Thursday, September 24, 2009

X seindah yg disangka

Wah..title tu main hentam jer...X tahu what the best title should I put. Sbnrnya xder apa pun...Tp tu la, otak ni asyik la pening dok pikir masalah. Kkdg aku jeles jer tgk org lain. Nmpk cam bahagia jer...padahal kita tk sedar yg derang ni nmpk jer bahagia, tp mungkin derang ada masalah yg lain. Mungkin tak sama ngan kita.

Semua ada masalah masing2. Ada ke org yg hidup bahagia, aman damai, smooth jer hidup dia sampai mati? Nabi Muhammad pun hadapi byk problem, ngan ada org dengki ngan dia lagi, yg tentang perjuangan dia lagi...lagi byk dugaan hidup kan.

Kkdg aku pikir camni jer....anggap jer apa masalah yg aku hadapi ni adalah sbg balasan atas dosa2 aku. Supaya aku pikir apa dosa yg telah aku buat selama ni. Jgn tuding jari pada org lain, tp tuding jari pada diri sendiri. Dan bukan tanda Allah tak sayang kita, tp Allah sayang, sbb tu bagi ujian kat kita supaya kita jadi lebih kuat utk hadapi dugaan yg lebih besar nanti.

Smlm aku dok borak2 ngan kawan aku thru YM. Member aku ni, kiranya member seperjuangan mencari keje masa lepas bljr dulu. Lps aku dpt keje ok, then sewa umah kat Bangsar, kawan aku ni tumpang dok sekali ngan aku utk carik keje.

Aku salute la kat kawan aku sorang ni. Usaha dia utk dpt gaji yg lbh, dia buat 2 keje dlm satu masa. Masa tu, mmg agak susah la utk carik keje. Aku pun kira syukur la kan, Allah bg rezeki, dpt keje awal dari derang. Kawan aku ni ngan sorang lagi kawan lom dpt keje yg betul2, so tumpang dok ngan aku. Masing2 keje biasa2 jer. Member aku ni lom dpt keje ikut kelulusan dia, so dia ambik jer apa2 keje yg asalkan dpt duit halal. Dia buat dua keje semata2 utk dptkan gaji rm1k jer. Pg pi keje kat KL, kat kwsp, jadi kerani kontrak kalau tak silap..pi keje pagi2 lagi...then dlm lepas Zuhur, balik umah, siap utk pi keje kat MPH, jadi tukang jaga a.k.a tukang susun buku. Every day itulah kejenya. Kuar pagi, balik tgh mlm. Tp hujung bulan campur tolak gaji dia dpt dlm rm1k jer. Tp minah ni pandai berjimat. Kkdg aku sampai naik malu kalau beli brg2 yg mungkin bg dia tak perlu. Tp utk aku, sajer nak abiskan duit.hahahah...padahal gaji aku masa tu pun, ciput jer pun. maklumlah fresh grad kat company kecik.

Lepas aku dpt keje skrg ni, aku dah jauh dari dia sbb aku dah pindah, dia pun sama. Masa tu dia dah dpt keje kontrak ngan anak syarikat Petronas. Ok lah gaji dia. Kiranya sama taraf ngan aku la masa tu. So blhlah dia nak rasa mewah sikit walaupun xder la tinggi mn pun.Brp tahun dia keje situ, tak naik2 pun gaji dia. tahap tu jer lah.

Lama x dgr khabar dia, Last2 aku contact dia last year, tanya khabar. Dia dah keje ngan oil and gas nyer company ngan gaji more than RM5k (aku tak tahu exact figure, tp bila aku tanya dia, gaji dia lebih dari rm5k ker, dia jawab yes. Tp tu standard la kan utk compaany O&G. I think she got more). Aku salute dia..kiranya Allah bg dia rezeki dgn kesungguhan dia selama ni. Ngan gaji dia yg besar tu, aku cam a little bit jeles la kan, sbb dia dah mampu beli kondo sebijik ngan tanggung adik2 dia. Dan masa tu gak aku dpt tahu yg parents dia bercerai sbb bapak dia sibuk flirt around (dah bercucu tu...) dan mak dia tinggal ngan dia.

So smlm aku berkesempatan utk borak pjg ngan dia dlm YM. X sangka rupanya dlm diam, dia ada problem. Igtkn ngan gaji dia yg besar, dia leh la guna duit dia utk melancong ker sbb last year dia pi umrah and this year sibuk dok ajak aku pi jln2.

Smlm kitaorg sesama la ngadu masalah masing2. Rupanya dia skrg ni jadi tukang cetak duit utk famili dia. Adik dia laki bini, anak2 dok ngan dia. Laki bini tak keje, dok harap dia yg dok tanggung famili. Suh carik keje, dah berapa kali kata nak carik keje, tp dok melepek gak kat umah tu. Ngan mak ayah dia pun dah tak keje. Laktu dok tabur citer kat org kg yg dia tak bg duit kat derang. Padahal member aku ni lah yg dok tanggung satu famili, dari yg lom kawin sampai yg dah kawin. Laktu dlm famili dia, dia sorang jer yg keje.

Member aku ni lak jenis pendiam, tak reti nak merungut dan lepaskan yg terpendam. So dok pendam dlm hati. Nak berkeras hati tak nak bg mkn minum kat adik dia satu famili ni, kesian tgk anak2 sedara yg tak bersalah. So dia lah tukang beli pampers, susu anak2 sedara. Aku pun tak fhm la org jenis camni. Harap org lain yg tanggung hidup kita satu famili.

Dia skrg cam pening kepala dan tak tahu nak ngadu. Ngadu kat mak ayah, mak ayah sendiri pun dok kata mcm2, sian dia... Skrg ni dia rs dia cam kera sumbang.tak kawan ngan org. Dok lepak dlm bilik sorang2 kat umah. Dok kawan ngan jarum dan benang...dah gaji besar pun, terpaksa gak buat part time, jahit manik utk dpt duit lebih, utk tanggung famili. Adik beradik ada pun, jadikan dia tukang cetak duit...

Aku kenal kawan aku ni camner...mmg dia baik. Tahu handle duit...tp org lain suka ambik kesempatan atas dia. Skrg ni dia rs dia nak pi jauh, biar famili dia tahu camner kalau dia takder. Aku pun tak mampu nak tlg dia...Satu jer aku pesan kat dia, belajar la luahkan tak suka apa yg org buat kat kita...Sbb itu yg aku bljr skrg ni...

Jgn Selubungi Diri Anda dgn Misteri 3...


Org kata bulan pose setan kena ikat kan...Tp dlm bulan pose, kejadian misteri still berlaku. Tanya ustaz, katanya jin ni, ada jahat ngan baik (means Islam). So jin ni tak kena ikat sbb dia pun cam manusia kena tunaikan tugasnya.

Rasanya pernah citer kot yg adik aku nmpk something masa bulan pose kat umah ayah aku. Sbnrnya dah lama dah kitaorg dgr dan nmpk mcm2. Tp masing2 buat derk jer..

Rumah ayah aku tu, nak kata besar tu idak ler....kalau masing2 balik, tak muat gak tmpt nak tidur. Tp sbb umah tu, yg dok pun brp kerat jer. Ayah aku ngan bini dia dan adik2 aku. Skrg ni lagi lah, adik bongsu aku dok asrama, yg lain keje luar dari situ, abg pada si bongsu dok kat UTM. So yg tinggal ayah aku laki bini jer. Skrg ni adik aku yg tgh praktikal jer lah yg ada. TUpun dia byk tinggal umah kakak aku yg sulung yg tak jauh dari situ.

Org kata kalau kita jarang dok bilik tu, benda lain akan lepak. Adik2 aku kalau derang ada kat umah tu, selalu lepak bilik dpn. Bilik derang kat blkg, selalunya derang tak dok kecuali kalau kakak2 derang yg kawin balik. Sbb jarang bilik derang berpenghuni, so ada benda lain la yg dok.

Pernah la masa derang dok kat umah tu, dgr kat bilik derang kat blkg tu, bunyi budak menangis la, ketawa la, mcm2 bunyi ada. Kkdg adik laki aku nmpk byg org lalu kat tingkap bilik dia yg ngadap ke bilik adik aku kat blkg tu. Aku sendiri pun pernah kena tekan ngan mahluk hitam kat bahu. cam tak bg aku pusing ke kiri tp aku lawan gak sambil baca ayat Kursi.

Bilik arwah nenek aku yg skrg ni adik laki aku sorang lagi dok pun, mcm2 gak citernya. Adik aku sendiri pun pernah nmpk byg org, pernah terserempak ngan kucing hitam.

Dan yg terbaru bulan puasa ari tu. Nmpk byg org lalu, tp takder sapa pun kat umah tu. Masa tu ayah ngan bini dia pi masjid. Then pintu bilik kat dapur tu yg biasa bini ayah aku lepak siang2, tetiba terbukak tertutup cam org dok main pintu. Adik aku pi intai kot2 ada tingkap tak tutup kot2 kena tolak ngan angin, takder plak. Cam ok jer...

So kakak aku minta ustaz buatkan air penawar dan air bacaan al-quran utk kitaorg minum, mandi dan apa2, utk elakkan dari terkena apa2. Adik aku yg pompuan tu pun, minta ayah kawan dia yg pandai dlm benda2 cam ni buatkan air penawar.

Balik raya ari tu, aku ajak adik2 aku baca Yaasin kat bilik blkg dan kitarg campurkan garam ngan air penawar tu, dan semburkan keseluruhan bilik2 yg berkenaan. Insyaallah dgn kuasa Allah, semua akan ok...

Syukurlah kitaorg pun tak layan sgt pun benda alah tu. Buat2 tak tahu jer. Org kata jgn takut pada jin dan syaitan. Kalau kita takut, derang lagi lah menambahkan bg kita takut. So, amalkanlah membaca ayat2 suci Al- Quran. Semoga Allah akan menjaga kita...Insyaallah...


Hari Raya Aidilfitri 2009

Mlm raya, lepas announce kata esoknya raya, kitaorg bersiap nak balik umah ayah yg jauhnya tak sampai 1 km pun...hehehe...tup2 masa tgh bersiap, tetiba blackout...DOk la melepek kat umah kakak sambil layan main bunga api dan merapu sesama sendiri.

Adik aku mls nak bazir masa tidurnya, so dia gorengkan ayam sementara nak tunggu electric ada. Sbbnya plan nak masak nasi tomato utk hari raya. Lepas settle goreng ayam, barulah kitaorg balik umah ayah. Masa tu pun dah kul 12 mlm kalau tak silap.

Sampai umah ayah, tgk2 org TNB baru dtg. Pdahal blackout start kul lbh kurang kul 9++ lagi. Tidurlah kitaorg dlm kegelapan, kepanasan, dan kenyamukan..hehe..Tp mujurlah dlm kul 2, elektrik dah ada. Tu pun siap2 pasang kipas, in case kalau elektrik ada, kipas already terpasang..hehe

Bgn kul 6 lbh, smyg subuh then tlg adik aku masakkan nasi tomato. Bini ayah aku dtg, kata bau sedap jer kitaorg masak..hehehe...

Lps settle, kitaorg siap2 utk pi smbhyg raya. Syukur tahun ni ada ruang utk kitaorg smbhyg raya. kalau tak, dah brp tahun asyik miss tmpt...asyik dtg lmbt ke masjid, mn la ada ruang utk kitaorg. terpaksa squeeze ngan org.

Sekadar hiasan..bukan tmpt kejadian..hehe

Lepas smyg raya, terus kitaorg berenti kejap umah, ambik surah yaasin dan cangkul, dan terus ke kubur arwah mak dan makcik. Adalah sthn kitaorg tak jengukkan..tp mmg every year, kitoarg akan bersihkan kubur mak ngan makcik.

Sekadar hiasan..

Masa tgh baca2 tu, tgk ayah ngan bini dia dtg. Tak sangka gak bini dia dtg. Masa derang start baca Yaasin, kitaorg pi bersihkan kubur makcik kitaorg (adik bongsu ayah....arwah mak jaga dia spjg dia sakit sampai la dia meninggal...padahal dia ada ramai kakak, sbb ayah the only son dlm famili...sbb tu ramai sayang arwah mak...dia penyabar..)

Lepas siap2, terserempak ngan pakcik makcik ni, laki bini yg jadi tmpt kitoarg mengadu, yg tahu serba serbi pasal kitaorg dari zaman arwah mak ada lagi, sampai skrg. Derang ajak pi umah derang.

Tak pernah2 semenjak lepas arwah mak takder, kitoarg pi beraya umah jiran2. Yelah, kitaorg ni bukannya sentiasa ada kat kg, so tak sempat la nak beramah mesra ngan jiran. Tp kalau jiran2 tegur, kitaorg kenal jer derang ni. So tahun ni, ada plak jiran2 yg ajak pi umah derang.

So kitaorg pi lepak umah pakcik makcik ni. Mcm2 cerita yg kitoarg kongsi. Syukur alhamdulillah, masih ada yg sudi berkongsi suka duka kitaorg. Lepas tu, kitaorg pi umah jiran yg jaraknya dlm 2 umah. Kitaorg rapat ngan arwah mak dia. Tp sejak arwah mak dia meninggal, kitaorg cam tak berapa la nak rapat ngan anak dia. Bukannya apa, anak dia tu laki, laktu bini dia kitaorg tak kenal.(jujurnya, aku baru jer kenal anak arwah ni...)

So masa ni la nak kenal derang semua. Bini dia peramah giler, katanya dia mmg jarang kuar umah. Dia ajak la kitaorg rajin bertandang ke rumahnya.

Ngan muka tak mekap, tak apa, tudung pun cam ntah apa2, kitaorg pi beraya umah org..hehehe...lepas jer beraya umah jiran2, terus balik umah. Ngantuk giler, terus tidur...heheh...tu lah raya kitaorg...

Dlm kul 1 lbh, masing2 bangkit, rupanya kakak dah call byk kali. Tanya bila kitoarg nak balik kg. nak pi jenguk sepupu-sepapat ngan makcik.

Lepas settle semua, kitoarg pi umah kakak, konvoi ngan dia pi balik kg, ayah ngan bini dia join sekaki. Pi tgk makcik. Kbtln makcik tgh tak sihat. Yelah dah tua kan...Muka dia, tangisan dia, perckpn dia dah jadi cam arwah nenek...sedih plak tgk. Biasalah kan bila dah tua, mata dah kurang nmpk, pemikiran pun smkn nyanyuk....nanti kita tua agaknya camtu la kot yek..

Lepas tu pi jenguk sat nenek/datuk saudara. Lepas tu balik semula umah sepupu. Sepupu aku ni dulu pernah masuk rancangan Bersamamu TV3 tu. Dia dulu miskin giler2. Sedih tau tgk dia dan anak2 dia. Tp semenjak kuar TV, syukur la, nmpk la perubhn dia dan anak2. Rumah pun dah ok, siap jamu kitaorg mkn nasik cara kg....Best oooooo...

Masa nak balik, ajatnya nak pi jenguk makcik yg dok sblh jer ngan umah sepupu. Sekali terpampang dpn umah tu, 'sepupu aku yg tak malu dok call aku suh tanggung anak2 dia tu,' ada kat situ. terus tak jadi pi, kirim jer duit raya utk anak2 sepupu aku sorang lagi tu ngan utk makcik aku kat sepupu aku.

