Friday, December 9, 2011

Winter Time

Bulan 12, kalau kat negeri Omputih, time2 nak Christmas gini selalunya Winter kan? Sambil sejuk2 main salji, tukar2 hadiah, caroling…bla bla…

And tak sangka, my ofis pun dilanda musim winter walaupun saljinya nan ado. Perghhhhh..gigil beb kesejukan. Walaupun dah pakai cardigan, masih terketar gak (budget cardigan tu cam la tebal sgt, dahler pakai baju kat dlm cardigan tu lengan pun takdak). Terpaksa gak sarung jacket yg dibeli masa nak gi Holland dulu (motif? konon nak ckp tebal sikit berbanding jacket biasa?). Lega sikit walalupun tgn masih lagi cam kaku nak buat keje (ke malas nak mengetik/menulis?)

Sejak diumumkan yg kerajaan suggest pasang aircond kat pejabat ngan min suhu 24 C bagi menjimatkan elektrik, so this maintenance team pun ngan tegak berdirinya mematuhi suggestion itu tanpa pikirkan yg 24 C tu amatlah sesuai kalau ahli dalam bangunan tu setakat brp kerat org jer. Sedangkan dalam bgnn ni, amatlah ramai org. So ramailah yg mengomplen kepanasan dalam bgnn ini sambil membuat bantahan (hanya bbrp kerat org shj..heheh) takleh wat keje kat dlm bangunan dan harus mencari kesejukan kat luar bgnn..(motif alasan nak ngular? Oooppss…)

Memandang ramai yg mengadu kepanasan, akhirnya temperature diubah…..setelah itu keadaan berjln seperti biasa.

Until la bila skrg ni nak2 masuk bulan 12 ni, aku pun tak sure, derang ni ikut cuaca 4 musim ke camner, kesejukan gila2 la plak walaupun kat luar bgnn bagaikan gurun sahara panasnya.

So time ni, kalau feeling2 dok tmpt bersalji, blh la tampal kat sekeliling cubicle ngan pemandangan snow supaya khayalan itu lagi menjadi nyata. Mana tahu angan2 itu menjadi kenyataan, dapat bonus tahun dpn (amiiiiiiiiiiiiiiiiiiin) dapat tempah tiket pi negara musim bersalji. Org kata, angan2 tu kkdg leh jadi kenyataan…So jom berangan skrg!!!

No comments: