Wednesday, October 29, 2008

Sengallllllllllllllll

Geram, sakit hati, mcm2 rs sekarang. tak pasal2 aku tak leh tidur, dan arini terpaksa dtg awal ofis dlm keadaan ngantuk. yelah aku nak sambung tidur pg td, tak dpt tidur sbb dok teringat sakit hati pasal mlm td. dahler mlm td tidur lmbt...gerammmmmmmmmm...

Sbnrnya ari sabtu itu hari lagi. Balik dari open house member aku, tetiba aku dpt call berderet2 dari no yg sama yg not in my list. aku mls nak angkat sbb aku mls nak melayan org2 yg dok call ajak join kelab tu la, ni la, insurans tu la, ni la, konon no anda bertuah la...mn ntah dia ambik no tepon aku. geram aku..

aku try la msg no tu, mn tahu kan, kkwn aku ke apa kan. so aku tanya la ni sapa kan. dia tak nak reply. so aku budget, sah la ni jenis yg iklan thru phone ni. so aku ignore la kan...

tetiba mlmnya, dia call lagi. aku geram la kan, so aku angkat. bila aku angkat, dia senyap then dia letak. (sial betul caller tu). so aku call balik, cam tu gak, tak mo ckp. aku hangin la kan. so aku message dia, "kalau ngko dok call aku tp tak mo ckp, lain kali jgn call.menyusahkan org jer". ada lah ayat angin aku masa tu. geram weh org main2 gitu.

lepas tu dia msg, dok tanya aku sama ada aku ni single ke, keje ngan TM ker. aku bengkek la kan. aku tanya la ngko ni sapa kan, dok main2 aku camni. dia dok ckp la dia ni peminat aku la, nak make sure betul ke aku org yg dia suka tu. aku naik geram dah masa tu..yelah cam nak main2 kan aku jer. masa tu aku dok budget kkwn aku nak kenakan aku yelah sbb siang tu aku pi open house kawan aku kan.

bila aku tanya mn dpt no semua, dia tak mo ckp. aku cukup pantang tul kalau org dok kacau aku, tak nak ckp nama sapa, mn dpt no aku. mmg silap besar la kan. tak kira la kalau kawan aku sajer nak kenakan aku ke apa..mmg nak kena maki ngan aku la kan kalau org buat gitu kan aku. mula tu dia dok ckp kata dia akan citer sapa dia kalau confirm aku keje ngan TM. so aku tipu dia, aku ckp aku mmg keje ngan TM. so dia kata dia pun keje TM gak, dok tanya bhgn mn. kalau tanya bhgn mn tu, sah2 la bukan budak ofis aku. sbb kitaorg tak pernah panggil "bahagian". ofis aku mn ada bhgn apa2 ni. ngko unit mn, cluster mn, program apa jer...

so aku bengang sgt, aku ckp ngan org tu, stop mainkan aku, aku not interested melayan org2 gini. so dia senyap sampai la mlm td tetiba msg aku lagi.

mula tu dia tanya aku, pesal interested ngan laki org, tak interested ke nak kawna ngan dia yg single ni. aku terus rs nak naik angin. ko ni pehal kan...tetiba jer dok kata aku gitu kan. so aku marah lah. lepas tu tak abis2 dok tuduh aku kacau laki org. aku bengang aaa...bila masa plak aku kacau laki org. tak pernah pun aku dok goda laki org. yg member2 kawin yg rapat ngan aku pun, bini derang mostly kenal aku. lagipun, weh...ofis maaaaaaa...takkan la kalau org tu dah kawin, kita takleh nak bekerja ngan org tu...tu kena buat ofis khas utk org bujang dan org kawin separately..

aku ckp la kat org tu, aku rs dia tu dah silap org dah. dan aku ckp la, aku sbnrnya aku tak keje ngan TM pun. dan stkt ni aku tak pernah lagi rapat ngan laki org (means smapai nak kacau hak org). dia dok tuduh2 la lagi aku kan. aku bengang la kan...aku marah dia, aku ckp jgn dok sedap2 tuduh org macam2, siasat elok2 dulu. ntah apa lagi ntah aku dok marah org tu.

tup2 lepas tu, ada la mamat TM ni msg aku. tanya ada tak bini dia call or msg aku. aku terkejut la. sbbnya mamat ni berurusan ngan aku sbb utk projek aku ngan TM tu, aku park server projek aku kat ofis mamat ni. dan mamat ni yg jaga server aku tu. aku hanya urusan ngan mamat ni pasal server tu jer. even laki tu nama aku pun dia dok silap sebut ari tu. nmpk sgt urusan aku ngan mamat tu hanya urusan formal.

mamat tu minta aku explain kat wife dia sbb dia kata dia dah tak larat dah dok explain. siap minta maaf sbb bini dia buat gitu kat aku. ni mesti bini jenis cemburu buta. aku just ckp kat mamat tu, kata aku dah ckp kat wife dia, yg dia dah silap org, aku tak pernah close ngan laki org. mamat tu kata ok, dakpelah...

aku mmg hangin la mlm td. aku rs ari ni aku nak maki jer pompuan bodoh tu. suka2 hati jer dok tuduh aku bukan2. siasat la dulu sblm nak tuduh org macam2. tak ke skrg ni dah memalukan diri sendiri dan menampakkan diri tu bodoh.

sorry yek bini2 org semua. aku mmg cukup bengang la benda2 gini. mmg la aku single lagi kan. tp tlglah, jgn la igt org tu single, terus tuduh nak kacau laki dia kan. siasat la dulu, jgn main hentam jer. so far, i'm not interested pun ngan laki org. even duda yg bercerai sekali pun (takut jadi cam member aku. kawin ngan duda, tp ex dia yg dah cerai berthn sblm kenal ngan member aku, still dok jeles ngan laki dia). kalau blh la kan..so far aku kalau tahu org tu dah kawin, aku dah letakkan border siap2 dah..tak tahu la kalau one day Allah uji aku kan. mintak simpang la kan...

Ni kejadian kedua yg berlaku. yg first pun gitu gak. tak tahu ujung pangkal, tetiba nak tuduh aku gini gak. mentang2 la aku ni single, ngko igt aku ni takder perasaan. padahal laki ngko dok bersayang2 ngan bini org. geram aku...

Tuesday, October 28, 2008

Benci..

Dua hari sampai la ari ni, ada jer benda2 yg menyengalkan biji kepala..geramnya..........
Pagi td happy kejap sbb dpt berita baik, tp lepas tu berdas2 la plak dpt citer buruk....sengallllllllllllllllll


Thursday, October 23, 2008

Byk sebabnya

Byk benda yg berlaku sbnrnya dari minggu lepas sampai la skrg...
ada sebabnya kenapa tetiba aku ambik cuti ari Isnin....
Dan otak aku tensen sgt dari minggu lepas sampai la ni...
bukan tensen jer, sedih, semua ada...
dakpelah....walaupun apa yg terjadi, Allah sentiasa ada bersama aku....

walaupun org tgk aku ni cam strong, cam tegar, cam takder problem, senyummmm jer tp hati aku kat dlm ni takder sapa tahu...
tu yg agak terkejut bila seseorg yg Allah bg kelebihan utk dia leh baca pikiran org, tetiba ckp dia fhm apa yg aku alami dan siapa sbnrnya aku...apa yg bermain dlm hati aku semua...dan byk gakler dia bagi nasihat utk aku....thanks la sbb memahami aku dan sudi melayan kerenah aku yg ikut suka kepala aku jer nak buat apa kan...walaupun dia sendiri pun byk masalah nak kena settle...

persetankan jelah apa yg berlaku, yg penting aku teruskan life aku, usaha utk jadi apa yg patut aku buat....

Life without internet

Dah 5 hari aku tka bukak internet...smlm pi ofis barulah aku bukak..
Jumaat aku MC, sabtu, ahad aku langsung tak bukak laptop..ari isnin dan selasa aku cuti...
so cukuplah 5 hari tanpa internet...blh jer aku idup, cuma hati membuak2 nak tgk emails, nak baca blog org...tp thn je sbb malas. byk benda nak dibuat...

Smlm aku abiskan masa baca apa2 yg tertinggal...ptg baru start buat keje..hehehehe
so ari ni routine idup seperti sblm2 ni sudah kembali....
nak update blog....tunggulah..mlsssss..hehe

Tuesday, October 14, 2008

Wishlist2

Dah dua dah tercapai...so tinggal lagi dua la kan...apa yg dah tercapai selain pen drive??

Taraaaaaaa...........................PlayStation Portable


ni aku culik dari internet gambo ni

yg benarnya yg aku yg ni

casing nya warna biru (warna faveret)


taraaaaaa....balut ngan silikon casing..casing satu lagi aku simpan kat umah..ada algi aksesori lain...nantilah...

tak explore pun benda lain lagi...dok asyik main games jer...hehehe..ni nak test movie..nak cuba download. member ofis smlm sorang2 dok cuba then masing2 dok teruja nak beli sama...hehehe..jom kita layan sesama..hehe



Hujung minggu yg memenatkan 2

Pagi tu, master aku dtg htr kete. sblm balik tu, dia ajak pi breakfast dulu. so breakfast kat area situ jer.

Dlm tgh2 breakfast, tetiba jer dia ajak pi survey salah satu wishlist aku...heheh..aku apa lagi, ok jer...

Ngan selekehnya aku (pakai seluar track, tshirt, tudung yg entahler nak ckp) sbb plan nak terus balik umah kan...kitaorg terus la pi lowyatt. sblm tu call member aku sorang lagi sbb dia pun sibuk dok usha benda yg sama. tp tak diangkatnya telefon itu..byk kali gak cuba sampai masuk voicemail(bateri kong kot)

Tp tak byk la yg ktiaorg jumpa kat lowyatt tu. adik aku ada ckp kat PJ ada satu yg ala2 lowyatt. so kitoarg pi la PJ. try call adik laki aku. dia plak tak bangkit tido. so try tanay adik pompuan mana tahu pakwe dia pernah ajak dia pi ke apa. sekali dia kata dia tahu nak ke sana. apa lagi kan.

So sampai sana, kitaorg masuk la shopping complex ni.. tp eh, takder pun yg related ngan IT. satu jer kedai jual cd. pikir2 mungkin silap kot..mungkin armcorp mall kot..baru jer nak blah, master terjumpa member. member dia kata blkg bgnn dpn jer...nasib dkt tu je kan..

Sapa tak tahu, ni tmptnya: Digital Mall

Best gak kat sini sbb benda yg dicarik tu, byk la plak kat sini..senang kitaorg nak compare rega. Call member suh dia dtg sini. so confirm la kitaorg beli. sementara tunggu member, kitaorg lepak2 kat mcD dulu...selekeh giler aku. master aku gelakkan aku sbb aku ckp kat dia aku ni cam budak wushu. ngan track yg labuhnya...ngan kasut bertutup (mula tu nak pakai selipar jepun jer, tp takut cam kesian plak..nanti org tak nak layan aku sbb cam pengemis plak kan)

Sampai jer member, kitaorg pi balik kedai yg kitaorg target. mula tu nak pi kedai satu ni. dia pun dah offer kat kitaorg harga dah ok dah, so dah setuju dah nak beli ni. tetiba pompuan tu dtg kacau. kata kalau bg rega tu, nanti dia rugi. siap suh kitoarg pi kedai lain kalau dia tipu. siap ckp kedai lain bg murah sbb tipu. aku ckp la, semua kedai ckp benda sama gak. masing2 kata kedai lain tipu pelanggan. so mn nak tahu kan, yg mn satu betul punya ckp..dah dia tak nak bg rega tu, so kitoarg blah la kan..pi kedai satu lagi. bnrnya, mmg nak pi kedai satu lagi tu, sbb offer dia lagi bgs ngan rega yg mmg la mahal sikit dari kedai ni, tp at least berpttn. tp kedai ni panggil ktiaorg tanya, apa kedai tu offer kitaorg (ntah knp tetiba jer dia target kedai tu). kitoarg ckp la kan..tu yg dia bg offer lagi murah. tetiba kata takleh plak...

Ni kedai yg ktiaorg pi. Brother Game Enterprise. Dia explain kat kitaorg pasla rega, then ktiaorg setuju, dia citer la pasal byk kedai nyer taktik nak lakukan barang2 depe, tipu pelanggan. salah satunya software dia la..byk la derang explain. aku nyer otak kejap2 ke sana, ke mari..ngan intai mamat hensem dok blkg aku (pelanggan tetap kedai tu). tp mmg ramai la org kat kedai ni. sbb cara dia jual kot. dia explain kat kita satu2. pasla software semua bagai kan..buat ktia rs puas hati la kan....

walaupun sungguh memenatkan, tp masing2 puas hati...senyapppppppp jer kat kedai mamak dok layan benda alah ni ngan muka tersenyum kepuasan...hehe..ni adalah hadiah birthday aku....hehe

Hujung minggu yg memenatkan 1

Mmg penat pun...dahler mlm tu balik dari kolam air panas dah lewat mlm. lepas tu pg tu, kena siap2 pi ambik jubah kat upm plak.

sampai jer upm, aduhai, ramai nya umat manusia. (tak ambik pun gamabr sbb mls). dahler nak park pun susah. mujurla ada satu tmpt parking tu, terselindung ngan van, so ramai la yg terlepas, so dpt la aku park kete. dkt lak tu ngan tempat tu.

member yg dtg awal siap2 dah ckp apa yg perlu dibuat. so terusla pi kat kaunter yg patut kena pi. mujurla barisan dia pendek jer. sbb derang dah separate between bachelor ngan postgrad.

Tp tgh dok tunggu member sorang lagi park kete (konvoi ngan member sorang lagi), start bbdk bachelor ramai masuk lane tu...pjg la jadinya..dahler ngan panas terik...aduhai...mujur aku dah cop barisan siap2, so member aku terus dtg pi kat aku la kan...

Mujur berbrs tak lama. terus pi ambik jubah. ambik jubah pun takder la lama sgt. tp entahler, manusia kan jenis nak cepatttttttt jer...tetiba la dari satu lane, jadi dua lane...hampes tul. dahler yg jaga kaunter tu sorang jer. geram jer...

Best gak ler dpt jumpa kekawan. maklumlah masing2 bz ngan keje walaupun kalau nak jumpa senang jer...still ada gak yg aku selalu jumpa time buat2 aktiviti. kitaorg ni ada jer lah aktiviti, swimming la, jogging la..time2 gitu lah ktiaorg jumpa.

Lepas jer ambik jubah, nak balik tu, tetiba kete aku kena blok. tensen tul aku. hon2 pun, sorang pun tak kuar ambik kete dia...sakit hati...member aku sian kat aku, dia ajak pi mkn dulu then dia ajak aku tunjuk tmpt buat ear candling.

So kitaorg pi bangi, makan tghr ngan hilangkan dahaga. sampai dua gelas sorang kitaorg order air. mmg la dahaga ngan panas yg terik gitu. lepas makan, terus pi salon yg ada buat ear candling tu.

Biasanya aku buat ngan bos dia, tp ari tu bos dia takder. pi kedai satu lagi. so pekerja dia yg buat..member aku tak pernah buat lagi, so dia tanya la aku apa rs sbb masa tu aku tgh dok buat. aku ckp la, bunyi bising (tak reti nak describe..ala bunyi benda tu terbakar kan)...then minah tu ckp apa, tu bunyi hama tu larik...hahahaha..aku senyap jer...

Sebenarnya bos dia dah terangkan dulu kat aku pasal ear candling ni. bukannya dia hapuskan hama ke apa, tp dia bersih kan telinga. benda tu akan sedut taik2 telingan dan kotoran dlm telinga kita. siap bos dia bukak lagi kertas tu bila dah abis buat kan...so ada la taik2 telinga dan apa yg ada dlm telinga kita kan...dia kata beza ngan yg resdung nyer. kalau resdung kita bg asap kat tempat resdung suh dia kuar..ni kita sedut dia...

