kkdg brader tu terpaksa bg kelas separate la utk aku ngan senior aku sorang lagi tu. Ntah lelama, aku ngan dia blh la borak serba sikit, simple2 jer pun.

And until lepas grading, aku still tak tinggal kelas (kecuali aku sakit ke apa…rugi la weh, tinggal kelas bila cikgu dia aku suka..kuikui), tp student dah makin kurang. Lelama masa utk aku menghimpit dia pun terbentang luas. Ada sekali tu, sementara student2 lain dtg (kami mmg punctual), kitaorg borak2..lama giler. Hati berbunga2 giler. Rasa cam nak announce kat student2 lain, TLG JGN DTG KELASSS, AKU NK DATING!!!!

Start tu aku baik la ngan dia. Kalau terjumpa kat tgh jln tu, blh lagi la bertukar2 senyuman, say Hi ker apa kan.

Until la last day kitaorg kat kolej tu. Yelah dia pun dah nak blah ke uni dia, aku pun sama. Uni plak negeri lain2. So last day dia kat situ, dia minta la alamat aku. Reason dia, sbbnya nanti senang dia nak htr sijil taekwan-do aku. Masa tu tgh busy pasal apa ntah, aku just ckp ok, nanti aku bg.

Zaman aku tu mn la ada handphone kan nak call dia nak jumpa ke apa. So aku just kirim alamat aku kat senior pompuan yg sama uni ngan dia. Tp aku tak th la kakak tu bg ke tak alamat aku tu sbb sampai skrg sijil tu aku tak dpt. Huhuhuhu…Tp aku budget cam akak tu tak bg jer sbb muka dia semacam jer masa aku minta tlg passkan kat brader tu….Hmmm

Tulah last word aku ngan dia. Lepas tu tak th la apa citernya, tak dpt khabar berita langsung pasal dia. And masa thn 2002 kalau tak silap aku…Masa kat Sogo, aku naik escalator, and aku pandang atas, aku nmpk sorang mamat ni kat escalator yg sama, tp dah kat atas, dok pandang jer aku. Aku cam terkejut, “eh, brader tu la”. Tp cam was2 jer masa tu. Dan dia pun cam was2 jer muka pandang aku. Mungkin dia pun cam terpikir, “eh, betul ker dia ni”. Aku pandang tmpt lain nak tanya kawan aku. Tp mungkin sbb dia igt silap org, so dia pun blah. Nak2 plak kat Sogo tu penuh giler org, so tu lah last aku nmpk dia.

Abis citerrrr mamat ni..

=======================================================================

Next story…..esok2lah sambung

Monday, August 22, 2011

Secret Admire 2

Sapa kata kalau sedih, jadi tak lalu makan? Teori tu langsung tak menjadi kat aku. Kalau aku sedih, perasaan nak sumbat makanan dalam mulut aku ni makin menjadi2. Rasa nak jer mkn semua benda yang ada kat dpn mata dan juga yang terbayang dalam kepala. Aku rs teori tu terbalik untuk aku. Kalau aku happy, kkdg tak makan pun dakper..sbb happy kan..Suka beb… Tp kalau lapar…..arghhhh aku tensen…so mknn la penawar utk seketika aku.

Skrg ni aku lapar gegila. Kalaulah skrg ni bukan bulan puasa, dah lama aku ajak kawan aku pi mkn kat bawah. Kalau cafe bawah tak bukak, aku sanggup drive pi Secret Recipe or Hassan Cafe utk melantak. Mmg perut aku lapar giler skrg…dari pagi tadi dok berbunyi..huhu.

So utk melalaikan perut aku minta diisi, baik aku sambung citer ari tu.

=======================================================================

Masa F4, aku dapat dok sekolah asrama kat nun di Trg. Masa ni aku telah terjatuh suka pada sorang senior ni. Zaman bljr dulu, sistem kelas adalah floating class. Maknanya kitaorg bukannya bljr kat tmpt yg sama jer tiap2 hari. Kalau pagi ni bljr Math kat bilik A, lps tu subjek BI kat kelas lain plak. So setiap kali bunyi siren, kenala kuar dari kelas tu, pi next class plak.

So time tukar2 class ni, panjanglah sikit leher tu, dan melilau la mata tu memandang, kot2 brader tu lalu or tukar class gak. Tp episode tu berakhir bila aku join kelab Squash.

Kelab tu aku nyer senior perempuan yang ajak. Mana la aku tahu brader tu join. Mula tu happy la kan. Nak2 coach suh dia tlg ajar aku and frens. Tp bila nak balik tu, dia sound aku, “Bila balik asrama, carik kayu, bljr serve”. Masa tu bengkek giler..bukannya sbb dia sound tu, tp cara dia berckp tu cam berlagak gila. Terus nyampah ngan dia masa tu.

=======================================================================

Masa dulu, aku la sorang2 yg tercampak jauh dari famili. Kira jauh la kan, Trg-Kel. Akak2 aku ngan abg aku dpt asrama pun, still kat Kelantan. So anytime derang leh blk. Tp cam aku ni, dahler nak balik kg pun memerlukan duit, so terpaksa la balik hanya bila ada cuti panjang or bila semua org balik…takkan aku nak dok sorang2 kat situ kan. Nak outing pun tak berduit. Sbb ayah aku pun jarang bagi duit. Yelah, mnlah ayah aku ada byk duit utk aku bersuka ria. So duit hanya diberi kalau ada benda penting shj. Utk mkn, mknn dah disediakan. So no reason la kan utk minta duit.

Dlm aku kebosanan dan kenyampahan dok asrama, tetiba timbul idea utk minat org supaya bg semangat sikit utk aku dok kat sekolah tu. Ntah camner aku terpilih la sorang mamat ni. So aku panggil nama dia Snickers. Ni code yg hanya aku dan kawan aku jer yg tahu. Sejak tu ceria la sikit hidup aku. Time mkn kat dewan makan tu, pjg2 la leher sikit kot2 dia ada kan, leh intai2.

Tup2 masa aku F5, ntah camner sorang member yg sekelas ngan mamat ni tahu. Minah ni dok dpn bilik aku jer pun. Mungkin ada la kot kekawan aku terlepas ckp. Yg aku geram tahap giler tuuuut, ada ke minah ni gi citer kat mamat ni. Hampagas tul la. Terus lps tu aku langsung tak pandang dia dah, walaupun dia selalu tersengih2 kalau aku terpandang dia.

Sampai la kitaorg gi English course after SPM, ntah camner aku pun tak th apa reason. Aku gi htr kad raya kat mamat ni dan aku minta maaf yg selama ni aku minat dia tu tipu2 jer sbb bosan kat sekolah. Bila pikir2 blk, apa kejadah la aku pi htr kad kat dia. Kan dah segan gila masa pi reunion dulu..ahahahahaha

=======================================================================

Start create minat budak kat atas, aku start la minat budak2 lain. Ada sorang budak tu nama dia kitaorg bg as Seven-Up. Sampai abis bljr, hanya aku ngan kawan jer yg tahu. Skrg mn dia pun aku dah tak th. Nama pun dh lupa.

=======================================================================

Selain budak dua org kat atas tu, ada sorang lagi aku suka. Yg ni mmg tak bernama. Aku pun tak sure kawan aku tahu ke idak. Zaman bljr dulu aku rs dia hensem. Tp skrg ni aku tgk gmbr dia kat FB, Ya Allah……gemuknyaaaaaaa….Hehehehehe

=======================================================================

Lps SPM, kitaorg kan kena htr utk English course. Masa tu aku kena kat Subang. Kelas betul2 dpn Subang Parade.

