Cuti Awal Muharram ari tu kan aku gi balik ke/dari Penang naik keretapi. Syukur alhamdulillah perjlnn tergendala ni berlaku sebaik sahaja aku balik dari Penang. Kalau tak, aku mesti maki mamat bodoh ni yg menyusahkan org!!
=======================================================================
Cemburu punca 1,200 terkandas
Oleh MOHD.AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my
GAMBAR fail menunjukkan sebahagian penumpang beratur menaiki bas selepas perkhidmatan kereta api tergendala angkara panggilan bom palsu di Tapah Khamis lalu.
IPOH – Siasatan polis terhadap kes panggilan bom palsu hingga menyusahkan 1,200 pengguna kereta api dari Tapah Road ke Tanjung Malim Khamis lalu hampir terungkai dengan tertangkapnya seorang lelaki yang disyaki berbuat demikian semata-mata hendak menghalang kekasihnya pergi ke Kuala Lumpur.
Lelaki berusia 25 tahun itu ditahan pada pukul 6.10 petang di Teluk Intan Sabtu lalu selepas polis mengenal pasti identitinya. Suspek yang merupakan jurujual di sebuah syarikat jualan langsung membuat panggilan dengan telefon bimbit.
Suspek berbuat demikian untuk menghalang kekasihnya yang juga bekerja di situ untuk pergi berkursus di Kuala Lumpur. Difahamkan, dia cemburu kerana bimbang jika kekasihnya terpaut hati terhadap seorang rakan sekerja mereka yang turut mengikuti kursus itu.
Pasangan itu juga dikatakan sering bergaduh tetapi berbaik semula selepas keadaan reda.
No comments:
Post a Comment