Tuesday, November 10, 2009

Parents 2

Beberapa minggu lepas aku pi Perak. Menghadiri majlis pengkebumian arwah pakcik (husband to my mother's sister actually) yang meninggal sebab kanser paru2. Dah lama sebenarnya kitaorg tak bertemu sesama sendiri antara anak beranak arwah mak ni especially sepupu2 kitaorg ni. Maklumlah adik beradik mak ramai, laktu masing2 bukan tinggal satu negeri, tp berlainan negeri. So bukannya senang untuk berjumpa. Tambahan plak, adik beradik mak, sorang demi sorang yg meninggal. Semakin menjarakkan hubungan kami sepupu sepapat yg masa kecik2 dulu kira agak close la kan.

So menghadiri majlis ni, seakan2 satu reunion utk kitaorg satu famili besar ni. Imagine la jumpa balik our cousin yg rsnya last jumpa masa kitoarg sekolah2 dulu lagi. Mmg lama sgt tak jumpa derang2 ni. Cam biasa la kan, bila dah jumpa, its a time for us utk contact balik, bertukar cerita, bertukar telefon. Dan masa ni mcm2 cerita la yg kitaorg dpt tahu.

Entahler, bila aku tahu apsal cerita pakcik (not yg meninggal tu, but my late mother's brother), tetiba aku sebak jer. Nak2 bila baca artikel pasal anak derhaka tu, lagi la buat aku tambah2 teringat kat my father. Tu yg smlm tetiba call dia, tanya khabar berita dia. Rindu sihhh...hehe

Citer pasal parents ni, cam terkilan dan sedih gak ler dengan apa yg terjadi to my uncle kan. Imagine la kan, kita membesar dgn dia, walaupun tak dok ngan dia, tp setiap kali school holiday, rumah dia lah jadi mangsa kitaorg. Kitaorg akan dok umah dia, imagine la dari kecik sampai la aku lepas SPM. Kalau nak dtg KL (kalau org kg, Selangor pun panggil KL gak), umah dia lah kitaorg terjah padahal ada lagi makcik yg dok KL ni. Tp mungkin pakcik makcik aku ni jenis yg selamba rock, tak kisah umah dia jadi tmpt anak2 sedara lepak, so kitoarg cam selesa kat situ. Rumah dia bukan besar mn pun, tp ada la tmpt kitaorg nak tidur kan. Tp tula, masa aku belajar english course, bosan dok umah sewa, aku pi la umah dia. Walaupun dok umah dia, bukannya berckp pun ngan derang (aku kan pemalu orgnya). Tp tu la, pakcik makcik aku ni bukan jenis berkira, nak lepak umah dia, meh jelah...

Sbb dari kecik tgk dia, mmg kitaorg tahu la kan, camner dia layan anak2 dia. Mmg anak2 dia dilayan dgn kemewahan, apa yg anak dia nak, semua dpt. Dari kecik sampai la ke besar. Tp igtkn bila dah besar, anak2 la plak kan tanggung mak ayah kan. Mana tahu, anak2 dah beranak pinak, keje semua best2, tp ayah nak minta tlg isikan minyak kete pun berkira giler. Sedih beb dgr citer pasal pakcik sorang ni. Yelah dulu dia keje best2, gaji besar, cuti sekolah pun kkdg pi oversea..anak2 dia masa bljr kat oversea pun, nak pi travel mn2, minta duit jer, dia bg. Tp bila dia dah tua ni, tak mampu ada pendapatan sendiri, blh plak anak2 berkira giler ngan bapak sendiri. Masa arwah pakcik kat Perak tenat masuk hospital, pakcik nak pi melawat, tp duit takder nak byr tol, nak beli minyak kete. Harap kat anak2, tp aduhai berkira giler. Mujur la kitoarg ni, sepupu sepapat lain yg masih igt kat pakcik yg kalau dulu, tak berkira ngan kitaorg ni, tolong apa yg patut. Siap kumpulkan duit utk bg kat pakcik. Abg aku plak tlg angkut dia sekali pi Perak. Masa abg ipar aku belanja dia mkn kat cafe hospital, dia siap ucap terima kasih tu cam how precious mknn yg dia dpt tu. Aduhai sedihnyaaa...cam tak sangka la kan, pakcik yg berduit dulu, tp bila tua tak berduit ni, anak2 tak igt langsung pengorbanan ayah derang yg suatu ketika dulu korban mcm2 kat derang.

Sejahat mn ayah kita pun, seteruk mn ayah kita pun, dia tetap ayah kita kan. Dan bila dgr citer gini, kitaorg adik beradik cam bersyukurla kan. Kitaorg tak mcm gitu. x mcm dlm citer2 kat tv tu, tak mcm yg kita dok baca kat paper2. Kitaorg membesar dgn kesusahan, dgn keperitan, dgn kekurangan, tp bila kitaorg besar, kitaorg berjaya kecapi semua benda yg suatu ketika dulu kitoarg tak dpt kecapi. Tp dlm itu, kitoarg tak pernah lupa pada parents kitoarg. Tak pernah ego, sombong dgn parents kitaorg dgn apa yg kitaorg ada. Tu yg kitaorg ckp, hopefully ayah aku bersyukur sbb dpt anak2 yg tak pernah lupa pada dia, tak pernah layan dia cam gitu, anak2 dia tak pernah lokek dgn dia, sentiasa manjakan dia walaupun di sudut hati anak2 terguris. Tp sesungguhnya kitaorg ikhlas sbg satu balasan di atas pengorbanan dia selama ini...Tanpa dia, siapalah kami...

Sayang ABAH..

2 comments:

Bitter Sweet said...

sedih2 la entry plug lately :( ju ngan adik beradik pun mcm kurang komunikasi dengan ayah, sbb ayah cam pendiam sket..tp i love him so much..mmg dia byk berkorban utk pelajaran anak2..jadiknya sbb tak dpt nak luahkan kata2 sayang tu, sll bercakap dgn hati sendiri je lah..nak cakap depan2 cam segan sbb tak biasa manje2 ngan ayah

plug2pin said...

ayah plug ni mmg tak rapat ngan anak2 dari zaman kitaorg kecik lagi sbb dia garang. kitaorg start blh rapat pun lepas arwah mak meninggal. yelah kan...dah takder org lain dah kan...yg jadi masalah kitaorg sbb dia tu anak laki tunggal, biasa org ikutttt jer ckp dia, so dia rs dia always right. Sedangkan he's not always right. Tu yg kitaorg asyik ada masalah communication.