Saturday, September 10, 2011

Aku Bukan Tomboy

Yup…aku ni bukannya tomboy….
Biasa aku dgr org bila berckp
“Aku dulu kecik2 tomboy sbb suka panjat2 pokok, pakai short, suka kawan ngan laki, bertumbuk ngan laki..….”
Aku suka panjat pokok? Yes, sukaaaaaaaaaaa…..tp aku gayat….pernah panjat pokok, lepak atas pokok, tp takat ketinggian yg aku blh naik adalah setinggi pembaris ni jer.

Korang tahu kan pembaris kuning cikgu2 dulu2 guna. Pjg mn la sgt kan? X mencabar langsung. Buat kena gelak ngan org jer..
Nak kata aku dulu2 pakai short??? Nak kena tibai gan ayah aku? Pakai skirt blh, jgn suar2 ni. Pakai benda2 larangan tu, sama ada kena tibai or ko dgrla bebelan berthn2 sampai berdarah telinga.
Nak kata aku berkawan ngan laki? Masa kitaorg satu family berpindah ke satu kg (ala tak sampai 1km pun dgn umah sblm tu tp isolate la dr org, so takde kawan sblm tu), aku kenal la jiran2 sekeliling yg ada anak laki. Sbnrnya ada budak2 pompuan, tp igtn aku byk pada permainan ngan budak2 laki cam main kejar2, bola beracun, ntah apa2 lagi. Kkdg main gak ngan budaak2 pompuan, tp abis2 pun main lompat tali jer. Tp kalau aku main ngan budak laki pun, still ada kawan2 pompuan yg join main. Nak kata aku tomboy sbb ni? NOOOO….takat main game2 ni je pun..standard la nama pun game. Cm la org lain x main.
Nak kata aku suka bertumbuk? Apa kejadah aku nak main tumbuk2 ngan derang? Aku kena tumbuk ada la…Hehehehe… Aku dulu2 kan pendiam, lbh suka isolatekan diri… so aku menjadi mangsa buli sekolah masa aku drjh 1 dan 2. Syukur alhamdulillah drjh 2, cikgu dpt tahu, terus tukarkan aku sorang jer ke kelas lain. Sian kawan2 aku yg masih menjadi mangsa buli dlm kelas tu (mungkin derang takut nak cerita kat cikgu or parents kot….aku drama queen, mcm2 aku buat walaupun aku tak citer aku kena buli. masih teringat aku kena dukung ngan cikgu sbb aku berlakon aku sakit giler sbb bisul..padahal tak mo cikgu tinggalkan aku dlm kelas tu tanpa pengawasan….yelah sah2 kena buli kalau cikgu takder) sbb aku still tanya khabar member2 kelas lama. Huhuhuhu
Stkt tumbuk2 ni, aku mampu bertumbuk ngan adik2 aku blh la. Aku ni kepantangan kalau adik2 aku kurang ajar ngan arwah mak. Kena debik terus. aku kurang ajar, dakper plak yek…Debik diri sendiri!
Aku tahu aku bukan tomboy. Tp mungkin aku ni jenis kasar punya org kot. Jenis yg ikut suka hati aku nak buat apa. Kalau aku aim nak buat sesuatu, aku cuba buat. Kkdg jenis hentam kromo. Mulut suka hati ckp tanpa pikir ngan sapa aku berckp. Entahler…..aku sendiri pun tak fhm ngan diri sendiri. Tp aku tahu, aku bukan tomboy.
Tp aku selalu diasingkan dari pompuan2 sekeliling. Diasingkan??? Hehehehe.. maksud aku, kenapa aku selalu dikategorikan lain dr pompuan2 sekeliling. Aku pun tak th. situasi2 gini selalu berlaku kat aku.
+++++++++++++
Kekawan laki: (bincang pasal tgk naruto apa benda ntah. Tp laki vs pompuan)
Aku: (tetiba sibuk menjawab) Org pun tgk naruto apa. (aku ngan certain2 org bhskn diri as “Org” or “oghe”)
Kekawan laki: Mimi lainnnnnnnn
Terkebil2 aku. Apa yg lain? Ada jer kekawan pompuan tgk naruto.
++++++++++++++
Kekawan lelaki: Dlm kereta, pompuan selalunya letak tisu kat dpn. Tp laki letak kat blkg sbb pompuan senang nak lap muka, mulut bla2.. senang nak bermake up
Aku: Yeker? Org letak kat blkg jer.
Kekawan laki: Mimi lainnnnnnnnnn
Korang igt aku ni apa???
+++++++++++++
Kalau berkonvoi dgn adik beradik aku, Kakak2 aku tak dibenarkan ayah aku bawak kereta dgn alasan, bg kat laki yg bawak. Tp kalau aku bawak, dakper.
??????????
++++++++++++++
Abg aku memBENARKAN aku bawak kete dia. Siap ajar camner nak guna kereta dia. But big NO to my sisters.
++++++++++++++
Ada adik beradik laki lain dlm umah. Tp bab2 htr dan ambik, minta tlg apa2, semua dtg jumpa aku. (br jer tgh dok tulis ni, adik aku mai ketuk pintu, tlg ambik dia karang. Padahal abg2 dia ada jer….tp aku kakak yg baikkkk ;)
????????
++++++++++++
Sbnrnya byk la yg berlaku kat aku, buat kkdg aku wonder. Apa yg famili aku tgk pada diri aku? Apa yg kekawan tgk aku?
Aku igt zaman sekolah2 dulu, selalu dok imagine yg aku sbnrnya laki. Hehehehe…siap tgk kat cermin, sambil membygkn kalau aku laki, camner rupanya.
Aku bukan pengkid, aku bukan tomboy, aku bukan suka pada pompuan……tp dulu2 iklan Dunhill tunjuk baju2 laki, aku suka tul tgk. Cam smart jer kalau aku pakai (bengongggg..tak sedar diri pendek).
Aku pun tak th la apa pandangan org lain terhadap aku. Aku bukannya berjln ngangkang cam laki. Aku lemah lembut apa (erkkkk….muntah adik beradik aku nanti). Xdelah…, aku still appearance cam pompuan apa.
Takdelah cam gini pun.
Gmbr hasil google

Aku masih camni…(update: ni bukan aku..ni org lain..takut silap fhm)
gmbr hasil google


Cuma aku tak fhm kenapa aku selalu dikatakan “lain” dari pompuan lain…Huhuhuhu



(sbnrnya aku adalah alien dari planet Zuhal………)

4 comments:

layd said...

lols..
setiap org mmg berbeza dari org lain.. ^_^

just the way u r gitu kan.. :D

plug2pin said...

hahahaha...

as long as org tak benci aku sampai tahap nak simbah asid kat aku pun aku dah bersyukur....hehehe

zarul said...

lawa yg baju purple tuh... ekekekeke... :P

plug2pin said...

hahahahaha...tak th sbnrnya tu sapa.....hasil google