Seigt aku (dan berpandukan gmbr sbg bukti) aku dibesarkan kat daerah skrg sejak aku umur 1 thn. Dan sejak itulah aku dan family hidup kat rumah tu sehingga aku darjah 5.
Rumah tu ada 3 buah (rumah kitaorg paling tepi) dan kat tgh cikgu Cina and famili dan paling hujung pekerja2 kontraktor yg ada pelbagai bangsa (inilah jiran pertama yg aku igt, kalau ada sblm tu, aku tak tahu sbb aku masih kecil). Dibelakang umah kitaorg ada dua keluarga melayu dengan banglo dua tingkat dan banglo setingkat. Dan dpn umah aku ada kebun getah yg blh dikatakan blh jadi roundabout tak rasmi utk kami 3 rumah ni. Dan di dpn jln besar sana, ada bengkel kereta, dimiliki oleh keluarga Cina.
Walaupun hidup dgn pelbagai kaum, pelbagai golongan, tp yg pasti jiran aku baik2. Aku pernah menonton tv kat rumah pekerja2 tu (sbb rumah kitaorg takder tv), cikgu Cina tu yg byk mengambil foto kami (sbb kitaorg takder kamera), dapat tayar buruk dari tuan punya bengkel utk kitaorg jadikan mainan (best apa main lompat2 atas tayar trailer) dan pelbagai pertlgn yg diberikan oleh org2 sekeliling.
Kitaorg hidup aman damai....sehinggalah cikgu Cina tu berpindah dan pekerja2 itu berpindah. Dan kami mendapat jiran yg hazab. Tak perlu diceritakan secara pjg lebar sbb at the end, derang pindah. Dan rumah tgh tu, pemilik tuan punya rumah sewa kitaorg tu yg tinggal kat situ sorang2 yg blh kitaorg panggil moyang.
Aku sbnrnya dari kecik takder kawan pun. Kawan aku hanyalah adik beradik aku dan juga buku. Dan dr situlah aku menjadi seorg pemerhati (org takder keje).
1. Aku suka tgk jiran2 aku terutama cikgu Cina tu, walaupun berlainan bangsa dan agama, tp dia satu famili byk tlg kami, sentiasa menceriakan hidup kami dgn ajar lagu2, tlg bab bljr dan mcm2 lagi... sbb tu kitaorg miss their family a lot bila dia pindah
2. Pekerja2 kontrak tu (of course not bangla and indon la kan), rajin melayan kitaorg..budak2 katakan sibuk la nak naik kren la, itu la ini la..dan derang sabar melayan kerenah kitaorg
3. Jiran2 kaya tu, walaupun derang kaya, tp tak sombong, which is aku suka. Dan paling aku jeles bila tgk famili yg banglo setingkat tu, petang2 akan minum bersama2 satu famili kat bawah pokok. Dan aku selalu imagine aku pun dpt hidup sebegitu walaupun realiti sbnrnya tidak. Dan aku amat happy bila arwah mak buat air teh di waktu ptg, dan kitaorg akan hampar tikar atas simen kat halaman rumah sambil aku berangan ala2 famili org kaya itu.
4. Pemilik bengkel tu walaupun kaya, tp tak kedekut bila kitaorg selalu menumpang telaga di blkg bengkel dia bila masa telaga rumah kitaorg tidak berair terutama di waktu kemarau (rumah kitaorg jer guna telaga).
5. Penyewa rumah tgh seterusnya adalah seorg kerani balai polis which is sgt la biadap. Anak2 dia mencuri barang mainan kami (of course brg2 mainan yg sepupu2 aku tak mo pakai dah) dan mengaku dia punya. Dan kami dipersalahkan kalau apa2 yg terjadi dlm famili dia walaupun kami tak buat apa2 pun. Apa yg aku nmpk, dia ni jenis yg tak mo ngaku salah dia, dan bg dia, kesalahan semua terletak di bahu org lain. Org cenggini, kita wat derk jer, sbb bila masa menentukan, dia yg akan blah.
6. Penyewa rumah tepi yg sterusnya adalah seorg ustaz, dan ustazah. Tp anak2 perangai agak azab. So pada pendapat aku, tak semua anak2 yg beribu bapakan ustaz dan ustazah itu baik...sbb aku yg bukan anak ustazah pun tak pernah nak berckp kurang manis dgn org dan tak pernah nak "tunjuk buntut" dkt org apatah lagi nak jelir lidah dkt org (ada yg nak kena ugut kerat lidah nanti kan).
7. Moyang (pemilik rumah tu) hidup sorang2. Terlampau tua makcik tu...kkdg aku terpikir, kenapa ditinggalkan dia sorang2 situ. Aku kesian sbnrnya tp makcik ni walaupun dah tua, kadang2 agak garang. Tp setiap ari dia akan panggil adik/arwah sepupu aku utk belikan makanan utk dia, dan setiap kali tu derang dpt upah dari dia sama ada dlm bentuk duit ataupun mknn. Dan aku pun kkdg menumpang gak kalau diberi upah dlm bentuk nasi/mee bungkus. Bg kami yg hidup susah ni, tips yg diberikan tu dah cukup nikmat hahaha. Makcik ni sbnrnya kaya dan aku pun tak pasti knp dia ditinggalkan di rumah tu (aku masa tu darjah 4 ok, so tak tahu pangkal ujung).
No comments:
Post a Comment