So nak dijadikan cerita, aku sekelas ngan sorang mamat ni. Asalnya aku takut gak ler ngan dia. sbbnya masa tu cikgu kelas kitaorg, Datin apa yek nama dia sbb kitaorg panggil dia Datin jer (Datin ni mertua Hawa, adik pada penyanyi Wan..tak th la mertua or bekas mertua) panggil derang 3 org ke dpn kelas. Then Datin ni tanya sorang2 apa salah depa ber3. Datin ni cam Pengetua dan cikgu disiplin kat situ la. Tetiba masa tu Datin tanya aku, mamat tu dgn muka bengkek stare kat aku. Tp aku ngan muka cepat2 ngadap Datin, terus ckp yg salah depa sekian2.

Cuak gak aku takut mamat tu marah aku. Tp mujur mamat tu ok. Desas desus yg aku dgr dari kekawan yg satu sekolah ngan mamat ni, agak glamer la mamat ni dan salah satunya dikenali as anti-girls.

Aku pun tak th la, apa puncanya, tetiba aku leh baik ngan dia dan masa tu lah kitaorg tanya dia kenapa dia dikenali as anti-girls. So bila dgr luahan dia tu, lelama kami agak rapat la. Terutama rumah sewa dia berjiran jer dengan rumah sewa aku dan nak2 plak majoriti ahli rumah aku, satu sekolah ngan dia.

Incident yg paling takleh aku lupa, bila kitaorg balik dari kelas. Masa tu, Metro Bus tu dah disewa sbg pengangkutan kitaorg utk pi dan balik kelas dan setiap ari Rabu ada ceramah agama kat masjid berdekatan. Spttnya semua org kena pi la..tp time tu geng2 depa ponteng. So bila kitaorg geng2 pompuan naik, majoriti yg dapat seat adalah bbdk laki. Terpaksa la bbdk pompuan berdiri. Biasalah, bbdk laki jahat, ada jer nak kenakan kitaorg.

Kebetulan masa tu aku berdiri sebelah dgn dia. Asalnya dia offer aku dok tmpt dia tp segan takut diboooo oleh kekawan dia dan tak mo dia the only laki yg kena berdiri, so aku ckp, its ok…aku leh lagi berdiri.

Then kat satu tmpt tu, budak yg dok di hadapan dia tu turun, so dia cepat2 pi dok kat tmpt asal mamat yg turun tu, and bg tmpt dia kat aku. So mmg havoc la kejap dia kena boo ngan kekawan dia.

So bila turun bas tu, mmg merah la telinga dia kena usik ngan kekawan dia. Imaginelah, org yg terkenal ngan anti-girls leh offer pompuan tmpt dok dia? Ishhh….aku gelak jer time tu.

Sejak tu, pantang aku lalu dpn umah derang jer, sah2lah aku kena usik. Geng2 derang dok jerit2 nama dia. Adusss….dahler aku suka ngan mamat tu. Derang wat camtu plak. Lagilah cuak walaupun hati happy.

Mcm2 kes time tu..siap ada org yg tak puas hati bila kenapa dia blh join aku and frens buka puasa sesama tp derang as girls glamer dlm kelas tu, langsung tak dilayan oleh mamat tu. Tp mmg time tu hati aku giler sungguh kat mamat tu. Tp biasalah aku ni, time cuak jer, adalah benda2 bodoh aku buat.

Sampai la kitaorg abis bljr situ, aku igt lagi time tu semua lepak kat kelas sbb umah sewa kitaorg dah dikosongkan. Masa aku dok lepak sorang2 kat kelas, tetiba mamat tu dtg minta aku nyer alamat. Dia kata sajer mana tahu kalau rajin leh tulis2 surat (zaman aku mana la ada email2 ni). So merindu la aku kan spjg aku blk kmpg.

Masa aku matrik tu, aku ngan dia biasalah berbalas2 surat. Takder citer apa pun, just citer hal2 bljr. Dia pun masa tu tgh buat persediaan utk ke Jepun. Tup2 one day, aku jumpa ngan kawan aku. Kawan aku ni study satu tmpt ngan mamat tu. Kawan aku kurang merestui aku kawan ngan mamat tu sbb bg dia mamat tu jahat. Dia tahu aku kawna ngan mamat tu sbb dia terjumpa surat aku kat atas meja mamat tu. Utk org yg tak kenal dia, mmg igt mamat tu jahat pun cam kitaorg masa mula2 kenal dia la. Tp bila selami diri dia, dia bukan seperti yg org sangkakan pun. TU yg buat aku suka dia.

Sampailah dia fly ke Jepun, masa aku 2nd year kalau tak silap ke first year, dia call dari Jepun, minta aku salin address dia. Katanya dia bosan kat sana, minta aku ilangkan kebosanan utk dia. Aku ni plak sbb pikir takut tak reti nak eja alamat org sana, aku minta email add dia tanpa bg balik address or email aku kat dia. So tu la last hubungan aku ngan dia. Sob sob sob.

Sbbnya, email yg dia bg tu, aku rs aku silap salin kot. Asyik bounce. Lama gakler aku mencari dia. Last2 aku dpt tahu last 2 year kalau tak silap yg dia dah kawin dah pun ngan lecturer dan skrg dok kat Australia sbb bini dia buat phd kalau tak silap aku la.

Terkilan gak ler..tp nak buat camner takder jodoh. Tp nak je aku jumpa dia, say sorry sbb aku bukan sengaja tak nak menghilangkan kebosanan dia kat sana…tp dah ditakdirkan begitu…

=======================================================================

Sambung kemudian….

Penat

Aku penat ssgt ari ni….Mlm td aku sedih lps aku diberitahu satu lagi masalah yang timbul. Aku nangis. Lepas nangis aku rs penat sgt, ngantukkk sgt.

Sambil layan tetamu kat ruang tamu, aku tertidur atas sofa. Tersedar pun sbb tetamu nak balik. Lps htr tetamu sampai ke pagar, kunci pagar, kunci gril, aku sambung tidur kat sofa.

Sedar2 dah waktu sahur. Aku sambung tidur, sedar2 dah hmpr kul 6. Aku nak sambung tidur, tp aku teringat masalah yang diberitahu mlm td. Aku sambung nangis.

Masuk bilik air, gosok gigi, aku nangis lagi. Aku bukak shower nak mandi, aku nangis lagi.

Keluar bilik air, aku tgk dah kul 7. Kelam kabut aku bersiap. Aku tahan nangis. Aku tak mo org lain nampak aku nangis selain tetamu mlm td.

Cepat2 aku bersiap gi keje, then kuar umah. On the way gi keje, mata berair, tp aku tahan. Tlglah jgn bagi muka aku merah lagi…

Skrg aku penat…penat ssgt. Tp aku kena buat keje. Walaupun skrg ni mata aku dah start berair…aku kena tahan..Aku kena buat keje supaya aku leh abaikan kepala aku dari pikir masalah tu utk sementara.

Aku tahu benda tu takleh aku elakkan sbb tu tanggungjawab aku. Aku kena gak hadapi. Tp how, aku tak th….Bestnya kalau bangun jer tido masalah settle…huhuhu…

Ok aku kena start keje gak. Doa byk2 ngan Allah. Insyaallah, Dia akan tlg leraikan kekusutan dalam kepala ni. Amiiin.

