Friday, July 30, 2010

i'm Lonely and Alone

Mlm td msg member, then tetiba dpt reply dari dia

Aku kecik ati ngn ko. Sbb 2 aku senyap jer

Aku pun confuse la kan, apa yg dia kecik ahti tu. So aku reply balik. Then dia jawab

Hal kecik jer..tp aku trasa. Ari 2 aku tgh stress, nak ngadu kat ko kat fb. Tp ko sound aku plak. Trus aku tk mo ckp ngn ko.

Hehehe...Sian kawan aku ni. Aku sbnrnya mmg tak suka pun guna function chat kat fb tu. Annoying aku sbnrnya. Nak2 aku ni jenis bukak byk page. So every page tu akan dok up kat bwh tu. Nyampah aku. Laktu kkg kita dah balas kat page satu lagi, kat page lain tu dok yg lama lagi, then mcm2 la yg buat aku nyampah. Aku pernah letak kat status aku yg aku mmg tak suka function tu.

Aku kalau org chat ngan aku, sama ada aku ignore, aku minimize, aku click tanda pangkah tu, or aku balas kat derang suh htr kat aku guna function msg kat fb tu. Kalau aku tetiba terbaik mood, barulah aku bls....

So masa kawan aku ni msg, aku just ckp kat dia minta dia chat ngan aku guna YM. Sbb biasa aku chat dia ngan YM. Mana la aku tahu dia terasa bila aku suh dia switch from chat kat fb ke YM...

Anyway aku bls msg dia, aku ckp, aku sedar la kan aku sapa, aku ni jenis kasar, mulut mmg jahat, so kalau tak mo kawan ngan aku pun dakper sbb nanti sian kat dia asyik terasa ngan aku kan. Even ayat simple camtu pun buat org kecik hati, apatah lagi ayat2 lain kan. So better jelah jgn kawan ngan aku.

Meleret dari mlm td, aku bawak sampai ke pagi rs sedih. Ntahler, rs cam when you need someone to talk to, you dont have one. Terasa cam nyusahkan org. Takut kalau sbnrnya semua org tak suka aku. Aku mmg tak pernah pun kata aku baik sbb aku mmg selalu rasa aku ni jahat. Sbb tu takder org nak kat aku, takder org suka aku, takder org nak kawan ngan aku...Hahahaha...

Pagi ni byk la plak benda yg buat aku sedih, tmbh ngan hal mlm td, meleret2 plak sedih hati dan terasa otak pun bebal. Terasa nak ngadu ngan kawan aku sorang ni, tp tetiba kecik hati, takut semua org dah tak suka kan. So pendam jelah perasaan ni sorang2.

Dakper, aku kan hati mmg dah hitam, dah keras cam batu. So kenalah kuat. Tahan jelah perasaan ni. Ala...takder org kisah pun kan.... So sendiri kena heal la kan...

Baru jer nak lepas kat sini, tetiba dpt msg dari kawan mlm td.

Aku pun bkn ada kawan lain. Ko je yg rapat. Bila aku nk kongsi prasaan, aku tk tau nk cite kat sape.

Tetiba jer mata aku berair....Ishhhhh..mujur takder sapa nampak aku nangis...hehehehe

Tadi nak jer aku rs nak pi tempat cam gambar ni then aku nak nangis puas2

Thursday, July 29, 2010

Makan dan terus makan

Pagi td gi bekfes kat tasik Serdang. Bukan sajer2 gi bekfes jauh. Tp sbb masing2 ada urusan. Sorang urusan ngan KWSP Kajang, dua ni urusan baiki kete kat Serdang. Sbb dah lama gila tak mkn kat situ, so kitaorg ambik kesempatan ni gi bekfes situ.

Apalagi pekena la mee bandung. Ntahler kat sini jer aku rasa mee bandung dia sedap giler. Tak try pun tempat lain. Mungkin kat Muar lagi best la kot. Tp tak pernah pun lagi pi mkn kat Muar sana. Pernah singgah Muar pun masa pi umah abg ipar masa akak aku kawin dulu.

Pi sana dlm kul 10. Lps mkn, terus gi carik kedai spare part. Aku budget mamat yg basuh kete aku ari tu bukak kete aku kuat sangat sampai pecah tmpt bukak pintu driver tu. Aku pun tak fhm, camner la blh jadi camtu. Sampai terkopek. Aku budget, dia tak matikan enjin kete, so autolock pintu tu tak off. So pintu still dlm keadaan terkunci. So dia nak bukak pintu tak blh, dia main force open pintu tu. Tu yg budget jadi terkopek. 

Aku sbnrnya tak sedar pun terkopek. Sbb masa tutup pintu kat kedai tu, mn tarik situ, Masa sampai umah, nak bukak pintu tu, barulah perasan. Malas lah nak pi balik kedai tu. Yelah, mn lagi, dah masa kita htr kete, elok jer pintunya, Balik2 keadaan tak cam asal. So aku boikot dah kedai tu. Nanti carik kedai lain plak nak basuh kete.

Beli brg jap jer. Abis RM40. Then pi kedai Hikmat Auto suh dia pasangkan. Dlm brp minit, dia dah siap pasang. RM5 dia charge upah.

