Friday, February 25, 2011

Antara Maghrib dan Isyak

Daripada zaman kecik2 lagi, arwah mak dgn ayah akan jadikan waktu antara maghrib dan isyak adalah waktu utk beribadah, means waktu nilah kitaorg akan mengaji atau pun kitaorg baca buku2 agama. Tp masa kecik2 dulu kitaorg mengaji dgn guru ngaji yg mn kelas ngaji adalah waktu pagi kalau weekend dan selepas sekolah so waktu antara maghrib dan isyak ni kitaorg penuhkan dgn baca buku2 agama. Abis2 pun kitaorg adik beradik main kuiz agama. Soal pasal rukun iman lah, macam2. So cam seronok la.

Selalunya pukul 7.00 jer, kitaorg akan pastikan tv ditutup (time tv masih ada..maklumlah tv kitaorg on off ada..hehehe) dan kalau main kat luar, pastikan dah masuk rumah dan siap2 mandi. Kalau tak, pastikan telinga itu tebal, kulit pun tebal sbb mendgr leteran ayah, nasib tak baik, kena rotan..hehehe. Setiap mlm jumaat, diwajibkan baca Yassin. Sama ada baca reramai, ataupun baca sendiri2.

Bila pindah rumah sewa lain, rumah hanya bersebelahan dengan surau. So nak tak nak, diwajibkan setiap Subuh dan Maghrib serta Isyak sembhgyg kat surau tu. Kalau tak, kena bg reason, why tak pi surau. Nasib tak baik, kena rotan ngan ayah. Antara maghrib dan Isyak tu, depend pada aktiviti surau. Sama ada dgr ceramah agama, tak pun baca Yassin. Kalau takder aktiviti, selalunya aku ambik buku dan study kat surau tu (penuh kenangan manis. Smpt lagi menggatal kat surau..hehehe).

TV hanya akan dibenarkan bukak selepas sembhyg Isyak. Tp make sure kena study dulu, homework mesti siap.

Bila dah mula tinggal asrama, waktu maghrib dan isyak, adalah waktu prep. So lama kelamaan, aktiviti ibadah tu dah makin kurang. Selalunya akan ditunaikan hanya weekend.

Bila masuk uni, graf dah jadi cam ombak. Kejap buat aktiviti ibadah, kejap lagho, gi lepak ngan kekawan. Time terasa insaf, penuhkan waktu tu dgn hal2 ibadah. Tp syukur, amalan mengaji selepas Subuh dan antara waktu Maghrib dan Isyak masih dibuat. Cuma bab2 yg lbh dari tu yg cam ombak. Time baik, siap baca tafsir lagi.

Bila kerja, dah start lagho. Sikit demi sedikit cam jauh dariNya. Kkdg melayan TV sampai maghrib pun dah nak abis. Bila dah selesai solat, kkdg buat benda2 lain. Isyak pun kkdg lmbat. Aduhaiiii

Graf semakin berombak2. Kejap turun, kejap naik. Bila terasa insaf, capai Al-Quran, mengaji. Kalau dah buat alasan malas, berhari2 tak pegang Al-Quran...Aduhaiii berdosanya...

Tp mujur keinsafan tu kkdg datang. kalau langsung tak insaf? Aduhaaiiii...

So sempena dgn Maulidur Rasul baru2 ni, timbul keinsafan dan penuh dgn azam. Hopefully aku penuhkan waktu antara maghrib dan Isyak ni dgn aktiviti ibadah. Kalau waktu utk berFB ada, takkan takder waktu utk beribadah kan?. 

Mlm td aku baca Yaasin. Dan baru2 ini aku terbaca kebaikan membaca Al-Kahfi setiap Jumaat. So mlm td aku paksa diri baca Al-Kahfi sampai abis. Walaupun di tgh jln cam nak mengalah sbb surah tu panjang dan aku baca pun tergagap2. Nampak sgt aku dah lama tak baca satu Al-Quran. Selalu baca surah wajib jer. Sbb selalunya walaupun tak dpt baca satu Al-Quran, aku baca setiap Isnin dan Jumaat: Surah Sajadah, Selasa, Sabtu: Surah Al-Mulk, Rabu dan Ahad: Al Waqiah dan setiap khamis surah yaasin.

Semua surah2 tu aku dah lancar. Tp surah2 lain, aduhaiiii, nampak sgt aku cam menghafal jer surah2 tu. Sbb dah menjadi satu kelaziman. So mlm td, bisikan dok suh aku mengalah di tgh surah, tp syukur, aku paksa gak diri abiskan. Akhirnya aku berjaya gak baca dua surah mlm td. Terharu dgn diri sendiri. Hehehe

Hopefully aku dpt teruskan amalan ni. Aku tak mo jauh dariNya. Skrg ni dahler ibadah entah apa2 jer, terasa takut plak bila terasa jauh dariNya. Dugaan pun byk.

Hopefully apa yg dirancang, dapat ditunaikan. Alhamdulillah target utk abiskan satu juzuk satu minggu dapat ditunaikan waktu ini. Skrg dah masuk juzuk ke3. Semoga iman aku kental. Insyaallah.

3 comments:

Cik Liza said...

insyaAllah..

moga ditetapkan untuk menunaikan seperti yang kita hendak..:)

good luck bebeh

plug2pin said...

thanks and insyaallah

hk said...

Marilah kita memuliakan kitab suci dan ayat-ayat Allah.