Pic from here

Friday, August 19, 2011

Secret Admire

Hari ni tak busy mn pun. Bukannya sbb aku malas bekerja, tp sbb kbykn task aku, dah berjaya disettlekan. Hanya perlu menunggu review, comment dan input dari org lain. Selagi tak settle, selagi tu aku leh rileks sikit. Alhamdulillah.

Tp bila xder keje, bosan pun ye. Tgh aku berlagha di alam maya, (nak kuar jejalan, duit yillek, cuaca panas kat luar, kereta park kat basement sayang plak kalau bawak kuar nanti parking tak der, malas sbb bukannya leh mkn kat luar pun), tetiba aku teringat topik yg aku dok borak ngan kawan kat skype tempoh hari. Cerita pasal secret admire.

Terkekeh2 kitaorg masa bukak citer pasal ni. Sbb topik ni mengingatkan hal2 zaman sekolah2 dulu. Aku bet, mesti korang pun pernah minat org kan? At least mesti ada sorang.

Aku ada lah few. Start dari zaman sekolah sampai la ni… La ni pun ada tuuuuuu….Hahahaha. Ala sajer jer, utk bg diri happy. Start suka org sbnrnya dari sekolah rendah. Tp aku pun dah lupa sapa org first yg aku admire (nmpk sgt gatal dari kecik). Tp masa sekolah rendah, tak thrill sgt kot.

Tp cam aku bincang ngan kawan aku, aku ni satu jer problem. Aku mudah cuak. Kalau org lain, org yg dia admire tegur, mestilah muka berseri2 kan. Aku ni lain plak. Kalau org tu tegur, dan2 jer buat muka sombong, muka ketat, kekwat gitu. Apa kejadah pun aku tak th kenapa aku jadi gitu.

Satu lagi masalah aku, kalau org tu aku suka giler2, tup2 dpt th yg laki tu suka kat aku, dan2 jer aku buat hal biar org tu tak suka aku. Blh??? Padan la muka sampai skrg tak kawin2..Hahaha

Letss…

=======================================================================

1. Kawan sekolah aku yang merupakan kawan dari sekolah rendah. Dari sekolah rendah lagi kitaorg dok satu grup. Almaklumlah dulu2 kira kitaorg dlm golongan bbdk cerdik pandai. Dan cikgu selalu susun kerusi dan meja ikut kedudukan result peksa. So selalu lah aku satu grup ngan kawan ni.

Bila dah masuk sekolah menengah, smpt sekolah ngan dia sampai form 1 jer kot, tetiba dia dpt masuk sekolah lain. Bila dia dah blah, tetiba kawan baik dia citer, mamat tu sbnrnya suka pada ssorg. Punyalah kitaorg geng2 pompuan kejar kawan dia ni nak tahu sapa la org yg dia suka tu.

Tp rsnya sampai sudah tak dpt jawapan. Sbbnya aku tampar kepala kawan dia tu sbb kawan dia tu kenakan aku balik. Hampehhhh. Tup2 last year borak2 ngan dia kat FB, dia ckp dia pernah suka aku dulu2. Hahahahahaha

=======================================================================

2. Kawan sekolah gak yg merupakan kawan dari sekolah rendah gak. Suka tgk dia ni walaupun masa dulu dia cam berlagak. Almaklumlah anak cikgu. Dulu sampai aku segan nak tgk dia. Padahal rsnya dia pun tak pernah suka pun aku. Pernah la dia digossipkan ngan kawan aku. Jeles simpan dlm hati. Hehehehehe.

Sampai la ni aku still kawan ngan dia. Malu2 pun dah takder dah. Bergurau senda cam biasa.

=======================================================================

3. Kitaorg masa sekolah menengah, kalau bbdk pandai, dok dlm kelas Perdagangan. Kalau bbdk yg bawah2 sikit, dok dlm kelas SP (Seni Perusahaan kot). Utk kelas kitaorg, bljr akaun, utk kelas derang, kalau laki bljr bertukang, kalau pompuan, bljr masak2.

Aku suka tgk mamat sorang ni yg kat kelas SP ni. So one day, aku berjln ngan kawan aku, lalu dpn kelas dia. Wahhhh sukanya hati sbb nampak dia pandang aku. Berdebar dan berbunga2 hati. Dia plak buat muka ala2 terkejut, surprise gembira. Ala2 ternampak wanita pujaannya lalu. Lagilah hati aku berbunga2 kan.

Perasan la kan utk bbrp hari sampai aku dpt tahu yg dia sbnrnya suka kat kawan aku yg sesama jalan ngan aku tu. So moralnya, jgn berjln ngan org yg lagi cantik dari korang. Nanti korang dilanda perasaan!!!!

Sampai skrg aku tak pernah ambik tahu lagi pasal mamat tu. Nama pun aku tak igt langsung.

=======================================================================

4. Kalau kat kg aku, menjadi kebiasaan bbdk form 5 dan form 6 utk sewa rumah sbg tmpt study derang. Ada gak yg kkdg form 3 pun dah pandai dok umah sewa ngan kekawan. Area umah yg ayah aku sewa dulu, ada la gak bbrp rumah kosong yg selalu jadi tmpt bbdk sekolah sewakan. Biasalah area umah kmpg, stkt umah kayu, murah jer sewanya.

Kbtln masa aku F2, ada bbdk sekolah berdktn menyewa kat situ (bkn satu sekolah ngan aku). Derang Form 6. Dlm 3 rumah kot derang sewa dan salah satu rumah tu, dapurnya mengadap dapur umah aku. Mata gatal aku, suka la tgk derang2 ni. Sbbnya derang ni kira baik gak ler sbb menjadi salah satu sbb surau aku meriah dgn pelbagai aktiviti. Mcm2 yg derang buat terutamanya derang selalu membacakan tazkirah dari buku2 after solat. So bila bbdk yg jenis kaki surau, azan pun best, blh dibuat imam, sah2 la kan org2 tua pun pakat ngidam utk jadi menantu derang kan? Apatah lagi bbdk pompuan cam aku. Hahahahahahahaha.

Dlm ramai2 tu, aku minat ngan salah sorang tu. Dia jarang balik umah famili dia sbbnya famili dia dok jauh, kkdg jer dia balik umah nenek dia. Sbb derang masih bersekolah, so selalu la derang minta tlg arwah mak belikan lauk bila pakcik yg jual ikan datang. Sbb kesian kat derang, selalunya mak aku akan siap2 masak utk derang. So tiap kali blk sekolah, derang akan ambik la lauk pauk tu. TIme tu la kan, menggatal, pi intai.

Kkdg time hujung minggu, tinggal mamat tu sorang2 jer kat umah, ayah aku selalu ajak dia makan jer kat umah kitaorg. Lagi senang kan? Tp aku kan bila cuak tu ada, jgn harap la aku nak tonjolkan diri. So spjg dia ada, spjg tu la aku melepak dlm bilik. Tp bila jauh, gatal plak mata dok mengintai.

Aktiviti mengintai bukan skdr kat umah, tp kat surau pun iye. Aku masa tu selalu la study kat surau kalau solat after maghrib. Sbb surau stkt dua tiga jengkal jer dari rumah, menjadi satu kewajiban bagi kitaorg satu famili solat kat surau. Dan selalunya sementara nak tunggu isyak, aku ngan kawan akan study kat surau. Masa tu kawan aku pun suka pada mamat yg sama. Aku sbg org yg terasa rendah diri (mmg diri aku ni rendah pun kan), of course la kan, terasa cam mamat tu mesti tak pandang punya aku kan dan semestinya akan nmpk kawan aku lagi menarik.

