Monday, February 28, 2011

Bila Perasan Sibuk

Pg td dtg lmbt. Sampai ofis, dpt message dari kawan kata derang bekfes kat cafe. So terus pi cafe. Baru teringat yg today ada video-conference dari GCEO. So lps bekfes terus naik letak beg, dan terus turun.

Ni br naik. Perhatikan sekeliling...Wahhh sepahnya. Nak kata bz, bukan bz mn pun. Tp aduhaiiiii...sepahnya... So aku kena kemas dulu tmpt ni.

Before kemas:
Dgn bill dan kismis..(hurry sgt ke aku blk ari tu yek?)

Botol supplement, mknn dlm plastik, bills, calendar, etc

Stationary berterabur, kertas conteng (tunggu loading blh penuh satu paper aku conteng), voucher tipu, etc

After (blh laaaaaaa):


Beg kecik tu la handbag/purse/bag tepon aku

Better right? Gegar la gmbr2 ni

Ok..kita leh start keje nanti  skrg.

Friday, February 25, 2011

Antara Maghrib dan Isyak

Daripada zaman kecik2 lagi, arwah mak dgn ayah akan jadikan waktu antara maghrib dan isyak adalah waktu utk beribadah, means waktu nilah kitaorg akan mengaji atau pun kitaorg baca buku2 agama. Tp masa kecik2 dulu kitaorg mengaji dgn guru ngaji yg mn kelas ngaji adalah waktu pagi kalau weekend dan selepas sekolah so waktu antara maghrib dan isyak ni kitaorg penuhkan dgn baca buku2 agama. Abis2 pun kitaorg adik beradik main kuiz agama. Soal pasal rukun iman lah, macam2. So cam seronok la.

Selalunya pukul 7.00 jer, kitaorg akan pastikan tv ditutup (time tv masih ada..maklumlah tv kitaorg on off ada..hehehe) dan kalau main kat luar, pastikan dah masuk rumah dan siap2 mandi. Kalau tak, pastikan telinga itu tebal, kulit pun tebal sbb mendgr leteran ayah, nasib tak baik, kena rotan..hehehe. Setiap mlm jumaat, diwajibkan baca Yassin. Sama ada baca reramai, ataupun baca sendiri2.

Bila pindah rumah sewa lain, rumah hanya bersebelahan dengan surau. So nak tak nak, diwajibkan setiap Subuh dan Maghrib serta Isyak sembhgyg kat surau tu. Kalau tak, kena bg reason, why tak pi surau. Nasib tak baik, kena rotan ngan ayah. Antara maghrib dan Isyak tu, depend pada aktiviti surau. Sama ada dgr ceramah agama, tak pun baca Yassin. Kalau takder aktiviti, selalunya aku ambik buku dan study kat surau tu (penuh kenangan manis. Smpt lagi menggatal kat surau..hehehe).

TV hanya akan dibenarkan bukak selepas sembhyg Isyak. Tp make sure kena study dulu, homework mesti siap.

Bila dah mula tinggal asrama, waktu maghrib dan isyak, adalah waktu prep. So lama kelamaan, aktiviti ibadah tu dah makin kurang. Selalunya akan ditunaikan hanya weekend.

Bila masuk uni, graf dah jadi cam ombak. Kejap buat aktiviti ibadah, kejap lagho, gi lepak ngan kekawan. Time terasa insaf, penuhkan waktu tu dgn hal2 ibadah. Tp syukur, amalan mengaji selepas Subuh dan antara waktu Maghrib dan Isyak masih dibuat. Cuma bab2 yg lbh dari tu yg cam ombak. Time baik, siap baca tafsir lagi.

Bila kerja, dah start lagho. Sikit demi sedikit cam jauh dariNya. Kkdg melayan TV sampai maghrib pun dah nak abis. Bila dah selesai solat, kkdg buat benda2 lain. Isyak pun kkdg lmbat. Aduhaiiii

Graf semakin berombak2. Kejap turun, kejap naik. Bila terasa insaf, capai Al-Quran, mengaji. Kalau dah buat alasan malas, berhari2 tak pegang Al-Quran...Aduhaiii berdosanya...

Tp mujur keinsafan tu kkdg datang. kalau langsung tak insaf? Aduhaaiiii...

So sempena dgn Maulidur Rasul baru2 ni, timbul keinsafan dan penuh dgn azam. Hopefully aku penuhkan waktu antara maghrib dan Isyak ni dgn aktiviti ibadah. Kalau waktu utk berFB ada, takkan takder waktu utk beribadah kan?. 

Mlm td aku baca Yaasin. Dan baru2 ini aku terbaca kebaikan membaca Al-Kahfi setiap Jumaat. So mlm td aku paksa diri baca Al-Kahfi sampai abis. Walaupun di tgh jln cam nak mengalah sbb surah tu panjang dan aku baca pun tergagap2. Nampak sgt aku dah lama tak baca satu Al-Quran. Selalu baca surah wajib jer. Sbb selalunya walaupun tak dpt baca satu Al-Quran, aku baca setiap Isnin dan Jumaat: Surah Sajadah, Selasa, Sabtu: Surah Al-Mulk, Rabu dan Ahad: Al Waqiah dan setiap khamis surah yaasin.

Semua surah2 tu aku dah lancar. Tp surah2 lain, aduhaiiii, nampak sgt aku cam menghafal jer surah2 tu. Sbb dah menjadi satu kelaziman. So mlm td, bisikan dok suh aku mengalah di tgh surah, tp syukur, aku paksa gak diri abiskan. Akhirnya aku berjaya gak baca dua surah mlm td. Terharu dgn diri sendiri. Hehehe

Hopefully aku dpt teruskan amalan ni. Aku tak mo jauh dariNya. Skrg ni dahler ibadah entah apa2 jer, terasa takut plak bila terasa jauh dariNya. Dugaan pun byk.

Hopefully apa yg dirancang, dapat ditunaikan. Alhamdulillah target utk abiskan satu juzuk satu minggu dapat ditunaikan waktu ini. Skrg dah masuk juzuk ke3. Semoga iman aku kental. Insyaallah.

Thursday, February 24, 2011

Pemerhati - Bila AKu Bersukan

Seigt aku, aku start main sukan masa Darjah 4 ke 3 gitulah. Aku main utk sukan sekolah, wakil rumah sukan. Aku main utk rumah sukan Bendahara (baju sukan warna hijau) utk lari 4x100, lompat tinggi (camner aku leh main yek padahal aku pendek. Tp aku lompat ala2 main lompat tali...hahahaha) dan apa ntah, aku dah lupa. Dan hadiah yg aku dpt adalah tupperware (bukan brand tupperware). So byk gak ler aku bawak balik tupperware. Aku pun tak igt camner aku leh terjebak dgn sukan tu. Sbbnya:
1. Aku pendek
2. Aku pendiam
Mungkin dipaksa rela pun, aku tak tahu. Lagipun masa aku sekolah rendah dulu, aku tak ramai kawan sbb aku dulu2 pendiam. Lbh byk masa spend kat buku dan imagination aku. Bukan tak mau berkawan, tp disebabkan persekitaran aku dan keadaan family, menyebabkan aku menjadi sebegitu.

Naik darjah 5, family aku pindah ke kampung yg berdekatan dgn rumah lama. Di rumah sewa ni, aku ada lebih ramai jiran, dan kebykn jiran ada anak2 yg lebih kurang sebaya dgn aku. Dan kebetulan aku ada kawan sekelas yg menjadi jiran aku. So bermulalah zaman aku ada kawan org2 glamer sekolah. 

Dpn umah aku senior aku, means dia Drjh 6. Aku agak rapat dgn dia. Dia wakil sekolah utk game handball. Aku selalu la pi tgk dia lawan. Selalulah berangan utk jadi cam dia. Tp nan ado la sbbnya aku ni mana la glamer utk org pandang.

Bila start Darjah 6, ada pemilihan utk wakil sekolah bg sukan2 tertentu. Kawan2 aku majoriti main netball sedangkan aku hanya pandang jer derang main. Almaklumlah, aku kan pendek. Sapa nak ambik aku main? 

Entah macam mana, kefrustan aku ketika itu beralih ke arah hoki. Kebetulan masa tu pemilihan utk netball dah selesai, tp pemilihan utk hoki sedang dijalankan. Aku pun tak sure kenapa aku beriya utk join sukan sekolah. Sama ada wajib ke tidak, aku pun dah lupa.

Rezeki mungkin utk aku, aku berjaya menjadi sebahagian team hoki sekolah. Dan paling membanggakan, team kami berjaya menjadi wakil daerah. Last kalah masa berlawan dgn Sekolah Zainab, tu pun mmg perlawanan sengit. Sampaikan terpaksa membuat 2 kali penentu perlawanan..dan akhirnya berpihak pada pihak lawan disebabkan kawan aku, goalie terlupa nak letak stick dia.