Bila minah tu ckp gitu, aku tergelak la dlm hati kan...nasib la bos dia dah citer awal2. kalau jenis yg tak pikir logik, dia mengiyala kata minah tu..benarnya bunyi bising tu, adalah bunyi kertas tu kena bakar. dah corong tu masuk dlm telinga kan...of course la dgr kan...

Dan aku rs minah tu tersilap ambik yg resdung punya la...entahler..takut aku plak yg silap kalau aku tegur minah tu. sbb aku nmpk cam lain sikit...

Abis jer buat ear candling, gi ambik kete then aku terus gi ambik master aku. sbbnya dah janji ngan dia, ambik dia sbb dia nak ikut aku gi round kl.

Round kl sbb nak gi carik cd korea ngan buku (yg kena culik ngan pencuri itu ari lom lagi berganti). Mula tu nak pi kotaraya tp tgk2 master aku (dia jadi supir aku ari tu, padan muka dia sapa suh ikut..hehehe) bawak jln ke jln tar. so alang2 dah lalu situ, aku suh dia stop, then pi kedai buku minerva ngan mukmin. jumpa la buku yg aku nak, then kitaorg headed to kotaraya plak. dah ler ujan time tu, tp kitaorg cam biasa la waterproof...kononnya...(sbb sblm tu aku pi kdai spare part kete uncle tu yg biasa master bawak ktiaorg gi jumpa. ujan, so dia offer payung..aku ckp kat uncle tu, dahkper saya water proof..gelak uncle tu)

Sampai kotaraya, terus aku bawak master aku pi naik ke tmpt cd. carik cd yg aku nak. lepas tu usha la psp. kedai tu kata rega dia rm600 but without memory card...wink wink..hehehe

Lepas kuar dari kotaraya, nak la gi minum, carik la kedai nak minum, tetiba cikgu aku call. ajak pi putrajaya. apa kejadah la mamat ni ajak kitaorg pi sana. masing2 angkat bahu tak tahu napa. (kalau aku kata cikgu aku jeles kitaorg gi dating blh ke? hehehe) so kitaorg pi la ke putrajaya..

Sambil tgk member2 aku ada kelas ngan cikgu tu. aku ngan master bercanda kat tepi kolam jer. sbb dah biasa situ, life guard tu pun dok tanya aku pesal ari ni tak swim, aku ckp la, malas..hehe

Lepas derang swim, kami berdua tunggu derang siap. master aku ckp la, cikgu ajak pi kolam air panas...aku tak larat la, badan penat pun tka hilang lagi...so kitaorg bincang2, conclusionnya, kami ber4 gi mkn dulu, then aku kena htr master aku balik umah, then dia ngan cikgu gi kolam berdua jer..

tp mlm tu sbb penat sgt, aku pi tidur umah adik aku. umah adik aku dkt jer ngan umah master. sbb aku mmg tak larat yg amat dah nak drive balik umah, so suh master htr aku ke umah adik aku then suh dia park kete kat uamh dia sbb umah adik aku tu susah sikit nak park kete....sampai umah adik, terus aku tertidur...

Kolam Air Panas Selayang

Ari tu, master kitaorg ajak la kitaorg pi berendam kat kolam air panas kat selayang. mula tu cam tak sure nak pi ke tak. tetiba on friday tu, masing2 kebosanan dan takder benda nak buat, so kitoarg decide nak la pi sini.

Master kata better gi tgh mlm sbb best sikit mandi2 air panas ni. So kitaorg bertolak dalam kul 9 gi ambik master ktiaorg kat p.dalam. so kitoarg bersama master dlm 4 org, pi la lepak kat kedai mkn dulu sblm pi sana. Maklumlah ari sblm nya konon master aku nak belanja mkn steak tp sbb aku sampai lambat sbb ada kelas swimming, so steak dah abis..hukhuk

Tp mlm tu, sampai je kedai, mamat si waiter tu (dia dah cam dah muka yg frust mlm sblmnya) terus jer ckp kat aku kata mlm ni steak ada lagi. so terus la order steak sbb member kata gravy dia lain dari yg lain.

Mmg la gravy dia lain dari yg lain sbb cam dia blend bawang semua sekali dlm tu. cuma satu jer aku tak suka sbb rs manis. sbb ptg tu dan mlmnya, ujan serba sikit, so rs sejukkk jer...

Lepas mkn, terus blah ke kolam air panas. Igtkn camner, rupanya ada 3 kolam air panas dgn kepanasan yg berbeza. Ni gamabr ni aku culik dari fotopages sapa ntah, aku google kat internet. aku tak ambik pun gambar sbb tinggalkan hphone dlm kete. nanti susah nak berendam kan.


Kitaorg mula tu dok lepak2 kat kolam yg paling la kurang panasnya. suam2 kuku jer. then master aku terjun masuk dlm. dia paksa ktiaorg masuk dlm. mula tu member aku masuk. aku ngan member sornag lagi, tak berani nak turun cam gayat jer. maklumlah sbnrnya dalam gak. cuma tepi2 tu ada batu. master nak ajar kitaorg suh konfiden. tp aku still tak konfiden. last2 dah asyik kena paksa, aku cuba la turun ngan member sorang lagi. tu pun dok atas batu. mula tu master suh kitoarg berenang sampai ke dpn tu, tp baru jer ada konfiden nak berenang, geng2 motor datang, bbdk tu start buat somersault. tensen tul kitaorg..last2 ktia org pun naik.

Pi la main2 air kat kolam panas yg lain. best gak ler...sbb suasana sejuk sbb abru lepas ujan. tu pun masa dok main2 air tu, ujan kejap. best la main2 air panas tu.

Kitoarg balik dlm kul 3 lebih baru sampai umah. pagi esoknya...aduhai..azabnya...padahal kitaorg tak buat apa pun, tp badan penat cam bawak batu berpuluh kilo...

Wishlist1

Ari rabu minggu lepas, ada senaraikan wishlist kan. So salah satunya ada lah nak beli pendrive. so balik jer dari ofis rabu tu, terus pi jusco dkt umah. Mula tu tanya kat kedai komputer, dia bg utk 8G dlm rm85. pi tanya dlm jusco, dia bg RM78.80. so terus la ambik yg tu. jenama sama jer ngan kedai komputer punya. lepas jer beli, terus balik umah.


kingston, 8G

Patutnya kena gunting la kan utk senang nak bukak. tp mls nak carik gunting nyer pasal, pi koyak satu2 helaian.

dia dah bg dah nak gunting kat ner


berlapis2 dikoyak..hehe

so nilah pen drive ku...senang sikit keje aku




tolak jer, kuar la benda tu..tak yah ada penutup. kalau ada penutup pun, asyik la aku hilangkan..hehe

So tu adalah wishlist ku yg pertama telah dicapai...bgmn yg seterusnya?? hehehe

Monday, October 13, 2008

2 hari yg memenatkan

hujung minggu ari tu (kelmarin dan smlm) sungguh la memenatkan....byk tul ke hulu ke hilir sampai ari ni pun masih lagi terasa kepenatannya....

byk nak citer ni..salah satunya pasal myg wish list tu salah satunya dan blh di tick..hehehe

citer pjg, kemudian...ada benda nak buat

Friday, October 10, 2008

Teaching skills

Smlm kitoarg berbincang ngan coach, master (cikgu pada coach kitaorg, kitaorg pandai2 jer panggil dia master) dan member pasal teaching skills. Kitaorg komen la pasal cara coach kitaorg ajar kitoarg swim. Aku ngan member komen dari sudut pandangan seorg student, dan master komen sbg seorg cikgu.

Kitoarg sbnrnya ada la benda tak berkenan sikit pasal coach kitoarg ni. means cara dia ajar kitaorg. so mlm td kebetulan coach kitaorg bg soalan kat kitoarg berdua: Mana yg lebih baik ajar, dia or master?

Sbbnya kitoarg dua org ni as student cikgu, rapat la gak ngan master ni. so kkdg kitoarg bljr direct jer ngan master tu. mmg different la cara ajarnya.

Selama ni aku ngan kawan ni, hanya komen blkg2 jer, or kkdg ada la gak ngadu kat master kan. then ari tu pernah la ckp dpn cikgu kitoarg tp dia cam pertahan gak skill dia tu..so mlm td alang2 dia tanya gitu, so kawan aku secara jujurnya explain la..aku dan master menyampuk dan menyambung la serba sikit.

Salah satu yg buat kitoarg down ngan cikgu kitoarg ni, bila dia ajar, dia hanya ckp No (means kita buat tu salah) and Yes or Good (kalau betul la bg pandangan dia). yg jadi kitaorg tak puas hati, bila kita buat kan, dia akan ckp Good. tp kita sendiri pun tahu tu salah apa yg kita buat tu. bila kita komen, dia kata Good la utk level you without explaination kalau yg sbtlnya, camner patut buat.. Buat kitaorg rs down. then kkdg tu bila kita buat, dia kata Good (walaupun kita thau tak pun), then lepas tu kalau kawan kita buat, dia kata tu buat cam kawna awak buat tu. So means kita buat tu tak betul la sbnrnya..so what's the point kata kita ni good. asyik la kata utk level u, ok lah tu...bila kita komen byk2. dia kata la kalau bljr ngeja, kena la bljr ABC dulu baru.sikit2..so kalau Good tu kiranya up sikit dari sblm nya..

Kita nak bljr yg betul2, ni asyik dok main sikit2, sampai bila nak abis. bila kita tak abis2 lagi, tak settle2 lagi, asyik la dok kata kitaorg ni dah patut grad la apa...bila kitaorg cam ala2 merajuk (kononnya dia dah bosan ngan kitoarg), dia ckp tu sbg semangat utk kitaorg...padahal bg ktiaorg tu utk mendownkan kita ada la..seolah2 kita ni bodoh sgt, dah byk kali attend kelas tp dok takat tu gak.

So mlm td sessi meluahkan perasaan la..kitoarg ckp communication skills dia dan teaching skills dia tu, cam tak betul sikit. tp dia dok la pertahankan cara dia tu. lepas tu siap dok kondem cikgu swim lama aku plak dah...bengang la kan..satu yg aku tak berapa suka, dia suka bangga diri konon2 cara dia semua betul...sedangkan ikut master, tips master bg lagi la berguna..cikgu tu pun still lagi dok belajar ngan master.

Smlm bengkek la gak bila dia tetiba jer kondem cikgu lama aku kata cikgu tu tak pandai ajar renang sbb tgk aku renang cam ntah apa2 jer..so aku jawab la, it's not her fault...itu salah aku. aku berterima kasih ssgt kat cikgu cina aku tu sbb dia lah yg ajar aku sampai aku reti berenang, sampai aku tak takut air. sbb sblm ni aku mmg phobia ngan air. dia yg ajar aku camner nak bg tenang dok dlm air, byk tips dia bg kat aku. so for me, dia the best teacher utk swim. Tp aku ni yg malas nak ulang alik. bila aku dah tahu camner nak tenang dlm air, tak tercungap2 dah, terus aku tak pi dah kelas tu. so for me, cikgu aku ajar dah bagus ssgt sbb dia sendiri pun ajar org utk kelas life saving semua (cikgu aku br jer lulus life saving exam) tp salah aku sbb aku tka betul2 pandai sblm aku blah dari kelas dia. So cikgu aku yg skrg ni jgn la dok kutuk dia sbb ngko sendiri pun tak kenal dia.