Surau tu sbnrnya surau kecik jer, yg hanya pisahkan pompuan ngan lelaki dgn kain jer. So bila angin kipasnya laju, akan nmpk la org kat sebelah. TIme tu la mata melilau ngintai. Nak2 mamat tu pun buat benda yg sama cma kitaorg, study antara waktu maghrib dan isyak kat surau.

One day, mamat ni tinggalkan buku dia kat atas divider antara laki ngan pompuan. Kawan aku ni nakal sikit, so dia curik buku tu. Dan buat kitaorg berdua terkejut terutamanya aku, punyalah besarrrrrrrrrrr dia tulis nama aku kat atas buku dia tu. Dan2 jer aku cuak. Walaupun dalam hati cam berbunga, tak sangka yg dia pun suka aku, tp dlm masa yg sama, aku jadi cuak dan takut. Itulah perasaan yg timbul bila aku tahu org yg aku suka, suka aku balik.

Dan2 jer mulai saat tu, aku cuba elakkan dari dia. Tak mo tgk dia, takmo intai2 dia lagi. Sampai lah dia abis peksa STPM dan blah dari rumah tu.

Even masa dia dtg melawat org2 kmpg termasuk famili kitaorg selepas ambik result peksa dia (dia dpt Best Student utk STPM batch dia), aku tak keluar pun. Masa tu dia dtg jumpa arwah mak, bg duit minta arwah mak buat jamuan kat surau utk org kmpg sbg terima kasih kat org2 kmpg spjg derang dok situ.  Org2 kmpg suka geng2 depa, siap sblm derang peksa, org2 kmpg buat mkn2 dan solat hajat utk derang.

Masa dia masuk universiti, aku pun masuk asrama. Last aku dpt card birthday dari dia. Dan aku ni sbb jadi takut ada org suka, so aku cam layan tak layan sgt dgn surat dia.

Dia satu universiti ngan akak aku. Masa aku gi melawat akak aku, siap akak aku ckp “Ni kalau mamat tu Mi tahu dtg ni, tak ckp ngan dia, mesti dia bising”. Aku pun tak bertanya pasal dia kat akak aku, tp akak aku yg selalu bercerita.

Dan last yg aku tahu, dia dah kawin pun, skrg jadi cikgu kalau tak silap kat kmpg famili dia.

Menyesal????? Ada la gakkkkk………..

=======================================================================

 

sambung yg lain kemudian……meeting daaa

Wednesday, August 17, 2011

Seorg Pakcik Tua

Tghr td dlm kul 3 lbh, aku kuar bersama dgn adik utk beli bhn utk masak utk berbuka puasa. Mmg panas sungguh tghr td. Masa mula2 masuk kereta, nak duduk pun aduhai panas giler seat kereta.

Kuar dari simpang kat umah, lalu satu2nya laluan yg ada utk masuk area perumahan kat sini. Jln tu pjg, dan sememangnya masih lom ada public transport seperti bas utk masuk area sini selain guna kenderaan sendiri. Jln pun berbukit dan utk keluar dari kawasan perumahan sini, jaraknya dlm 1 km lbh kurang or lbh. Dan sejauh tu gakler kawasan kedai yg terdekat yg ada. Dgn pokok yg jarang2 mmg panaslah kalau nak jln kaki di waktu begini.

Masa on the way ke kedai tu, ternmpk la seorg pakcik tua bawak basikal di tgh panas, jln terkedek2. Dia tak naik pun basikal tu tp iring jer basikal tu. Anggapan kitaorg ada dua: sama ada basikal rosak or sbb jalan masa tu dlm keadaan mendaki bukit so lbh baik iring jer basikal tu daripada tunggang.

Bila dah lepas dari pakcik tu, hati rs tak senang. Rs kesian ssgt. Sbb terpikir, nak sampai ke kedai tu jauh lagi. Lepas mendaki bukit, then turun bukit, baru turn ke kanan brulah ada kedai basikal (kalau dia nak pi situ la). Berjln kaki di waktu tghr bagi seorg pakcik yg tua, berjln terkedek2, bawak basikal, perjlnn yg masih jauh dan dlm keadaan puasa (sbb dia pakai kopiah, so assume Islam la kan), bg aku semua tu memenatkan utk seorg pakcik tua.

Aku dok bincang2 ngan adik aku. Spttnya aku berhenti utk hulurkan bantuan, bukannya berlalu pergi camtu jer. Tak senang sungguh rs hati. So aku decide, aku pi balik kat pakcik tu.

Walaupun dah agak jauh aku pi, tp perasaan tak sedap hati tu, aku pusing balik, pi carik pakcik tu. Mmg pakcik tu lom lepas pun lagi jln mendaki bukit tu. So aku berhenti kat dpn dia. Adik aku turun, tanya pakcik tu kalau perlukan bantuan.

Pakcik tu bawak basikal buruk, seliparnya putus. Aduhai, nak luruh hati aku bila adik aku ckp. Aku turun, nak bukakkan boot kereta kot2 leh aku sumbat basikal dia dlm kereta tu. Tp pakcik tu kata dakper, tak perlu. Dia larat nak pi sendiri. Basikalnya rosak, dia kata dkt jer kedai…turun bukit tu, nanti dah dkt dah ngan kedai baiki basikal tu. Brp kali aku tanya, dia tetap ckp dakper, dia leh pi sendiri. Aku pun tak reti nak adjust basikal dia dlm kereta aku. Maklumlah kereta tak besar mn. Aku pikir, kalau aku jatuhkan seat kereta blkg, nanti dia nak dok kat mana. Kalaulah adik aku pandai bawak kete, aku suh adik aku jer bawak kete, htr pakcik tu kat kedai, biar aku yg bawak basikal tu sampai kedai. Aku rela jer daripada tgk pakcik tu penat.

Tp pakcik tu tetap kata dakper, dia kata tak muat nak letak basikal dia dlm boot kereta aku. Aku dgn berat hati terpaksa la tinggalkan dia. Adik aku dok tanya aku, takkan takder anak2 dia. Sbb area umah aku ni semua rumah batu, mn ada rumah papan ke, setinggan ker. Kalau dari perckpn pakcik tu pun, dia org melayu, bukannya indon. Aku ni dahler pantang tul tgk org2 susah, apatah lg kalau org tua… Blh berderai air mata. Aku tak th la, pakcik tu ayah siapa… Dgn basikal buruknya, dgn berjln dgn selipar putusnya. Kalau ada selipar lebih dalam kereta td, sah2 aku bg jer kat pakcik tu. Mujur pakaian dia ok. Bersih dan kemas.

Lps settle beli brg, kitaorg singgah kedai runcit sblh ngan kedai basikal tu. X nmpk pun pakcik tu. Cam tak logik plak cepat sgt dia blah. Sbb kitaorg pi kedai, xdelah lama sgt before singgah sblh kedai basikal tu. Jauh lagi kalau nak sampai ke kedai tu daripada last kitaorg tinggal dia td. So kitaorg pikir mungkin dia pi kedai yg lain kot.

Aku harap sgt pakcik tu ok. Smp skrg aku masih teringat kat pakcik tu. even adik aku pun dia ckp masa dia solat, dok asyik teringat kat pakcik tu. Semoga Allah lindungi pakcik tu dan berikan yg terbaik utknya. Aminnn

Bila Diuji

Minggu lepas diuji Allah. Dan aku bersyukur dgn ujian yg Allah bg tu. Buat aku byk berpikir dan b’usaha utk mendekatkan diri padaNya.

Last week, hari Isnin (8th Ramadhan), konon nak buat ice blended utk buka puasa. So blend ice with air coffee. Sblm2 ni mmg selalu berbuka dgn air panas or kkdg air kelapa without ice yg adik beli kat Param. Best gak ler buatan sendiri, minum sampai 2 gelas sbb aku sorang jer minum, dan terpaksalah abiskan sendiri. Padan muka sapa suh buat byk.

Aku biasanya mmg tak mandi after bukak puasa. Selalunya akan mandi after balik terawih. Memandangkan mlm tu aku kepanasan, so aku mandi without water heater. Air without on water heater, mmg nyaman..sejukkkk jer air.

Lps mandi tu mmg best…..tp before tido, tetiba hidung pun dah start tersumbat. Tercungap2 nak tido. So aku ambik Vicks then sapu kat seluruh hidung dan dada. Konon bg relief la sikit. Then tido dlm keadaan kepala bagi tinggi sikit supaya tak blok hidung.

Baru jer tido dlm brp minit, terbgn tido sbb sesak nafas. Rs nak menangis pun iye sbb rs cam dada ni sempit giler dan nak bernafas susah giler. Dok keliling bilik tu pikir nak buat camner. Terasa cam Allah nak tarik nyawa jer. Mcm2 cara buat. Siap ambik losyen halia tu lagi letak kat dada, then paksa tido. Mmg susah giler nak tido sbb takleh bernafas. Cam org tutup hidung kita, tercungap2 giler.

Tido dlm bbrp minit, tersedar lagi. Mata mmg ngantuk giler. Tp xleh tido. Terasa insaf giler mlm tu. Terpikir camner la yek org yg kena asthma tu. Cam tu ker yek? Tgh pikir2 tu, aku pikir adalah elok kalau aku gi solat, ngadu kat Allah, minta taubat byk2. Mana la tahu kan, mlm tu malam terakhir aku ker.

After solat, percubaan tido bykkali tak menjadi, aku cuba alihkan perhatian buat benda lain, cam bukak FB la mcm2. Smpailah sahur, terpaksa gak ler aku turun sediakan sahur utk adik2. Time sahur, aku cuba sahur, tp langsung takleh nak makan. Aku mkn stkt dua tiga suap utk alas perut jer. Then masuk bilik.

Sbb ngantuk giler, aku cuba gakler tido. Tarik nafas dlm2. setiap nafas yg aku tarik, aku selawat. Syukur alhamdulillah, dpt gak ler aku tido kejap sblm aku bgn utk solat.

Siangnya aku gi jumpa Dr. Dr bg gas dan bekalkan ubat. Sbb puasa, so ubat tu leh guna waktu mlm jelah. Mlm tu before tido, aku mkn ubat dan letakkan ubat dlm hidung, syukur alhamdulillah esoknya aku mampu bernafas seperti biasa… Alhamdulillah…

Pengalaman ni walaupun bg org lain takder apa2 perngertian, tp bg aku yg merasai keadaan perit yg tak pernah aku rasai tu, adalah pengalaman yg sgt memberi keinsafan dan perngertian yg sgt2 bermakna. Walaupun bg org yg mendgr cerita aku ni, blh gelakkan aku, lawakkan cerita aku….bg aku, dakperlah, hanya org2 yg mengalaminya shj yg mengerti dan fhm keadaan tu. Dan aku bersyukur Allah panjangkan umur aku dan beri peluang lagi utk aku. Insyaallah aku akan gunakan masa yg ada ini sebaik mungkin.

p/s: Berita mengejutkan yg aku dpt pada hari ini tentang kematian salah sorang forummer IG buat aku sebak. Walaupun aku tak kenal arwah in person, hanya kenal arwah melalui forum, tp bila dpt berita tu, rs nak menitis air mata ni…Semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya. AlFatihah…

8-16 Ramadhan

Dah lama tak update blog. Malas pun iye, bz pun iye, takder benda nak citer pun iye. Hari2 aku rs cam full jer aktiviti aku.

4.30 - 5.30 :Prepare sahur utk adik2 dan sahur

5.30 – 7.00: Tido jap kalau sempat, solat sunat, solat Subuh, ngaji, prepare gi keje

7.00 - 7.30: Htr adik gi keje, aku pi keje.

7.30 – 8.15: Lepak surau, tido jap, solat sunat

8.15 – 1.30: Keje

1.30 – 2.00: Solat, rest

2.00 – 4.30: Keje

4.30 – 4.45: Balik keje, ambik adik blk keje

4.45 – 5.00: Solat asar

5.00 – 7.00: Prepare mknn utk buka puasa

7.30 – 8.00: Bukak puasa

8.00 – 10.00: Solat, dan solat sunat

10.00 – 12.00: Rest

12.00 – 4.30: Tidoooooooo

Itulah jadual aku tiap2 ari. Tp so far aku enjoy. Sbb tahu apa yg aku nak buat. Skrg ni pun aku dah makin enjoy masak. Rs best bila dapat buat mcm2..buat kuih la, masak tu la, ni la… Syokkkk….minta2 rajin sampai lepas raya…hehehehe

Keje pun aku rs makin fokus apa yg aku nak buat tiap hari. Syukur alhamdulillaah. Kbykn target aku semua tercapai utk setiap minggu. Nak2 bila big bos puji bila aku fwd my weekly report. Alhamdulillah. My target utk next year pun aku harap sgt tercapai. Insyaallah, kalau ada rezeki, Allah makhbulkan doa aku. Aminnn.

Sunday, August 7, 2011

6th & 7th Ramadhan

Nothing to talk about for this weekend. But seriuosly….aku lagi prefer weekdays pi kerja than berpuasa time weekend, dok kat umah doing nothing.

Dua hari ni aku tak buat apa2 pun. Even ibadah pun hancur. Solat utk 5 waktu mmg wajib la buat kan. Solat sunat hanya buat masa pi surau jer. Lps tu ntah apa2. Ngaji pun idak. Ishhhhhh teruk tul aku ni.

Kalau kebiasaanya after solat Subuh, amatlah jarang aku tidur sbb tak nak ajar tidur after Subuh. So selalunya kalau bukan puasa, after Subuh sama ada gi jogging or kemas umah.

Tp ni, nak jogging pun takleh..nak kemas umah pun mls sbb dok imagine kalau kemas umah, dahaga, nanti susah ooo. So dok la bertangguh supaya petang baru kemas. Konon kalau dahaga pun at least tunggu kejap jer, tiba waktu berbuka.

So melepek la atas katil dua hari ni melayan internet. Aku tak suka tidur lepas subuh sbb aku tahu, bgn jer tidur aku jadi pasif. Aku jadi cam org pemalas dan otak pun lembab. Kalau bukan puasa, leh gak bg otak cergas gi minum2 air ker apa kan. Ni bulan puasa mana leh. Aku mulanya tahan gak ler jgn tidur…tp sbb tak th nak wat apa, dgn bgn awal sbb masak utk sahur, tak pasal2 tertidur gak. So bgn jer tidur, jd la budak pasif.

Sbb tu lah aku lagi prefer weekdays kalau bulan puasa ni. Sbb bila aku sibuk buat keje, aku tak pikir pasal mkn, aku tak pikir pasal letih, yg aku tahu buat keje then pi solat dan sedar2 dah kul 4.30 utk pulang. Sampai jer umah, readykan utk berbuka then lepak sampai la azan. After buka, aktiviti solat then lepas tu rehat, tidur then sahur utk esoknya. Kiranya dah ada cam jadual gitu. Tetiba aku jadi tak sabar nak pi keje..hehehehe

Kalau org lain pi kuar beli baju raya la bagai time weekend….bg aku, aku dah besarlah. Tak pikir pun dah baju2 raya ni. Kalau beli pun, just plain baju kurung yg takder manik2 ker apa sbb aku pikir nak pakai utk pi keje. No fancy2 baju kurung dgn bermanik2, berinner2 bagai tu. Aku standard kalau beli pun yg dah siap. Cam dua tiga thn ni aku asyik beli cotton murah jer. Alhamdulillah, ada la baju kan. Lagipun aku gi ofis pun byk berseluar jer.

Kalau org lain sibuk berbuka kat luar…aku tak prefer berbuka kat luar. Sbbnya aku pikir nak solat Maghrib lagi, then nak terawih lagi. Sbb tu kalau sesapa ajak aku berbuka kat luar, aku kena pastikan senang utk aku solat. Kalau stkt makan kat mall tu, aku tak berminat sbbnya nanti berebut2 plak nak solat bagai. Tp kalau mkn kat hotel, aku selalunya make sure berbuka dulu ngan kurma dan air, then aku gi solat dulu, barulah gi terjah mknn sbb buffet kan. Makanan mmg dah ready. Utk terawih, kalau berbuka kat luar, terpaksa lah aku solat sendiri.

Sbb kemalasan smlm, adik aku masak ikan sweet sour jer. But today, rajin sikit jer, kitaorg beli ayam percik ayamas, tp aku masak nasik, sup dan park choy masak sos tiram. Alhamdulillah.

Ibadah aku pun hancur ari ni. Aku berdoa semoga esok kecergasanku semakin pulih. Harap2 jgn lah hancur lagi.

Insyaallah, aku harap2 sgt Allah terima ibadahku utk 2 hari ni. Amiiinn.

5th Ramadhan

Baru dua hari berlalu, aku dah terlupa apa yg aku buat hari Jumaat. Cepat sungguh memory ni hilang. Tp aku just lupa apa yg aku buat time sahur jer.

Anyway, ari jumaat ari tu aku tidur jap after sahur sbb ngantuk giler then bgn around 6.30 utk bgn solat dan bersiap pi keje. Kul 7 dah kuar umah htr adik keje and around kul 7 dah sampai ofis. Sign in, masuk bilik letak bag, terus pi surau.

Kononnya pi surau utk tido jap, then kul 8 bgn solat Dhuha. Sekali ada akak ni kat surau, dan aku pun tak leh nak tido sbb bunyi org ke sana ke mari sbb akak tu kejap2 kuar, kejap2 masuk, then lampu tak tutup. Last2 aku bgn, siap2 utk solat. Sementara nak tunggu kul 8, aku ngaji jap.

After solat, terus naik atas buat keje. Kononnya dah ada plan apa yg aku nak buat for that day. Tgh2 buat keje tu, aku nak print something, terbantut jap. Sbbnya ada budak praktikal ni print dia nyer report punyalah tebal sampai paper dlm printer tu abis. Yg geram sbb dia tak tunggu pun kat situ, tp dok dlm lab. Printer tu kitaorg dah setting utk print guna network. So tuan yg nak print tu can sit anywhere, so agak2 dah settle print, barulah mai ambik.

But for this budak praktikal case, reportnya tebal bukan main, tp tuannya tak dtg pun check paper cukup ke idak. So bila kitaorg nak print, masuk kertas jer, semua yg dia punya. Tak larat kitaorg nak menunggu masuk byk kertas, tp still kuar yg dia nyer report. Ikut jahat, nak jer cancelkan dia nyer. Tp member aku ckp, baik takyah nanti dia reprint lagi la lama kita nak menunggu.

So terpaksa aku carik budak tu dan bising2 kat derang. Aku pun tak th budak tu praktikal under sapa. Ada la kot dlm 4 org geng depa dlm lab tu. Kejap2 bunyi printer, nanti muka depa pun muncul. Kerap giler. Sampai kitaorg dok pikir, apa la derang ni buat sampai asyikkkk la dok memprint.

Sbb case tu, aku dan kekawan dok la berskype citer pasal benda ni. Suppose derang ni tak blh pun guna kertas ofis tu. Yelah kitaorg nyer kertas limit, even selalu kena warning kat email suh jgn bazirkan kertas. Even kitaorg digalakkan guna recycle paper. So bila tgk bbdk tu sesenang hati abis satu rim tu derang guna utk report derang, jadilah bhn umpatan kitaorg (astagfirullah). So masa derang dok lepak kat bilik aku sibuk memprint, aku nasihat derang suh guna kertas sendiri. Utk print sikit2 blh la…jgn la sampai report tebal gila2 tu nak guna ofisnya plak.

Aku dok skype ngan kawan aku. Dari dok citer pasal bbdk tu print, berleretan sampai ker secret admire then pasal mamat india suka kt kawan aku. Hehehehehe

Kitaorg mulanya bercerita pasal untung giler bbdk ni suka hati jer print kat ofis. Sedangkan masa kitaorg dulu, print pun kena byr. So bila citer pasal belajar, timbul plak citer pasal secret admire…bila citer pasal admire, timbul plak pasal jodoh then tetiba plak kuar pasal budak india kat dlm bilik aku tu dok suka kawan aku. Hehehehe..Meleret2. Last2 satu keje pun tak jadi.

Masa tgh dok berskype tu, member aku bocor rahsia yg dia tgh dok layan citer Korea instead of buat keje. Dan2 la plak aku terjebak sama. Tp aku tak layan citer korea tp layan kartun. Hehehe

Terus takder mood buat keje (padahal dlm hati bersalah giler sbb ponteng buat keje). Sampai lah ke ptg, aku rs cam aku tak buat satu pahala pun tp semuanya dosa.

Mungkin sbb tu kot, sampai ke mlm aku rs cam xder mood. Huhuhuhu. Tgh solat pun, pikiran kacau..macam2 dok pikir.

Semoga Allah terima ibadahku..insyaallah…

Thursday, August 4, 2011

4th Ramadhan

Td plan nak update, tp tetiba mls nak ngantuk plak..Hehehehe…Sbnrnya byk nak cerita. Tp bila dah brp ari ni dok ngadap keje yg melibatkan mengarang, so jadi rs perlukan rehat jap utk menulis.

Pagi ni bgn dgn perasaan yg sungguhhhhhhhhhhhh la malas. Masa bgn tu, terasa cam nak jer kejut adik2 suh sesapa tlg prepare utk sahur, so aku leh sambung tidur dan tunggu derang kejutkan aku bgn sahur. Tp pikir2, dapat pahala apa kita sediakan sahur utk org2 berpuasa, so paksa gak diri. Lagipun aku nak suh sapa bgnkan… Mesti derang pun malas gak. hehehe

Ari ni mmg mls gegila, so aku tak solat sunat pun bgn pagi td. Bangun terus pi dapur, siapkan sahur. Mujur nasi dah dimasak oleh adik aku. So just reheat lauk2 yg ada dlm peti ais. After rehat, hidangkan atas meja, kejutkan derang utk sahur.

Mkn pun dalam keadaan ngantuk. Siap mkn, aku tak kemas pun meja, terus naik masuk bilik konon tido sekejap sblm Subuh.

Dlm kul 6 lbh, bgn utk mandi dan solat. Tanpa mengaji, aku terus bersiap utk ke tmpt keje. Syukur alhamdulillah ari ni dpt sampai awal ofis stlh aku cuba guna jln lain utk elakkan jam yg teruk.

Sampai ofis, letak bag, terus pi surau. Masih ada 20 minutes utk kul 8. So aku budget leh kot tido jap kat surau Sementara kul 8. Kebetulan mmg ngantuk giler dgn ofis pun lom bukak lagi aircond, so berkuap la kepanasan cam takder udara dlm bilik tu. Kalau kat surau derang dah on aircond, so agak sejuk dan selesa utk tido.

Dlm kul 8 alarm kat tepon bunyi, so terus bgn utk solat sunat. Then terus masuk ofis buat keje. Syukur alhamdulillah ari ni berjaya siapkan keje seperti yg ditarget.

Petang ada 2 meeting projek berlainan. Tp hanya pi satu meeting yg telah diset terlebh dahulu sbb dua2 meeting derang set pada waktu yg sama. Meeting utk update progress report. Td aku clearkan apa lagi hutang kerja aku dgn Technical Leader. Insyaallah aku akan cuba settlekan part aku selewatnya minggu dpn kalau semua org bg kerjasama.

Mungkin sbb dah tido pg td, so syukurlah ari ni tak ngantuk dan dpt settlekan keje tanpa gangguan. Dan mungkin sbb tak perlu rehat utk mkn, rs cam best jer bila dpt fokus pada keje. Tahu2 dah nak balik dah. Hehehe

Ari ni pun still mls nak masak, so beli nasik sebungkus sorang. Blk umah solat, ngadap netbook dan tv sampai lah berbuka.

Disebabkan ujan, timbullah kemalasan utk pi solat kat surau. Dah budget mlm ni nak ponteng pi surau, nak solat sunat sendiri kat umah. After maghrib, tgh baca Yaasin, kedgrn ujan pun dah berhenti. Tetiba rs bersalah plak ponteng pi surau.

After baca Yaasin, paksa diri pi surau ngan adik. Alhamdulillah dpt gak tunaikan solat secara berjemaah.

Mlm ni konon plan nak tido awal, so bgn awal esok pagi. Ni dah pukul 11.30 dah pun. Aduhai…..oklah, baik gi masuk tido sekarang.

Insyaallah Allah terima semua ibadahku pada hari ini. Amiiinn..

3rd Ramadhan

Smlm pagi bgn sahur, aku rs ok sikit. Kurang ngantuk. Bgn jer solat sunat jap then turun ke dapur panaskan lauk yg ada, dan kejut adik2 bgn utk sahur.

Kalau kebiasaannya after sahur aku take a nap jap, tp smlm buat plan nak solat Subuh dulu then nak ready utk pi keje then take a nap jap. So kalau bgn just cuci muka, bersiap utk ke ofis jer terus.

Tp plan utk tido tu tak menjadi sbbnya tak cukup masa. After sahur, aku iron baju jap, then gi mandi, solat Subuh. Then aku mengaji sikit, then ready utk ke tmpt keje. Tgk2 dah nak kul 7. Mana sempat dah nak tido sbb aku kena kuar kul 7 utk htr adik aku pi keje dan ke tmpt keje. Lambat sikit, jam kat dpn Giant tu, so maknanya lambat la aku smapai ofis. Dahler waktu ofis skrg ni masuk kul 8. Mmg derang ada bg kebenaran utk masuk kul 8.30-5. Tp takmo la aku. Nanti blk karang, jam plak kalau lmbt2.

Masa on the way htr adik tu, tgk2 dah berderet dah kereta dpn Giant tu. Alahai, jam sampai ke pasar borong. After htr adik, aku sampai kat Pasar Borong, dah jam gegila. Aishhh tensen aku. Imagine perjlnn dari Petronas ke Giant yg jaraknya tak sampai pun 500m aku rs dlm 250m kot, ambik masa 15 minit utk aku lepas. Tensen2. Nasib kuar awal, so berjaya gak smlm aku sampai sblm kul 8.

Sampai2 ofis, check mail, tgk2 ada meeting plak kul 9. Ni gara2 smlm aku email kat person in charge minta derang terangkan product tu before aku buat user manual. Sbbnya aku tak pernah involve ngan produk tu, so aku mmg blur bila tgk image2 yg derang bg tu.

So kul 9 tu, aku cepat2 naik atas utk meeting tu. Ada la kot dlm sejam lbh berdiskus dan derang demo kat aku. So aku fhm la serba sikit.

After meeting tu, turun bawah, tgk kat PC, ada skype dari member tanya aku kat ner. Rupanya ada meeting projek satu lagi plak. Technical leader nak dptkan information pasal kitaorg nyer discussion ari tu dan nak explain pasal tugas setiap firmware designer.

After meeting tu, aku gi surau jap. Masa ni dah start dah kepala ting tong sbb ngantuk. Tp ok lagi la. Sekali bila dok jer kat dpn PC, aduhaiiiiiii ngantuk tetiba dtg. Last2 aku tersungkur gak tidur dpn PC..Hehehehehe

Bgn2 jer gi solat Zuhur then start perasaan malas dtg. So seharian lepas Zuhur aku tak buat keje melainkan benda2 lagho. Arghhhh..teruk tul

Blk keje smlm pun penyakit malas terusan melanda. Tlg adik aku masak jap, then tunggu jer dpn tv sambil layan game. Naik solat Maghrib, ngantuk dtg lagi. Mmg gegila punya ngantuk. So siap2 utk ke surau, tp tido jap kat ruang tamu. Siap pesan kat adik2, nak pi surau, kejut aku dulu.

Tp smlm terawih pun kepala ting tong. Mujur masa ustaz tu bg tazkirah aku tak tumbang ngantuk..blh plak aku concentrate dgr dia berceramah.

Blk surau, bukak laptop jap, then terus tumbang…..Ngantuk sihhhh. Mmg permulaan Ramadhan ni badan lom immune lagi waktu tido yg tak cukup.

Tuesday, August 2, 2011

2nd Ramadhan

Bangun kul 4 lbh, then solat tahajud dulu barulah turun check mknn. Selalunya adik laki aku akan bgn dulu dan check mknn utk sahur. Panas apa yg patut. Mujur ada adik2 yg tak berkira sgt.

Kali ni aku ngantuk gegila. After sahur, masuk bilik ber FB jap, then tido for a few minutes. Just nak ilangkan ngantuk.

Bgn tido, mandi, solat dan terus bersiap pi keje. Ari ni adik pompuan aku 2nd day keje kat tmpt baru. So kena htr dia dulu baru gi keje. Risau aku takut jam kat dpn Giant nanti lambat plak aku masuk ofis. Tp syukur td aku sampai on time. Alhamdulillah.

Sampai ofis, aku setkan dulu apa yg aku nak buat utk today. Tgh aku start buat keje, ofismate dari India tu dtg, minta aku explain keje yg akan aku pass kat dia tu. Sbb dia buat on integration, part aku dah siap, so kenalah pass kat dia utk dia integrate with others.

Since utk project baru ni kitaorg akan develop guna FreeATos, so he suggest me start bljr pasal benda tu. Detail nanti aku bukak in next topic.

Ari ni cam ngantuk giler dan otak pun blur. Dahler nak kena siapkan user manual utk projek yg aku involve skrg. Jadi technical writer utk org yg tak reti buat ayat ni, mmg amat rumit. Aduhaiiii.

