Monday, August 22, 2011

Penat

Aku penat ssgt ari ni….Mlm td aku sedih lps aku diberitahu satu lagi masalah yang timbul. Aku nangis. Lepas nangis aku rs penat sgt, ngantukkk sgt.

Sambil layan tetamu kat ruang tamu, aku tertidur atas sofa. Tersedar pun sbb tetamu nak balik. Lps htr tetamu sampai ke pagar, kunci pagar, kunci gril, aku sambung tidur kat sofa.

Sedar2 dah waktu sahur. Aku sambung tidur, sedar2 dah hmpr kul 6. Aku nak sambung tidur, tp aku teringat masalah yang diberitahu mlm td. Aku sambung nangis.

Masuk bilik air, gosok gigi, aku nangis lagi. Aku bukak shower nak mandi, aku nangis lagi.

Keluar bilik air, aku tgk dah kul 7. Kelam kabut aku bersiap. Aku tahan nangis. Aku tak mo org lain nampak aku nangis selain tetamu mlm td.

Cepat2 aku bersiap gi keje, then kuar umah. On the way gi keje, mata berair, tp aku tahan. Tlglah jgn bagi muka aku merah lagi…

Skrg aku penat…penat ssgt. Tp aku kena buat keje. Walaupun skrg ni mata aku dah start berair…aku kena tahan..Aku kena buat keje supaya aku leh abaikan kepala aku dari pikir masalah tu utk sementara.

Aku tahu benda tu takleh aku elakkan sbb tu tanggungjawab aku. Aku kena gak hadapi. Tp how, aku tak th….Bestnya kalau bangun jer tido masalah settle…huhuhu…

Ok aku kena start keje gak. Doa byk2 ngan Allah. Insyaallah, Dia akan tlg leraikan kekusutan dalam kepala ni. Amiiin.

Pic from here

Friday, August 19, 2011

Secret Admire

Hari ni tak busy mn pun. Bukannya sbb aku malas bekerja, tp sbb kbykn task aku, dah berjaya disettlekan. Hanya perlu menunggu review, comment dan input dari org lain. Selagi tak settle, selagi tu aku leh rileks sikit. Alhamdulillah.

Tp bila xder keje, bosan pun ye. Tgh aku berlagha di alam maya, (nak kuar jejalan, duit yillek, cuaca panas kat luar, kereta park kat basement sayang plak kalau bawak kuar nanti parking tak der, malas sbb bukannya leh mkn kat luar pun), tetiba aku teringat topik yg aku dok borak ngan kawan kat skype tempoh hari. Cerita pasal secret admire.

Terkekeh2 kitaorg masa bukak citer pasal ni. Sbb topik ni mengingatkan hal2 zaman sekolah2 dulu. Aku bet, mesti korang pun pernah minat org kan? At least mesti ada sorang.

Aku ada lah few. Start dari zaman sekolah sampai la ni… La ni pun ada tuuuuuu….Hahahaha. Ala sajer jer, utk bg diri happy. Start suka org sbnrnya dari sekolah rendah. Tp aku pun dah lupa sapa org first yg aku admire (nmpk sgt gatal dari kecik). Tp masa sekolah rendah, tak thrill sgt kot.

Tp cam aku bincang ngan kawan aku, aku ni satu jer problem. Aku mudah cuak. Kalau org lain, org yg dia admire tegur, mestilah muka berseri2 kan. Aku ni lain plak. Kalau org tu tegur, dan2 jer buat muka sombong, muka ketat, kekwat gitu. Apa kejadah pun aku tak th kenapa aku jadi gitu.

Satu lagi masalah aku, kalau org tu aku suka giler2, tup2 dpt th yg laki tu suka kat aku, dan2 jer aku buat hal biar org tu tak suka aku. Blh??? Padan la muka sampai skrg tak kawin2..Hahaha

Letss…

=======================================================================

1. Kawan sekolah aku yang merupakan kawan dari sekolah rendah. Dari sekolah rendah lagi kitaorg dok satu grup. Almaklumlah dulu2 kira kitaorg dlm golongan bbdk cerdik pandai. Dan cikgu selalu susun kerusi dan meja ikut kedudukan result peksa. So selalu lah aku satu grup ngan kawan ni.

