Friday, July 4, 2008

Gemuk..........

masa zaman sekolah dulu, aku ni nak kata kurus tak gak, kira sedang2 elok la kan. sbbnya dulu2 jarang makan benda2 ngarut..rs lapar jer mkn nasik. kkdg mkn nasik lebih dari 3 kali sehari.

bila masuk asrama, kena mkn on time. laktu mulut yg biasa mkn mknn mak, tak berapa nak adapt ngan mknn asrama, lagilah jadi bertambah kurang selera. kebetulan plak masa tu, kerap gak ler jiran tegur pasal leher nampak cam bengkak. mak pun cam risau gak jiran asyik tegur tp buat tak tahu je igtkn takder apa.

bila dah biasa takder selera nak mkn, lelama badan makin kurus...mmg cekeding. sampailah bila dah keje. tup2 masa tahun 2001, dpt tahu rupanya kena tiroid. tu pun dpt kesan secara tak sengaja. selepas berhari2 kena gastrik sampai Dr klinik kat tingkat bawah flat tu tak tahu nak bagi ubat apa dah, siap warning akan htr ke hospital kalau still tak cure. tup2 bila dah tak tahan, pagi2 pi hospital UM. Dr check, rupanya kena tiroid. normal % hormon tu dlm 11-20, tp aku nyer sampai 100++. kena la bergtg pada ubat about 2 year and half. masa tu mmg teruk la kena. asyik muntah2, tak lalu mkn. nak makan pun siap nangis2. sbbnya rs lapar, tp nak mkn tak blh sbb mmg takder selera langsung2. masa tu pantang jer tetiba ada selera mkn, cepat2 carik mknn. paling sedih bila bos igtkn kita sajer tipu sakit. sedih tul..nak2 setiap bulan kena ngadap Dr. bila bincang ngan famili, derang nasihatkan berenti jer keje. so ngangur la dlm 3 bln, then dpt keje tmpt skrg ni.

masa tu berat mmg teruk la. berat masa tu dlm 35kg. mmg susah gila yg amat utk naik 40kg. usaha mcm2 utk naikkan 40kg. sampai la Dr isytiharkan aku dah cure tp ngan nasihat every year kena wat blood test sbb kemungkinan utk kembali kena tu mungkin ada.

then dlm tahun 2004 kalau tka silap, masa pi umah kawan. dok baring2 sambil borak2. member ckp la, dia nmpk aku cam dah berisi sikit. terus pi timbang, tgk2 dah masuk 40kg. melompat2 kesukaan.

start situ, lelama makin naik badan. dari 40kg, jadi 43 then 45kg..ramai gak la yg tegur nmpk aku cam ok sikit dah naik badan. sbb dulu kurus kering. nak2 plak aku ni pendek. lagilah org kata aku ni cam budak sekolah.

bila dah naik badan ni, ramai la plak dok tegur kata aku ni dah nak kawin ker sbb makin naik badan sbb happy. aduhai...ke situ plak derang ni. aku happy ke, sedih ke, bab mkn2, aku mkn jer...takdernyer rs sedih, tak nak mkn...tak kuasa aku..

tp mungkin sbb bljr, balik lmbt, so mkn pun lewat mlm, kemungkinann naik badan tu tinggi la gak.

so sekarang ni tetiba cam takleh control plak. makin naik. sekarang ni dah sampai 50kg. risau giler aku. nak2 skrg ni ramai tegur kata aku makin gemuk. siap semua org ingtkn aku dah kawin. ada tu siap tnaya aku, pregnant ke sbb dia ingtkn aku dah kawin. tensen la plak jadinya...makin turun saham hahahhahaha

ari tu ada la buat blood test utk tiroid. ada 3 jenis blood test utk tiroid. dua tu ok, tp satu tu cam tak ok. tp sampai skrg lom jumpa Dr lagi. sbbnya ari tu tunggu Dr lama sgt, aku blah jer. bila ntah nak jumpa balik. risau gak ni sbbnya Dr pernah ckp dulu, kalau terlebih pun tak blh, kalau kurang pun tak blh. kalau terlebih jadi kurus, kalau kurang leh jadik gemuk. la ni aku cuba nak exercise. jadi makin malas dan makin penat plak bila dah makin berisi ni. insyaallah nanti nak gi jumpa Dr la nak tanya pendapat dia camner.



No comments: