Tuesday, July 8, 2008

10082008 dan 20082008

Cantikkan no tu...
Sbnrnya tu tarikh birthday my late mum ngan aku..
10.08 tu birthday arwah mak dan 20.08 tu birthday aku

dok pikir apa nak buat sempena ngan tarikh tu. utk 10.08 tu, pikir nak hadiahkan bacaan Al-Quran dan sedekahkan utk dia...
utk tarikh 20.08 tu, tak tahu la nak buat apa...sbnrnya dari kecik lagi mmg tak pernah celebrate pun. yelah, aku lahir pun dlm keluarga miskin. kalau rancangan bersamamu wujud time tu, aku rs dah lama dah org kg tu calonkan kitaorg nyer famili utk masuk dlm rancangan tu. maklumlah mmg daif sgt..tp mujur my father ni jenis pentingkan pelajaran. bg dia, dia takder reta utk bg kat kitaorg tp hanya blh carik duit utk bg kitaorg pelajaran, bg kitaorg berjaya. syukur alhamdullilah kitaorg adik beradik berjaya. thanks abah..
walaupun kitoarg ni mmg tak pernah celebrate, tp bila ada yg ingt, selalunya kitaorg wish la masing2..abis2 pun bg kad. cuma bila kitoarg ni dah berduit, kalau kebetulan sapa2 nyer birthday, kitaorg ada la gak bg hadiah ker, beli kek ke apa...tp informal la..takder la sampai buat cam party ke apa...sampai skrg ni pun, abis2 pun kitoarg sms or htr kad..utk adik2 dan anak2 sedara, kekadang kitaorg bg la gak hadiah.
bila tgk tarikh cun tu, then kebetulan this year aku will turn to 31, so plan nak la something special sbg kenangan utk tarikh cun tu...dok plan nak gi bercuti ker....entahler...still dok pikir lagi ni...

No comments: