Monday, May 30, 2011

Home Sweet Home, but…

Br jer sampai ni. Touch down td kul 8.45 lbh kurang. Td kat Medan ujan lebat. Mujur la flight tak delay. Risau giler gak td kot2 delay..mujur ujan turun selebat2nya dan cepat jer berhenti. Alhamdulillah.

Tp citer2 pasal pi sana, kita citer kemudian yek. Sbb skrg ni nak kena unpack barang dan pack barang plak utk pi next destination esok. Insyaallah Sabtu ni balik.

Doakan yek semua perjlnn semua ok…Insyaallah lps settle semua, kita citer2 bergmbr.

Friday, May 27, 2011

Doakan Yek

Awal bulan lepas aku join futsal team bg wakil Selangor utk Kejohanan Futsal TM. Walaupun aku tak main, but I cheer for my team and support team no matter what. Walaupun br kenal, but semangat utk sokong our Selangor team mmg tinggi..hehehe

02042011500

So at the end of the games, our team menang tempat kedua and our prize is RM2k cash.

02042011506

Kitaorg berdiskusi and bersepakat utk gunakan duit tu pergi bercuti somewhere. Disebabkan one of our member tu asalnya dari Indonesia, so we deciced to go there memandangkan kitaorg dpt penginapan free (jimattttttt..).

So kitaorg gunakan duit tu utk beli tiket pi sana dgn tambah sikit la our money. Penginapan dah free (insyaallah sbb we will stay at her relatives house if I’m not mistaken), dan mknn insyaallah juga ditanggung sbb dgr khabarnya org di sana dah excited nak bawak kitaorg mkn2, jln2.

Cuma kitaorg skrg ni hanya perlu bawak keperluan hidup, duit utk membeli belah dan apa2 yg patutlah.

Insyaallah our flight adalah tonight. Naik kul 9.45mlm dan insyaallah balik sini Isnin mlm minggu dpn.

And hopefully perjlnan kitaorg dipermudahkan dan Allah restui dan doakan kami semua selamat sepjg percutian kitaorg ni…Aminn.

 

Gmbr dikutip dari wikipedia

Thursday, May 26, 2011

Happy Holiday

 

Insyaallah, mulai esok akan start bercuti. And hope everything gonna be ok. Blogger.com pun asyik la buat hal…jadi nyampah pun iye. Buat lagi la bertambah mls nak update blog.

Mungkin kalau blogger.com ok, adala updatenya kalau rajin. Kalau idak, mungkin berhabuk la kot.

Anyway, just wanna wish selamat bercuti utk anak2 sekolah.. (aku pun kanak2 sekolah gak ;) )

Wednesday, May 25, 2011

Macam2 Hal

Blogger.com ni cam ada problem jer dua tiga menjak. Ke dia benci kat aku jer yek? Org lain dia sayang, so takder problem cam aku? Abaikan..

Time aku ada idea, tetiba takleh nak sign in. So lelama aku dah jadi malas nak tulis.

Aku sbnrnya baru jer blk dari Serdang. Aku dah serik TMPoint Cyberjaya, so aku pi Serdang. Cepat jer derang wat keje. Takyah nak tunggu turn lelama. Kejap jer turn aku sampai. Dua kali aku pi sana, dua kali gak experience aku sama, laju jer derang entertain kita. Even td aku pi time rehat, still kaunter bukak dlm 4. 2 jer kaunter kosong. Walaupun customer tak ramai.

Aku pi pasal kes Unifi. Dlm system kata area umah aku lom ada lg. Padahal ada jer gerai kat lorong nak masuk ke rumah aku. Kalau ada gerai, takkan la facilities takder kan?

So ari tu aku register under staff package. So bila dia check system, kata aku nyer takder, so dia masuk dlm on-demand nyer request. Kebetulan masa cuti Wesak tu, ada contractor Unifi mai pasang utk jiran aku. So aku dan2 jelah tanya mamat tu. Dia ckp mmg dah ada, siap dia pi lg kat kotak DP yg ada kt blkg umah aku. Siap bg no DP kat aku suh aku inform kat TM.

So td aku pun pi la ckp. So derang nak proceed la permohonan aku. Sekali, derang check dlm senarai tu, ada la alamat umah aku (without no rumah la), tp bila derang masuk dlm system, takder la plak. So org TMPoint pun confuse. Sama ada system derang tak betul ker apa, so dia ckp nanti derang email kat org yg jg system tu. So kalau ok nanti, derang akan proceed lah.

Balik td aku singgah restoran kt Minlon. Tmpt tinggal lama aku dan kedai mkn tu kedai feveret kitaorg. Aku tgk pekerja masih sama seperti mn thn 2002 dulu. Bagus tul depa ni. Mknn pun masih ok.

Tgh kitaorg berdua mkn, tetiba dtg lagi sorang member ofis. Otai kata org2 skrg. Mcm2 citer yg kitaorg dgr dari dia pasal ofis kitaorg dari zaman 1990 lagi. Fuuuhhhh...dan rezeki kami hari ni....Lunch ditanggung.. Terima kasih byk2, semoga anda dimurahkan rezeki.. ;)




Aku skrg ni menghitung ari utk bercuti. Dua destinasi yg aku akan pi. Tp destinasi pertama aku tak excited pun utk pi. Mungkin mereka2 yg pi ni, aku masih lom rapat. Maklumlah this year br join derang nyer grup sedangkan derang dh hmpr 5 thn bersama.

Destinasi kedua adalah yg dinanti2kan. Tak sabar nak kemas baju...hahahaha

Notakakikukuhilang: Dlm hati ada kesedihan.....best yek gunakan org utk kepentingan peribadi?

Sunday, May 22, 2011

Our new fren

Sejak camera lama aku kena curik dulu, dah lama gak ler aku takder kamera. So guna jelah camera yg ada kat tepon tu.

Tp bila pikir nak pi jejalan nanti, takkan nak guna camera tepon kot. Yelah, tepon aku tu, bateri dia mn la tahan lama. Kkdg menggila pun ye. Tetiba jer kuar memory dah full la...application tu dah bukak la..mcm2. Nanti tak syok la kan.

Destinasi pertama tu, takkan la nak tumpang org nyer camera jer. Kita pun nak gak capture our moments kan? Dan utk destinasi kedua tu, takkan la beradventure tanpa ada kenangan? Mmg tak syok.

So tetiba terpikir plan nak beli new camera. So bincang ngan adik, dia pun setuju nak berkongsi duit utk beli camera tu. Yelah, kalau sorang2 nyer duit, tak brp nak mampu lah den.

So pi Mines. Kitaorg budget nak beli yg Olympus.
Why choose yg ni? Sbb kitaorg mmg plan nak carik yg tough sikit dan blh bawak ke mana2. Means kalau pi mandi ke apa, still leh bawak camera. Takder la nak gi mandi pantai, camera kena tinggal dlm bilik. Siannnn dia....

So smlm kat Fotokem, dia tunjuk dua model. Yg Olympus dan jugak Sony.


Try punya try, tawar menawar, bincang membincang.....dgn hati yg berdebar2 terpaksa gak ler hangus duit beli yg Sony tu. Terketar2 tgn dan berdebar2 hati....Abis duitttttt..

Aku ngan adik aku dok usap dada masing2, pujuk diri sendiri, dakperrrr...sekali sekala jer...bukan selalu..Huhuhu

So nilah kawan br kitaorg


Yg Olympus tu rega dia Rm820, dan yg ni Rm1100. Tp tu rega cash.

Saturday, May 21, 2011

Naik Jgn Tak Naik

Skrg ni kan, mcm2 la krisis negara kan. Sampai aku dah fed up. Tu yg dah lama aku tak tgk berita. Abis2 pun aku tgk jap, bila kuar jer isu yg buat aku loya, cepat2 aku tukar channel. Mls aku nak melayan berita2 tu. Bukannya apa, kalau aku layan, level ketensenan aku akan naik, kalau naik, kat mn aku nak lepaskan? Even org yg buat demo kat tepi jalan pun derang bo layan..apatah aku ni kan? So, kita ni benci ke tak, derang pedulik apa pendapat korang...yg penting derang dpt apa yg derang nak.

Skrg ni kan satu2 barang naik. Kalau gaji naik selaras ngan cost hidup yg semakin naik, dakperlah gak kan? Tp ni gaji masih tahap lama, tp cost hidup makin naik dan terus naik... Org2 yg ada duit terlbh tu, mungkin tak rs sbb bg depa, dah nama pun duit terlbh kan, mestilah tak kisah nak buang kat mn2. Cam kita ni yg duit pun tak cukup...aduhai..camner nak penuhkan tabung ni weh??

Bila kes2 naik2 ni, cam biasalah semua org akan merungut, bising kan? Tp tu la....org yg tak fhm situasi kitaorg yg tabung tak penuh2 lagi ni, asyik la carik salah kita kan? Yelah, sapa suh tak tanam ubi kat blkg umah? Ruang tanah byk..yg pi tanam lalang sapa suh kan?

Yg biasa aku dgr....derang selalu la dok ckp, kita ni tak bersyukur, sbb kita diberi subsidi bla bla bla...kat negara lain bla bla bla....Mls aku nak tulis pjg2 sbb korang pun tahu kan.

Tp aku takleh nak blah bila ada mulut2 yg ckp....ala...org2 kita ni, mulut bising2 tu naik, ni naik, tp leh plak mkn kat fast food, bawak kete mahal2...bla bla bla kan? Pernah korang dgr tak?

Bg aku kenyataan tu, aku explain gini jelah

Ada dua org kawan, Mamat ngan Abu. Mamat ni, cukup2 lah duit yg ada. Blh lah nak hidup kan, kira senang gak la hidup. Abu plak, hidup dia pun senang. So derang selalulah kuar mkn sesama.

Tp setiap kali nak byr, Abu mesti suh Mamat byr. Ngan alasan, ala...ko dahulukan duit ko dulu, nanti2 aku byrlah. So Mamat ni pikir, dakpelah, aku ada duit, blh jer nak dahulukan duit byr utk si Abu ni. So dia pun byr. Tp cam biasa, nama jer dahulukan, tp yg pasti, Abu takkan byr balik pun.

Bila dah kerap sgt, agak2 korang igt Mamat ni tak annoyed ker? Asyik2 dia yg kuar duit..Abu ni rileks jer simpan duit dia. Beli mcm2 brg mewah. Igt Mamat ni takder perasaan ke nak beli brg2 gitu.

Sekali sekala Mamat ni pun nak gak merasa benda2 mewah tu, nak gak merasa naik kete Cayenne, nak dok banglo 3 tingkat, nk mkn kat hotel. So bila Mamat ni beli brg2 mewah, tp tak mo support si Abu, Abu dah start bising2. Kata Mamat ni, beli brg mewah leh, tp nak belanja aku makan takleh..

Agak2 Mamat ni tak bengang ker?

Aku mls nak elaborate more......

Kkdg org2 kg yg keje toreh getah tgk kita mkn KFC, mesti derang pun teringin kan?

Petang2 Buat Aku Gelak...

Ari ni dua benda yg buat aku tergelak di ptg hari.

1. Kes Pertama
After kelas menjahit tghr td, aku angkut la brg2 nak ke basement, nak masukkan brg2 tu kat kete. Masa tgh tunggu lif nak ke basement, tetiba ada member ofis laki ni datang. Sesama tunggu lif. Dia nmpk aku, dan2 dia tegur


"Eh, ari tu dgr citer, lps balik rafting yg kuku Mimi tercabut tu, teruk sakit. Sampai kena pi hospital, masuk ward"


Aku cam tergamam jap. Eh, bila masa plak aku masuk ward? Dan camner plak sampai leh kepoh kat org lain sedangkan hanya org2 tertentu jer yg aku citer. Tp aku menjawab persoalan tu dgn explain kat dia secara brief sbb masa tu lif dah sampai dan tak sempat nak borak pjg dlm lif sbb masing2 destinasi yg berlainan. Aku just ckp la

"Mmg pi spital, sbb cabut kuku tu kat spital. Tp xder la masuk ward. Takder apa pun, tak serius pun"

Then masa solat asar kat surau, aku terserempak ngan member aku yg ambik aku kat spital tmphr, dan aku citer la kat dia pasal kes member yg bertanya td tu. Gelak2 dia, dan dia pun bukak citer yg mamat2 dlm bilik dia (sbb dia sorang jer pompuan dlm bilik tu) dok bertanya la kat dia pasal aku. Rupanya derang semua tu cam pelik kenapa sampai ke SJMC aku cabut kuku. Sedangkan derang buat kat klinik jer pun. Hahahaha...Derang berdiskus sesama depa dan buat kesimpulan mungkin sbb aku arthritis so cara cabut kuku utk org sakit cam aku ni spesel sikit kot...Hahahahahaha..nak tergelak guling2 aku. Dan br aku terperasan yg mamat yg bertanya sblm tu, mungkin terdgr derang berdiskusi sbb derang satu bilik.

Pasal kes aku cabut kuku tu, sbnrnya just simple case. Kenapa aku buat kat sana? Ni reasonnya:

1. Area umah aku ni, ada 3 klinik yg aku biasa pi.
a. Klinik Qistina - klinik feveret. Dan byk history aku kat klinik ni. Kalau aku tak sihat apa2, dia dah ada dlm database dia, sakit kebiasaan aku apa, dan senang utk dia rujuk. So senang la kan. Aku pi klinik ni utk cabut kuku ni, tp Dr tu ckp, ubat bius dia takder. So takleh nak buat. Dia nasihatkan aku pi hospital sbb hospital sah2 ada kan?
b. Klinik Fazliyana - Sblm klinik Qistina, aku biasa pi klinik ni. Tp lelama aku rasa meluat ngan Drnya. Dahler kkdg lmbt, yg aku sakit hati, jumpa Dr, kkdg dia tak check pun, ckp jer sakit apa, dia terus tulis ubat dan minta kita kuar. X check apa pun. Dah kerap sgt, lelama aku pun meluat. Dahler ramai giler org. Sbb tu aku mls nak pi situ. Dah leh imagine muka Dr kkdg buat muka ala2 sarcastic. Boring tul
c. Klinik Guna - xder reason apa sgt pun...sajer mls nak pi..blh? Lgpun dia jauh sikit la banding dua klinik ni. Mls nak masuk situ.

2. Hospital Serdang - Sbb klinik tu tak dpt buat, aku budget nak pi hospital serdang jer. Tp aku ni biasalah dok tangguh2. Dan teringat kata2 Dr kat situ masa aku pi sana dulu. Dia ckp why aku sanggup tunggu turn lelama kat hospital tu, sedangkan aku layak nak pi tempat swasta sbb aku ada company punya medical benefit kan. Dan aku punya experience menunggu lama kan kat situ. Lagipun Dr tu ckp, why not u pi je private punya dan let org2 awam yg tak der benefit tu yg dtg sini. Pikir2 betul gak. Meramaikan umat kat spital tu, sian plak tgk org2 lain yg tak berduit terpaksa menunggu lama utk ditreatkan. Tu yg aku jadi mls nak ke sana

3. Pusat Rawatan An-Nur - Lps tak jadi nak ke Hospital Serdang, aku plan nak pi sini. Tp bila pikir jauhnya nak ke Bangi, terasa cam mls giler. So tanya pendapat kawan. Kebetulan dlm minggu yg sama, aku kena pi SJMC utk appointment aku ngan Rheumatologist. Alang2 kan... Soalan aku, sama ada aku perlu ke An-Nur, or just tunggu jer appointment aku tu, minta tlg Dr tu cabutkan. So kawan aku suggest, tunggu jer appointment tu sbb tak perlu pi hospital byk kali dalam minggu yg sama. Lagipun experience dia dulu, dia nak buat apa ntah, katanya ubat bius abis.

4. SJMC - Asalnya aku ada appointment ngan Rheumatologist. Bila aku tunjuk kuku tu kat dia, dia suh rujuk kat Dr sebelah. So aku buat la ngan Dr tu...details, dlm posting aku sblm ni

Itulah puncanya aku buat kat SJMC. Bukan sbb very kritikal, bukan sbb berlagak nak buat tmpt mahal, bukan nak ngengada...Xder spesel kes pun. Simple case jer pun. Hahahahaha..Mmg blh jer buat kt klinik, tp dah klinik aku pi tu xder facility, nk buat camner. Aku ambik bius pun sbb aku ni mudah seriau. Penakut katakan. X cam org lain yg gagah berani :P

2. Kes Kedua
Lps solat asar, lalu kat surau laki, kebetulan kawan aku ni br nak masuk surau. So dia borak2 ngan aku pasal squash. Mungkin dia baca aku nyer status kat FB kot. Dia ckp dia plan nak main gak. So kalau aku nak main, dia suh ajak dia.. dia nak try main. Aku ok jer. Raket pun ada 3 kat umah ni.

Tgh borak2 tu, 3 org mamat ni kuar surau. Semua ni dah laki org pun. Tgk depa kuar (aku borak dpn surau laki), aku pun nak blah la kan. On the way ke pintu kuar, dgr la kawan aku dok borak ngan mamat tu2. Aku dgr cam sipi2 jer. Ala2 ckp

"Bukan awek ko kan? Bukan ko dah putus ke ngan dia?"

Aku pun tak dgr jelas sgt pun, tp tetiba kawan aku panggil aku.

"Mi!!!! Awak dah putuskan ngan dia?"

Semua pandang aku. Aku pun sengih dan aku jawab

"A'ah..dah lama dah"

Then aku pandang muka derang. Rs nak guling2 jer tgk muka terkejut kawan mamat tu. Hahahahaha.. Then aku terus blah dari situ

Sbnrnya tu sajer depa gurau2. Kawan aku tu mmg suka bergurau. Tp mungkin derang pun tak sangka aku jawab selamba jer kan. Mungkin budget aku malu2. Tu yg terkejut kot.




Dua2 kes ni buat aku terbahak2 gelak sorang2. Macam2 la derang ni...Hahahahahahahahahaha

Thursday, May 19, 2011

My Dressing

Kalau sapa kenal tgk aku, derang th aku ni mmg selekeh. So atas sbb keselekehan dan muka yg comot, kalau agak2 byg2 aku nk terbit tu, cepat2lah org pandang tmpt lain. Dlm erti kata, tak lalu weh nak pandang....

Ala...sapa la nak pandang aku pun kan? Tak menggoda langsung utk dipandang. Kalau aku buat muka cute2 (muncung itik) aku rs dah lama kena sepak terajang, sumbat dlm lubang paip tepi jln kot.

Zaman awal2 aku start bertudung dulu (start pakai tudung zaman drjh 6, dpn ayah pakai tudung, jauh sikit dari umah, cepat2 bukak tudung..bangang kan?), mmg aku langsung tak reti nak pakai or berfesyen cam org lain. Time nak pakai tudung jer, minta tlg kakak2 pakaikan. Masa dulu2 kan pakai skarf jer pun.

Masa aku sekolah dulu, majoriti kawan2 aku pun bukannya jenis berfesyen pun. Jenis pakaian pun selekeh cam aku gak. Teringat zaman drjh 6 dulu, ada kawan aku sorang tu, pakai kain sekolah singkat nak mampus. Selamba badak jer...Pedulikkkk janji pakai baju sekolah.

Then sampai aku meningkat remaja, aku start pakai tudung 4 segi (ala2 tudung bawal skrg) yg ada manik2 kat tepi2 tu. Aku ni suka perati org pakai camner, so aku tiru la. Tp asyik la fail. Mesti senget benget. Dan pakar perunding imej aku ckp (kakak sulung aku..hahaah) "ala...tak sapa pun nak tgk kita, pakai senget pun dakper". Yelah kak oiiiii....kak pakai senget benget pun ada gak org nak..aku ni pakai lawa camner pun takder org sudi pandang pun.

Sbb aku ikut kata2 kakak aku tu la, sampai skrg aku mls pikir cun ke tak aku pakai tudung. Kalau pakai tudung, kkdg tu aku tak pandang cermin pun. Main lantakkkk jer.. Tu yg kalau ambik gmbr, tak pernah sempurna pun. Mesti ada senget benget. Siap brooch kat dagu tu, mesti senget ke kiri or ke kanan. 

Kekdg tu nama jer pakai tudung, tp start jer tghr dan ke atas, rambut start dah terkuar2. Kekadang kena tegur ngan member laki "Mi, alang2 nmpk sikit tu, bukak jelah terus...hahahaha". Perli yeee...Tp ok la, at least dia selalu tegur kalau nmpk rambut aku terkuar2.

Bab2 pakaian lak, mmg tak pernah nak ambik pot pun pasal fesyen. Nak2 zaman kecik2 dulu terhad punya fesyen. Almaklumlah skdr ikut jer jenis pakaian yg org bagi. Syukur ada baju...kalau tak aku buat fesyen bogel nanti, tak ke semua org susah..aku pun susah gak.

Zaman aku sekolah kat MRSM dulu, paling aku suka kain dia. Masa tu aku kan 2nd in take, so arwah mak tak sempat nak buat baju utk aku lagipun aku sekolah jauh dari famili, ambik masa la plakkan aku nak balik kg. So terus beli jer yg sedia dijual. Tp kain dia mmg terbaikkkkkkk

Sbbnya kain dia tebal nak mampus. Kalau kitaorg berjln, terasa cam berkawat. Zupppp.... zapppp..... zupppp....... zapppp...... bunyi dia. Aku awal2 dulu, pemalu gak. Jln pun control jer...almaklumlah tak kenal org kan (cam la org nak kenal aku..sampai skrg org tak berminat nak kenal aku). Then sorang lagi pakar perunding imej aku ckp...."ko tak yah pikir2 org lain, tak yah nak control2, takder sapa pun nak tgk."