Sbb ngantuk giler, masa lunch hour, aku tido jap. Aku tak terasa pun tido, rs cam tutup mata kejap jer, tp tgk2 waktu dah berlalu dgn pantas. Maknanya aku tido la kan. Hehehe

Tp walaupun terasa kejap, at least hilang gak ngantuk aku dan aku dpt fokuskan kerja aku.

Ari ni aku jadi mls giler2. Balik keje, adik aku plan nak masak. Aku awal2 surrender. Ngaku awal2 yg aku malas giler ari ni. Rs nak melepek jer dpn tv tunggu waktu buka.

Ari ni tetiba berlambak2 la plak lauk pauk. Adik2 aku 4 org tu masing2 gi masak/beli lauk pauk. Sorang adik aku, aduhai beli lauk pauk cam org yg kelaparan. Punyalah byk. Asalnya nak masak utk sahur, terus cancel masak.

Syukur alhamdulillah kitaorg dapat tunaikan kewajiban kami pada hari ini. Dan dpt pi tunaikan solat terawih sesama. Dan happy sgt ari ni sbb aku agak fokus dalam solat. Hopefully dapat ditingkatkan lagi. Insyaallah.

Semoga Allah terima semua ibadahku pada hari ini. Insyaallah

1st Ramadhan

First Ramadhan adik aku dah siap2 masak utk sahur. Syukur alhamdulillah adik2 aku ni jenis mkn yg simple. Derang ni kalau masak fancy2, bukan derang mkn sgt pun. Tp kalau masak goreng kicap ker, goreng kunyit ker, masak pedas ker, lalu jer derang mkn. So terpaksalah pikir nak masak apa yg derang semua lalu utk mkn di waktu pagi.

Smlm nyer puasa takder la rs penat apa pun. Mungkin sbb dah biasa puasa masa bukan bulan Ramadhan. Ofis hour pun dah tukar. Masuk kul 8 – 4.30. Sbb takut jam, aku pi awal2 ke ofis. Syukur sampai on time stkt ni.

Seperti tahun2 sblm ni, kitaorg selalunya berbuka simple jer. Nasi sebungkus sorang jer kalau beli, dan sahur selalunya kitaorg masak. Jarang utk kitaorg beli kuih muih sbb masing2 th yg kitaorg nanti buat membazir jer.

Blk keje smlm, aku minta adik aku belikan nasi kerabu sorang satu. Kebetulan plak adik laki yg dua org lagi belikan utk derang sendiri. So ada la plak lebihan nasi. Aduhaiii membazir la plak sbb tahu derang nanti tak mkn punya.

Yg paling aku suka dgn suasana puasa adalah sbb time ni lah kitaorg adik beradik makan sesama. Almaklumlah dari zaman arwah mak ada lagi…kebiasaanya, arwah mak akan masak dan letak mknn bawah saji. So pandai2 lah kitorg nak mkn bila. Makan sesama hanya utk time2 tertentu jer.

Same goes kat rumah ni. Kalau belikan mknn pun, kitaorg hanya letak atas meja mknn, nanti pandai2 lah derang mkn sendiri. Kalau kitaorg masak pun, gitu lah. Hidang letak atas meja. Nanti sesapa rs lapar, pandai2 lah derang mkn. Almaklumlah masing2 bgn waktu lain2, urusan lain2. Menyepi dlm bilik masing2. Lapar baru kuar bilik.

Tp time Ramadhan, blh lah kitaorg berkumpul kat meja makan sesama menjamu masa bukak puasa. Syukur alhamdulillah. After mkn, solat dan sesama plak pi surau utk terawih. Alhamdulillah.

Smlm after balik terawih, its my turn utk masak for sahur. Utk mengelakkan kelam kabut waktu pg, so aku masak siap2 lauk dan adik aku yg laki mmg tugas dia utk masak nasik.

Alhamdulillah abis ari pertama. Harapan Allah terima puasaku dan ibadahku. Insyaallah

Ramadhan 2011

image

Tetiba aku dah lupa tahun Islam. Teruk tul.

Selamat Menyambut Ramadhan utk kali ini utk semua. Lambat tul aku wish. Sajer jer. Malas nak update blog.

So harapan semua dapat mengambil kesempatan peluang yg Allah bg utk kita mengecapi bulan ni dengan sebaik mungkin. Insyaallah kita tingkatkan ibadah kita utk menjadi hamba yg dekat dgnnya.

Tahun ni aku rs cam ternanti2 masuknya bulan Ramadhan. Punyala dok pikir pasal Ramadhan, Sampaikan aku rasa Jumaat lepas tu lah hari last tak pose. Ari Sabtu ngan Ahad ari tu kawan minta tlg jaga booth dia kat Mid Valley sempena Parenthood Expo. Biasalah aku kan pekerja part time kawan aku.

Ari Sabtu tu spttnya kena pi Mid Valley pg. Tp pagi tu kawan aku msg kata suh masuk tghr sbb dia plan nak suh staff dia masuk tghr utk ari Ahad. So tak perlu derang dtg awal pg. Mujur gak sbb masa tu aku ngantuk giler sbb tak cukup tido.

Sbnrnya Sabtu mlm tu aku termimpi arwah mak. Dlm mimpi aku tu, kononnya arwah mak dtg, suapkan ubi keledek kat anak2 dia. Aku rinduuuuuuuuu sesgt ngan arwah, so aku ckp ngan arwah supaya minta izin ngan ayah aku utk dtg dok umah aku for a few days. Tp cam biasa, setiap kali mimpi arwah, arwah hanya senyap jer. Aku siap merayu2 suh dia mai lepak umah aku. Dlm tgh merayu aku cam baru tersedar yg arwah mn ada lagi. Siap aku nangis2 sbb sedih sgt. Aku terbgn tidur dan aku sambung nangis. Serius, mmg aku rindu ssgt ngan arwah dan rs sedih giler. Teresak2 aku nangis. Bila rs dah puas, aku bgn buat solat Tahajud.

Tghr tu aku pi Mid Valley utk jaga booth. Suka sbnrnya jual2 ni. Tp ngantuk giler sbb tak cukup tido. Mujur dlm kul 9 lbh tu dah balik umah dh.

Esoknya aku masuk shift pg. Mmg awal2 ckp ngan kawan kata nak jaga pagi jer sbb mlm nak gi solat terawih. Harapan aku moga aku tak tinggal solat terawih selagi blh. Agaknya sbb ternanti2 akan ramadhan, masa jaga booth, blh dlm kepala dok pikir nak buka nanti ngan apa padahal puasa pun lom lagi. Hehehehe…perasan padahal br jer melantak donut pagi tu then tghr makan Nandos.

Harapan aku utk bulan puasa kali ini:

1. Solat tahajud setiap kali bgn untuk sahur

2. Make sure abis satu Al-Quran, sambungan yg aku baca sblm ramadhan

3. Solat dhuha selagi masih ada peluang

4. Solat sunat sblm dan selepas isyak

5. Solat terawih

6. Solat taubat dan witir

7. Fokus dalam kerja dan siapkan kerja on time

8. Lebih fokus dalam solat

Itu harapan aku utk ramadhan ni. Hopefully aku dpt capai. Aku ni dahler ntah apa2. Hopefully aku dapat tunaikan apa yg aku rs aku blh buat dan insyaallah dpt menghapus dosa2 aku sblm ni. Semoga Allah menerima semua ibadah2 ku . Insyaallah