Wednesday, September 16, 2009

Pelakon utama Ghost meninggal dunia

Pelakon utama Ghost meninggal dunia


SWAYZE bergambar untuk promosi drama bersiri The Beast pada 14 September 2009.


LOS ANGELES - Aktor Hollywood bertubuh sasa yang diingati menerusi filem Dirty Dancing dan Ghost, Patrick Swayze meninggal dunia kelmarin pada usia 57 tahun selepas menghidap penyakit barah pankreas.

"Swayze meninggal dunia dengan tenang di sisi keluarganya selepas diserang penyakit itu sejak 20 bulan lalu," kata jurucakapnya, Annett Wolf.

Menurut wanita itu, Swayze meninggal dunia di sini, Amerika Syarikat tetapi dia enggan memberikan butiran terperinci mengenainya.

Peminat-peminat aktor tersebut hiba apabila mengetahui bahawa Swayze menghidap penyakit yang boleh membawa maut itu pada Mac tahun lalu.


SWAYZE bersama isterinya, Niemi pada 28 November 2005 di London.

Walaupun menghidap penyakit itu, dia terus bergiat dalam bidang lakonan.

Dia berkahwin dengan isterinya, Lisa Niemi pada 1975. Selain itu, Swayze sempat menjalani penggambaran drama, The Beast untuk saluran televisyen berbayar A&E.

"Saya menganggap mungkin saya dapat hidup selama lima tahun lagi. Namun mungkin saya terlalu optimis," katanya ketika diwawancara hos stesen televisyen ABC, Barbara Walters, pada awal tahun ini.


GAMBAR menunjukkan Swayze (kanan), Demi Moore (tengah) dan Tony Goldwyn (kiri) dalam satu adegan filem Ghost.

Sejurus selepas pemergiannya, laman web jaringan sosial Twitter dipenuhi ucapan takziah dan luahan kesedihan di kalangan selebriti Hollywood termasuk Demi Moore yang berganding dengan Swayze dalam filem popular, Ghost.

Pernah tiga kali dicalonkan untuk anugerah Golden Globe, Swayze mengecapi populariti menerusi watak Johnny Castle iaitu budak nakal berhati baik dalam filem Dirty Dancing.

Filem Dirty Dancing yang 'meletup' di pasaran antarabangsa menjadi batu loncatan kepada anak pereka tari itu membintangi beberapa filem blockbuster seperti Ghost, To Wong Foo dan Thanks for Everything! Julie Newmar. - Agensi


--------------------------------------------

Ramai tul artis meninggal this year. Aku asyik la dok tgk iklan citer The Beast kat Astro. Setiap kali teringat citer Ghost, aku akan igt scene dia ngan Demi More masa dok main2 ngan clay tu... One of my feveret movie...


No comments: