Friday, June 18, 2010

CCM -> KL - Marang

Cuti-cuti Malaysia (CCM) kali ni pergi secara tak rancang. Adik bongsu dtg sempena cuti sekolah dan minggu kedua dia dah kena balik ke asrama dia kat Kelantan sana sbb dah start kelas tambahan. Adik aku tu SPM tahun ni. So nak tak nak terpaksa la dia balik semula ke asrama dia.

Mula tu dia just plan belikan tiket bas utk dia balik ke asrama. Tp aku pikir2 balik cam kesian gak ler kat dia. Dahler dtg KL akak dia tak bawak gi mn pun. Laktu sian kat dia, kat Kelantan dia takder sapa2. Means, dia takder kakak2 dan abg2 yg dia leh bermanja, sbb akak2 dan abg2 yg rapat ngan dia semua ada kat umah aku ni. Dahler takder sapa2 kat kg, dtg sini pun sorang, balik pun sorang... Cam kesian la kat dia kan.

So tetiba jer timbul idea nak htr dia balik. Lagipun tahun ni lom pi bercuti mn2. Dan sbg cara utk bg adik aku release tension dia gak selain release tension aku sendiri. Plan asal aku nak gamble jer balik ni. Tp bila dipikirkan ni cuti sekolah, gamble nantikan ada yg tido dlm kete kan.

So sehari sebelum berlepas (berdrive), aku carik la tempat tido. Asalnya nak lepak umah adik aku kat Kuantan, sekali dia plak takder sbb laki dia kena pi Sarawak, so dia malas nak lepak umah dia sorang2 lagipun minggu tu minggu last dia keje kat kompeni tu. Dan asalnya gak aku nak gi lepak kat Merang, tp bila dipikirkan aku takut lmbt sampai situ, so terpaksalah aku tukar plan tido kat Marang.

Cari dlm internet, aku jumpa la Aguilla Resort ni. So aku call, book..dan done..

So after keje, aku pack barang sambil kemas umah (aku takleh la, kalau nak tinggal umah lama2 make sure umah dikemas terlebih dahulu), then terus memblahkan diri ke rumah akak aku sbb adik2 aku ada kat umah akak dan mmg plan dari awal berlepas dari rumah kakak sbb senang, dekat sikit ngan laluan ke Pantai Timur.

Pagi tu bertolak dlm kul 9.30 pg. Dan syukurlah pg tu tak jam pun sampailah aku kat Kemaman. Berenti minum jap kat R&R Gambang.

So akubudget dlm kul 2 atau kul 3 sampai la kat resort tu. Sekali sblm masuk Kerteh, aduhai jam giler2. Sampaikan kete tak berjln dlm bbrp minit. Adala kot sejam lebih jam ajer. Tensen sbb tak tahu apa yg berlaku dan sampai mn jam tu berakhir. So before masuk Kerteh tu, barulah nmpk rupanya ada accident. Hancur kete. Aku tak dpt tgk betul2 la kan sbb aku tgh drive. So adik2 aku ckp, ada mayat berbungkus dok atas stretcher. Aku perasan gak ada cam org atas tu siap org tutup ngan payung2. Tp aku tgh drive, mls nak menjamkan lagi traffic kan. Patutla kete polis byk buah lalu ngan ambulans bagai. Bomba sebijik pun ada.

Jadi jam teruk sbb derang terpaksa tutup satu jln. So terpaksa take turn atr nak ke Kemaman ngan nak ke Kerteh.

Mujur lepas tu jln ok dan dlm kul 4 lbh, kitaorg sampai resort. So resort ni so far ok la. Aku ambik yg jauh sikit dari pantai, rega RM110, 2 queen beds. So kira ok lah. Pantai dia bersih, air pun agak jernih dan mengadap Pulau Kapas. 

 Cun giler kete Kia Forte hijau tu, plat Singapore. Ramai Singaporean masa ni. Yg accident tu pun kete Singapore

Lepas smbhyg bg, kitaorg gi carik tmpt mkn. Lapar giler. Aku mkn jer mknn ready made, tp adik2 aku order mknn panas. Sedap gakler mknn dia.

Sedap tomyam sotong dia tu

Sblm balik, kitaorg tapau dulu kerepok lekor. Plan nak mkn kat tepi pantai. Asalnya nak tgk2 jer sambil lepak2. Sekali teruja tgk semua org mandi laut, so kitaorg apa lagi, pi terjun laut la...

Malam tu barulah terasa badan letih. Tp cam teringin sgt nak minum minuman panas. So lepas dah rehat cukup, kitaorg pi la ke cafe yg betul2 kat tepi pantai tu. Cafe ni mmg under resort ni. Mlm nampak la lampu2 resort kat Pulau Kapas tu. Haaa..sebelum lupa, resort ni ada gak buat snorkeling pi kat Pulau Kapas sana, RM60 satu pax, bertolak kul 7 pg balik kul 11pg or depend pada kita nak suh ambik kul brp. Aku tak join pun sbb plan nak balik Kelantan plak esoknya. Tak sempat beb..


Ni suasana waktu pagi. Cantik tul...Sbnrnya masa ni dah kul 8 pg kot...Tp sbb ambik gmbr menghadap matahari, so jadi cam waktu senja plak.

Ok..next sambung citer jln2 kat Trg plak.....

No comments: