SERI KEMBANGAN: “Mak cik yang menunaikan solat Asar segera menghabiskannya kerana terlalu takut apabila mendengar dentuman dan angin kuat.
TUMBANG...pokok tumbang akibat ribut di Taman Serdang semalam.
“Sebaik habis solat mak cik ke ruang tamu dan alangkah terkejutnya apabila melihat air mencurah-curah dari bumbung rumah,” kata Cik Pah Mat Arus.
Cik Pah, 75, adalah seorang daripada 80 keluarga yang menjadi mangsa ribut dan hujan lebat di perumahan teres sekitar Taman Serdang Jaya, dekat sini, dalam kejadian 4 hingga 5 petang semalam.
Dalam kejadian itu, sebahagian bumbung rumah Cik Pah diterbangkan angin menyebabkan banyak peralatan dalam rumahnya mengalami kerosakan.
Cik Pah yang ditemui lewat petang semalam berkata, kejadian ribut itu terburuk sejak kali terakhir berlaku empat tahun lalu.
“Lepas ini mak cik tidak mahu lagi menggunakan karpet. Tak larat nak membasuh rumah. Doa semoga malam ini tidak hujan, jika tidak entah macam mana nak tidur,” katanya.
Dia dibantu dua anaknya, Azmi Mazlan, 45, dan Saleha Mazlan, 48, bertungkus-lumus mengeluarkan perabot dan karpet serta membersihkan rumahnya.
Seorang lagi mangsa, P Kupusamy, 50, berkata kejadian hujan lebat diikuti ribut kira-kira sejam itu hanya diketahui apabila anaknya menghubunginya di tempat kerja.
Dia yang bekerja sebagai pemandu lori, berkata ketika kejadian itu anak dan isterinya berada di ruang tamu.
“Kalau dalam bilik di tingkat atas mungkin mereka tercedera kerana bumbung bukan saja terkopak, malah angin kuat menerbangkan kayu hingga masuk dalam bilik,” katanya.
Sementara itu, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Sufari Tinnin yang meninjau tempat kejadian, berkata pihak berkuasa tempatan itu akan memberi bantuan tunai kepada mangsa mengikut anggaran kerosakan.
“Setakat ini kami tidak menerima maklumat mengenai sebarang kehilangan jiwa atau kecederaan. Siasatan mendapati 80 rumah teres mengalami kerosakan bumbung akibat diterbangkan angin.
“Kami juga membuka dewan dan kuarters MPSJ sebagai penempatan sementara jika terdapat keluarga yang memerlukannya,” katanya.
--------------------------------------
smlm nak gi ambik adik kat serdang. Aduhai, jam giler2. Ngan air pun yg melimpah sampai ke jln. Then lepas ambik adik, nak lalu jln yg biasa lalu utk shortcut tu. So nmpk la ramai org kat lorong umah. Igtkn ada kematian ke apa kan, maklumlah ramai yg berkumpul. Rupanya ada pokok tumbang. Sekali lalu kat satu area tu, bumbung rupanya dah tercabut. Sian derang2 yg terlibat ni.
Adik aku ckp petang smlm mmg ribut kuat pun. Aku pun tak perasan pun hujan smlm. Tahu2 nak kuar, tgk baru lepas ujan
No comments:
Post a Comment