Aku apa lagi kan, tak pandang2 dah org lain. Aku nak naik tangga? Selamba jer aku langkau dua tangga sekaligus tak kira la dpn laki ke apa. Ala...derang mesti tak tgk aku punya. Tambah plak aku ni kalau berjln nak lajuuuuu jer kejenya.

Teringat zaman matrik dulu. Ada mamat satu kelas ngan aku, konon nak jln sesama ngan aku pi kelas. Alahai, dia jln slow motion...igt nak jln romantik ngan aku kot. Aku rimas tul la...So aku jln jer seperti biasa aku jln. Sekali mamat tu jerit "Wei, pesal ko larik?". Padahal aku tak lari pun, mmg aku jln laju, tak perasan aku dah tinggal dia..Hahaha

Masa mula2 keje dulu pun, aku keje company cina. Dan mujur takder rules sgt pun pasal bab2 baju. Sbb aku pi keje terpaksa aku panjat pagar2 di tepi jln utk short cut, so tk kuasa la aku nak berayu2 ni. Takkan nak berbaju kurung, tp ko angkat kain sampai paha semata2 nak panjat pagar2 besi tepi jln? So tiap2 hari aku pakai blouse ngan suar. Cina2 ni kkdg jahat gak..ada ke tanya aku "Mimi, bila U mau pakai itu skirt? Tak pernah tgk U pakai skirt pendek?". Giler ke apa mamat2 tu. Mentang2 la aku the only malay girl kat situ.

Bila aku keje tempat skrg, masa awal2 tu mmg ada rules la. Mn leh pakai jeans pi keje. Aku plak tak minat sgt pakai suar lembik2 ni. Aku prefer cotton punya suar. Tp slack cotton utk pompuan terhad. Kalau jadi laki kan senang, berlambak suar2 cotton.

Tp mujur bila dah pindah Cyber, derang benarkan kitaorg berjeans dan bertshirt pi keje. Aku apa lagi, happy la kan sbb aku kan mmg minah selekeh. So tiap2 hari aku berjeans dan bertshirt muslimah (aku kan muslimah sejati..hehehe).

Selasa ari tu, sambil melayan kebosanan kat umah, tetiba terasa nak melakukan perubahan. So pi ngan adik aku pi Jusco. Selama ni pi keje dgn bertshirt, comot jer kan aku ni. So teringin nak pakai balik kemeja2. Tp tu la, kemeja pompuan ni terhad tul la. Mesti jenis singkat2. Kalau angkat tgn sikit jer, mesti dah nmpk pinggang yg ramping tu. (kalau angkat nmpk ketiak, laki mesti tergoda....betulkan? aku tgk iklan byk jer camtu, tunjuk ketiak sikit jer, laki dah tergoda).

Aku kan dah lama tak bershopping dan shopping adalah bukan bidang aku. Br jer masuk pilih baju, aku dah nak termuntah dah tgk baju2 yg ada. Nak2 plak tgk baju belang2. So cepat2 aku capai jer mana2 baju yg aku rs ok, test, then pi byr.

Hasilnya aku beli dua helai baju: satu kemeja dan satu shirt ala2 kain cardigan tu.

So smlm aku pakai la pi keje. Dgn berskirt (akak aku jahitkan skirt tu..br sekali pakai)

sandal baru..hehehe. ayu kan? (uweekkk)

pemandangan harian
bertshirt, berslack cotton, dan selipar (kkdg bersandal..aku pun nak gak jadi ayu)

Kesan pakai skirt tu:
Aku rs jln cam Charlie Chaplin...sbb amat terhad utk aku yg sungguh tak ayu ni berjln. Bak kata kawan aku: "Pesal tak belah je skirt tu. Sy ada gunting kat meja".. :P

8 days to go

Tak sabar plak pikir minggu dpn minta cuti pjg. Ada dua tmpt yg aku nak pi dlm masa 8 hari aku bercuti tu. Persiapan dalam proses. Tiket utk kedua2 tmpt dah beli. Cuti pun dah apply, dah siap lulus dah pun.

Dua beg utk dua tempat yg berlainan

Insyaallah weekend ni aku nak siapkan apa yg patut so at least aku ada masa utk buat apa yg patut sblm harinya. Yg paling penting adalah: BASUH BAJU!!! (*_^)

Beg kuning tu baru jer beli ari tu. Syukur, rezeki, dpt murah sbb tukang jual tu baru jer balik dari Vietnam, tmpt dia borong beg tu.

Dan ari ni kawan aku email aku pasal beg ni. Betullah kata tokei tu, harga beg tu spttnya mahal. Tu yg dia siap2 ckp kat aku, jgn ckp kat org lain dia jual murah, nanti tokei2 lain marah.

Pasal Kesan Pen yg Misteri

Ari Selasa ari tu kan cuti. So pagi tu cam biasa, aku bgn pagi buat apa yg patut, then terus bukak laptop utk surf internet. 

Tgh2 melayan internet, terasa lapar, dan terus turun bawah, buat air, minum air sambil tgk tv dan borak2 ngan adik.

Lps tu sambung main game kat facebook. Sekali masa nak menulis tu, aku terperasan tgk aku diconteng.


Aku confius. Mn datang conteng2 ni. Nak kata aku pegang pen, atas katil aku hanya ada pen hitam (yg aku conteng sikit kat tgn tu nak tgk betul ke pen hitam or biru, tp mmg sah hitam). Blur aku. Sbb seigt aku, dari mlm sampailah pagi tu, aku tak pegang mana2 pen pun kecuali pen hitam. Dan bila masa plak aku conteng?

Sbb seigt aku, masa aku bgn solat Subuh, tgn aku bersih jer. Dan aku tak tido pun lepas solat. Aku carik gak atas katil kot2 ada kat celah mn2 pen biru, mmg tak der pun.

Masa aku turun minum pun, seigt aku la (tak th la kalau otak aku terlampau lemau), tak perasan pun tgn kena conteng...

Dan sehingga ari ni, masih menjadi satu misteri utk aku....

Pasal Gmbr

Ada keje nak kena buat sbnrnya, tp ntahler, ralit buat benda lain, so mls nak start lg.. :evil:

Tetiba terajin nak update blog, dan bukak la gmbr2 yg ada dlm phone ni. So terjumpa few gmbr. Nak update pasal benda lain, tp sbg iklan, nak letak gmbr2 ni. Hehe

Masa Pesta Buku ari tu, bawak anak2 sedara (anak kakak yg kt sini) pi merayau2 sambil beli buku. So dptlah bbrp buku dan brgn utk depa. Plan asal, dah alang2 pi KL tu (aku kan jarang masuk KL), kitaorg plan nak gi jln2 kat area Jln TAR. Konon nak cari tudung ke apa yg patut. Sekali baru jer nak kuar The Mall (sbb g mkn kat sini), ujan tetiba turun ngan lebatnya. So terpaksala berteduh dlm The Mall.

Sementara tunggu mak depa ni pi mn ntah time ni, kitaorg (mak2 sedara yg cun2 ni) melayan la depa. Tak th nak buat apa time ni, so aku ngan adik2 sajer la ambik gmbr kasut baru kitaorg ni. Sekali si budak kenit (umur br 2 thn lbh) sibuk join sekaki, dan kakak2nya pun tgk adik depa join, so join lah gak.

Bahananya, pantang kitaorg berdiri sambil kaki terjulur sikit jer, si kecik tu dan2 jer letak kaki dia sblh kaki kita, konon nak ambik gmbr.. Hahahaha..tak larat melayan.

