Monday, July 18, 2011

Syukran

imageSyukur alhamdulillah, ari ni segalanya berjalan dengan lancar hendaknya…

Dari pagi ni sampai la ni…aku rs happy sikit. Kenapa aku happy? Sbbnya ari ni Allah permudahkan kerja2 ku. Insyaallah dipermudahkan semuanya hingga akhir hayat. Aminnn

Smlm aku dapat surat saman yang Indah Water tu. Bukannya aku sengaja tak nak bayar sampai kena saman. Tp aku asyik lupa nak pi uruskan utk pertukaran nama atas bil tu sbb bil tu atas nama owner lama. Dan owner lama ni cam biasa lah, semua bil mana dia settle pun. So bila aku tgk bil2 IWK ni, jiwa aku kacau. Sbb hutang tertunggak owner lama ni, byk gak. Aku budget mesti dia tak pernah byr. Takkan aku nak tanggung hutang2 dia? Dah ler hutang api dan air aku kena tanggung, mujur less than RM100. Dia buat senyap sampai la ni. Lawyer tepon pun buat derk jer. Aku mls nak bertekak ngan org cenggini (sblm proses settle bukan main baikkkkk jer berckp tp lepas settle, aku dah start kena byr umah tu, dan2 jer susah nak dpt reply dari dia padahal dia berjanji mcm2 utk dia settlekan sebelum aku dok situ) so aku hanya terima jer yg tu semua bukan rezeki aku, tp rezeki dia. Apa2 hal dosa, dia tanggunglah sendiri.

Sbb aku mls nak kacaukan jiwa aku lagi, aku tekad jelah yg kalau aku kena tanggung hutang owner ni pun, aku anggap mmg bukan rezeki aku. Mn tahu kan, selama ni aku mkn duit yg tak spttnya tanpa aku sedar, so mungkin cara ni Allah nak bersihkan aku kan. Mn tahu kannnnn….Yelah aku pernah dgr ceramah agama dulu, ustaz tu ckp, kalau duit or harta kita hilang, kita jgnlah marah2. Kita kena sedar, harta kita ni milik Allah. Kalau Allah kata dia tak nak bg kat kita, dia berhak tarik blk. So Allah tarik mungkin dalam bentuk duit kita kena curik ke apa ke. Cenggitulah.

Start dgr ceramah tu lah, aku rs aku mudah sikit nak terima hakikat kalau apa2 harta aku tak kira lah duit ker brg ker hilang, aku anggap aku takder rezeki dan rezeki itu hak Allah.

Berbalik pasal kes IWK tu, aku plan nak settlekanlah masalah ni. Baik aku tukar nama cepat2 dan tanya derang aku perlu byr semua or just spjg aku dok situ jer. So pagi ni after siap keje sikit, aku check kat internet nearest office utk IWK. Syukur, aku tak yah gi jauh, kat Cyberjaya dah ada ofisnya.

Utk confirmation (mn tahu tu tmpt proses kumbahan jer, takder ofis) aku call derang dan derang ckp kat situ pun leh buat urusan semua yg aku nak tu. Utk pertukaran nama, derang perlukan salinan S&P dan bil.

Aku dok budget2 dlm kereta rsnya masih ada fail utk hal2 rumah aku sbb ari tu baru jer pi settlekan pasal KWSP. So pi check kereta, sekali ada fail tu. Aku pun apa lagi, teruslah pi pejabat IWK.

Kat situ parking mmg susah tp pak guard tu baik tul la. DIa bg jer aku parking mn2 yg senang aku nak park dan bukan jadi halangan utk lori kuar masuk. Siap ckp, “Dakper, kalau ada org tegur, kata saya suh park situ. Nanti apa2 hal, sy carik awak kat dalam tu”.

After park, masuk ofis dia, so ada this lady yg tlg uruskan. Aku cerita la pasal bil tu. Syukur ssgt sbb dia ckp, aku hanya perlu byr spjg aku dok situ jer based on tarikh pada S&P. Instead of aku kena byr beratus2 bil tu, aku hanya perlu byr RM192 jer. Lega ssgt rs.

That lady pun, baikkk jer layanan dia. Dan aku happy ssgt ari ni aku jumpa dgn org2 yg baik. Syukran, alhamdulillah.

So blk ofis, sambung keje. Berjam2 aku berhempas pulas, Akhirnya aku nmpk chy utk settlekan programming aku ni. Rs nak menari2 jer.

Walaupun seketika jer (sbb stlh percubaan seterusnya tak menjadi dan br aku sedar yg ada wire putus), tp ok lah sbb aku nmpk something daripada nothing.

Tp skrg ni terpaksa la rehat seketika sbb Engineer yg dicari utk baiki board ni takder, pi meeting kat luar. Bukannya aku tak blh nak solder sendiri, tp sbb tak th kat mn connection dia almaklumlah wirenya sangat halus. Hanya dia jer tahu connectionnya kat mn sbb circuit diagram dgnnya.

So, utk stkt sampai hari ni, hidupku sungguh ceria. Insyaallah sampai petang, aku dpt settlekan semua kerja yang aku target siapkan utk hari ni. Aminn

2 comments:

layd said...

all the best mimi

insyaAllah.. kesabaran itu membuahkan hasil yang baik.

plug2pin said...

thanks...
insyaallah