Bila dah masuk sekolah menengah, smpt sekolah ngan dia sampai form 1 jer kot, tetiba dia dpt masuk sekolah lain. Bila dia dah blah, tetiba kawan baik dia citer, mamat tu sbnrnya suka pada ssorg. Punyalah kitaorg geng2 pompuan kejar kawan dia ni nak tahu sapa la org yg dia suka tu.

Tp rsnya sampai sudah tak dpt jawapan. Sbbnya aku tampar kepala kawan dia tu sbb kawan dia tu kenakan aku balik. Hampehhhh. Tup2 last year borak2 ngan dia kat FB, dia ckp dia pernah suka aku dulu2. Hahahahahaha

=======================================================================

2. Kawan sekolah gak yg merupakan kawan dari sekolah rendah gak. Suka tgk dia ni walaupun masa dulu dia cam berlagak. Almaklumlah anak cikgu. Dulu sampai aku segan nak tgk dia. Padahal rsnya dia pun tak pernah suka pun aku. Pernah la dia digossipkan ngan kawan aku. Jeles simpan dlm hati. Hehehehehe.

Sampai la ni aku still kawan ngan dia. Malu2 pun dah takder dah. Bergurau senda cam biasa.

=======================================================================

3. Kitaorg masa sekolah menengah, kalau bbdk pandai, dok dlm kelas Perdagangan. Kalau bbdk yg bawah2 sikit, dok dlm kelas SP (Seni Perusahaan kot). Utk kelas kitaorg, bljr akaun, utk kelas derang, kalau laki bljr bertukang, kalau pompuan, bljr masak2.

Aku suka tgk mamat sorang ni yg kat kelas SP ni. So one day, aku berjln ngan kawan aku, lalu dpn kelas dia. Wahhhh sukanya hati sbb nampak dia pandang aku. Berdebar dan berbunga2 hati. Dia plak buat muka ala2 terkejut, surprise gembira. Ala2 ternampak wanita pujaannya lalu. Lagilah hati aku berbunga2 kan.

Perasan la kan utk bbrp hari sampai aku dpt tahu yg dia sbnrnya suka kat kawan aku yg sesama jalan ngan aku tu. So moralnya, jgn berjln ngan org yg lagi cantik dari korang. Nanti korang dilanda perasaan!!!!

Sampai skrg aku tak pernah ambik tahu lagi pasal mamat tu. Nama pun aku tak igt langsung.

=======================================================================

4. Kalau kat kg aku, menjadi kebiasaan bbdk form 5 dan form 6 utk sewa rumah sbg tmpt study derang. Ada gak yg kkdg form 3 pun dah pandai dok umah sewa ngan kekawan. Area umah yg ayah aku sewa dulu, ada la gak bbrp rumah kosong yg selalu jadi tmpt bbdk sekolah sewakan. Biasalah area umah kmpg, stkt umah kayu, murah jer sewanya.

Kbtln masa aku F2, ada bbdk sekolah berdktn menyewa kat situ (bkn satu sekolah ngan aku). Derang Form 6. Dlm 3 rumah kot derang sewa dan salah satu rumah tu, dapurnya mengadap dapur umah aku. Mata gatal aku, suka la tgk derang2 ni. Sbbnya derang ni kira baik gak ler sbb menjadi salah satu sbb surau aku meriah dgn pelbagai aktiviti. Mcm2 yg derang buat terutamanya derang selalu membacakan tazkirah dari buku2 after solat. So bila bbdk yg jenis kaki surau, azan pun best, blh dibuat imam, sah2 la kan org2 tua pun pakat ngidam utk jadi menantu derang kan? Apatah lagi bbdk pompuan cam aku. Hahahahahahahaha.

Dlm ramai2 tu, aku minat ngan salah sorang tu. Dia jarang balik umah famili dia sbbnya famili dia dok jauh, kkdg jer dia balik umah nenek dia. Sbb derang masih bersekolah, so selalu la derang minta tlg arwah mak belikan lauk bila pakcik yg jual ikan datang. Sbb kesian kat derang, selalunya mak aku akan siap2 masak utk derang. So tiap kali blk sekolah, derang akan ambik la lauk pauk tu. TIme tu la kan, menggatal, pi intai.

Kkdg time hujung minggu, tinggal mamat tu sorang2 jer kat umah, ayah aku selalu ajak dia makan jer kat umah kitaorg. Lagi senang kan? Tp aku kan bila cuak tu ada, jgn harap la aku nak tonjolkan diri. So spjg dia ada, spjg tu la aku melepak dlm bilik. Tp bila jauh, gatal plak mata dok mengintai.

