Smlm aku dok borak2 ngan kawan aku thru YM. Member aku ni, kiranya member seperjuangan mencari keje masa lepas bljr dulu. Lps aku dpt keje ok, then sewa umah kat Bangsar, kawan aku ni tumpang dok sekali ngan aku utk carik keje.
Aku salute la kat kawan aku sorang ni. Usaha dia utk dpt gaji yg lbh, dia buat 2 keje dlm satu masa. Masa tu, mmg agak susah la utk carik keje. Aku pun kira syukur la kan, Allah bg rezeki, dpt keje awal dari derang. Kawan aku ni ngan sorang lagi kawan lom dpt keje yg betul2, so tumpang dok ngan aku. Masing2 keje biasa2 jer. Member aku ni lom dpt keje ikut kelulusan dia, so dia ambik jer apa2 keje yg asalkan dpt duit halal. Dia buat dua keje semata2 utk dptkan gaji rm1k jer. Pg pi keje kat KL, kat kwsp, jadi kerani kontrak kalau tak silap..pi keje pagi2 lagi...then dlm lepas Zuhur, balik umah, siap utk pi keje kat MPH, jadi tukang jaga a.k.a tukang susun buku. Every day itulah kejenya. Kuar pagi, balik tgh mlm. Tp hujung bulan campur tolak gaji dia dpt dlm rm1k jer. Tp minah ni pandai berjimat. Kkdg aku sampai naik malu kalau beli brg2 yg mungkin bg dia tak perlu. Tp utk aku, sajer nak abiskan duit.hahahah...padahal gaji aku masa tu pun, ciput jer pun. maklumlah fresh grad kat company kecik.
Lepas aku dpt keje skrg ni, aku dah jauh dari dia sbb aku dah pindah, dia pun sama. Masa tu dia dah dpt keje kontrak ngan anak syarikat Petronas. Ok lah gaji dia. Kiranya sama taraf ngan aku la masa tu. So blhlah dia nak rasa mewah sikit walaupun xder la tinggi mn pun.Brp tahun dia keje situ, tak naik2 pun gaji dia. tahap tu jer lah.
Lama x dgr khabar dia, Last2 aku contact dia last year, tanya khabar. Dia dah keje ngan oil and gas nyer company ngan gaji more than RM5k (aku tak tahu exact figure, tp bila aku tanya dia, gaji dia lebih dari rm5k ker, dia jawab yes. Tp tu standard la kan utk compaany O&G. I think she got more). Aku salute dia..kiranya Allah bg dia rezeki dgn kesungguhan dia selama ni. Ngan gaji dia yg besar tu, aku cam a little bit jeles la kan, sbb dia dah mampu beli kondo sebijik ngan tanggung adik2 dia. Dan masa tu gak aku dpt tahu yg parents dia bercerai sbb bapak dia sibuk flirt around (dah bercucu tu...) dan mak dia tinggal ngan dia.
So smlm aku berkesempatan utk borak pjg ngan dia dlm YM. X sangka rupanya dlm diam, dia ada problem. Igtkn ngan gaji dia yg besar, dia leh la guna duit dia utk melancong ker sbb last year dia pi umrah and this year sibuk dok ajak aku pi jln2.
Smlm kitaorg sesama la ngadu masalah masing2. Rupanya dia skrg ni jadi tukang cetak duit utk famili dia. Adik dia laki bini, anak2 dok ngan dia. Laki bini tak keje, dok harap dia yg dok tanggung famili. Suh carik keje, dah berapa kali kata nak carik keje, tp dok melepek gak kat umah tu. Ngan mak ayah dia pun dah tak keje. Laktu dok tabur citer kat org kg yg dia tak bg duit kat derang. Padahal member aku ni lah yg dok tanggung satu famili, dari yg lom kawin sampai yg dah kawin. Laktu dlm famili dia, dia sorang jer yg keje.
Member aku ni lak jenis pendiam, tak reti nak merungut dan lepaskan yg terpendam. So dok pendam dlm hati. Nak berkeras hati tak nak bg mkn minum kat adik dia satu famili ni, kesian tgk anak2 sedara yg tak bersalah. So dia lah tukang beli pampers, susu anak2 sedara. Aku pun tak fhm la org jenis camni. Harap org lain yg tanggung hidup kita satu famili.
Dia skrg cam pening kepala dan tak tahu nak ngadu. Ngadu kat mak ayah, mak ayah sendiri pun dok kata mcm2, sian dia... Skrg ni dia rs dia cam kera sumbang.tak kawan ngan org. Dok lepak dlm bilik sorang2 kat umah. Dok kawan ngan jarum dan benang...dah gaji besar pun, terpaksa gak buat part time, jahit manik utk dpt duit lebih, utk tanggung famili. Adik beradik ada pun, jadikan dia tukang cetak duit...
Aku kenal kawan aku ni camner...mmg dia baik. Tahu handle duit...tp org lain suka ambik kesempatan atas dia. Skrg ni dia rs dia nak pi jauh, biar famili dia tahu camner kalau dia takder. Aku pun tak mampu nak tlg dia...Satu jer aku pesan kat dia, belajar la luahkan tak suka apa yg org buat kat kita...Sbb itu yg aku bljr skrg ni...
3 comments:
betul ckp plug tu, kadang kita fikir apsal lah kita ni byk mslh, org nmpak happy je..
sedih baca masalah kwn plug ni..sian dia..org yg menumpang pulak tak reti nak berfikir (adik dia laki bini yg sihat walafiat bole keje tu lah)..siannya lah..gaji beribu2 pun masih takleh hidup senang
O&G mmg loaded gaji.Mmg kadang family ni tak menghargai..dah bagi dan bagi dan bagi dan bagi..ingat kita carik duit mcm petik dari pokok..tapi tulah..nak cakap salah tak cakap sakit hati..kang ckp kita nampak jahat..faham sesgt..tp kitalah duit tu adalah ujian saja bukan hak kita sepenuhnya pun..bari jeklah Inshaallah kita dapat lagi banyak dari segi yang lain..tp yelah kalau dah melampau maki jek..hehehe
tu la..kalau org yg menghulur tgn tu th menghargai dan kenang budi pada yg memberi tu, ok gak kan...tp kalau dahler asyik hulur tgn jer, lepas tu lepak buat tak tahu, cam tak kenang budi org, sakit gak hati yg memberi...
nak2 kalau adik beradik, kkdg sakit hati gak kalau tak dikenang budi..kalau org lain, blh la buat tak tahu kan...
stkt ni syukurlah, adik beradik dpt yg jenis tka berkira...konsep pinjam meminjam tu sentiasa ada (hehehe)..tp bab byr membyr tu, sentiasa di dlm hati cuma masing2 tak kisah la bila nak byr asalkan nmpk byrnnya..takat ni takder la issue bab2 ni..kkdg kalau takat brp puluh jer, tutup mata jer
cam my friend, sbb ada adik beradik dia jenis berkira giler, so dia pun terpaksa berkira, rm10 pun, minta gak adik beradik dia byr cam hutang ratus2. tp tu la, bila dpt yg berkira, kkdg terpaksa la gak buat dasar berkira gak.
Post a Comment