Itulah hari raya pertama kitaorg....x ambik gambar pun...entahler...tahun ni raya 2nd worst buat kitaorg...tp last year hari raya paling worst...hehehe...

Anyway, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin

Balik Raya

Balik raya ari tu hari Jumaat after Zuhur. Tu pun bertekak dulu ngan adik laki. Ari tu dia janji nak balik tghr, tup2 ari Jumaat tu dia kata nak balik petang. Aku dahler nak elak jam, dia plak kata tak kira kul brp tetap jam. Kalau petang, dah dkt nak mkn katanya. Aku mls nak membazir masa, daripada dok melepek kat umah, baiklah teruskan perjlnn, kalau jam pun, at least ada la kemajuan sikit. Aku sbg kakak, biasalah mulut bising2 la kan...Mamat tu merajuk suh aku balik dulu, nanti dia balik ngan kawan dia..kononnya lah...aku bising2 ckp jgn ngengada, terus aku kuar umah, pi basuh kete and pi kunci rumah satu lagi tu. Geram gak ler aku....Dah ler otak aku tgh berserabut pikir mcm2...aduhai

Balik tu, aku tgk dia dah bersiap. Tp aku yg tgh bengkek lagi ni, dan rs ngantuk, lepak jap, tidur 2,3 min. Then terus bersiap, angkut barang2 masuk kete bagai. Then suh adik pompuan aku panggil abg dia. Masam jer muka mamat tu. Aku buat derk jer, konon2 gelak jer, cam takder apa2.

On the way balik, syukur alhamdulillah, takder la jam mana pun. Kat MRR2, biasalah kan, kat Pandan tu perkara biasa la asyik jam kat situ. Then lepas tu pun jam sikit, tak tahu apa punca, sbb sampai dpn tu sikit, jalan laju jer...

Kitaorg risau kat tol akan jam. Tp sampai tol Gombak, tgk line clear jer...Syukurrr....Masa kat Karak, dgr kat radio katanya kat Bentong cam jam sikit, so DJ advise please expect delays. So kitaorg budget mmg jam la kan...

Bbrp km nak sampai ke tol Karak, mmg jam sungguh, but still moving. Lama gak la.....until kitaorg nmpk atas bukit tu, cam kete laju gak...Dpn sikit, nmpk la sorang pekerja Highway ni berenti tepi jln, tiup wisel dan tgn dia suh kete pi laju sikit...rupanya bukannya jam pun, masing2 bawak kete slow time naik bukit tu...heran tul la....sampai tol, clear jer....Syukurrrr...

Masuk ke Bentong, yes...berderet kete, jam....Igtkan apa la kan...rupanya kat bandar Bentong, jln suppose 2 kete leh masuk, dia tutup satu, jadi lah satu jer kete leh masuk. Tu yg jadi jam tu. motif dia tutup jln, tak tahu. best kot tgk kete jam. Lepas jln tu, line clear...baru jer kejap, tetiba jam lagi...aduhai...tensen sihhhh...

Mujur still moving, pi dpn lagi, laaaaa...rupanya jln jam sbb masing2 slowkan kete nak tgk ada accident, kete terbalik.....Lepas tu jln ok jer..Mmg patut aaa polis cadangkan nak tutup tmpt kejadian tak bg org slowkan kete utk tgk accident..nak tgk, berenti tepi la kan...jgn susahkan org lain.

Lepas tu line clear then jam lagi...aduhai tensen....still sbb masing2 slowkan kete nak tgk polis dok ambik gambr motor accident. Lepas tu clearrrrrr....

Kitaorg berenti smyg asar kat Raub, then teruskan perjlnn...Buka pose pun dlm kete. Dah siap2 gorengkan ayam sbg bekal. Plan mkn nasik kat Kuala Lipis. Byk gak kete berenti tepi, masing2 berkelah kat tepi jln. Tp kitaorg takut la jam ke apa kan, so teruskan perjlnn. On the way tu, jln jam la kejap, cam biasa sbb kete slow sbb masing2 nak tgk, ada kete ni berenti tepi jln..aduhai...

