Monday, February 21, 2011

When U Say Goodbye

Hujung minggu ari tu lepak umah kakak. Dah lama tak main ngan anak2 sedara. Rindu sgt ngan derang. So lepas ambik adik2 kat tmpt keje masing2, terus menuju ke rumah kakak dgn alasan kalau balik umah dulu nanti lmbt nak kuar balik (entah2 langsung tak kuar).

So berhujung minggu lah ngan depa walaupun skdr berkurung dlm rumah. Keletah derang mmg menghiburkan, almaklumlah budak2 katakan. Hilang tensen tgk derang.

So bila nak balik semlm, menjadi satu kesusahan utk kitaorg. Mmg perangai anak2 sedara, blh dikatakan semua anak sedara (anak2 kakak2 dan abg), bila time kitaorg nak balik, derang akan buat perangai.

Sama ada buat muka sedih, tak mo salam2 dan paling teruk menangis nak ikut. So menjadi satu ritual plak, sblm balik, kena bawak derang round taman dulu tak pun pi kedai beli something. Barulah kitaorg dibenarkan balik walaupun still kkdg muka sedih dan tak mo salam tu masih ada.

Kalau anak2 kakak2 camtu lah kitaorg terpaksa buat sblm hati kitaorg senang nak tinggalkan depa. Kalau anak2 abg, lepas kitaorg balik, barulah derang melalak nangis. So satu hal plak kakak ipar yg terpaksa tenteramkan depa...hehehe
Kitaorg pun tak tahu la kenapa anak2 sedara semua perangai sepesen. Mungkin terikut ngan makcik pakcik dia kot. Entahler...

Aku teringat masa dulu2, aku pun lbh kurang sama. Tp bukan dengan pak cik makcik, tp dgn abg dan kakak2. Semua abg dan kakak2 tinggal kat asrama. So bila derang balik, aku ni asyik la menunggu ketibaan derang. Tp bila derang nak pi balik asrama, aduhai...luluhnya hati. Kkdg tak sanggup tgk derang pi, aku tido. Tp lagi sedih bila bangun, derang dah takder. So better aku tgk derang kuar dari rumah daripada sedar2 derang dah takder.

Bukan takat waktu kecik, skrg pun kkdg perasaan tu masih ada. Terutama rumah aku ni menjadi tempat berkumpulnya adik beradik terutama geng2 bujang. So bila sorang2 blah utk start keje, aduhaiiii..hati ni start sedih dan mula lah terasa sunyi...

Sbb tu aku tak suka people come and go dlm hidup aku..huhuhuhuh

2 comments:

Rin said...

biasalah tu... setiap yang datang pasti pergi... setiap yang hidup pasti mati..

kita tak lepas dari itu semua... maka bersiap sedia lah...

wah aku ckp orang pandai... wakakakakak

plug2pin said...

a'ah....kena terima la semua tu kan...tp peritnya hati hehehe