Cikgu aku dok rs teaching skill dia tu bgs la sbbnya dia kata aku pun bljr ntah apa2 ngan cikgu lama aku, tgk dia ajar kawan aku dari zero, kejap jer ok. ala2 bangga diri...tp kitoarg ckp la, mungkin ok bg stgh org tp cara dia tu mungkin tak sesuai utk certain org terutama pada geng2 kitoarg ni (blkg cikgu selalu gak ada sessi ngumpat..hahaha). master explain la, kalau cara dia, dia suka kalau kita wat silap, dia terus ckp ko buat silap camni camtu..takder ckp no, ke yes ker, or bg pujian ker apa. dia mmg laser sikit la..so buat kita tahu mn silap kita, and apa yg perlu kita buat.

Byk gakler kitoarg hamburkan mlm td. 3 lawan 1. so cikgu aku cam senyap jelah, menjawab sikit2. muka agak la tak puas hati...tp entahler..at least dia tahu isi hati kitoarg..tu yg penting

Thursday, October 9, 2008

Hampir teraccident...

Pagi td masa drive nak pi ofis, geram tul ngan ada dua kete ni.

Satu kete tu, lepas traffic light, dia masuk ke kanan, masa tu aku nyer jln straight jer, aku dok lane kanan..time tu aku bawak nak kata laju pun tak der lah laju sgt kan...so kete ni, bukannya dia masuk susur jln. yelah patutnya dia dok kat susur jln dulu, then bg la signal nak masuk lane kan...tp kete ni, terus jer pi dpn kete aku then slow kete nak masuk ke kiri..dahler signal tak bg apa..mujur la aku smpt brek. hampeh tul punya pompuan tu...kete lain dok kat susur jln dulu sbb kete yg jln lurus ni semua tgh laju sbb takder traffic light kan...dia tetiba jer terus potong gitu nak ke kiri terus..kalau laju dakper gak, ni terhegeh2 nak masuk ngan signal tak bg apa...nasib aku smpt brek...

Then masa dah sampai cyber, ada la plak kete bangang satu lagi. dia berenti kat tepi. bagi signal kiri. then tetiba nak masuk balik lane, kete kat jln semua tgh laju, ngan signal nak masuk ke kanan tak bg, tp bg signal kiri...dahler slow2 masuk lane..mujur kete smpt brek...bosan tul la kalau org nak potong lane, signal tak bg, laktu terhegeh2 nak masuk...

Apa la nak jadik..

Tetiba member YM, tanya pendapat aku. Apa hukumnya gugurkan kandungan ngan alasan tak bersedia utk ada anak lagi?

Aku ckp la, apa yg aku tahu, gugurkan kandungan ni haram. Kecuali lah ada sebab yg dlm agama benarkan..

Member aku citer yg kawan dia ni nak gugurkan kandungan dia yg dah 3 minggu ni ngan alasan dia tak ready lagi dan anak dia pun masih kecik. laki dia pun tak ready lagi...kawan aku ni marah la depa, dah tahu taknak anak lagi, tak reti nak rancang tu pesal kan..masa wat, tak igt..

Member aku ni bising2 la kat depa ni, dia nak sgt anak, tp tak dpt, Allah bg kat derang tu, tp derang plak tak nak..anak2 ni kan rezeki, so apa lah salahnya terima. setiap apa yg Allah bg mesti ada sebabnya...betul tak?

Kalau pikir ready tak ready ni, masa ni mungkin la kita dok pikir mcm2. insyaallah bila dah lahir baby tu, adala tu Allah bg jlnnya..

Settle 1

Mlm td message adik bongsu kat kg. tanya dia dah tanya lom cikgu dia pasal ada program tak after PMR. dia reply kata cikgu kata kemungkinan ada program. so utk bulan 10 ni, dia tak dpt dtg lagi KL. oklah kalau gitu kan...

Sbnrnya tujuan bawak dia dtg KL ni, bukan apa..nak larikan dia dari monster yg ada kat umah tu..sian adik aku sorang tu. sbb dia tu jenis fragile sikit maklumlah arwah mak (dia mmg close giler2 ngan arwah sbb dia anak bongsu) meninggal masa dia masih perlukan mak. dia mmg close giler2 ngan arwah sampaikan kitoarg rimas tgk asyikkkk la arwah nak pi mn2, diangkut dia ke hulu ke hilir...bising gak ler kakak2 ngan abg2 dia ni ha..

Dia dok kat umah ngan monster tu, asyik la kena bising tu bising ni ngan monster kan. mujur la kakak sulung ada dok berdekatan, so di bawak larik la adik kitoarg ni suh dok ngan dia. so utk sementara ni dok ngan kakak aku la kan walaupun dia sendiri pun kurang ngan sikit ngan kakak aku tu maklumlah time dia lahir dulu tu, kakak aku dok sabah, then bila kakak aku balik semenanjung, dia dah ada anak sedara yg beza 2 thn jer ngan dia...tu yg tak semapt la nak rapat kan sbb kakak sendiri dok sibuk ngan anak dia. tp bandingkan dia dok ngan monster tu, jauh la lagi baik dia dok ngan kakak sulung dia ni ha...

Dah adik aku tak jadi dtg utk bulan 10 ni, so pi ke plan sterusnya, nak kena tanya makcik pakcik, dia nak tgk aku konvo ke tak. kalau dia nak tgk, aku kenalah pi umah derang ambik derang...nanti ptg2 sikti aku call lah depa..

Wednesday, October 8, 2008

Lambatnya..

Dah kemas dah meja, clear dah semua brg atas meja...skrg tunggu nak balik umah plak..hehehe

Ari ni masuk hampir kul 9, so utk cukup kan 9 jam means, kul 6 la baru leh balik..ni dok pikir nak wat apa utk tunggu kul 6...eh, smbhyg asar pun lom lg..hehehehe..

Dah list down dah apa yg nak buat mlm ni..lepas ni nak terus terjah ke Jusco nak gi beli thumbdrive...hmm bila nak gi ambik choc ngan adik yek..mulut terasa2 tgh mkn choc ni..hehe

kat luar hujan ni, mintak2 la takderlah lebat sgt..nak redah ujan masuk kete nak balik..

Can we start now?

Ari ni rajin plak kan masuk sekali byk dlm blog kan...nmpk bnr la, cam rs nak menaip dlm ni..nak luah perasaan..hehehe

Kan citer td, byk la plak benda nak kena buat kan...td lepas jumpa bos, cam blur la plak...eh betul ke apa yg aku fhm pasal kena htr pasal master tu melalui bos? mmg kena bos htr kat depa ke, just wat surat kata melalui depa tp kita yg htr sendiri kat HR...lantak lah...bos aku baik, nanti dia inform la kot kalau silap apa2..yg penting, memo aku dah buat, surat pun dah buat, then dah email pun kat bos...aku tak print pun sbb bos kata dia nak buat benda tu as template. takkan nak bg h.copy kan, mesti s.copy kan..lantak lah..apa2 hal mesti bos panggil kan..hehehe..

Byk cekadak kan pasal benda2 ni...ni antara surat2 yg ada dlm sampul pasal konvo tu...baca tak abis ari tu..bila kawan kata pasal survey tu, barulah kalut nak baca satu2 plak...bosan tul..


biru: ckp congratulations, citer pasal alumni
putih: sampul surat
kuning: borang ambik robe
kuning cair: surat pasal survey tu..
then ada dua surat lagi, ckp rules konvo dan tarikh konvo utk setiap fakulti dan surat kata kita termasuk dlm senarai..

Settle pasal benda tu (tak settle pun lagi sbbnya pen plak takder kan..pen yg ada ink dia cam malu2 nak kuar), gi HR mintak stationary...ni dia hasil kutipan kat HR td..


pen merah, biru, hitam,liquid paper, gunting, marker hitam ngan biru, pisau, post it flags

So blh la start kemas2 meja, then start conteng2 pasal projek syok sendiri tu...
Buku ni dah lama ambik ngan HR..tp tak guna2 lagi..setiap kali pi minta, bukan satu, minta dua tiga..dasar tamak..hahaha

Pasal survey utk konvo, tangguhkan esoklah sbb member2 kata asyik bz jer line tu...

p/s: alamak, ada member carik keyboard komputer dia yg satu lagi. masa dia tanya td, aku kata tak tahu...masa dia dok bising2 carik tu, tetiba teringat, alamak, sblm pose ari tu (dah lama dah patutla aku tak igt) pinjam wat balik umah sbb tensen ngan keyboard laptop buat hal...lupa langsung bawak balik..tgh dok menaip tetiba teringat...camner nak ckp kat dia yek? tunggu esoklah..heheh

Byk la plak

Nak start buat keje, ada la plak benda kecik2 ni tak settle...

dapat email dari kawan, suh printkan survey dari UPM pasal abis study tu...laktu perlu bawak masa ambik robe nanti...kena la masuk blk link tu sbb ari tu dah isi tp tak print la plak resultnya..mana la tahu kena print kan..

td jumpa bos, bg transkrip utk update qualification. sbbnya ari tu tanya HR, derang kata suh htr thru Bos...so td bos minta tlg wat sikit memo pasal benda tu..mlsnya nak mengarang..

ada projek kecik nak buat (project ofis lom lulus lagi) yg sendiri2 punya..nak karang2 dulu..tp tgk2 stationary takde sbb ari tu dah minta ngan HR byk2 masa mula2 pindah, tp pencuri tu culik satu beg tu, abis la kan...so nak kena mintak lagi sekali ngan HR..yg ada kat meja skrg ni byk pen/pencil yg free..means yg ambik time exhibition ngan masa meeting kat hotel...tp byk lak yg inknya nan ado...susah la kan nak tulis2...so nak tak nak kena mintak la ngan HR..lagipun aku ni suka tulis2 guna pencil...

Semua jatuh..huhu

Bulan ni perlukan duit...so plan nak jual unit trust tu tak pun saham yg dpt....tp saham makin turun la plak

Masa sblm pose, dlm hampir 3.60 tp masuk pose dah makin jatuh...