Sampai Kuala Lipis, isi minyak, then carik kedai utk mkn. Masing2 takder selera nak mkn, aku ngan adik order maggi sup, adik laki aku mkn nasi ngan sup tulang yg tak rs apa..masing2 tak abis mkn, teruskan perjlnn..aku dah ngantuk giler, suh adik aku plak bawak kete

Aku sedar2, dah sampai Gua Musang, sambung tidur lagi, sedar2, dah sampai kat pekan kat kg. Adik aku order burger....lepas tu terus pi rumah akak aku. Tidur sana, dan sahur kat sana ngan akak aku satu famili dan adik2. derang semua tunggu kitaorg kat situ.

Syukur alhamdulillah, kitaorg selamat sampai ke kg tanpa bala bencana berlaku ke atas kami. Dan syukur, Allah permudahkan perjlnn kami, takder jam teruk ke apa, dan sampai pada waktunya....Syukran...



Thursday, September 17, 2009

Last working day before raya

Esok insyaallah dah start cuti. And insyaallah bertolak tghr. Konon nak elak jam. Selalunya kitoarg balik mlm. Teramatlah jarang balik siang kecuali kalau aku drive sorang2, tanpa org laki dlm kete (in case tgh2 mlm jadi apa2 kan, ala2 bodyguard). Kalau aku drive sorang2, selalunya aku balik kot Trg. Almaklumlah on the way tu, ada jer kkwn. So kalau aku rs ngantuk ker, penat ker, boring ker, at least blh la call kekawan teman aku mkn ker, minum ke utk hilangkan penat. Lagipun all the way lalu kot Trg, ada jer rumah2 org in case jadi apa2. Tak mcm laluan ikut Gua Musang.. Tu dia kena naik Bukit Tujuh yg berlingkar2 tu. Sapa yg biasa lalu tahu lah kan...Kalau aku stuck atas bukit sorang2, tak kuasa lah...

Teringat masa jln Kuala Lipis lom siap (yg cun skrg ni la), kitaorg biasa lalu ikut Sg. Koyan. Pernah di bulan puasa konon nak balik puasa kat umah la, my brothers and sister lalu situ and tayar kete pecah. Imagine la di tgh mlm, kat estet kelapa sawit laktu..mana la ada org lalu situ tgh mlm. Nak tak nak terpaksa lah lepak dlm kete menunggu ari esok. Mujur kakak ipar dh siapkan mknn utk derang. Pg esoknya barulah peladang2 ni dtg utk pi estet. So mujurlah derang tu baik, tlg my siblings. You know what, peladang2 tu ckp, situ tu kawasan agak keras (thanks God sbb time tu bulan pose..hehe) and pernah ada jumpa harimau (huhuhu).

So utk esok insyaallah balik ngan adik2. Hopefully kitaorg selamat sampai ke rumah tanpa berlakunya apa2 on the way and hopefully jalan pun tak jam.

Mlm ni lah baru start kemas baggage, kemas umah (nak mop umah..tak suka tinggal umah dlm keadaan sepah), basuh baju semua...Plan nak gi intai baju raya...Kalau tak, terpaksa la pakai baju2 lama....ala..baju2 tu pun bukannya selalu pakai pun. Dh gi ofis ngan suar dan t-shirt..hehe

Anyway, utk all off you yg sudi jenguk dan baca sini,

SELAMAT HARI RAYA

Wednesday, September 16, 2009

Pelakon utama Ghost meninggal dunia

Pelakon utama Ghost meninggal dunia


SWAYZE bergambar untuk promosi drama bersiri The Beast pada 14 September 2009.


LOS ANGELES - Aktor Hollywood bertubuh sasa yang diingati menerusi filem Dirty Dancing dan Ghost, Patrick Swayze meninggal dunia kelmarin pada usia 57 tahun selepas menghidap penyakit barah pankreas.

"Swayze meninggal dunia dengan tenang di sisi keluarganya selepas diserang penyakit itu sejak 20 bulan lalu," kata jurucakapnya, Annett Wolf.

Menurut wanita itu, Swayze meninggal dunia di sini, Amerika Syarikat tetapi dia enggan memberikan butiran terperinci mengenainya.

Peminat-peminat aktor tersebut hiba apabila mengetahui bahawa Swayze menghidap penyakit yang boleh membawa maut itu pada Mac tahun lalu.


SWAYZE bersama isterinya, Niemi pada 28 November 2005 di London.

Walaupun menghidap penyakit itu, dia terus bergiat dalam bidang lakonan.

Dia berkahwin dengan isterinya, Lisa Niemi pada 1975. Selain itu, Swayze sempat menjalani penggambaran drama, The Beast untuk saluran televisyen berbayar A&E.

"Saya menganggap mungkin saya dapat hidup selama lima tahun lagi. Namun mungkin saya terlalu optimis," katanya ketika diwawancara hos stesen televisyen ABC, Barbara Walters, pada awal tahun ini.


GAMBAR menunjukkan Swayze (kanan), Demi Moore (tengah) dan Tony Goldwyn (kiri) dalam satu adegan filem Ghost.

Sejurus selepas pemergiannya, laman web jaringan sosial Twitter dipenuhi ucapan takziah dan luahan kesedihan di kalangan selebriti Hollywood termasuk Demi Moore yang berganding dengan Swayze dalam filem popular, Ghost.

Pernah tiga kali dicalonkan untuk anugerah Golden Globe, Swayze mengecapi populariti menerusi watak Johnny Castle iaitu budak nakal berhati baik dalam filem Dirty Dancing.

Filem Dirty Dancing yang 'meletup' di pasaran antarabangsa menjadi batu loncatan kepada anak pereka tari itu membintangi beberapa filem blockbuster seperti Ghost, To Wong Foo dan Thanks for Everything! Julie Newmar. - Agensi


--------------------------------------------

Ramai tul artis meninggal this year. Aku asyik la dok tgk iklan citer The Beast kat Astro. Setiap kali teringat citer Ghost, aku akan igt scene dia ngan Demi More masa dok main2 ngan clay tu... One of my feveret movie...


Ngulau tak menjadi

Smlm konon plan ari ni nak merayau dlm sejam dua, nak pi area Bangi sana. Konon nak mengintai si baju raya. Almaklumlah satu helai pun lom beli. Byk benda dok pikir dek non...

Tp sblm balik smlm, my partner in crime, Mr Tinta pesan, ari ni dia nak turunkan ilmu petala ke 3. Cakra yang paling2 susah. Aduhai, berpeluh dgr...Hehehe

My partner in crime ni kena panggil menjlnkan PLKN...(hehehehe..plkn apanyer dah tua dek non..jgn marah yek). Disebabkan dia telah memakan duit gomen, so terpaksalah kena mendaftar menjalankan tanggungjawab sbg pemakan duit gomen...Hahaha....

Disebabkan dia main core dlm project ni utk software part, as partner, terpaksalah aku ambik alih tugasnya. So project mengulau ari ni tak menjadi la jawabnya sbb ni waktu keje..so pi buat keje la beb...


JGN TUKAR DIRI ANDA JD ULAR TAU!!!


Tuesday, September 15, 2009

Dah lama tak menulis

Dah lama aku biarkan blog ni tanpa tulisan baru...hehehe...Sebenarnya ari tu byk idea nak menulis. Nak menulis eh..menaip sempena Merdeka Day. Tp tu la, kepala ni berserabut. Byk pikir pasal umah, mcm2 problem..pikir pasal keje...pasal family...aduhai...

Pasal family dan peribadi, aku dah tak blh citer kat sini. Almaklumlah dah ada kekawan yg blh dikatakan every day nampak muka aku ni, dah baca kat sini. Sbb tu la aku wujudkan satu lagi blog, Spices of My Life. Tu privacy sikit. Start org2 terdekat baca, aku dah delete dah entry2 pasal peribadi. X best aaa org2 yg hampir seharian tgk muka aku ni tahu pasal hidup aku. Bg la misteri skit kan...heheh..Kalau setakat kekawan cyber cam K.Manis, Jue dan lain2, aku tak kisah sgt. Ni org yg tiap2 hari nmpk muka aku kan..(cam la depa melekat kat sini 24 hours..perasan kan..hahaha)

Otak berserabut pikir pasal masalah rumah, sampai aku tak ambik kisah langsung pasal raya. Ni baju raya lom beli pun. Asyik tangguh dari sehari ke sehari...ntah2 raya ni pakai jer baju mn yg ada. Ala...cam la aku raya sgt pun. Biasa tiap2 thn, lepas smbhyg raya, pi kubur, dgr lecture bapak aku, then lepak umah akak sulung aku sampai mlm. Kalau adik beradik pakat balik, kitaorg akan pi jln umah sedara blh arwah mak then arwah ayah. Tp this year, adik beradik yg dah kawin, tak balik sbb last year depa pakat raya kat umah kitaorg, so this year utk the other side plak kan. Fair la kan...takkan nak asyik raya tmpt sama je kan...

So this year, takat kitaorg yg bujang2 ngan akak sulung sefamily. Akak sulung mesti sibuk ngan family dia pi beraya umah kekawan dia. Almaklumlah cikgu kan. Kitaorg ni agaknya lepak umah jelah kot. Tu yg kitaorg ambik cuti pun pendek jer. Plan nak ambik cuti lama sikit time cuti sekolah. Insyaallah anak2 sedara yg kat Kelantan akan lepak sini ngan adik2. SO meriah sikit la kat sini. Lagipun pikir lepas raya nak settle pasal umah..Insyaallah kalau settle cepat, dlm bulan 10 dah dpt masuk umah sendiri...insyaallah....

Apa2 pun, utk semua,
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN
HATI2 BILA TRAVEL

Thursday, September 3, 2009

Don't Let Me Be Misunderstood - Yusuf Islam

People, do you understand me now,
If sometimes I feel a little mad
Don't you know no one alive can
always be an angel
When things go wrong I seem a little sad
But I'm just a soul whose intentions are good
Oh Lord, please don't let me be misunderstood

You know sometimes, I'm so carefree
With a joy that's hard to hide
Sometimes seems that all I have is worry
And then you're bound to see my other side
But I'm just a soul whose intentions are good
Oh Lord, please don't let me be misunderstood

If I seem edgy, I want you to know
That I never mean to take it out on you
Life has its problems and I get more
than my share
But that's one thing I never mean to do
I don't mean it

People, don't you know I'm only human
Don't you know I have faults like any one
But sometimes I find myself alone regretting
Some little thing; some foolish thing
that I have done,
But I'm just a soul whose intentions are good
Oh Lord, please don't let me be misunderstood
Don't let me be misunderstood
I'm just someone whose intentions are good
Don't let me be misunderstood,
Don't let me be misunderstood

Tuesday, September 1, 2009

Password salah??

Tetiba jer ari ni nak masuk blog, dpt error message kat password salah. Aduhai...camner leh jadi gini. Padahal mmg dok guna password tu jer, hari2 masuk ok jer...tetiba ari ni kata password salah??

Tak pasal2 kena reset password. Aduhaii..

Sebenarnya aku nak menulis kat dlm ni. Tp kepala ni sakit sgt..dari mlm td... igtkn sbb tahan ngantuk ke apa, so tidur la mlm td..bgn sahur td igtkn dah ok..tp ok la dlm 2,3 minit, then sakit balik..Ni masih dok sakit...rs berat jer kepala ni..X tahu punca apa..mungkin aku terlampau byk pikir about something dan bermonolog ngan diri sendiri??


(aku ketensenan 2, 3 menjak ni..arghhh)