Tuesday, March 8, 2011

Bila Semangat Datang

Aku tgh ngantuk ni. Nak check pin mana utk connector RS232 pun aku rs cam mata aku sempit sgt nak pandang pin2 tu. Sbnrnya ada 2 cara utk settlekan masalah ni:
1. Aku bukakkan mata seluasnya, jengilkan mata tu, dan bukak datasheet IC tu, dan trace pin mana yg sambung kat 4 pin ni.
2. Aku pi tanya jer hardware engineer tu. 

Penyetelan yg ke2 tu adalah nmpk sgt cara org mls, nak senangggg je keje. Nampak cam xder usaha kan? Dakper2 aku akan usaha. Tp lepas aku tido jap ok ker?

Ok, dah larik dari tajuk. Nampak sgt ngantuk kan.. Membebel benda lain. Hehehe....

Ok2....semangat apa yg datang? Hehehehe..tetiba jer aku rs cam best giler bersukan. Gelak2 jgn tak gelak.

Oklah, aku ni kan dah biasa lone ranger. Dari dulu sampai skrg. Nak2 bila kekawan dah kawin, aku lagiiiiiii lah mengasingkan diri. Mmg buat hal aku sendiri jer.

Oleh kerana lone ranger adalah besfren aku, kebykn aktiviti yg aku buat adalah aktiviti yg sesuai utk org perseorgn. Aktiviti2 yg pernah aku buat adalah pi jogging dan swimming. Dan kkdg aku pi lepak kat taman sorang2, sambil bukak buku citer. Selalunya aku buat cenggini lepas aku jogging di pagi hari. Lps penat jogging, aku akan ambik buku citer, carik tempat teduh, then lepak sorang2. 

Getah kat baju mandi pun dah mengeras. nampak sgt dah lama terbiar baju tu


Stkt ni takder org kacau sbbnya di waktu pagi masih ramai bergelumang atas katil dan paling utama, takder sapa nak kacau awek buruk.

Aku pernah la gak main squash. Tp squash memerlukan sorang partner utk bermain. Aku rs takder org nak main squash sorang2. Nanti org kata "Kesiannnnnnnnn..nampak no takder kawan".


Aku kenal squash ni zaman bljr dulu. Masuk kelab squash, padahal raket squash pun aku tak pernah sentuh, apatah lagi main squash. Aku terjebak ngan kelab tu sbb senior ajak. So main lah aku. Tp sampai skrg aku igt, senior laki aku tu jahanam. Mentang2 aku ni bodoh main squash, dia pedajal aku, maki aku suh aku balik asrama, carik kayu dan cuba main hayun. Benci aku kat dia (padahal sblm tu aku suka tgk dia). Coach yg ajar adalah cikgu English: sorang mat salleh dari London namanya Mr Richard dan cikgu pompuan cina, aku lupa nama. Hehehe.. Sbb derang ckp English, sedangkan aku broken english, lantaklah weh...asalkan aku tahu, maksudnya suh pukul bola. Kenapa mamat senior tu tetiba terjebak maki aku? Sbbnya tetiba dia kena ambik alih ajar kitaorg time cikgu2 tu takder. 

Back to present...aku asalnya main ngan kawan aku..tp dia dah pindah Penang. So takder geng main. Then aku ajak adik kawan aku main. Kejap jer sbb kkdg aku bosan sbb dia malas kutip bola. Hahahahaha. Skrg dia pun dah abis bljr dan ikut laki dia. Dan kkdg aku ajak kawan aku sorang tu. Sama gak, dia pun sibuk ulang alik Penang. So aku pun dah takder kawan utk main. Dan raket tu pun dlm store, apa ntah jadinya.

Dan aku terus sambung aktiviti persorangan aku..... sampailah minggu lepas setelah di ajak kawan utk join futsal. Dan aku tak sangka, aku terjatuh cinta main game tu. Dan tak sangka dlm aku tak reti main, rules pun ntah mana2, main rembat suka hati, kitaorg leh menang dan aku jadi salah sorang wakil yg terpilih utk main dlm team Selangor nyer kelab.


Dan today, member aku ajak join badminton nyer team plak. Sbnrnya badminton pun dua kali lima gak. Aku bukan terer pun. Takat main raket murah dpn rumah dgn bola tangkis warna warni, so what do you expect? Tp apa salahnya kan... Nak enjoy jer pun. Bukan lebih pada nak menang pun. 

Kalau pakai seksi gini, bola leh gi laju yek?

Tetiba terasa semangat nak bersukan. Rasa best ssgt. Laktu utk org yg biasa bermain secara perseorangan ni, bila tetiba bermain secara berkumpulan, jiwa dia lain macam sikit. Happy tgk kekawan happy. 

Ni tgh dok ajak kawan main squash. Dah lama tak main, tetiba ari ni gian nak main... ;)

Bila Masanya utk Kita Fokus

Dari ari tu lagi aku rs nak membebel. Rs geram, sakit hati, semua ada...tp aku membebel dlm kepala aku jer. Aku tak luahkan lg. Aku pikir, aku bebel, aku maki, mcm2 la, dlm kepala saja.

Kebetulan mlm tu, aku tido lambat. Sambil dok main sudoku bertemankan chy lampu tido, aku membebel2 dalam kepala. Sampai one time, aku tak pasti apa yg aku bebelkan. Sampai satu tahap tu, aku tetiba tersedar, eh, pehal tetiba aku berckp slang Indon ni? Confuse aku. Mujur aku cepat2 sedar, aku baca Kursi, 3 Qul, sekuat yg aku rs telinga aku dpt dgr dgn jelas apa yg kubaca.

Paginya aku bgn dgn perasaan utk ignore semua benda tu. Aku malas pikir, so aku channelkan perasaan mlm sblm tu dgn benda lain. Kebetulan smlm aku ada buat benda lain yg tak perlu aku pikirkan. Layannnn jer...So sampai ke ptg, aku tak pikirkan ia.

Tetiba mlm td perasaan benci, menyampah, geram semua tu dtg kembali. Agak terganggu utk aku tido. Kenapa lah aku perlu pikirkan benda2 ni. Aku pun tak tahu.

So pagi ni, bgn dgn perasaan tu masih terbuku kat hati. Tp aku pikir sedalamnya... Sampai bila aku nak kena pikir semua benda ni? Sampai bila aku nak kisah pasal mereka2 ni? Apa yg aku dpt? Sampai bila aku nak pikir apa yg org kata pasal aku? Sedangkan setiap detik dan ketika, apa yg kita buat, org mesti kata gak.

Aku pi breakfast ngan kekawan dgn otak masih berpikir. Mujur ada kekawan bercerita pasal benda lain, buat otak terswitch kejap. Balik mkn pun masih berpikir.

Dan now, dok dpn PC, aku sedut udara sedalamnya dan lepaskan... dan aku rs aku dah buat keputusan. Aku rs inilah masanya utk aku ignorekan semua benda2 tu. Elakkan 'berjumpa' atau 'melihat' mereka2 ini. Lebih baik aku fokuskan apa yg aku perlu buat sekarang yg mn memberi manfaat pada diri aku. 

It's time for me mendelete semua permasalahan itu dari diri aku. Sikit demi sikit aku dah mendelete benda2 yg tak perlu dlm hidup aku. Aku tahu takleh buat secara serentak, tp slow2 la kan. 

So utk ari ni, aku nak fokus pada kerja aku. Aku nak ignore semua2 yg tak mendatangkan manfaat utk aku. Kkkdg aku rs rindu ngan kehidupan lama aku.....


Monday, March 7, 2011

Bila Kembali.....

Bersepah!!!!!

Ni keadaan meja masa jumaat nak blk.


First aid atas meja sbb nak balut kuku kaki yg cedera. Dgn bil tepon celcom projek nyer aku main letak jer dulu. Ngan bateri sbb nak test board dan baru jer lepas minum kopi satu mug.

Board main letak jer dulu. Byk benda nak buat masa tu. Kertas pink tu pasal personal loan BSN, ada dlm pigeon hole masa ambik bil celcom tu. PC dah siap tutup. sbb konon nak balik.


Kt kiri dua board tu, toys aku utk sampai Ogos nanti. Kat bawah tu aku nyer tool box, tp wat letak kaki jer. Brg2 dlm tu dah byk aku kuarkan. Masa kat Serdang, box tu jadi mangsa utk aku takung air aircond yg mencurah cam air terjun.


Malas tul nak kemaskan. Sbb nanti sepah balik (alasankah?..hehehe). Dakper sblm balik aku akan kemas kan. Insyaallah.

Sunday, March 6, 2011

Bila Sesuatu yg Tak Dijangka Berlaku

Terbgn pagi smlm awal, sblm Subuh dah bgn dgn mata terkebil2 x th nak wat apa. Dipikir2kan daripada melangut jer takleh wat apa, so aku bgn gi smbhyg Tahajud. Lps tu sambung kebil2 kan mata sampai org azan Subuh. 
Niat lepas Subuh nak la sambung tido, tp mata ni degil. Laktu ditambah plak dengan debaran yg tetiba datang. Ishhhh cuak la plak bila pikir ari ni ada lawan game Futsal antara KTMS. Mmg cuak sbb tak pernah pun dlm hayat main futsal, tetiba adhoc training 3 hari, terus lawan....takutttttttttt...

Sampai ke sudah aku dok berdebar. Sampaikan nk gi buat air pun jadi malas. Padahal lapar...layan jer FB. Sekali kawan msg, rupanya bukan aku jer, dia pun sama berdebar. Hehehehe

Dlm kul 9.30, aku start engine kete, then pi ambik kawan.Then konvoi ngan sorang lagi kawan pi ke Subang Jaya tmpt kitaorg akan bermain. Dahler susah nak parking, terpaksa la parking tepi jln.

Sbnrnya aktiviti start awal pagi, tp sbb kitaorg nyer game start tghr, tu yg pi lambat. Sampai sana perghhhhhhh ramainya umat, nak2 kaum lelaki. Lagilah aku gabra tgk derang lawan....Rs takut nak masuk situ, nak jer senyap2 lari..Hahahahaha

Risau gak sbnrnya. Sbbnya kitaorg nyer team, hanya goalkeeper jer ada pengalaman lawan futsal antara KTMS ni. Former team members this year semua ada hal so takleh nak join. Dan kitaorg2 yg join ni, semua takder pengalaman lawan. Tu yg makin la berdebar.

Spttnya kitaorg start lawan at 1 pm but court ada kosong so terpaksa diawalkan. Risau giler kitaorg. Aku dah berdebar2 giler. Yelah, last aku lawan2 official gini masa aku drjh 6, main hoki....yg lain2 tu semua main2 jer...Ala takat lawan main telematch masa family day, apa la sgt kan? Tp main ni, sblm main mmg berdebar dgn ramai dok keliling tgk kan? Tp once wisel start bunyi, mmg tak pikir apa dah. Pikir nak save bola jer.

Ada 3 tea yg kitaorg kena lawan, sbb hanya 4 team yg ada utk wanita. So first, kitaorg lawan tu, dpt seri. Tp team tu perghhhh badan masing2 mantap tp skill lbh kurang kitaorg jer. Tp blh thn kasar gak derang main. So seri 1-1. 

Kitaorg rehat kejap jer, terus kena lawan 2nd team. Yg ni badan takderlah mantap cam sblm ni tp skill derang bagus. Tp kitaorg menang 1-0.

Rsnya rehat baru je 5 minit, terus kena lawan 3rd team. Masing2 penat giler. Laktu keeper kitaorg plak tgn dah seliuh. So byk yg terbolos. Bila 2nd goal derang sumbat, kitaorg cam dah frust dah pun. Sbb mmg dah tak larat nak catch up derang. Tu yg end up derang menang 4-0. Suka giler derang. (Rupanya semua game sebelum ni, team ni dah kalah, patutlah happy giler derang menang....tp derang blh la sbb rehat dah byk..hahaha)

Bila yg last ni, kitaorg igtkn dah takder harapan dah pun. Paling bagus pun dapat tmpt 3 la kot. Sekali tgh kitaorg dok lepak tgh budak laki lawan, tetiba member dtg kata kitaorg dpt tmpt ke 2. Rs tak caya, cepat2 gi tgk papan keputusan. A;ah la, mmg no 2. Happy giler kitaorg. Sbb tak sangka langsung.

Sblm2 ni kitaorg nyer team hanya mampu dpt tmpt ke 3, tu pun sekali jer, yg lain tak pernah dpt no. Bila kitaorg yg tak pernah main ni dpt no 2, rs cam miracle jer. Tu yg kitaorg happy sgt. Dahler main secara adhoc, Isnin, Rabu, Khamis training, ari Sabtu dah lawan. Perghhhh

Tp aku suka sgt ngan my team. Kitaorg nyer teamwork bagus. Semua org dpt main. Kitaorg mmg perhatikan mn2 team member yg nmpk penat, cepat2 tukar bg derang rest jap. Syukurlah, semua org dpt commit. Laktu dgn goal keeper yg superb. Cuma last tu jer sbb tgn dah seliuh. Yg lain tu byk dia selamatkan bola. Mmg kitaorg tabik spring la kat dia.

So ni lah hasilnya. Tak sia2 kuku kaki cedera dan hati berdebar2. Hahahah


Dan yg paling tak disangka, dpt khabaran dari pihak penganjur yg aku and my friend terpilih utk masuk team wakil Selangor. Aku sampai skrg blur camner leh terpilih. Dakper lah, isnin nanti aku tanya balik. Aku sbnrnya cam tak sure nak terima ker tak.

Friday, March 4, 2011

Bila Tersilap Sasaran

Smlm sambung training but dgn coach lain. So smlm nyer training byk focus pada sepak bola masuk goal. Kena jog sikit sampai hampir ke depan goal, nanti coach lempar bola, cepat2 la sepak bola.

Dan smlm baru aku betul2 sedar, yg aku ni sepak guna kaki kiri. Yup, aku ni mmg kidal, but different ngan org2 kidal lain...aku hanya kidal certain thing jer. Cam menulis aku mmg kidal, bab makan pun aku kkdg confuse kiri kanan especially bab2 mkn ngan sudu garfu pisau ni. Tp cam main badminton ke apa2, aku lbh kuat bab guna tgn kanan.

Ari tu aku terperasan aku guna kaki kiri utk shot bola. Dan smlm baru aku betul2 sedar, mmg aku guna kaki kiri. Dan bila coach suh aku cuba guna kaki kanan, aku jadi cam lemah, cam tak selesa. So coach suh concentrate jer guna kaki kiri.

Smlm mmg byk concentrate shot bola masuk goal. And one time, aku ntah ler camner..tersilap plak kaki lupa bengkok kt depan tu, tersepak bola guna kuku kaki. Aduhhh sakit giler... Tp tahan jer sbb igt sakit2 biasa jer. So still continue main cam biasa. Sepak sekuat mungkin, tp control kaki tak bg kena kuku.

Tgh2 syok main tu, terperasan yg kasut ada kesan darah. Terus cuak. Aku bukan pikir pasal sakit, tp gerun bila pikir tercabut kuku kaki.

Dan2 jer aku pi tepi court, bukak kasut..rupanya dah basah stokin ngan darah kat kuku dpn tu. Dan2 jer kaki aku terketar2. So aku tekan2 kuku tu..nmpk la darah kuar dari celah2 kuku dan nmpk darah kat dalam kuku. Aku ni dahler jenis mudah ngeri. So cam lemah kejap kaki smlm bila tgk darah kuar kot kuku..

Bila nmpk cam darah dah stop, aku pakai kasut balik then continue main. Try gak sepak guna kaki kanan, tp still lemah gak. So aku kena terima hakikat yg mmg aku ni lg kuat guna kaki kiri.


Abaikan kuku kaki ku yg buruk itu. Dalam tu still ada darah beku dan tepi2 tu dah kuar dah air2 bisanya. Hopefully esok dah ok dan blh tendang bola cam biasa. Plan nak beli kasut lain sbb kasut tu kat depan hanya span nipis jer...tp baru teringat ada kasut satu lagi yg dah lama tak pakai. So selamat la duitku..


StickerNotePink:  
Tgh2 lari dpn goal, tetiba terasa cam pernah mimpi keadaan tu....huhuhu
Dan...apa la yg aku tgk ari tu yek, sampai aku leh mimpi pasal spy dua mlm lepas..huhuhu

Thursday, March 3, 2011

Bila Dah Suka

Sebenarnya ari ni cukup bz. Pagi td ada meeting, then discuss ngan Project Manager and later kena siapkan coding (dah kena sound suh siap cepat...insyaallah dpt settle cepat..aminnn). Ptg ni nak minta tlg hardware eng sambungkan pin controller board ni dgn board satu lagi.

Minggu lps member ajak join wakil company utk main futsal. So last Monday adalah ari pertama aku main futsal. Dan sekali main jer, aku dah jatuh suka. Rs best giler main. Rs release tension. Sepak kuat2 bola tu masuk gol dgn imaginasi goalkan sekali benda2 negatif yg ada dlm kepala. Aku suka spjg almost 1 hour main, aku tak pikir apa2 problem pun. Dan aku rs cam tak cukup jer nak main utk 1 hour tu.

So smlm kitaorg ada lagi training dan insyaallah ari ni last training. Lawan ari Sabtu ni. Terasa kelakar plak sbb first time main Isnin, Sabtu dah kena lawan. Laktu kena lawan dgn semua team, team semua sekali ada 4. Maknanya 3 game kena main. 

Risau gak sbb training ni pun, br main brp minit dah termengah2 dah. Hehehe Nampak sgt stamina kurang. Camner la nanti nak lawan dgn 3 game...

So smlm dapat jersi free



Aku ambik no ni sbb yg ni jer the only saiz M yg ada. Aku tak mo ambik L. Nanti nampak cam aku gemuk balik..Nehi nehi nehi...

Balik smlm jam aaaaa....huhuhu

Wednesday, March 2, 2011

Bila Dah Bosan Drive

Ari Isnin ari tu, first time main futsal dlm hidup. Dan tanpa disangka2, terjatuh cinta dgn sukan ni. Rasa cam best plak main. Terasa satu jam tu tak puas nak sepak bola. Dan yg bestnya, kepala rasa rileks, tak pikir apa2. Tahu nak sepak bola laju2 masuk gol.

Balik tu penat giler. Malas nak naik atas masuk bilik. Semua aktiviti sembahyang semua, buat kat bawah jer, tumpang bilik adik. Time tidur, barulah masuk bilik. Tu pun terpaksa tidur awal (padahal kul 11 jer pun) sbb pagi2 nak kena pi KL.

Kul 4.30, alarm dah bunyi. So message adik, kalau dia dah lepas terowong kat Genting Sempah, pls call me. Sekali dia ckp dia dah lepas dah terowong tu. So kelam kabut bgn cuci muka bagai, kejut adik sorang lagi utk temankan.

Pagi2 bawak kete pi KL dgn muka yg ngantuk, aduhaiiiii....Tp mujur dpt bawak kete dgn berhemah. After pick her up, balik umah, tunggu Subuh jap then tido kejap for 1 hour. Tu pun terasa cam mlsnya nak bgn.

Cam biasa, aku kena htr adik pi keje dulu. Aduhaiiiiii...jam giler kat depan tu. Mujur ari ni aku pi hospital so guna jln arah bertentangan. Dan mujur adik nyer ofis dkt jer ngan tempat jam tu. So menempuh jam kejap jelah, then terus guna jln blkg utk ke Puchong.
Sblm sampai ke Bandar Puchong, punyalah pjg jam. Arghhhhh...dan2 jer rs penatnya. Cuba buat2 tak pikir jam dgn layan lagu2.


Mujur sampai hospital tak lmbt sgt. Kul 9.30 dah dpt parking kereta. Mujur rezeki mlm td, Allah nak permudahkan urusan smlm, register kejap jer, pi buat blood test pun tak perlu tunggu lama dan plg utama, eventhough aku nyer giliran no 11, tp kul 11 aku nyer urusan jumpa Dr dah settle.Selalunya paling kejap pun, kul 12 lbh br settle.

Sbb rs cam sihat dan tiada keperluan utk MC (walaupun ngantuk giler), so tak minta MC pun ngan Dr. After settle urusan hospital, terus pikir nak balik umah, tp singgah dulu beli mknn utk adik yg baru sampai tu.

Niat di hati after lunch nak pi ofis. Tp nak rehat jap kat umah. Sampai umah terus tido dan tersedar dah kul 1 lbh.

Otak dok pikir2 nak pi keje ke tak. Tetiba terpikir nak balik ofis karang jam, dgn ari ni rs dah jemu gila drive, terus msg kawan kata ambik EL. Teringat pasal drive, rs malasssssssssssss ssgt.

Tp ptgnya sbb keterpaksaan, kuar gak drive ambik adik dari keje. Dan tugasan menghantar adik sorang lagi terpaksa di pass kepada adik yg laki tu. 

Sesungguhnya aku amat jemu drive...



StickerNoteKuning: Org hensem mn nak pandang org cam gua...hehehehe