 Skdr hiasan

Bila dah naik Form 1, member2 hoki ajak aku join team sekolah, tp masa tu aku tolak sbb aku tak sanggup tgk muka aku yg hitam legam sbb berjemur di tgh panas. Alasan yg sungguh lame..hahaha

Start dari sini, aku pun dah kurang minat utk bersukan. Sampai PJ pun aku elakkan. Tak tahu kenapa teruk sungguh aku time ni. Sampaikan aku pernah jumpa Dr, minta surat dari Dr utk elakkan aku join PJ. Tp Dr tak nak bagi...sbb xder reason...hahahahah (pikir2 balik berani sungguh aku time Form 2 selamba badak gi jumpa Dr minta surat, rsnya mak ayah aku tak tahu pun..hehe). Ala...lagipun time PJ sikit2 member ajak main netball, yg mmg sah2 aku takkan diajak main sbb kependekan aku.

Kemalasan aku bersukan berlarutan sampai la skrg. Skrg aku lebih prefer main utk just for fun bukan main utk berlawan. Tp aku pernah la jadi wakil utk office masa mula2 masuk sini.

First or second day aku masuk office ni, tetiba jer aku dipaksa rela utk join team volleyball. Dahler aku ni pendek, laktu tak kuat, dan paling utama, aku bukannya suka pun dengan sukan ni. Tp sbb takut dikatakan sombong, almaklumlah pekerja baru kan...so aku terpaksa rela join. Sampai hari pertandingan, aku hanyalah sekadar pemain simpanan..nak pakai jersey pun aku segan..

Tu lah last aku main utk wakil sekolah or tmpt keje. Kalau kat uni, lagilah langsung aku tak main. Eh..pernahhhhhh...wakil Pasukan Kawad utk Sukan. Dapatlah satu set baju free dgn topi..hehehe

Then semlm, tgh aku sibuk membuat operasi pembersihan, member skype. Ajak aku join team Futsal utk office. Lawan 5hb ni...Hehehe...So bila dipikir2kan, why not. Cuba jelah...bila lagi nak test skill kan walaupun takder langsung skill..hahaha
So esok aku start training..hopefully aku suka.. ;)





Wednesday, February 23, 2011

Kita Rehat Dulu..

Pagi ni penat sungguh... Sbnrnya bukan penat sgt pun. Tp activity full utk pagi ni. Skrg ni baru leh rehat jap sambil makan Mister Potato dan layan blog.

Adik bongsu aku dpt maklumat yg esok kemungkinan besar SPM akan kuar. So terpaksalah dia minta cuti dari bos dia selama seminggu utk balik tgk result dia. Tu yg dia berharap sangat yg mmg betul esok kuar result. Takut kalau dia dah ambik cuti seminggu, sekali result tak kuar2.

So pagi td aku htr dia naik bas, blk kg. Nasib skrg ni bas dah leh naik kat Putrajaya Sentral. Kalau dulu2, aku terpaksa hantar depa sampai ke Hentian Putra. Tp aku tak htr ngan kete la sbb dah th mesti jam giler. Selalunya aku akan naik LRT, park kete kat Bandar Tasik Selatan. So senang aku nak budget masa utk sampai ke Hentian Putra tu. 

So td aku htr dia kat sana. Dkt la sikit aku nak pi htr sbb dkt jer ngan ofis. Igtkan nak bekfes sana, sekali kedai mkn pun idak ada. Yg ada kedai runcit.. so aku pun join sama borong bahan mknn. Kalau adik aku borong mknn utk mkn atas bas, aku borong mknn utk dikunyah kat ofis.

Mujur bas sampai awal dan kul 9.25 tepat, derang terus bertolak. Mmg on time. So aku terus balik ofis. Sampai ofis, member ajak temankan dia pi servis kete. Almaklumlah org ada kete baru, so kejap jelah kena servis. 

Alang2 pi servis kat Serdang sana, kitaorg terus bekfes kat tasik Serdang. oOoooo rindu sungguh nak bekfes situ. Tu tmpt kitaorg bekfes masa ofis still kat Serdang. Mmg mahal sikit tp puas hati. Masa kat kerusi dok terpikir2, ada dua menu yg aku perlu pilih: 1. Mee Bandung; 2. Mee Goreng Kerang Takmo Tauge.

Tp pilihan aku adalah Mee Bandung sbb situ jer yg aku rs tekak leh terima. Mee Goreng dakper, byk tmpt leh buat.So bekfes ari ni adalah Mee Bandung dgn Limau suam kurang manis (tiada gmbr disertakan sbb aku mls nak ambik gmbr).

Lps bekfes, terus pi pusat servis. Menunggu dlm sejam dan menggunakan masa yg terluang itu dgn membaca berita2 terkini sambil telinga sumbat MP4. Dah abis 3 jenis paper aku baca, tetiba ada mamat pusat servis tu dtg tanya aku. "Kete akak ke no XXXX?". Dah ler aku kurang pendgrn sbb melayan lagu, tp dan2 jer aku tunjuk kat kawan aku. Rupanya katanya dia dah panggil byk kali, tp kitaorg tak dgr pun dia panggil (aku of course la kan).

So ni aku baru jer sampai ofis. Dahler sampai basement, member aku dropkan aku sbb dia nak ambik anak dia balik sekolah. Sekali aduhai, aku nyer passcard dlm kete kawan tu. Terpaksa la aku tepon kawan yg lain tlg ambik aku kat bawah ni sbb semua pintu perlukan passcard utk dibuka.

Sambil tgh mulut disumbat mknn, ni member lain plak dok Skype ajak mkn. Perut dah kenyang ni, mulut pun tgh mengunyah, tp blh lagi ni berpikir nak pi ke idak. At the end, aku promise dia, kalau takder apa2 kul 2 kita gi makan..Hahahaha..mana la perut aku tak makin naik...

Skrg aku nak rehat jap sebelum azan berkumandang....


Tuesday, February 22, 2011

Bila Memory Dah Penuh

Aku pun tak tahu la apa kejadah yg aku simpan kat dlm PC ofis ni sampai kuar warning, memory low. Aku check capacity utk C drive, wahhhhh ada 1G je lagi balance. Melampau la tu.

So pagi ni adalah masa utk aku mendelete or menginstall apa2 program yg tak perlu. Aku check2..ishhh bila masa la plak aku download citer Korea ni. Satu series drama ni ajer dah makan byk giler space. So ambik la external HD aku. 

HD ni besar spacenya. So kbykn semua benda ada dlm ni. Movie byk giler la kan. So aku plan nak masukkan semua movie yg ada dlm PC ni dlm tu. Sekali dia buat hal plak.

Sbnrnya dah lama gak aku tak guna benda alah ni. Sbb takder masa nak masukkan apa2 dlm ni. Kalau dulu once a month, aku akan clearkan laptop ngan thumbdrive dan masukkan dlm benda alah ni. Skrg ni main save jer dlm PC. Tu yg PC pun dah slow.

Tetiba jer benda alah ni takleh nak detect. Apa sebabnya pun aku mls nak pikir. So aku plan nak suh member kat IT tlg tgk2kan.

So keje aku ari ni byk buat proses pembersihan agar PC aku ada byk space kosong. Dan proses menscan IC dan passcard aku utk diberi pada kawan aku utk urusan rasmi dan mengemail. Td jer jap ada meeting.

Esoklah aku continue ngan programming aku...skrg aku nak naik atas..pass HD ni kat kawan IT.

Monday, February 21, 2011

Bila Hati Resah

Ptg td tetiba keserabutan otak dtg. Ketensenan pun sibuk bertandang.... Jadi tuan empunya badan terasa sungguh stress. Nak cari remote tv pun tak jumpa...rs nak humban semua kusyen nak cari mana terselitnya remote tu. 

Bila mencari dlm keserabutan, semua benda rs tak nmpk. Semua benda rs nak dihempas2kan... Dlm 5 minit mencari, rupanya terselit kat celah kusyen tu. Padahal setiap kusyen dah kuarkan, abis berterabur (nmpk sgt otak serabut kan?)

Tgk tv pun xder mood. Mata pandang tv, tp hati, otak dok berdiskusi. Hasilnya, hati rs tak tenang, otak pun makin serabut...Sekali adik bawak kuar mangga epal cicah dgn cuka+gula+garam+belacan (kalau org kelantan panggil colek). Otak tenang jap sbb dok layan kesedapan makanan tu. Lupa sekejap masalah.

Bila dh sumbat perut dgn mknn, perlulah kita beribadah plak. Bersyukur padaNya. Otak ngan hati masih lagi dok berdiskusi, aduhai hati, aduhai otak..korang buat hati aku tak tenang tau.

Sudah smyg, entah kenapa, aku terasa cam nak pergi satu sudut dan merengkok kat situ buat seketika. Konon2 nak lepaskan tekanan. Terasa cam nak berkurung dlm kotak, ataupun merengkok bawah meja...

Tetiba teringat pada ayat suci Al-Quran... Kenapa aku perlu susahkan diri aku buat benda2 pelik? Why not tenangkan hati dgn baca ayat2 Allah? 

So aku ambik Al-Quran, aku baca surah As-Sajadah dan sedikit dari surah Al-Baqarah (sambungan ayat yg aku baca sblm ini). Aku rs tenang seketika. Aku cium Al-Quran itu, aku peluk dia erat2.....tenangnya rs diri. Kebetulan terdgr azan Isyak. Sambil peluk Al-Quran, aku hayati azan, aku jawab azan. Terharu jer rs... 

Tetiba terasa sedih..kenapa la aku ni asyik lupakan Dia? Time susah ke senang, asyik la lupa dia. Tp bila perlukan pertlgn dia, barulah terhegeh2 cari Dia...Berdosanya aku....

Ya Allah, jgnlah Kau jauhkan hatiku dari Mu..Dekatkanlah diriku dgn Mu...Amin


Migrain

Dlm family majoriti adik beradik ada migrain ngan gastrik. So dah jadi cam penyakit keturunan dua penyakit ni. Aku start kena migrain di zaman sekolah lagi. Seigt aku start aku form 2, aku dah giat makan ubat.

Masa tu pantang sakit sikit aku mkn ubat, pantang sakit jer, mkn  ubat. Sampai satu tahap tu, aku naik risau... brp byk ntah dadah masuk dlm badan aku ni. So lama kelamaan, aku cuba tahan sakit tu. Kalau selagi leh tahan, aku tahan tanpa makan ubat. 

Start dari tu aku elakkan makan ubat, sampai la aku masuk matrik 1. Time tu asyik gak ler tak tahan. Tp masa tu, aku dah tahap immune dah dgn paracetamol. Cam makan coklat, takder effect pun. So Dr tukar dgn ubat painkiller warna kuning hijau.

So aku dok mkn ubat tu lah sampai lah aku keje. Bila dah keje, tahap sakit pun makin bertambah, dan Dr pun tukar ubat lain. Postan yg lbh kuat.

Then one day, bila kaki dan tgn kerap kebas2, Dr dah naik risau. Dia takut melarat benda lain. So dia suh buat further check up. Aku buat check up ngan pakar kt SJMC dgn Dr Sabri. Siap buat MRI semua, syukur alhamdulillah, takder apa yg kronik. Just migrain. Dan Dr pun tukar ubat yg lain.

Paling tak tahan bila sakit tu start kat mata. Bila salah satu mata tu nmpk blur (ada term dia dlm medical tp aku lupa), maknanya dalam bbrp minit lagi, migrain akan dtg. Pernah mata start blur masa kat kedai. Aduhai, risau sungguh nak balik camner sbb drive. Mujur masa tu ada kawan yg tumpang kereta, dan dia tlg monitor. 

Aku sbnrnya sgtla allergic dgn persekitaran. Kalau panas sgt pun, tak blh. Kalau aku terbau sesuatu yg aku rs tak menyenangkan (cam rokok) pun aku leh naik migrain. Silau pun tak blh....Aduhai...byklah faktornya. Nak2 skrg ni musin panas tak menentu. Tghr jer panas terik... mmg mudahler naik ke kepala..

Kalau org lain guna pepatah (pepatah kah?), dari mata turun ke hati....aku plak "Dari Mata, Naik Ke Kepala"

When U Say Goodbye

Hujung minggu ari tu lepak umah kakak. Dah lama tak main ngan anak2 sedara. Rindu sgt ngan derang. So lepas ambik adik2 kat tmpt keje masing2, terus menuju ke rumah kakak dgn alasan kalau balik umah dulu nanti lmbt nak kuar balik (entah2 langsung tak kuar).

So berhujung minggu lah ngan depa walaupun skdr berkurung dlm rumah. Keletah derang mmg menghiburkan, almaklumlah budak2 katakan. Hilang tensen tgk derang.

So bila nak balik semlm, menjadi satu kesusahan utk kitaorg. Mmg perangai anak2 sedara, blh dikatakan semua anak sedara (anak2 kakak2 dan abg), bila time kitaorg nak balik, derang akan buat perangai.

Sama ada buat muka sedih, tak mo salam2 dan paling teruk menangis nak ikut. So menjadi satu ritual plak, sblm balik, kena bawak derang round taman dulu tak pun pi kedai beli something. Barulah kitaorg dibenarkan balik walaupun still kkdg muka sedih dan tak mo salam tu masih ada.

Kalau anak2 kakak2 camtu lah kitaorg terpaksa buat sblm hati kitaorg senang nak tinggalkan depa. Kalau anak2 abg, lepas kitaorg balik, barulah derang melalak nangis. So satu hal plak kakak ipar yg terpaksa tenteramkan depa...hehehe
Kitaorg pun tak tahu la kenapa anak2 sedara semua perangai sepesen. Mungkin terikut ngan makcik pakcik dia kot. Entahler...

Aku teringat masa dulu2, aku pun lbh kurang sama. Tp bukan dengan pak cik makcik, tp dgn abg dan kakak2. Semua abg dan kakak2 tinggal kat asrama. So bila derang balik, aku ni asyik la menunggu ketibaan derang. Tp bila derang nak pi balik asrama, aduhai...luluhnya hati. Kkdg tak sanggup tgk derang pi, aku tido. Tp lagi sedih bila bangun, derang dah takder. So better aku tgk derang kuar dari rumah daripada sedar2 derang dah takder.

Bukan takat waktu kecik, skrg pun kkdg perasaan tu masih ada. Terutama rumah aku ni menjadi tempat berkumpulnya adik beradik terutama geng2 bujang. So bila sorang2 blah utk start keje, aduhaiiii..hati ni start sedih dan mula lah terasa sunyi...

Sbb tu aku tak suka people come and go dlm hidup aku..huhuhuhuh

Saturday, February 19, 2011

Kawan

Ari tu tgh semak kepala, bermcm2 ada dlm pikiran. Dgn berborak2 dgn teman alam maya sekurangnya dpt switch kepala otak ni pikir benda lain. Dlm borak2 tetiba ada seseorg tawarkan diri utk menolong. Tp aku ambik kata2 dia tu as gurauan,

Perbualan dengannya membuatkan aku teringat pada seorg kawan. Aku ni jenis yg susah utk terima bantuan org lain terutama dlm bentuk wang. Selagi kudrat aku masih kuat, selagi masih ada jln utk aku dptkan duit dgn cara yg halal, selagi itulah aku akan usaha. Dan aku bersyukur sbb Allah sentiasa murahkan rezeki aku dlm pelbagai bentuk.

Berbalik pada kawan aku tu, dialah satu2nya kawan yg aku terima pertlgn dia dlm bentuk wang. Pada masa tu mmg aku buntu gila2. Keadaan agak krtikal masa tu. Bila kawan ni hulurkan bantuan, dengan muka yg teramat tebal, aku terima. Tp setiap hari, setiap ketika, otak dok pikir mcmana aku nak byr hutang dia dan bila aku dpt langsaikan. Walaupun member ni tak kisah pun bila aku byr dan tak pernah ambik kesempatan atas aku, walaupun jumlahnya takder pun byk sgt, tp still, hutang tetap hutang dan otak tetap pikir.

Aku rs aku ambik masa dlm sthn jugak kot byr hutang dia. Tp dialah satu2nya kawan yg sentiasa ada bila aku perlukan dia waktu susah dan senang tanpa mengira waktu. Kkdg kalau kul 2 pg pun, kalau tahu aku lom makan, dari jauh dia dtg, temankan makan..atau kalau dia tahu aku ada problem, dan2 tu gak dia dtg. Selalu perkataan pertama yg kuar dari mulut dia..."Awak ok ari ni?"

Tp start dia kecewa bila cinta dia pada kawan serumah aku tak berbls, lama kelamaan kitaorg makin renggang.. Bertambah renggang bila dia dah kawin. Last aku jumpa dia hampir 2 thn. Maknanya hampir 2 thn jugak aku tak berckp dgn dia.

Bila kawan cyber menawarkan bantuan, aku terus teringatkan kawan aku ni. And so surprise, stlh 2 thn dia menyepi, esoknya tetiba aku dpt msg dari dia bertanyakan khabar. Kuasa Allah ;)


Friday, February 18, 2011

Aku Ada Seorg Kawan

Aku ada seorg kawan perempuan yg close ngan aku. Dia seorg bujang seperti aku (promote? hehehehe). Dia suka dengan kerjanya. Dan dia seorg pemurah. Setiap bulan dia akan belanja staff2 bawahan dia. Elaun keraian yg dia dpt, dia gunakan utk belanja staff bawahan dia. Sememangnya dia bukan seorg yang kedekut.

Setiap bulan dia akan simpan gajinya dan sebhgn gajinya tu dia akan invest sama ada dlm unit trust or mana2 yg pelaburan yg dia rs ok. Dan kehidupan bulanan dia adalah dengan menggunakan duit claim. Kehidupan seharian dia adalah di atas jln, dan sememangnya keje pun melibatkan jalan. So no wonder lah kalau claim yg dia dpt dah cukup utk menampung bulanan dia. Aku yg tgk dia pun rasa isssshhhh sungguh penat jadi dia. Sekejap dpt call kena pi Perak utk meeting, kejap ke KL. 

Sbb duit dia byk, so ramai la kekawan dia dok menprovoke dia utk beli barang2 mahal especially designer handbag. Tp hati dia kental. Bg dia, kenapa perlu abiskan duit utk designer bag beribu2 sedangkan duit tu blh guna utk benda lain lagi. Dan bg dia, tiada kepuasan dengan menggunakan designer bag, cukuplah sekadar punya bag biasa yg blh dia guna di kala perlu.

Dia mmg sukakan pekerjaan dia, seorg pemurah, seorg baik hati.......dan mungkin sebab itulah Allah semakin murahkan rezeki dia tanpa putus. Dan itu tidak menutup pintu hatinya utk mendekatkan dirinya dgn Allah, bila aku dapat message dia dari, yang dia dah mula mendaftarkan diri utk menghadiri kursus haji dan dalam proses membuat rayuan utk dapat tunaikan haji pada tahun ini...

Dan sessungguhnya aku amat jeles.... huhuhuhu

Thursday, February 17, 2011

Pemerhati (1)

Seigt aku (dan berpandukan gmbr sbg bukti) aku dibesarkan kat daerah skrg sejak aku umur 1 thn. Dan sejak itulah aku dan family hidup kat rumah tu sehingga aku darjah 5.

Rumah tu ada 3 buah (rumah kitaorg paling tepi) dan kat tgh cikgu Cina and famili dan paling hujung pekerja2 kontraktor yg ada pelbagai bangsa (inilah jiran pertama yg aku igt, kalau ada sblm tu, aku tak tahu sbb aku masih kecil). Dibelakang umah kitaorg ada dua keluarga melayu dengan banglo dua tingkat dan banglo setingkat. Dan dpn umah aku ada kebun getah yg blh dikatakan blh jadi roundabout tak rasmi utk kami 3 rumah ni. Dan di dpn jln besar sana, ada bengkel kereta, dimiliki oleh keluarga Cina.

Walaupun hidup dgn pelbagai kaum, pelbagai golongan, tp yg pasti jiran aku baik2. Aku pernah menonton tv kat rumah pekerja2 tu (sbb rumah kitaorg takder tv), cikgu Cina tu yg byk mengambil foto kami (sbb kitaorg takder kamera), dapat tayar buruk dari tuan punya bengkel utk kitaorg jadikan mainan (best apa main lompat2 atas tayar trailer) dan pelbagai pertlgn yg diberikan oleh org2 sekeliling.

Kitaorg hidup aman damai....sehinggalah cikgu Cina tu berpindah dan pekerja2 itu berpindah. Dan kami mendapat jiran yg hazab. Tak perlu diceritakan secara pjg lebar sbb at the end, derang pindah. Dan rumah tgh tu, pemilik tuan punya rumah sewa kitaorg tu yg tinggal kat situ sorang2 yg blh kitaorg panggil moyang.
Aku sbnrnya dari kecik takder kawan pun. Kawan aku hanyalah adik beradik aku dan juga buku. Dan dr situlah aku menjadi seorg pemerhati (org takder keje).
1. Aku suka tgk jiran2 aku terutama cikgu Cina tu, walaupun berlainan bangsa dan agama, tp dia satu famili byk tlg kami, sentiasa menceriakan hidup kami dgn ajar lagu2, tlg bab bljr dan mcm2 lagi... sbb tu kitaorg miss their family a lot bila dia pindah
2. Pekerja2 kontrak tu (of course not bangla and indon la kan), rajin melayan kitaorg..budak2 katakan sibuk la nak naik kren la, itu la ini la..dan derang sabar melayan kerenah kitaorg
3. Jiran2 kaya tu, walaupun derang kaya, tp tak sombong, which is aku suka. Dan paling aku jeles bila tgk famili yg banglo setingkat tu, petang2 akan minum bersama2 satu famili kat bawah pokok. Dan aku selalu imagine aku pun dpt hidup sebegitu walaupun realiti sbnrnya tidak. Dan aku amat happy bila arwah mak buat air teh di waktu ptg, dan kitaorg akan hampar tikar atas simen kat halaman rumah sambil aku berangan ala2 famili org kaya itu.
4. Pemilik bengkel tu walaupun kaya, tp tak kedekut bila kitaorg selalu menumpang telaga di blkg bengkel dia bila masa telaga rumah kitaorg tidak berair terutama di waktu kemarau (rumah kitaorg jer guna telaga).
5. Penyewa rumah tgh seterusnya adalah seorg kerani balai polis which is sgt la biadap. Anak2 dia mencuri barang mainan kami (of course brg2 mainan yg sepupu2 aku tak mo pakai dah) dan mengaku dia punya. Dan kami dipersalahkan kalau apa2 yg terjadi dlm famili dia walaupun kami tak buat apa2 pun. Apa yg aku nmpk, dia ni jenis yg tak mo ngaku salah dia, dan bg dia, kesalahan semua terletak di bahu org lain. Org cenggini, kita wat derk jer, sbb bila masa menentukan, dia yg akan blah.
6. Penyewa rumah tepi yg sterusnya adalah seorg ustaz, dan ustazah. Tp anak2 perangai agak azab. So pada pendapat aku, tak semua anak2 yg beribu bapakan ustaz dan ustazah itu baik...sbb aku yg bukan anak ustazah pun tak pernah nak berckp kurang manis dgn org dan tak pernah nak "tunjuk buntut" dkt org apatah lagi nak jelir lidah dkt org (ada yg nak kena ugut kerat lidah nanti kan).
7. Moyang (pemilik rumah tu) hidup sorang2. Terlampau tua makcik tu...kkdg aku terpikir, kenapa ditinggalkan dia sorang2 situ. Aku kesian sbnrnya tp makcik ni walaupun dah tua, kadang2 agak garang. Tp setiap ari dia akan panggil adik/arwah sepupu aku utk belikan makanan utk dia, dan setiap kali tu derang dpt upah dari dia sama ada dlm bentuk duit ataupun mknn. Dan aku pun kkdg menumpang gak kalau diberi upah dlm bentuk nasi/mee bungkus. Bg kami yg hidup susah ni, tips yg diberikan tu dah cukup nikmat hahaha. Makcik ni sbnrnya kaya dan aku pun tak pasti knp dia ditinggalkan di rumah tu (aku masa tu darjah 4 ok, so tak tahu pangkal ujung). 

Wednesday, February 16, 2011

Haaaah!!!!

Smlm dgn semangat membara bangun di awal pagi dengan 2 matlamat:
1. Join body combat class at 10.30am
2. Menonton Lion Dance at 1.00pm

Walaupun mata masih mengantuk (ari sblmnya mmg byk agenda + tido lambat), memaksa diri terus bersiap utk ke FF. Sampai sana ada masa dlm stgh jam lagi sebelum class start so ambik kesempatan utk warming up dulu dengan berbasikal selama 15 min.

Slps berbasikal, sementara tunggu masa utk kelas start, lepak sambil minum2 dulu. 5 min sblm kelas bermula, dah start semua masuk dan agak ramai yg join this class.


Special day smlm sempena Valentine, so kelas yg selalunya 1 hour menjadi 1.5hours. Fuuhhhh..Sungguh memenatkan tp yg pasti aku enjoy. Rs release tension.



Setelah 1.5 hours menyakitkan badan sendiri, bersiap utk menunggu pula Lion Dance. It's my feveret utk mendgr gendang cina :). Mungkin org lain tak suka, but I like the beats.

Hampir stgh jam menunggu sambil membaca paper dan minum kopi serta menonton ahli2 gym yg join another special class, Line Dance Funk. Sungguh menarik ;) ... 


Actually pernah la join sekali Line Dance Funk nyer class ni. Tp aku ni kan lembab sikit pergerakan...so tak sempat catch up so jadilah Longlai Dance Pang.

Balik smlm pulang dgn dua perasaan:
1. Sedih sbb Lion Dance lambat dan aku tak larat utk terus menunggu
2. Suka sbb dapat beg free yg sales person janji ari tu

So bahananya, today aku bgn dgn sakit satu badan..Aduhhhhhhh