Cuti 5 hari (Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa dan Rabu (replacement leave utk yg thaipusam)) tp tak pi mn2 pun. Sblm tu, bukan main plan macam2. Nak pi sana, pi sini. but pikir bab drive mls nyer pasal, so last2 cuti hanya lepak kat rumah jer. Nak ajak adik pompuan tu, dia sibuk dok uruskan pasal hal dia nak kawin bulan dpn. So mls nak kacau kan. Ramai yg tanya, tak balik kg ker?? Tak balik la...Kenapa?? Sbb bulan dpn pun nak kena balik kg gak utk kenduri adik. Mls la nak balik byk2 kali kg ni. Kalau kg tu stkt 2,3 jam jer, ok jer nak balik. Tp ni nak balik ajer makan 8 jam, aduhai..tak larat aaa.. Laktu balik sana, dok ngadap muka yg kita tak nak tgk, so wat per kan. Baik la lepak kat umah sendiri, lagi best apa.
Ari Sabtu hanya kuar umah utk pi aerobik, petang plan nak kuar, siap ckp ngan adik balik awal sikit sbb nak guna kete (adik pinjam kete pi kuar main paintball ngan kekawan dia). Dia dah balik awal, tp tak pi ke mana pun. Hehehe...(kalau ada yg tanya, knp tak ikut adik pi main paintball? Jawapan dia, adik aku yg ni, yg laki. Tak mo aku join dia. Sbb geng2 dia geng2 pro yg ada pakaian sendiri. Laktu aku tak kenal pun geng2 dia yg ni. Kalau geng2 sekolah dia dakper gak sbb dari zaman sekolah lagi kitaorg kenal..hehehe)
Ari Ahad kuar pagi utk pi jogging kat Taman Putra Perdana. Sedih aaa tgk taman tu. Dulu masa pi bbrp tahun lepas, lawa jer tmpt tu. Ari tu pi, mcm kurang dijaga. Area lain ok la, tp main area dia yg ada cam tugu tu, cam tak terjaga. Sedih jer tgk tmpt tu. Tp aku still enjoy. Walaupun tak jog mn pun sbb dada sakit dan mls nak larik, tp peluh mencurah2 kuar sbb keadaan geografi yg berbukit2. Penat weh naik bukit turun bukit...huhuhu
Ari Isnin, tak kuar pi jog pun, tp sbb terlampau bosan, kitaorg kuar gak pi The Mines. Sajer nak lepaskan tekanan hidup..hahaha...Benda yg nak dibeli lain, tp end up beli benda lain. Tp beli pun skdr cam benda2 kecik jer. Xder la benda2 besar pun. Aku ni jenis yg tak reti pi shopping complex without nothing to buy in mind. Kalau skdr pi tp takder tujuan, mmg aku tak berminat aa pi. Pi Mines pun sbb nak survey MP3. Dah abis survey tu, terus lah balik. Mls nak lepak lelama tanpa arah tujuan ni.
Ari Selasa pi umah kakak. Kitaorg ni cam biasa la, kalau kebosanan jer, pi la carik budak2 kecik tu. Plan nak bawak derang kuar. Tp masih tanpa arah tujuan. Plan nak bawak derang pi jln2 kat sunway pyramid tgk org main ski ke apa kan. Tp risau gak kalau kedai masih tak bukak sbb CNY. Yelah, pi mines ari tu pun, masih byk kedai belum dibuka. Lepas tu plan nak pi Pusat Sains Negara. Tp call derang, derang kata tgh tutup sehingga 1/4. So last2 borak2, kitaorg nak gi beli pokok bunga. Ajak la ayah budak2 ni sbb dia yg suh pi kedai sekian2. Mula2 tu dia tak nak pi, pujuk nyer pujuk, ok la dia ikut.
Masa nak kuar tu, tanya dia, nak guna kete mana? Dia ckp guna kete dia. Aku happy la kan, sbb kalau guna kete aku means aku yg kena drive...Hehehe...
Anak2 sedara aku ni pantang nmpk kitaorg pi umah derang. Anggapan derang, kitaorg mesti bawak derang kuar. So bukan main happy la kan tgk kitaorg nak kuar. Sibuk dok pujuk kitaorg nak ikut kitaorg pi mana. Siap takut nak masuk umah, yelah in case kalau derang masuk umah, kitaorg dah masuk kete tinggalkan depa kan. Suh pi toilet pun, siap suh adik aku gi temankan. Hahahaha
Si adik yg tgh demam
Proses pujuk kitaorg bg dia ikut pi jln. Si kakak sibuk dok ngorat anak jiran sebelah. Derang siap berjaga kat luar takut kitaorg blah tanpa bawak derang
Proses pujuk kitaorg bg dia ikut pi jln. Si kakak sibuk dok ngorat anak jiran sebelah. Derang siap berjaga kat luar takut kitaorg blah tanpa bawak derang
So bila kitaorg kuar tu happy la dia masa tu. Tp bila tgk first tmpt kitaorg pi adalah nursery, frust giler beb. Masam giler muka derang. Siap bebel2 kata tu bukan tmpt dia nak pi.
Then bila ayah derang bawak gi mkn, siap tak mo turun, siap protes lagi tak mo makan. Bila dipujuk kata lepas ni kita gi main, barulah nak mkn. Tp still ngan muka masam. Bila kitaorg ckp camner nak gi main kalau takder duit. Siap minta ngan ayah dia duit..hehehe
Lepas mkn, abg ipar bawak la pusing2 kejap, tp terus headed ke rumah. So akak bising takut bbdk tu tak puas hati kan selagi tak bawak gi mn2. So kakak suggest singgah ikea pi main kat bawah tu. Abg ipar biasa lah, macam2 la keluh kesahnya, konon susah nak parking la, susah nak u-turn la..mcm2...so bila adik suggest kata balik umah dulu, bg kitaorg ambik kete then bawak bbdk tu pi One Utama, dan2 tu gak dia kata dia nak g beli seluar. Hahahaha....nmpk no jeles... Aku pun lagi lah suka sbb tak perlu nak drive mencari parking..hehehe
Bbdk kecik tu apa lagi, happy la kan sbb bawak gi main. Aku pun apa lagi, teruskan pencarian MP3 ku. At the end of the day, aku berjaya gak dpt satu MP4 Sony dan bbrp batang pokok hasil belian dan jugak ambik kat umah kakak..heheheh
So smlm, aktiviti aku adalah, menjadi penanam pokok. Tp tak pastilah kan, pokok tu berjaya hidup dlm masa brp ari. Maklumlah tgn aku ni bukan jenis tgn yg berjaya menanam pokok...Hehehe
No comments:
Post a Comment