Thursday, September 8, 2011

9 days 8 nights

Tajuk tu terus teringat kat citer 2 days 1 night ni. Aku minat reality show ni..hehehe

Ni geng lama…MC Mong (2nd from left) ngan Kim C (2nd from right) dah takder..ganti ngan Taewoong ngan Jong Min.

Ok2…tajuk kat atas tu takder kena mengena pun ngan citer di atas. Sajer selingan….

Ok, sbnrnya aku nak citer spjg aku cuti raya ari tu. Aku sebenarnya start cuti Jumaat (ambik EL sbbnya aku apply tak cukup 3 hari waktu bekerja sblm tarikh cuti…patutnya aku apply ari Isnin lagi….tp hari Selasa baru realize yg aku hanya perlu guna annual leave sehari jer utk cuti raya ni…so apply hari Jumaat utk aku siapkan apa yg patut sblm balik raya.) tp perjalanan aku balik kg dan pulang berbakti di tanah Selangor ni ari Ahad. So start Sabtu tu sampai Ahad, kiranya 9 hari la kan? (Apa yg aku dok bebel pun aku dah blur..)

Pemerhatian aku spjg 9 hari ni….perghhhh byk benda yg aku tgk dan perhatikan dapat disimpulkan….

Perjalanan aku balik kg start kul 8 pg dari umah. Suppose blh jer blk awal lagi…tp adik aku konon nak pi Bangi ambik poslaju. So decide bertolak kul 8 pg dari umah then terus ke Bangi, then teruskan perjlnn balik kg.

Sekali blh plak adik aku tanya…..

“Pesal tak bertolak lepas sahur tadi”

Rasa nak hempuk pun ada. Bukan main mlm sblm tu, bila kitaorg ckp plan nak bertolak sblm sahur, means nak ajak sahur kat luar, dia ngan muka cam sedih, kata dia plan nak gi ambik barang dia kat poslaju. Konon nanti takder baju raya.

Kitaorg ni sbb pikir kesian kat dia nanti takder baju raya, terus decide tukar bertolak kul 8 pagi dgn persetujuan dia. Bila dia yg mempertikaikan pesal tolak lambat, mmg kena sound jelah. Blh plak dia ckp

“Ala..bukan baju raya pun yang nak ambik kat pos laju tu.”

Mmg nak kena…..

So bertolak terus ke Kuantan sbb mmg plan nak bukak pose kat Kuantan then after buka puasa barulah teruskan perjlnn menuju ke negeri tumpah darahku.

Syukurlah kan….kul 8 bertolak dari umah, sampai umah adik kat Kuantan dlm kul 11.30 gitu..jam pun takde, walaupun nampak jalan ke Bentong dah beratur kete.

Sampai umah adik, terus tido..ngantuk beb…Aku bgn kul 4.30 siapkan sahur derang dan tak tido lps tu..terus drive ke Kuantan.

Kitaorg bukak puasa kat Secret Recipe Semambu (kalau tak silap la) dan lps tu layan movie dulu barulah bertolak blk ke kg. So now turn my brother bawak kete.

Perjlnn agak slippery sbb ujan dan mujur ada highway baru dah siap (LPT Phase 2), so jimat sikit masa. Dlm kul 3++ dah sampai umah. Alhamdulillahhh..

Spjg puasa kat umah, aku masak jer sbb mls nak ke pasar ramadhan lagipun mmg spjg puasa aku jarang beli pun kat Param. Walaupun mkn biasa2 jer, tp alhamdulillah, kenyang gak kitaorg dan masakan semua abis.

Adik beradik kitaorg yg dah kawin ni mengamalkan sistem bergilir time raya. Means kalau tahun lepas dah raya kat umah kitaorg, so this year raya kat umah mentua masing2. Bukannya akan beraya dua umah cam sstgh org.

Memandangkan last year geng2 kawin dah raya kat sini, so this year tinggal geng2 bujang jelah yg beraya kat umah ni. Cuma adik aku yg dah kawin tu jer yg join raya ngan kitoarg sbb last year dia raya kat kg sblh laki dia.

Walaupun kitaorg beraya tanpa budak2 kecik, tp ok la….ada la aktiviti yg blh kitaorg buat dan masih buat sampai skrg.