Kebtulan masa ni kakak dari Penang dtg, so sementara menunggu depa sampai ke The Mall, kitaorg lepak je kat sini. Lagipun kat luar tu ujan lebat bukan main. Dah alang2 waktu Asar, kitaorg solat siap2. Dan ambik turn jaga budak2 kecik ni. The idea came masa melayan budak2 ni takut depa bosan menunggu mak derang solat, so aku cadangkan main this game. Kebetulan masa tu, kat cermin ni byk giler keychain yg bermcm bentuk.

The game is aku suh depa cari binatang2 yg ada kat situ or bentuk2 yg ada. Sapa jumpa, dpt hadiah duit. So fun, si kecik yg tak th apa pun join sekaki.

At the end, derang berjaya gak kumpul bbrp ringgit. Kopak makcik dia.. Hahahaha..

Bila kakak yg dari Penang sampai, ujan pun dah reda, kitaorg pi balik ke PWTC. Dan its time utk derang pack barang, so tak byk dah brg dan dah kurang org.


Minggu lps ada Expo Mum & Baby kat MidValley and aku tlg kawan aku jadi pekerja part time. Gila ramai org sampaikan nak jenguk kedai dpn pun tak sempat (tp rembat sweet free kat booth org sempat jer). Tp puas hati sbb tgk brg berkurangan dan terpaksa memusnahkan harapan customer setelah brg/bj yg depa nak dah abis.


Bukan aku yek dlm gmbr di atas. Tu salah sorang pekerja my fren. Kitaorg panggil lembu tu, lembu gatal sbb kalau tgk betul2, nmpk tak apa yg dia pegang? Hehehe, Siap lembu tu ambik bra tu dan konon pakai kat dia dan buat aksi gatal. Hahahaha..teringin sgt kitaorg nak tgk muka org kat dlm tu...



Wednesday, May 18, 2011

Siti Rosmizah - 7 Hari Mencintaiku




Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.

“Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawak cermin ke suluhkan muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati! So…apa kata kau berambus sekarang! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau!” 

Aduhai! Angkuh sungguh kata-katanya. Bungkam seketika Khuzairi mendengarnya. Jauh di sudut hati dia mula bertanya, sampai bila dia mampu untuk terus menahan makian dan hinaan yang di lemparkan oleh gadis ini? Sudah lalikah telinganya? Sudah matikah perasaannya? Tidak ke dia kecewa? Tidakkah dia terluka? Khuzairi mengangguk perlahan.

“Ya, aku juga manusia biasa, aku ada hati dan perasaan, tapi aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa, demi satu amanah aku harus menelannya, demi satu amanah aku harus terus bersabar….” 

Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita? 

Lupakah Mia Adriana, hidup ini bagaikan putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya. 
 


Sbnrnya sinopsis atas tu dari kulit blkg buku tu. Aku tak sempat nak snap novel ni sbb kawan aku pinjam. So aku google jer gmbr dan sinopsis dari kulit buku ni.

Adik aku beli buku ni masa Pesta Buku kat PWTC dan kebetulan penulis dia ada, so derang siap minta autograf lagi. Aku cam biasa lah kan, mmg tak beli novel melayu sbb tu tugas adik2 aku. Aku tak berani nak beli takut terbeli buku2 yg derang dh ada. Derang ni kerap gak beli buku. So aku ni tukang baca jer.

Lps balik dari Pesta Buku, dua adik aku tu ambik turn baca. Dahler buku tebal giler. Lps dua2 dah abis baca, adik bongsu aku before balik kg, dia tinggalkan buku tu kat meja solek aku. Bermlm2 gak ler aku tak sentuh pun buku tu. Xder perasaan pun nak baca. Then one night, aku takleh tido, terus aku capai dgn alasan utk bg aku cepat ngantuk. Tp sekali bukak jer, aku baca sampai kul 4 lbh pg. Tu pun sbb aku ngantuk giler2 sampai takleh nak bukak mata. Rsnya kalau tak pikir ngantuk, sampai abis la kot aku baca, Dahler buku tebal giler.

So bagi aku, citer ni mmg best. Aku bg rate 4/5. Mmg menarik. Cam sinopsis kat atas tu la, citer dia pasal Khuzairi ni terpaksa kawin ngan Mia pasal kes masa ari kawin Mia, tunang dia tak dtg sbb lari ke Paris sbb nak kawin org lain semata2 sbb duit. Dan dlm masa yg sama, pedajal Mia dan ayahnya dgn tak byr duit yg dipinjamkn oleh Mia pada derang duit amanah dari company ayah Mia sehingga kelayakan lawyer Mia dan ayahnya ditarik dan derang muflis.

So ayah Mia agaknya tahu ajalnya dah makin dkt, dia minta Khuzairi kawin ngan anak dia sbb dah takder sesapa dah yg dia rs dpt jaga Mia sbb mak Mia pun lari gak dulu kejar jantan lain. Mia dalam keterpaksaan kawin gak ngan Khuzairi.

Slps arwah ayah Mia meninggal, Mia plan nak ikut mak dia pi Australia. Tp berjaya dihalang oleh Khuzairi bila pikirkan amanah arwah mentuanya. Dan akhirnya Mia terpaksa ikut Khuzairi tinggal bersama dgnnya di kg. Dan bermulalah kisah hidup mereka berdua....

Nak tahu lanjut? Korang baca sendirilah kan.. Nanti tak thrill plak kalau citer semua. Yg pasti citer ni happy ending ;)

Aku kan cam biasa kalau baca novel ke, mesti aku cuba imagine watak2 dia tu camner. So masa baca buku ni, aku dok imagine ramai la pelakon2 yg ada kan. Semua cam tak sesuai, dan tetiba jer aku terbyg si Remy Ishak. Cam kena plak..hahaha..Pedulik la kalau org lain kata tak sesuai..Ni aku nyer otak jer mengimagine, korang imagine jelah org lain kan.

Kalau sblm ni, aku tak ambik pedulik pun ngan si Remy tu. Kalau ramai yg suka kat Remy pasal kes citer Nur Kasih, aku plak tak suka watak dia. Sbb bg aku Adam tu jahat. Masa nak kat Kat, buat bo layan kat Nur, bila suka kat Nur, buat endah tak endah kat Kat. Nyampah aku laki cenggitu.

Tp Khuzairi punya pasal, tetiba aku jadi suka tgk Remy ni semata2 sbb aku bygkn watak Khuzairi ada pada dia. Hahahaha...mmg aku tak kenal semua artis kat Malaysia ni in real life..so aku hanya bygkan karektor based on lakonan2 depa sblm ni. 

Aku rs aku kena baca buku lain plak lah. Sbb sampai skrg dok angau ngan Khuzairi..hahahah


Monday, May 16, 2011

Pasal Lif

Baca blog HK, tetiba teringat pasal kejadian kat TBS (Terminal Bersepadu Selatan).

Ari Sabtu lps, lepas gi jamuan harijadi anak pada seorg kawan, dah alang2 keluar, aku ngan adik pi lah ke KL Sentral utk beli tiket keretapi. Sbnrnya dah lama plan nak balik kg dgn keretapi. Sajer aku nak adventure. Dah lama giler tak try naik public transport utk blk kg.

Mmg menjadi kebiasaan, aku selalunya jarang yg amat la kalau nak masuk KL tu pi ngan kete. Selagi aku leh guna LRT dan tanpa kerumitan, aku lbh suka guna public transport. Tp kalau dh th kemungkinan akan bawak brg berat, so nak tak nak, terpaksa gakler bawak kete sampai KL.

Tp Sabtu ari tu, dah stkt nak pi beli tiket keretapi jer dan sambil tu menunggu adik dari JB yg akan tiba kat TBS ni gak, so aku park jer kete kat TBS ni. Free lagi ;)

Menunggu komuter adalah membosankan. Sbb dia bukannya kerap pun sampai cam LRT. Menunggu the next tren memakan masa hampir stgh jam. Huhhhh

After menunggu almost 20 minutes, dpt gak ler naik komuter dan terus ke KL Sentral. Kitaorg beli tiket pi balik, dgn anggapan mmg takder plan nak ke mana pun. Tp bila komuter berhenti kat Mid Valley, dan2 jer kitaorg plan nak singgah jap kat situ on the way back.

Sbb dah beli tiket gi balik, so nak tak nak, terpaksa la beli satu lagi tiket utk ke mid valley. Padahal kitaorg pi sana pun, tak th nak wat apa pun. Kitaorg dua org mmg bukan jenis kaki shopping pun. Tgk brg pun tanpa perasaan. CUma aku beli la sandal hitam sbb selipar yg aku dok guna tiap2 hari tu, dah berlubang kat tumit. Senang nak pi balik ofis or nak ke mana2.

Kitaorg sbnrnya dah agak, mesti kat Mid Valley smpt brp minit jer. Sbbnya nak menunggu komuter pun dah makan masa. Adik dari JB naik bas kul 3.30, dan kitaorg bertolak pun dlm kul 4 lbh. Solat Asar kat TBS, menunggu komuter almost 20 minutes, then nak menunggu balik ke Mid Valley, dah ambik brp jam dah kat situ. Br jer jejak MV, adik msg kata dia dah kat Nilai. So smpt round kejap jer, then terus tunggu komuter.

Smp TBS, jumpa ngan adik then kitaorg solat dulu before balik. Sbb kitaorg kat L3 tp kereta kat L1, kenalah naik lif sbb aku gayat tgk dia nyer escalator.

Skdr hiasan

Kat dpn lif ni, adalah satu famili ni. Anak laki+bini dia kot, then makcik dua org (mak pada si laki tu kot sbb dia panggil mak). Aku pun tak th la derang ni dari mn. Nak kata org "bandar" sgt, nmpk cara berpakaian, cam org2 kg biasa jer. Tp cara derang cam org lain tak reti naik lif, depa jer yg reti naik lif.

Kat situ ada dua lif. Satu lif tgh on the way dan satu lif tu dah penuh. Aku dah perhatikan dari awal lagi. Si anak laki dia dok suh mak dia tekan button lif sedangkan lif yg penuh org tu, lom lg tertutup pintunya. Dlm dua kali mak dia tekan, dan of course la kan takkan menyala selagi pintu lif yg ada tak tertutup dan blah kan. Sbb mak dia asyik dok tekan, so lif yg penuh tu tak dpt la tutup pintunya dan org2 dlm tu cam muka dah semacam.

Aku tunggu jer, dok pikir kalau makcik tu tekan lagi, aku nak sound jer. Tp mungkin sbb derang tgh khuyuk borak, mak dia lupa nak tekan lagi sekali. so at last, pintu pun tertutup. Bila tgk lif dah blah, aku pun cepat2 la tekan bg next lif berhenti. So bila lif satu lagi sampai, si anak makcik tu, jeling giler2 kat aku. Br aku perasan, dari start aku tekan button lif, sampailah aku masuk lif, jeling cam nak mkn org. Agaknya dia nak gak mak dia yg tekan, aku tak layak utk tekan kot.

Sbb ramai org, so ramai la masuk lif tu. Bg aku tak salah pun ramai2 masuk lif tu selagi leh masuk. Tp makcik ni bebel2, tak bg org ramai masuk. Dok la bebel2 kata lif dah penuh, padahal aku tgk masih ada ruang.

Then bila lif tu dah nak start tutup pintu, of course dia bg signal bunyi. So makcik ni dok marah2, suh org dpn kuar. Dia kata dah penuh, lif dah bunyi pun dah. Aku tahan jer sabar. Dan punyalah kesian kat mamat dpn tu, terpaksa la kuar walaupun ruang byk lagi.

Padahal kalau ikutkan, kalau overload, pintu takkan la tertutupkan. Dahler mamat tu terpksa kuar, bila pintu dah tertutup pun (of course bunyi tetap ada sbb signal utk pintu tu tertutup), makcik tu still membebel2. Kata semua degil, taknak kuar padahal dah penuh. Aku nak jer sound makcik tu, Tp pikir dia tu dah tua. Sabarrrrr jer...

Mujur derang turun satu tingkat jer. Membara jer semua org. Lps derang kuar, mereka2 yg ada saling senyum sesama sendiri... Adik laki aku siap ckp, nak jer sound makcik tu suh senyap. Tak pun kalau dia bising2 suh kuar, nak jer suh makcik tu yg kuar. Buat sakit telinga jer... Hehehehe

Pasal Cuaca

Ari ni aku rs aku rajin. Jadi pekerja cemerlang. Entah kenapa, dlm takder org sgt kat ofis sbb ramai yg ambik cuti, aku terasa semangat nak buat keje. Rs best.

Pagi2 lagi aku dah listkan apa yg nak dibuat ari ni. Dan rs best bila tgk, satu2 aku tick dan kat tepi tu aku tulis "DONE 16/5/11". Terasa cam semua list tu aku nak tanda right.

Kalau ikut dlm list yg aku buat ni, ada 4 benda lagi yg nak disettlekan.7 dah berjaya disettlekan. Tp satu benda tu mungkin tak dpt settle ari ni sbb mamat yg perlu dirujuk tu bercuti. So tunggu Rabu la kot.

Sbb kerajinan ni, aku rs nak rehat kejap pun rs bersalah. So sambil buat keje, aku dok melayan lagu.

Dlm tgh2 buat keje, sambil layan lagu, sambil minum kopi, tetiba bunyi guruh berdentam dentum.. aduhaiiiiiii

Tetiba aku terasa ngeri dgr. Dan2 jer aku rs bersalah sbb dgr lagu2 yg melalaikan dlm keadaan guruh yg bunyinya sungguh menakutkan. Dan2 aku pun tukar kepada lagu2 penerang jiwa. Dgr asma al husna.

Meruntun jiwa aku dgr asma al husna dari Haddad Alwi. Tp dlm pada tu terasa takuttttttt sgt dgr guruh ni. Cam org tgh marah pun ada. Teringat kat dosa2 sendiri..Huhu....dahler subuh td tetinggal gara2 bgn lambat..

Ya Allah, ampunkan dosa2 hambamu ini....

Thursday, May 12, 2011

Cerita Training Day 2

Dah lama tertangguh. Macam2 hal dan mls pun yer. Smbl melayan kegatalan hidung dan anak tekak ni, dan sementara menunggu seseorg sblm kerja kat ofis ni dapat diteruskan , alang2 baik kita sambung yg pasal training yg pi ari tu. Sementara aku masih igt, ni pun dah start lupa2 dah serba sikit. Maklumlah dah tua terlbh remaja katakan.

Sambungan dari post yg lps. 

Next page dlm module ni adalah Modeling of Strengths and Weaknesses. So how u all kategorikan korang nyer strength dan weakness tu. Apa corenya, apa yg primary dan secondary. Core selalunya adalah korang nyer strength lah kan. So dari chart ni, korang leh nmpk serba sedikit tentang diri korang. Tak perlu orang lain buatkan, korang tahu kan part mn kekurangan dan kelbhn korang. 

Actually trainer ni bg antara senarai2 yg selalu ada pada diri seseorg tu. So just ambik yg ada dlm senarai tu, rs2 patut letak kat dlm box mn based on diri korang masing2. Tu yg aku tulis tu apa yg aku rs pasal diri aku. Setiap org mesti berbeza kan?





Ni adalah SWOT Analysis.

S - Strength
W - Weakness
O - Opportunity
T - Threat

Sapa yg berminat nak baca, leh klik kat gmbr tu. Dan ada serba sikit explanation on that analysis.

Sambung kemudian.....org yg ditunggu dah ada kat tmptnya. Harus meneruskan kerja...

Monday, May 9, 2011

Pasal Perasaan

Macam2 kisah hidup berlaku ari ni. Sbnrnya dari mlm td lagi.

Malam td tido dlm keadaan sakit hati dan marah setelah sesuatu berlaku yg mmg membuatkan hati jadi sakit, marah yg meluap2..dan akhirnya bertukar menjadi kecik hati, sedih dan bermcm2 perasaan.


Bgn pagi ni masih dlm mood yg kecewa, tp dlm proses bersiap utk kuar bekerja tu, sambil memujuk hati. Pikir bagaimana dugaan yg Nabi kita, Muhammad S.A.W. hadapi yg jauh lagi teruk dari kita. Aku terpikir, bagaimana yek hati baginda. Apa hati kecil baginda ucapkan bila setiap dugaan baginda hadapi? Apa perasaan baginda? Amat susah gak hati ni mau memujuk diri sendiri, tp ku berdoa semoga Allah bantu aku hadapi setiap dugaan ni.

Sampai ofis, aku cuba lupakan setiap kemarahan aku tu dgn mengajak kawan bekfes. Sbb ada teman utk berborak, so mmg masalah2 tu hilang seketika, buat aku lalai seketika setiap masalah tu.

Then kawan ajak pi TMPoint Cyber utk register Unifi. Tukar pakej dari streamyx ke Unifi. So berjlnlah kaki kami dari ofis ke TMPoint tersebut yg jaraknya takderlah jauh sgt pun, tp dlm keadaan panas terik tu, letih gak ler. Walaupun kitaorg dah berkira2 tak mo pi situ sbb terlalu byk pengalaman buruk yg dihadapi, tp kami cuba gak pi dgn memujuk hati masing2 yg TMPoint tu sudah insaf dan bakal memberikan perkhidmatan terbaik utk customernya dgn lbh pantas.

Namun, semua itu hanyalah angan2 kami. Bila masuk jer, hanya ada sorang jer pakcik yg menunggu dan kaunter yg dibuka adalah 3 dgn sorang lagi tak tahu fungsi apa tercegat tgk kekawannya. Satu kaunter dibuka utk pembyrn dan dua kaunter lagi mungkin utk urusan seperti kami walaupun meja kaunter tu ada lbh dari tu. Dan no aku, 3002 dan no ketika itu adalah 3001. So hanya perlu selesai salah sorang jelah kan?

So mula2 sorang mamat ni siap, dan pakcik tu punya turn. Then satu lagi kaunter kosong, dan aku taktahu la dia buat apa sambil berbual dgn vendor (I guess yg supply system kot...sbb asyik dok check system jer). Dan slps pakcik tu settle, kaunter tu terus kosong bersama2 dgn penjaga kaunternya sekali. Dan seterusnya semua kaunter mmg kosong dan bbrp org dia dok berborak2.

Kitaorg ber3 cam termangu2 kat situ. So aku pi tanya yg jaga kaunter CS. Lambat lg ker? Dia kata tunggu dulu, nanti derang dtg. Tp blh derang dok berkumpul tgk apa ntah kat pc kat kaunter sambil borak. At least inform la kan kat customer, what happen. Mentang2 aku ni pakai tag staff, ko igt aku ni bukan ko nyer customer????
Silap tak ckp camni td kat derang..hehehe

Kitaorg hangin la..dahler lembab, takder inform apa2 ker, kaunter kosong. Mcm ni ke nak suh support TM? Kitaorg bengkek, kitaorg blah sambil bising2 kata sini mmg LEMBAB!!!! Aku siap gumpal2 no giliran dan letak kat kaunter CS, dpn minah tu. Sakit hati weiiiiiiii... cam menunggu buah durian yg lom masak. Baik pi TMPoint lain...tak yahlah dtg sini kecuali utk byr bill. Biasalah bab2 dpt duit mesti cepat kan?


Sbnrnya dari zaman dulu2 lagi, seigt kitaorg sblm 2008 lg, mmg terkenal TMPoint Cyberjaya tu lembab. Dulu pernah kitaorg reramai nak submit application, sbb dah tahu kelembaban derang, siap dtg ambik no dulu, walaupun customer yg ada hanya brp kerat jer, then gi lunch. After lunch sambil borak, igtkn dah sampai la turn kitaorg, sekali masih menunggu dlm sejam, br sampai turn. Mmg itulah experience kitaorg yg biasa berurusan kat situ. Taktahu la apa puncanya.

So hal kat TMPoint tghr tu, buat aku rs sakit hati dan marah. Tp mujurlah tetiba seorg kawan ni lembutkan hati aku dan kekawan yg lain dgn belanja lunch kat Domino sempena rezeki yg dia dpt baru2 ni. Semoga kawan tu dimurahkan rezeki.


Settle lunch, continue utk bekerja, tetiba dpt plak msg yg buat aku rs sedih, kecewa dan mcm2. Termengadu sekejap masalah pada si penghtr msg. Luruh hati aku bila baca msg2 berita yg dia sampaikan. 


Kkdg aku terasa ingin jauhhhhhhhhhh dri semua, dan dktkn diri padaNya. Nak berdua dgnNya utk seketika. Kalau dulu zaman aku keje kat ofis lama, kkdg aku balik keje lmbt, aku singgah solat kat masjid. Rs tenang jap lepak2 kat masjid. Kkdg kalau ada angin nak gi jauh sikit, aku gi lepak kat masjid Putrajaya. Sambil tunggu maghrib, aku baca buku. Best jer dgr azan, aku dok lepak kat ruang atas tu tunggu sampai isyak. Rasa aman sgt dunia aku...

Aku rs aku kena buat camtu balik aaa..........Tu yg terbaik kot.