Lepas raya ari tu, call agen unit trust, tanya dia pasal nak jual sikit...dia ckp rugi jual skrg sbb harga tgh jatuh....mn nak ambik duit ni....hmmmm...pikir nyer pikir, msg kakak sulung

Kak, mintak permission nak guna duit tabung famili. Nanti byr balik...
(not exact sentence tp lebih kurang la maksudnya)..then dpt reply

Blh
Sbnrnya duit tabung famili tu, duit arwah mak. hasil adik beradik dia jual tanah pusaka parents derang..since sorang demi sorang adik beradik derang meninggal (adik beradik derang 10 org), so derang risau la kalau derang tak sempat nak settle pasal harta pusaka tu...to be safe, derang jual semua tanah pusaka then derang bhg sama rata among them..sapa yg meninggal, derang bg kat anak2 arwah. so cam kitaorg, dptlah kat kitaorg...Tp kitaorg tak nak bahagikan sesama kitoarg, jadi kitoarg jadikan tabung adik beradik in case kitaorg perlukan wang utk apa2, tp make sure byr balik supaya org lain pun leh guna gak..then sesapa dari adik beradik kitaorg yg baik hati, leh jer nak derma masuk dlm tabung tu. so I'm the one yg dipertanggungjawabkan jaga duit tu...so kalau nak pinjam kenalah minta permission dari semua barulah leh ambik duit tu....hehehe

Secure Connection Failed


Start update mozilla itu hari, kerap tul kuar benda alah ni...then kena la tekan try again byk kali, barulah dia ok. tak tahu la sbb mozilla or sbb lain...tp since update latest mozilla la dia start jadi gitu...any advice?

Important dates to remember

Today (8/10/08) - need to confirm with my youngest sister whether her school has activities after PMR or not. If not, need to check and book for flight tickets.

If settled, need to call my aunt and asked her whether she wants to attend my convocation or not (my aunt takder anak, so anak2 sedara lah anak2 dia..). If yes, kena ambik dia laki bini or ask them to take bus.

10/08 - swim...suka suka...hehehe

11/10/08 - kena ambik jubah kat upm. then go to my sister's house, then go to KL..

12/10/08 - facial then round area tu carik umah nak dijual...

13/10/08 - go to kajang, renew my car insurance and roadtax

16/10/08 - rehearsal utk convo

17-19/10/08 - depend on my sister and aunt...sama ada kena ambik derang or not...kalau tak, free time ni..

21/10/08 - convo

24-31/10/08 - melayan kerenah my sister and my aunt


My wishlist

Since my precious things dah hilang kena culik ngan pencuri di bulan puasa hari tu, start la dok belek2 kat internet camera yg best dan jugak dok list down apa teringin sgt nak beli (if ada duit lebih).

1. Of course la camera....sedih tul camera kena curik...ari tu beli nikon nyer digicam..so ni tgh dok pikir2 antara dua. sama ada


canon digital camcorder
x th yg mn satu tp berkenan yg dlm iklan kat tv tu..

atau

Olympus Mju 1030SW Waterproof Shockproof Digital Camera

kenapa suka yg ni? sbbnya leh wat masuk dlm air..hehehe leh la nak rakam gambar tgh berenang. kalau ambik mesti my coach ckp: Hey, u're so naughty la...
Biasa coach rakam kitaorg berenang dari atas jer, ni leh rakam dr dlm..hehe..wink wink..

2. External drive or pen drive...but in time being, beli pendrive jelah dulu...external drive ngan pendrive yg biasa dok bawak ke hulu ke hilir, dua2 dah kena culik...so skrg ni cam susah giler nak save apa2. so wajib kena ada pendrive...external drive lain mmg ada..satu yg berat tu mmg simpan kat umah, so setiap bulan, update latest files dlm Hdrive ni. cuma ari tu lupa nak copy semua files dlm yg hilang tu kat dlm Hdrive berat ni...dan satu lagi external drive yg casing dia guna media player nyer casing...dlm tu sumbat semua movie sbb senang, nak tgk movie, just cucuk jer kat tv..no need to use laptop to watch movies..so yg hilang tu, most of it files2 keje, personal yg leh bawak ke hulu ke hilir in case apa2..utk gantikan tu, beli jer pendrive yg memory dia up sikit...

3. PDA phone with keyboard

or any phone yg ada keyboard dan blh masukkan apa2 yg berkaitan dlm tu..tak perlu organizer book lagi..

4. PSP

suka main games...perlu terutama time kena jadi penunggu..


tu list utk sementara waktu..kalau ikutkan, byk list nyer..hehehe

Be serious la..



Always kalau buat sesuatu, buat dgn tak serius, so ending dia akan jadi kelam kabut dan most of it akan jadi tunggang langgang..

So from today (berapa kali dah azamnya) try to be more serious in everything I do. termasuk la keje ke, my personal life ker...

Pasal my famili problem, we (my siblings) decided tak nak masuk campur hal berkaitan ayah and his wife. Biar derang berdua settle sendiri...dan paling penting, anything happen, dont blame us. You decide, you the one who should take the responsibility...

So today nak list down what should I do from today until end of this month. byk tul agenda this month. ngan konvo lagi, ngan nak settle pasal my youngest sister lagi, ngan makcik pakcik nak dtg, bawak derang jln2...uishhh...


Monday, October 6, 2008

Hari Raya Aidilfitri 2008

Raya thn ni yg worst dlm hidup aku...huk huk huk...walaupun tahun ni kitaorg adik beradik 11 org berkumpul tp still kitaorg beraya dlm kesedihan....
kenapa??? nanti kemudian lah citer....

Ma, we miss u....................waaaaaaaaaaaaa