Utk 1st day raya, after Asar, dah jadi kewajiban kitaorg akan melawat sedara kat kg sblh ayah dan 2nd day raya, pi melawat sedara kat sblh arwah mak. Alhamdulillah dpt la jumpa ngan sanak sedara dua2 belah walaupun dah makin berkurangan..huhuhuhuh

Kitaorg balik ke Kuantan ari Sabtu. Plan nak balik Jumaat ptg, tp tak jadi..lagipun cam kesian kat ayah. Ari Sabtu tu, suppose ayah nak join sekali pi KL, tp ntahnya tetiba dia kata tak jadi sbb dia nak abiskan puasa dulu. Insyaallah Sabtu ni dia dtg.

Perjlnn ke Kuantan dimulakan pada pukul 9 lbh pg (konon nak elakkan jam)..so budget dlm ptg mungkin baru sampai. Sekali kul 12 tu dah sampai MukhtafiBillahShah… Terus la ambik kesempatan sampai awal kat situ pi singgah umah makcik.

Lepak situ dalam bbrp jam…sambil mkn tghr, lepaskan penat, borak2, ngumpat2, bergurau senda…hehehehe. Then dlm kul 3 lbh baru bertolak walaupun makcik cam tak berapa nak bg kitaorg pi lagi sbb kalau blh nak suh tido situ. Tp sbb dah janji nak tido umah adik…ala…lagipun kitaorg dah tahu..kalau tido umah dia, sah2 la esoknya konon nak bertolak pagi, mesti tghr gak tolaknya. Biasalah makcik tu…konon suh bekfes dulu, then suh tunggu mkn nasik la….last2 selalu lmbt bertolak.

So sampai umah adik, terus terjah sambung tgk movie sbb nak tgk sequal citer sblm tu (Airplane II). Mujur la adik ipar tu memahami ipar2nya yg tak ntah apa2. Hehehe

Esoknya kul 9 lbh barulah bertolak pi ibukota. Tu pun tunggu abis tgk movie The A - Team..

Syukur alhamdulillah kul 1 tu dah terpacak menunggu sepupu kat Sg Besi LRT.

Apa yg aku perhati kan dapat disimpulkan (pergh pjg la plak aku menaip walaupun dlm kemalasan):
+++++++++++++++++++++++++
Ayah (Abah kitaorg panggil)

Alhamdulillah, nampak dia berlembut sikit ngan kitaorg. Takder dah dgr dia bebel2 pjg. Kalau dia bebel pun, kitaorg balas dalam bentuk lawak, last2 dia pun join gelak sama. Mmg nampak sgt dia cuba dekatkan diri ngan kitaorg. Mungkin bg org lain pelik bila aku ckp camtu. Tp bg kitaorg adik beradik, yg mmg tak rapat ngan ayah ni sejak dulu, mmg sesuatu yg lain la. Dan syukur ssgt bila tgk dia berubah camtu.

Kalau dulu2 blk kg jer, hati dok tahan jer sakit hati dgr apa yg dia ckp…tp skrg ni alhamdulillah, nmpk dia lebih cool dan takder la kita ckp spth terus dia nak naik angin marah2.

Bila tgk dia ari tu, rs cam sedihhhh ssgt. Nak2 bila dia bg amanat kat aku. Aduhai…aku ni mujur bukan anak laki. Kalau aku anak laki, lagilah byk aku diberi amanat. Tanggungjawab yg aku pikul selama ni kkdg buat aku terasa cam aku ni anak/budak laki jer. Hmmmm…

Aku harap sgt ayah aku happy dan sentiasa sihat. Insyaallah.

++++++++++++++++++++++++++
Mak Tiri

Alhamdulillah gak…sbb nmpk dia pun cam makin ok. Kalau dulu time kitaorg balik, asyik nak terperap dlm bilik jer. Time mkn barulah munculkan diri. Tp kali ni, nampaklah bila kitaorg masak, dia pun join tlg apa yg patut. Kalau dulu, ayah aku tu cam bukan laki dia. Time sahur, dia mkn sesorang dan dahulu dari org lain. Kkdg kesian tgk ayah aku. Mkn minum tak terjaga cam hidup bujang. Tp ni alhamdulillah, dia byk berubah. Bila tgk dia ok ni, kitaorg pun rasa lega la sikit. Kalau nak kuar pun, atleast dia inform kitaorg dulu. Takdelah menghilang sampai kkdg ayah aku pun tak th dia gi mn.

Kitaorg bukannya nak kesempurnaan sbb semua org tak sempurna dalam dunia ni. Tp dah ok camni pun kitaorg dah bersyukur ssgt. Atleast tenang sikit famili kitaorg. Alhamdulillah. Kitaorg pun bila org buat baik ngan kitaorg, kitaorg pun buat baik la gak ngan dia. Kitaorg ni bukannya jahat sgt. Pi memana, still kitaorg igt kat dia, beli something kat dia. Even time raya ari tu pun, kitaorg bg gak kat dia duit raya.

Hopefully dia jadi isteri dan wanita yg baik. Insyaallah.

+++++++++++++++++++++
Yang ni peringtn utk org lain dan diri sendiri gak…

Kalau pi umah org, kita nak tlg tuan umah, tlglah dgn ikhlas. Cthnya cam terjadi baru2 ni, ada tetamu datang berbuka puasa kat umah. Lps settle berbuka, aku pun basuh la semua pinggan mangkuk yang ada kat dlm sink tu. Dan adalah tetamu ni sibuk la dok minta ngan aku biar dia jer continue basuh pinggan mangkuk. Aku ckp dakper, biar aku jer basuh. Tp dia nak gak tlg. Last2 aku settlekan jer dulu mana yang aku dapat buat dan pass tugas kat dia. Dah nak sgt kan, dok bising2 kat blkg aku kan.

Tp kalau nak tlg tu, buatla keje ngan ikhlas. Sakit jer hati kitaorg bila tgk pinggan mangkuk yg dia basuh masih berminyak. Mmg nmpk sgt cam basuh cincai. Nak2 sudip dan kuali yg aku guna utk masak sblm tu, langsung tak sental. Cam dia jirus air jer. Saki baki masakan tu byk lagi kat sudip tu. Tak pasal2 kitaorg kena basuh semula. Adusssss…

++++++++++++++++++++
Hari raya ari tu sempat aku gi melawat nenek sedara yg tak sihat. Sedih jer tgk dia kurus giler, tinggal tulang ngan kulit jer sbb dia tak mkn. Anak2 dia dah byk kali usaha bg dia mkn, tp setiap kali dia mkn, setiap kali tu la dia luahkan balik.

Tgk dia, buat aku terpikir zaman tua aku nanti camner la yek. Huhuhuhu….

+++++++++++++++++++
Manusia ni penuh ngan pura2 kan? Cam terjadi masa raya ari tu. Sedih tul la bila org yg kita pelihara dari kecik sbb dia adik beradik dah jadi anak yatim piatu, bila besar, dah hidup senang, dan2 je lupakan kita.

Cam terjadi ari tu. Nenek sebelah mak dia tu, masa cucunya dah jadi anak yatim piatu, langsung tak ambik kisah kesusahan cucu2nya ni. Brp kali buang cucu2 ni. So nenek dan pakcik makcik sblh arwah ayah derang la yang ambik dan pelihara sampai besar walaupun mcm2 cekadak derang.

Tup2 bila semua dah besar, dah nmpk hasilnya..dan2 la plak nenek sebelah sana tu suh beraya sana. Siap suh anak sulung pi kutip semua adik2nya utk beraya situ. Kata2 yg diucapkan masa ambik adik2nya

“Mama ckp kitaorg adik beradik takleh berpisah, kena beraya bersama2.”

Erkkk..dah berthn baru nak raya sesama? Kebtulan raya ari tu si anak sulung nak kawin, majlis dibuat rumah nenek yg sana tu, inform sepintas lalu kat pakcik makcik dan nenek yg susah payah pelihara derang selama ni. Dahler bukan dari famili kaya, semua hidup susah gak, tp still jaga derang. Aduhaiiii..kecik hati famili sebelah sini.

Peringatn utk kita semua, jgnlah jadi seperti ini…

+++++++++++++++++++++++

Sbnrnya byk yg nak citer..tp cam pjg…so tak yah la kan. Baik citer pasal benda lain..hehehe

4 comments:

Wangi74 said...

Take care plug.Sesungguhnya kita semua menjadi anak yang terbaik untuk mak bpak kita kan

plug2pin said...

insyaallah..try my best to be the best

Cik Liza said...

insyaAllah plug.. Allah maha mengetahui.. huhu semuanya yang terbaik dia beri kpd kita.

plug2pin said...

a'ah..apa yg Allah bg tu, semuanya sbnrnya terlarat utk kita pikul cuma kita la kena tahu cara nak handle