Kelmarin (skrg dah pagi kan, dah masuk hari Rabu la kan kiranya..so kejadian ni berlaku Isnin) aku bengkek tul la. Aku geram tul kalau org berjanji, dan kita dah usaha supaya janji itu tertunai, tp tup2 org tu bukan kita kacau.
Rumah aku ada masalah ngan saliran air buangan. So nak tak nak, terpaksa la kan panggil org. Aku ada byk choice (yelah iklan kecik2 kan byk dpt kat umah tu). Dlm byk2 tu aku ambik yg kaum aku nyer. Aku call la kata nak minta dia tlg baiki. Masa aku call dia tu, ari Ahad dlm kul 5 lbh dkt2 kul 6 gitu la kan. So dia kata dia dtg esoknya (Isnin) dlm waktu2 petang cam ari yg aku call dia tu la. Dan dia minta aku sms alamat umah.
So kelmarin pg, aku sms la alamat umah. Dlm tghr tu, dia call tanya kul brp nak suh dia dtg sbb dia dah siapkan keje dia yg pagi tu. Kiranya skrg ni dia free la kan. So aku ckp la, aku keje so suh dia dtg petang. So aku set kul 5.30 ngan dia dan berjanji la kan kata aku sampai umah, aku msg dia. Dia pun sama la kan. So kitaorg dah set appointment.
Sbb janji kul 5.30, means aku kena kuar ofis awal la sbb aku nak kena ambik adik aku lagi. So aku minta time off, balik awal. Sblm aku kuar ofis, aku msg siap2 la mamat tu kata aku dah nak balik umah, dan kul 5.30 aku dah ada kat umah. Aku msg dia awal time tu dlm kul 4.15 gitu. Tp dia senyap.
Sampai umah, aku msg lagi. Tp dia senyap gak. DLm dkt kul 6 barulah dia call, kata dia dtg kul 7. Aku bengkek la kan sbb aku dahler rushing balik siap minta time off lagi sbb aku takut dia tertunggu2 kan. Aku bab2 masa ni kkdg aku punctual gak. Yelah kan, sampai bila kita nak org kata Janji Melayu tak pun alaaaa Jam org Melayu kan.Ayah aku selalu pesan, jgn bg org tunggu kita, tp biar kita tunggu derang. Means kalau berjanji tu, kalau kul brp tu, better la dtg awal dr waktunya.
Walaupun dia kata dia dtg kul 7, tp aku minta gak ler suh dtg seawal yg mungkin. Dh nak kul 7, dia call lagi kata dia tak dpt dtg awal dari kul 7 sbb dia kena siapkan keje customer dia sbb customer dia dah tunggu lama. Abis tu aku ni sapa? Bukan customer? Aku tak menunggu lama? Padahal dia dah set dah appointment tu ngan aku.
Tup2 kul 7, msg aku kata dia dtg lmbt sbb jam. Yelah, dahler time tu ngan hujan lagi. DLm kul 7 lbh hampir kul 8, dia msg lagi kata tak dpt dtg sbb jam teruk dan insyaallah dia dtg esoknya. Arghh tensen aku. SIa2 jer amik time off, terkejar sana sini. Terus aku bls balik kata takperlah, aku takleh nak janji bg dia dtg esoknya ke tak sbb aku takut jadi cam ari ni lagi dahler aku terpaksa ambik time off.
Skrg ni aku tak decide lagi business card mn plak yg aku pilih. Mujur tak kritikal sngt masalah saliran tu...Aduhai...
No comments:
Post a Comment