Aktiviti mengintai bukan skdr kat umah, tp kat surau pun iye. Aku masa tu selalu la study kat surau kalau solat after maghrib. Sbb surau stkt dua tiga jengkal jer dari rumah, menjadi satu kewajiban bagi kitaorg satu famili solat kat surau. Dan selalunya sementara nak tunggu isyak, aku ngan kawan akan study kat surau. Masa tu kawan aku pun suka pada mamat yg sama. Aku sbg org yg terasa rendah diri (mmg diri aku ni rendah pun kan), of course la kan, terasa cam mamat tu mesti tak pandang punya aku kan dan semestinya akan nmpk kawan aku lagi menarik.

Surau tu sbnrnya surau kecik jer, yg hanya pisahkan pompuan ngan lelaki dgn kain jer. So bila angin kipasnya laju, akan nmpk la org kat sebelah. TIme tu la mata melilau ngintai. Nak2 mamat tu pun buat benda yg sama cma kitaorg, study antara waktu maghrib dan isyak kat surau.

One day, mamat ni tinggalkan buku dia kat atas divider antara laki ngan pompuan. Kawan aku ni nakal sikit, so dia curik buku tu. Dan buat kitaorg berdua terkejut terutamanya aku, punyalah besarrrrrrrrrrr dia tulis nama aku kat atas buku dia tu. Dan2 jer aku cuak. Walaupun dalam hati cam berbunga, tak sangka yg dia pun suka aku, tp dlm masa yg sama, aku jadi cuak dan takut. Itulah perasaan yg timbul bila aku tahu org yg aku suka, suka aku balik.

Dan2 jer mulai saat tu, aku cuba elakkan dari dia. Tak mo tgk dia, takmo intai2 dia lagi. Sampai lah dia abis peksa STPM dan blah dari rumah tu.

Even masa dia dtg melawat org2 kmpg termasuk famili kitaorg selepas ambik result peksa dia (dia dpt Best Student utk STPM batch dia), aku tak keluar pun. Masa tu dia dtg jumpa arwah mak, bg duit minta arwah mak buat jamuan kat surau utk org kmpg sbg terima kasih kat org2 kmpg spjg derang dok situ.  Org2 kmpg suka geng2 depa, siap sblm derang peksa, org2 kmpg buat mkn2 dan solat hajat utk derang.

Masa dia masuk universiti, aku pun masuk asrama. Last aku dpt card birthday dari dia. Dan aku ni sbb jadi takut ada org suka, so aku cam layan tak layan sgt dgn surat dia.

Dia satu universiti ngan akak aku. Masa aku gi melawat akak aku, siap akak aku ckp “Ni kalau mamat tu Mi tahu dtg ni, tak ckp ngan dia, mesti dia bising”. Aku pun tak bertanya pasal dia kat akak aku, tp akak aku yg selalu bercerita.

Dan last yg aku tahu, dia dah kawin pun, skrg jadi cikgu kalau tak silap kat kmpg famili dia.

Menyesal????? Ada la gakkkkk………..

=======================================================================

 

sambung yg lain kemudian……meeting daaa

Wednesday, August 17, 2011

Seorg Pakcik Tua

Tghr td dlm kul 3 lbh, aku kuar bersama dgn adik utk beli bhn utk masak utk berbuka puasa. Mmg panas sungguh tghr td. Masa mula2 masuk kereta, nak duduk pun aduhai panas giler seat kereta.

Kuar dari simpang kat umah, lalu satu2nya laluan yg ada utk masuk area perumahan kat sini. Jln tu pjg, dan sememangnya masih lom ada public transport seperti bas utk masuk area sini selain guna kenderaan sendiri. Jln pun berbukit dan utk keluar dari kawasan perumahan sini, jaraknya dlm 1 km lbh kurang or lbh. Dan sejauh tu gakler kawasan kedai yg terdekat yg ada. Dgn pokok yg jarang2 mmg panaslah kalau nak jln kaki di waktu begini.

Masa on the way ke kedai tu, ternmpk la seorg pakcik tua bawak basikal di tgh panas, jln terkedek2. Dia tak naik pun basikal tu tp iring jer basikal tu. Anggapan kitaorg ada dua: sama ada basikal rosak or sbb jalan masa tu dlm keadaan mendaki bukit so lbh baik iring jer basikal tu daripada tunggang.

Bila dah lepas dari pakcik tu, hati rs tak senang. Rs kesian ssgt. Sbb terpikir, nak sampai ke kedai tu jauh lagi. Lepas mendaki bukit, then turun bukit, baru turn ke kanan brulah ada kedai basikal (kalau dia nak pi situ la). Berjln kaki di waktu tghr bagi seorg pakcik yg tua, berjln terkedek2, bawak basikal, perjlnn yg masih jauh dan dlm keadaan puasa (sbb dia pakai kopiah, so assume Islam la kan), bg aku semua tu memenatkan utk seorg pakcik tua.

Aku dok bincang2 ngan adik aku. Spttnya aku berhenti utk hulurkan bantuan, bukannya berlalu pergi camtu jer. Tak senang sungguh rs hati. So aku decide, aku pi balik kat pakcik tu.

Walaupun dah agak jauh aku pi, tp perasaan tak sedap hati tu, aku pusing balik, pi carik pakcik tu. Mmg pakcik tu lom lepas pun lagi jln mendaki bukit tu. So aku berhenti kat dpn dia. Adik aku turun, tanya pakcik tu kalau perlukan bantuan.

Pakcik tu bawak basikal buruk, seliparnya putus. Aduhai, nak luruh hati aku bila adik aku ckp. Aku turun, nak bukakkan boot kereta kot2 leh aku sumbat basikal dia dlm kereta tu. Tp pakcik tu kata dakper, tak perlu. Dia larat nak pi sendiri. Basikalnya rosak, dia kata dkt jer kedai…turun bukit tu, nanti dah dkt dah ngan kedai baiki basikal tu. Brp kali aku tanya, dia tetap ckp dakper, dia leh pi sendiri. Aku pun tak reti nak adjust basikal dia dlm kereta aku. Maklumlah kereta tak besar mn. Aku pikir, kalau aku jatuhkan seat kereta blkg, nanti dia nak dok kat mana. Kalaulah adik aku pandai bawak kete, aku suh adik aku jer bawak kete, htr pakcik tu kat kedai, biar aku yg bawak basikal tu sampai kedai. Aku rela jer daripada tgk pakcik tu penat.

Tp pakcik tu tetap kata dakper, dia kata tak muat nak letak basikal dia dlm boot kereta aku. Aku dgn berat hati terpaksa la tinggalkan dia. Adik aku dok tanya aku, takkan takder anak2 dia. Sbb area umah aku ni semua rumah batu, mn ada rumah papan ke, setinggan ker. Kalau dari perckpn pakcik tu pun, dia org melayu, bukannya indon. Aku ni dahler pantang tul tgk org2 susah, apatah lg kalau org tua… Blh berderai air mata. Aku tak th la, pakcik tu ayah siapa… Dgn basikal buruknya, dgn berjln dgn selipar putusnya. Kalau ada selipar lebih dalam kereta td, sah2 aku bg jer kat pakcik tu. Mujur pakaian dia ok. Bersih dan kemas.

Lps settle beli brg, kitaorg singgah kedai runcit sblh ngan kedai basikal tu. X nmpk pun pakcik tu. Cam tak logik plak cepat sgt dia blah. Sbb kitaorg pi kedai, xdelah lama sgt before singgah sblh kedai basikal tu. Jauh lagi kalau nak sampai ke kedai tu daripada last kitaorg tinggal dia td. So kitaorg pikir mungkin dia pi kedai yg lain kot.

Aku harap sgt pakcik tu ok. Smp skrg aku masih teringat kat pakcik tu. even adik aku pun dia ckp masa dia solat, dok asyik teringat kat pakcik tu. Semoga Allah lindungi pakcik tu dan berikan yg terbaik utknya. Aminnn

Bila Diuji

Minggu lepas diuji Allah. Dan aku bersyukur dgn ujian yg Allah bg tu. Buat aku byk berpikir dan b’usaha utk mendekatkan diri padaNya.

Last week, hari Isnin (8th Ramadhan), konon nak buat ice blended utk buka puasa. So blend ice with air coffee. Sblm2 ni mmg selalu berbuka dgn air panas or kkdg air kelapa without ice yg adik beli kat Param. Best gak ler buatan sendiri, minum sampai 2 gelas sbb aku sorang jer minum, dan terpaksalah abiskan sendiri. Padan muka sapa suh buat byk.

Aku biasanya mmg tak mandi after bukak puasa. Selalunya akan mandi after balik terawih. Memandangkan mlm tu aku kepanasan, so aku mandi without water heater. Air without on water heater, mmg nyaman..sejukkkk jer air.

Lps mandi tu mmg best…..tp before tido, tetiba hidung pun dah start tersumbat. Tercungap2 nak tido. So aku ambik Vicks then sapu kat seluruh hidung dan dada. Konon bg relief la sikit. Then tido dlm keadaan kepala bagi tinggi sikit supaya tak blok hidung.

Baru jer tido dlm brp minit, terbgn tido sbb sesak nafas. Rs nak menangis pun iye sbb rs cam dada ni sempit giler dan nak bernafas susah giler. Dok keliling bilik tu pikir nak buat camner. Terasa cam Allah nak tarik nyawa jer. Mcm2 cara buat. Siap ambik losyen halia tu lagi letak kat dada, then paksa tido. Mmg susah giler nak tido sbb takleh bernafas. Cam org tutup hidung kita, tercungap2 giler.

Tido dlm bbrp minit, tersedar lagi. Mata mmg ngantuk giler. Tp xleh tido. Terasa insaf giler mlm tu. Terpikir camner la yek org yg kena asthma tu. Cam tu ker yek? Tgh pikir2 tu, aku pikir adalah elok kalau aku gi solat, ngadu kat Allah, minta taubat byk2. Mana la tahu kan, mlm tu malam terakhir aku ker.

After solat, percubaan tido bykkali tak menjadi, aku cuba alihkan perhatian buat benda lain, cam bukak FB la mcm2. Smpailah sahur, terpaksa gak ler aku turun sediakan sahur utk adik2. Time sahur, aku cuba sahur, tp langsung takleh nak makan. Aku mkn stkt dua tiga suap utk alas perut jer. Then masuk bilik.

Sbb ngantuk giler, aku cuba gakler tido. Tarik nafas dlm2. setiap nafas yg aku tarik, aku selawat. Syukur alhamdulillah, dpt gak ler aku tido kejap sblm aku bgn utk solat.

Siangnya aku gi jumpa Dr. Dr bg gas dan bekalkan ubat. Sbb puasa, so ubat tu leh guna waktu mlm jelah. Mlm tu before tido, aku mkn ubat dan letakkan ubat dlm hidung, syukur alhamdulillah esoknya aku mampu bernafas seperti biasa… Alhamdulillah…

Pengalaman ni walaupun bg org lain takder apa2 perngertian, tp bg aku yg merasai keadaan perit yg tak pernah aku rasai tu, adalah pengalaman yg sgt memberi keinsafan dan perngertian yg sgt2 bermakna. Walaupun bg org yg mendgr cerita aku ni, blh gelakkan aku, lawakkan cerita aku….bg aku, dakperlah, hanya org2 yg mengalaminya shj yg mengerti dan fhm keadaan tu. Dan aku bersyukur Allah panjangkan umur aku dan beri peluang lagi utk aku. Insyaallah aku akan gunakan masa yg ada ini sebaik mungkin.

p/s: Berita mengejutkan yg aku dpt pada hari ini tentang kematian salah sorang forummer IG buat aku sebak. Walaupun aku tak kenal arwah in person, hanya kenal arwah melalui forum, tp bila dpt berita tu, rs nak menitis air mata ni…Semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya. AlFatihah…

8-16 Ramadhan

Dah lama tak update blog. Malas pun iye, bz pun iye, takder benda nak citer pun iye. Hari2 aku rs cam full jer aktiviti aku.

4.30 - 5.30 :Prepare sahur utk adik2 dan sahur

5.30 – 7.00: Tido jap kalau sempat, solat sunat, solat Subuh, ngaji, prepare gi keje

7.00 - 7.30: Htr adik gi keje, aku pi keje.

7.30 – 8.15: Lepak surau, tido jap, solat sunat

8.15 – 1.30: Keje

1.30 – 2.00: Solat, rest

2.00 – 4.30: Keje

4.30 – 4.45: Balik keje, ambik adik blk keje

4.45 – 5.00: Solat asar

5.00 – 7.00: Prepare mknn utk buka puasa

7.30 – 8.00: Bukak puasa

8.00 – 10.00: Solat, dan solat sunat

10.00 – 12.00: Rest

12.00 – 4.30: Tidoooooooo

Itulah jadual aku tiap2 ari. Tp so far aku enjoy. Sbb tahu apa yg aku nak buat. Skrg ni pun aku dah makin enjoy masak. Rs best bila dapat buat mcm2..buat kuih la, masak tu la, ni la… Syokkkk….minta2 rajin sampai lepas raya…hehehehe

Keje pun aku rs makin fokus apa yg aku nak buat tiap hari. Syukur alhamdulillaah. Kbykn target aku semua tercapai utk setiap minggu. Nak2 bila big bos puji bila aku fwd my weekly report. Alhamdulillah. My target utk next year pun aku harap sgt tercapai. Insyaallah, kalau ada rezeki, Allah makhbulkan doa aku. Aminnn.

Sunday, August 7, 2011

6th & 7th Ramadhan

Nothing to talk about for this weekend. But seriuosly….aku lagi prefer weekdays pi kerja than berpuasa time weekend, dok kat umah doing nothing.

Dua hari ni aku tak buat apa2 pun. Even ibadah pun hancur. Solat utk 5 waktu mmg wajib la buat kan. Solat sunat hanya buat masa pi surau jer. Lps tu ntah apa2. Ngaji pun idak. Ishhhhhh teruk tul aku ni.

Kalau kebiasaanya after solat Subuh, amatlah jarang aku tidur sbb tak nak ajar tidur after Subuh. So selalunya kalau bukan puasa, after Subuh sama ada gi jogging or kemas umah.

Tp ni, nak jogging pun takleh..nak kemas umah pun mls sbb dok imagine kalau kemas umah, dahaga, nanti susah ooo. So dok la bertangguh supaya petang baru kemas. Konon kalau dahaga pun at least tunggu kejap jer, tiba waktu berbuka.

So melepek la atas katil dua hari ni melayan internet. Aku tak suka tidur lepas subuh sbb aku tahu, bgn jer tidur aku jadi pasif. Aku jadi cam org pemalas dan otak pun lembab. Kalau bukan puasa, leh gak bg otak cergas gi minum2 air ker apa kan. Ni bulan puasa mana leh. Aku mulanya tahan gak ler jgn tidur…tp sbb tak th nak wat apa, dgn bgn awal sbb masak utk sahur, tak pasal2 tertidur gak. So bgn jer tidur, jd la budak pasif.

Sbb tu lah aku lagi prefer weekdays kalau bulan puasa ni. Sbb bila aku sibuk buat keje, aku tak pikir pasal mkn, aku tak pikir pasal letih, yg aku tahu buat keje then pi solat dan sedar2 dah kul 4.30 utk pulang. Sampai jer umah, readykan utk berbuka then lepak sampai la azan. After buka, aktiviti solat then lepas tu rehat, tidur then sahur utk esoknya. Kiranya dah ada cam jadual gitu. Tetiba aku jadi tak sabar nak pi keje..hehehehe

Kalau org lain pi kuar beli baju raya la bagai time weekend….bg aku, aku dah besarlah. Tak pikir pun dah baju2 raya ni. Kalau beli pun, just plain baju kurung yg takder manik2 ker apa sbb aku pikir nak pakai utk pi keje. No fancy2 baju kurung dgn bermanik2, berinner2 bagai tu. Aku standard kalau beli pun yg dah siap. Cam dua tiga thn ni aku asyik beli cotton murah jer. Alhamdulillah, ada la baju kan. Lagipun aku gi ofis pun byk berseluar jer.

Kalau org lain sibuk berbuka kat luar…aku tak prefer berbuka kat luar. Sbbnya aku pikir nak solat Maghrib lagi, then nak terawih lagi. Sbb tu kalau sesapa ajak aku berbuka kat luar, aku kena pastikan senang utk aku solat. Kalau stkt makan kat mall tu, aku tak berminat sbbnya nanti berebut2 plak nak solat bagai. Tp kalau mkn kat hotel, aku selalunya make sure berbuka dulu ngan kurma dan air, then aku gi solat dulu, barulah gi terjah mknn sbb buffet kan. Makanan mmg dah ready. Utk terawih, kalau berbuka kat luar, terpaksa lah aku solat sendiri.

Sbb kemalasan smlm, adik aku masak ikan sweet sour jer. But today, rajin sikit jer, kitaorg beli ayam percik ayamas, tp aku masak nasik, sup dan park choy masak sos tiram. Alhamdulillah.

Ibadah aku pun hancur ari ni. Aku berdoa semoga esok kecergasanku semakin pulih. Harap2 jgn lah hancur lagi.

Insyaallah, aku harap2 sgt Allah terima ibadahku utk 2 hari ni. Amiiinn.

5th Ramadhan

Baru dua hari berlalu, aku dah terlupa apa yg aku buat hari Jumaat. Cepat sungguh memory ni hilang. Tp aku just lupa apa yg aku buat time sahur jer.

Anyway, ari jumaat ari tu aku tidur jap after sahur sbb ngantuk giler then bgn around 6.30 utk bgn solat dan bersiap pi keje. Kul 7 dah kuar umah htr adik keje and around kul 7 dah sampai ofis. Sign in, masuk bilik letak bag, terus pi surau.

Kononnya pi surau utk tido jap, then kul 8 bgn solat Dhuha. Sekali ada akak ni kat surau, dan aku pun tak leh nak tido sbb bunyi org ke sana ke mari sbb akak tu kejap2 kuar, kejap2 masuk, then lampu tak tutup. Last2 aku bgn, siap2 utk solat. Sementara nak tunggu kul 8, aku ngaji jap.

After solat, terus naik atas buat keje. Kononnya dah ada plan apa yg aku nak buat for that day. Tgh2 buat keje tu, aku nak print something, terbantut jap. Sbbnya ada budak praktikal ni print dia nyer report punyalah tebal sampai paper dlm printer tu abis. Yg geram sbb dia tak tunggu pun kat situ, tp dok dlm lab. Printer tu kitaorg dah setting utk print guna network. So tuan yg nak print tu can sit anywhere, so agak2 dah settle print, barulah mai ambik.

But for this budak praktikal case, reportnya tebal bukan main, tp tuannya tak dtg pun check paper cukup ke idak. So bila kitaorg nak print, masuk kertas jer, semua yg dia punya. Tak larat kitaorg nak menunggu masuk byk kertas, tp still kuar yg dia nyer report. Ikut jahat, nak jer cancelkan dia nyer. Tp member aku ckp, baik takyah nanti dia reprint lagi la lama kita nak menunggu.

So terpaksa aku carik budak tu dan bising2 kat derang. Aku pun tak th budak tu praktikal under sapa. Ada la kot dlm 4 org geng depa dlm lab tu. Kejap2 bunyi printer, nanti muka depa pun muncul. Kerap giler. Sampai kitaorg dok pikir, apa la derang ni buat sampai asyikkkk la dok memprint.

Sbb case tu, aku dan kekawan dok la berskype citer pasal benda ni. Suppose derang ni tak blh pun guna kertas ofis tu. Yelah kitaorg nyer kertas limit, even selalu kena warning kat email suh jgn bazirkan kertas. Even kitaorg digalakkan guna recycle paper. So bila tgk bbdk tu sesenang hati abis satu rim tu derang guna utk report derang, jadilah bhn umpatan kitaorg (astagfirullah). So masa derang dok lepak kat bilik aku sibuk memprint, aku nasihat derang suh guna kertas sendiri. Utk print sikit2 blh la…jgn la sampai report tebal gila2 tu nak guna ofisnya plak.

Aku dok skype ngan kawan aku. Dari dok citer pasal bbdk tu print, berleretan sampai ker secret admire then pasal mamat india suka kt kawan aku. Hehehehehe

Kitaorg mulanya bercerita pasal untung giler bbdk ni suka hati jer print kat ofis. Sedangkan masa kitaorg dulu, print pun kena byr. So bila citer pasal belajar, timbul plak citer pasal secret admire…bila citer pasal admire, timbul plak pasal jodoh then tetiba plak kuar pasal budak india kat dlm bilik aku tu dok suka kawan aku. Hehehehe..Meleret2. Last2 satu keje pun tak jadi.

Masa tgh dok berskype tu, member aku bocor rahsia yg dia tgh dok layan citer Korea instead of buat keje. Dan2 la plak aku terjebak sama. Tp aku tak layan citer korea tp layan kartun. Hehehe

Terus takder mood buat keje (padahal dlm hati bersalah giler sbb ponteng buat keje). Sampai lah ke ptg, aku rs cam aku tak buat satu pahala pun tp semuanya dosa.

Mungkin sbb tu kot, sampai ke mlm aku rs cam xder mood. Huhuhuhu. Tgh solat pun, pikiran kacau..macam2 dok pikir.

Semoga Allah terima ibadahku..insyaallah…