Bestnya kalau dpt jejak kaki kat sini

Sunday, May 1, 2011

Pasal Appointment Dgn Dr

Ari tu ada appointment ngan Rheumatologist pasal kes sakit aku ni. Skrg ni every 2 months akan jumpa dia utk tgk progress. Kalau sblm ni sama ada every 2 weeks or kalau paling lama pun 6 weeks. Since dia tgk aku dah makin ok, so dia decide jumpa every 2 months. Ni Dr aku:

 
Dr. Raveendran Ramachandran 
Primary Specialty: Rheumatology & Internal Medicine
Details: Click sini

Dr ni bagus. Aku suka cara dia treat pesakit dia. So sesapa ada sakit2 sendi ke, or berkaitan dgnnya, pi lah jumpa dia. He's good Dr. Aku pernah jumpa ngan Dr mata kat hospital yg sama... Benci tau sbb cam sombong sikit. Lps tu cam nak abiskan tugas jer. Aku nak citer apa2 pun dia cam tak layan. Sumpah aku tak mo dah jumpa Dr tu. Benci aku ngan dia tu. Tp Dr Raveen ni baik. Pendengar yg baik ;)
Kan ari tu kuku aku tercabut. Balik dari rafting tu, aku pi klinik utk cabut. Tp Dr kat klinik tu ckp takder ubat bius utk letak kat kaki tu, so takleh nak cabut. Dr suh aku pi hospital sbb sah2 kat situ byk facilities kan. Mulanya nak pi pusat rawatan islam jer. Tp bila pikir Selasa aku ada appointment ngan Dr Raveen, so better aku tunggu jelah time appointment. Dah alang2 kan.

Aku igtkn cabut kuku tu simple jer kan. So aku ngan selambanya ckp ngan Dr Raveen pasal kuku ni ngan harapan dia tlg cabutkan. Tu dia, dia gelakkan aku tau. Hahahahaha..... Dia ckp tu bukan bidang dia. Dia bergurau ngan aku, dia ckp dulu2 dia buat aaa (mungkin zaman2 awal jadi Dr), tp skrg ni dah terlampau pakar sampai dah tak terbuat dah benda tu. Hehehehehe

So dia cadangkan dia buat surat rekemen kat Orthopedic Dr yg dok sblh bilik dia tu. Dan minta aku jumpa Dr tu. So lps settle ngan dia, aku pi jumpa Dr sebelah tu.
 
Dato' Dr. Vimalanathan Arulanandam
Primary Specialty Orthopaedic Surgery
Details: Click Here

Dr ni pun baik. So dia bagi pilihan utk aku. 
1. Bius kat kaki jer - tp kkdg katanya bius tak menjadi, still rs sakit gak masa cabut kuku tu
2. Bius satu badan - time aku tido, dia cabutkan.

Sah2 la aku pilih no 2 kan. Dan2 jer aku ckp "I nak yg tido tu". Gelak dia sbb aku ckp aku takut sakit. Aku budget leh buat time tu terus, Rupanya kena set appointment lain dan operation tu buat kat Day Care Surgery. So Dr call Dare Care and hanya ari Jumaat ada slot kosong utk dia masuk. So decide buat Jumaat, kul 11 pg.

Lps settle ngan Dr tu, aku diminta pi ke Day Care Surgery utk registration. Sampai sana, tunggu jap then derang panggil utk registration. So ni dia bagi rules sblm dtg Jumaat ni.


Aku budget aku dtg sendiri then balik sendiri jer. Igtkn simple cenggitu jer. Rupanya wajib ada org ambikkan. Cam salah sorang patient masa aku dok tunggu kat situ, aku agak dia pun cam aku kot. Igtkn simple cenggitu jer. Bila nurse tu tanya dtg ngan apa, dia ckp la dtg ngan komuter. Then nurse tu tanya balik nanti sapa ambik. Dia ckp sy balik ngan komuter la. Nurse tu bising, dia ckp No, kena ada org ambikkan. Patient tu ckp la, dakper, sy naik teksi dakper. Nurse tu ckp, we also not allowed patient ambik teksi. Mmg kena ada gak org ambik. Selagi tak arrange sapa ambik, selagi tu dia tak bg teruskan procedure. So terpaksalah patient tu call laki dia tlg ambikkan dia. Lps confirm tu, barulah dia pakaikan tag kat tgn.

Aku nak minta adik aku ambik, dia bz sbb tmpt keje baru. So nak tak nak, perlu la minta tlg kekawan. Mujur ada ramai jer yg sudi hulurkan bantuan. Terharu beb.

So Jumaat tu aku pi pg sbb kena ada kat Day Care seawal kul 9.30 pg. Adik aku htr ke sana. So menunggu la aku kat spital tu sbb dtg awal kan. Yelah tumpang sekali ngan adik aku nak pi keje. Dah dkt kul 9.15 aku pun terus pi situ.
Sampai situ, register jer, terus kena masuk dlm. PAdahal kaki jer yg sakit kan, tp kena bukak semua pakaian dan pakai baju dia. Since kena bukak tudung, nurse Cina tu bagi aku cap jarang tu takut aku rs tak selesa sbb tak bertudung. Bagus tul budak tu. Mmg semua org dlm tu wajib pakai benda alah tu kecuali patient. 

Menunggu la paling bosan. Aku dok pikir bila la turn aku. Patutla kena dtg awal, byk benda kena settle sblm procedure start. Aku nyer appointment kul 11, tp kena masuk kul 9.30. Huhuhu

Tp after kul 11 pun tak buat apa pun. Dr bius dtg jumpa aku, explain about bius nyer complications. Dia nyer explanation cam steward/pilot captain. Aku dah lupa nama dia. Tp nice looking Indian man..hehehe

So dlm stgh jam lps tu, Dr tu dtg pasangkan jarum kt tgn utk masuk ubat bius then terus masuk bilik operation. Dlm tgh derang buat apa yg patut, masukkan ubat bius, pasang oxygen, dan letak pelekat utk monitor heart, Dr Nathan masuk, say sorry for the late sbb ada hal. Then dia dok citer kat Dr bius tu yg how scared I'm. Jahat tau gelakkan aku. Tgh aku gelak2 tu, terus aku tak sedar. 
Sedar2 jer aku dah dok dpn meja nurse dkt ngan registration nyer table. Masa mula2 tanya nurse kat dpn tu, dia ckp dlm kul 1-2 dah settle. Tp aku tgk pun dah kul 12 lbh. Tp nurse suh aku tido dulu sbb katanya nanti kepala sakit. Tp susah tul aku nak tido blk dgn bisingnya dgn macam2 bunyi, dgn lampu atas muka. Paksa gak tido.

Tunggu punya tunggu, kul 2 lbh br settle. Then igtkn member lom sampai. rupanya derang ada situ dari kul 12.30 lbh lagi. sian depa...mmg kawan terbaik laaa..THanks frens

So ni lah hasilnya:

MC 6 hari

Apa yg blh dan x blh buat after procedure

Dressing appointment dan atasnya tu appointment date ngan Dr Raveen next 2 months

kuku yg dh dibuang

hasilnya...

Sbnrnya plastik tu aku yg buh. Sbb ari tu nurse pesan jgn kena air. Make sure cover ngan plastik time mandi. so aku cover ngan plastic sbb senang nak berjln, nantikan kotor plak kain tu kan selain elak basah masa mandi dan wuduk.

Hopefully cepatlah baik. Ari tu cuak gak sbb ramai yg bercerita kata sakit time buang kuku tu. Bos aku pun citer pengalaman dia buang kuku. Katanya sakit. Ngeri jer dgr citer dia. Bila tgk aku ngeri, dan2 jer tak mo citer.. hehehe..tp kelakar, time nak blk keje, tetiba plak dia ckp kat aku yg sbnrnya tak sakit. Konon psycho aku tak bg aku takut... Tp udah terlambat aaaa..hehehe

Stkt ni lom rs sakit lagi. Hopefully time dressing pun tak sakit. Tp ramai kata time dressing tu la yg sakit..Huhuhu