Sempena ngan Tahun Baru Cina, ari ni nyer topic utk Hot ChatPagi radio HotFM adalah pasal Cina. Anything yg melibatkan Cina. So sempena tu gak, aku nak citer la pasal diri aku yg melibatkan pasal Cina.
1 - Masa aku Form 1 dulu, ada la sorang mamat Cina ni. Masa tu dia masih kat Kelas Peralihan (khas utk bbdk dari sekolah rendah Cina, so kena stay kat kelas ni for one year bf masuk Form 1..tp rsnya skrg dah takder dah kot) tp kalau ikutkan umur, sama baya la kan. Aku pun tak tahu la kenapa dia minat sangat kat aku ni kan, sampai tak larat nak melayan kerenah dia. Laktu at that time, aku ni cashier aka pelayan kat Koop sekolah. So everytime dia masuk situ, dia tak mo org lain yg layan dia, nak gak aku yg layan dia...bosan sih...mujur bila masuk F2, dia dah stop dah...
2 - Masa kat uni dulu, aku prefer kawan ngan bbdk laki Cina. Kenapa? Sbbnya aku bosan ngan bbdk laki Melayu time tu. Pantang kitaorg panggil depa padahal nak tanya hal study kan, tak pun apa2 hal la kan, terus terperasan... Ala2 konon kita ni suka depa la..aduhai..bosan sih... Laktu pantang kita rapat sikit, ada la ckp yg bukan2. Padahal kita anggap tak lebih dari kawan. Laktu bbdk Cina ni yg bestnya, kitaorg minta tlg apa, derang ok jer terutama bab study. Time lab, kalau aku ngan the gang ada masalah, depa ni la yg tlg kitaorg, tunjuk ajar kitaorg camner nak settlekan. Sampai lecturer pun cam pelik kenapa kitaorg close ssgt. Dan kitoarg perasan setiap kali kitaorg bergurau mesra ngan bbdk Cina, mesti geng2 laki Melayu pandang semacam jer. Aku rs selesa ngan derang sbb ngan derang ni tak perlu melibatkan perasaan. Yelah, bangsa berlainan, mesti derang pun tak nak kat aku, aku pun tak nak depa, so tak perlu melibatkan perasaan. Stkt gurau senda, main2 kan biasalah. Tp kalau melayu, bahaya, terus perasan kata kita suka derang
Satu lagi, kenapa aku suka kawan ngan derang, sbbnya, derang byk tlg aku study. Rugi la plak kalau pikir skrg kan. Yelah time dulu aku pemalas giler. Tak gunakan sepenuhnya bantuan yg derang bagi. Derang ni, time aku ada masalah assignment ke apa, derang akan tlg. Tak lokek tul ngan ilmu derang. Even kalau masalah programming, siap bg yg derang nyer utk kita tgk sbg cth camner nak buat. Tp kalau ngan budak Melayu, aduhai, kedekut giler beb. Tp yg tensennya, kawan2 Melayu aku cam kkdg pulaukan aku konon suh la aku lepak ngan kekawan Cina aku tu...Tp time derang perlukan apa2 ngan bbdk Cina ni, suh aku gak pi korek ngan depa. Geram la kan...
3 - Masa aku mula2 keje as Engineer..tmpt keje aku adalah company Cina. I'm the only female and malay engineer at that company. Yg lain semua Cina dan semua jantan. In that company, only 4 of us were Malay. Tp 3 of them adalah technician and lelaki. So nak tak nak terpaksalah aku kawan ngan bbudak pompuan Cina ngan India. Best dan tak best ada gak. Tak best bila masuk meeting derang ckp Cina. Sampai aku merajuk, tak mo masuk meeting. So derang minta maaf pasal tersasul, lupa pada aku, so derang terpaksa guna bahasa Melayu walaupun sesama derang. Heheheheh....
Dan time ni gak ler, aku selalu dok ikut member2 pompuan ni pi pasar Cina pepagi dan gi beli no ekor. Hehehe..tp derang ni ok. Time beli no ekor, tak bg aku masuk kedai tu, dok tepi dan luar kedai sajer. Derang kata nanti aku kena tangkap sbb aku muslim. Hahaha...Pengalaman pi pasar cina, aku geli beb tgk derang jual katak besar2 dlm sangkar. Aku terpandang jer sangkar tu, berlarik aku kuar dari pasar tu.
4 - Masa aku menyewa dulu, aku kenal sorang classmate master aku yg then dia jadik housemate aku. Masa dok borak2 ngan dia, dia citer pasal pengalaman dia minta keje. Masa dia bercerita yg first time dia minta keje kat tmpt tu, dia guna nama lain. 2nd time dia guna nama lain plak. Aku heran la, pesal plak gitu. Then baru aku tahu, housemate aku ni Cina mualaf. Derang satu famili convert masuk Islam. Sememangnya derang satu famili dah biasa hidup as "Melayu" dari dulu lagi. Org yg paling happy bila semua org masuk Islam adalah adik dia sbb katanya adik dia dah lama mengidam nak belajar menggaji Al Quran. Syukur alhamdulillah. Pengalaman indah yg dia kongsi ngan aku pasal hal dia satu famili.
5 - Masa aku menyewa dulu, tuan umah tu Cina. One day, dia call aku, katanya lawyer umah akan dtg investigate umah sewa tu sbbnya dia plan nak refinance umah dia. Yg kelakar sbb dia minta aku mengaku sbg cousin dia. Dia tak nak lawyer tu tahu yg dia jadikan rumah tu rumah sewa. Kalau aku ni muka Cina dakpelah gak kan, ni muka sah2 muka Melayu. Tp aku terpaksa gak ler ckp kat lawyer tu kata aku bersaudara ngan tuan rumah. Kononnya tuan rumah minta aku tlg jaga rumah dia. Hehehe..tp tuan rumah ni baik giler. Setiap kali raya, mesti dia selitkan kad raya kat dlm post box kitaorg. Kitaorg jer yg tak wish apa2 kat dia..huhuhu
Itulah antara pengalaman aku. Byk gak sbnrnya tp yg ni yg paling aku igt. Anyway, kita ni hidup dlm satu negara dgn pelbagai kaum. Hopefully jgn la kita gaduh2 ke apa kan, semoga kita semua hidup saling hormat menghormati dan aman damai. Walaupun siapa kita, kita ni sama jer, makhluk yg dijadikan oleh Yang Maha Esa.
Hidup 1Malaysia... dan...... Selamat Tahun Baru Cina pada semua bangsa Cina ;)
p/s: Paling suka time CNY adalah dpt tgk tarian naga...suka bunyi gendang2 itu..hehe
No comments:
Post a Comment