So settle tu, dah on the way balik. Member plak tak jadi baiki aircond kete sbb katanya tempat tu mahal. Dia nak tanya tempat asal dia pasang aircond itu hari. So kitaorg nak balik tu, dia ajak singgah pekena cendol. Dah alang2 lalu situ kan. Perut padahal kenyang lagi, penuh lagi....tp tu dia, ruang utk mkn masih ada....

So singgah makan cendol...Fuuhhh, patutla depa ni suka sgt singgah mkn cendol lepas Jumaat, mmg sedap. Best sbb dia tak manis sgt. Secukup rs gitu. Settle cendol, nmpk sedappppp jer rojak dia. Apalagi, minta dia tapaukan. Lagipun dah nak masuk lunch hour kan. Alang2, tapau terus, tak yah carik bhn mknn utk lunch lagi dah.



Sedap gak dia nyer rojak ni... Settle rojak, buat keje kejap, diskuss ngan member jap pasla projek. Blh plak timbul rs nak mkn. Zuuppp turun bawah sat...Beli lagi mknn...Tp dakper, kita mkn buah...Nampak goreng pisang, tapi tahan nafsu, kita layan buah-buahan..Sihat sikit...



Berat dah makin naik. Risau takut kena lagi tegur dek Dr. Ada 2 minggu lagi utk bg turunkan badan sebelum kena bambu ngan Dr. Insyaallah by the time jumpa Dr nanti, at least turun sekilo, or paling busuk pun, maintain weight sebelumnya. 

Dalam risau2 takut kena marah ngan Dr, pi lagi tambah mkn...Ishhhhhhh nak kena ni....Jangan susahkan org lain kalau sakit...

Wednesday, July 28, 2010

Books and more books to read

Ni antara buku yg ada kat rumah skrg ni. Ada yg hilang, ada yg tinggal kat kg dan ada yg pinjam.


Ni koleksi novel English. Byk koleksi yg ada ni yg Sophie Kinsella nyer. Antara yg lom berbaca, yg Cecelia Ahern kat blkg tu. Dan sblh tu dia pun lom baca. Yg tu cam novel pendek tp ada 4 citer kot dlm satu buku. Buku Nora Robert tu tak sure dpt kat mn. Buku2 byk yg hilang. Mana ntah peginya. Ke ada yg dlm kotak lagi yek?

Yg ni koleksi Bahasa Melayu. Buku2 citer ni, byk yg adik2 pompuan belikan. Sbbnya aku ni malas beli sbb byk jalan citer dia sama jer. Laki kaya kawin paksa ngan pompuan susah. Then mula2 kawin tu laki torture bini. Lelama jatuh cinta. Then tetiba aawek lama laki tu wat hal, so laki tu cemburu dan berlaku salah fhm laki bini, then tinggal2kan bini dia. Then bini merajuk, larik tinggal laki dia...Then konon kat one place ni konon bini ni sembunyikan diri, laki ni dtg...then happily ever after...Duuhhh..

Jln citer byk yg sama. Tu yg jadi malas nak beli. Aku hanya tlg belikan jer mn2 yg disuggest oleh derang. Kalau aku beli pun, aku selalu baca komen2 kat internet. Kalau ramai kata best, ok, aku beli. Tak pun, aku baca kat blkg tu cam best, aku beli. Dulu aku suka kumpul novel Ramli Awang Mursyid. Byk kat kg buku2 tu. Aku ni mmg la tabiat suka beli buku. Byk duit bazir kat buku. Kkdg tak sempat baca pun, org lain dah pinjam. Ada yg aku lom sempat baca, dah xder. Cam koleksi ni pun, ni mn yg sempat ada jer. Yg lain tu byk kat kg. Berlambak ada. Bukan takat aku punya jer, adik2 aku pun iye.

Dlm byk2 tu, salah satu feveret aku, beli buku motivasi HM Tuah. Baca pun tak abis pun lagi. Cam kat atas ni, yg dlm plastik pun ada. Hahahah.....

Aku ni beli jer rajin, baca tu aduhaiiii..pemalasssss...

Skrg ni aku tgh usaha abiskan novel Cecelia Ahern - If You Could See Me Now. Ada la dlm seprh dah. Insyaallah by this week dpt settlekan. Dan jugak tgh abiskan buku yg dah lunyai tp lom abis2 lagi; Nak Tak Nak - HM Tuah.

Something Wonderful - Judith McNaught


Terjebak dengan novel Judith McNaught masa kat Matrik I dulu. Sekali baca, terus jatuh cinta dengan citer2nya. Layan sampai ke pagi semata2 nak abiskan baca novel tu. 

The best novel masa tu "Perfect". Sampai hancur buku tu kitaorg ramai2 jahanamkan. Hahaha

When its time for me to buy novels, I like to get comments or sugesstion from friends or internet. So bila xder idea utk beli novel2 baru (alamak, novel baru Sophie Kinsella lom beli lagi. I need to find one), timbul keinginan utk baca balik novel2 Judith McNaught ni cam Whitney, My Love; Perfect; Paradise, Until You dan Something Wonderful. So I start with Something Wonderful. Tu yg tinggal jap Twilight, layan citer ni jap.

Summary citer ni cam dalam Judith McNaught nyer web. 

The tempestuous marriage of Alexandra Lawrence, an innocent country girl, and Jordan Townsende, the rich and powerful Duke of Hawthorne, is about to face its ultimate test of tender loyalty. Swept into the endlessly fascinating world of London society, free-spirited Alexandra becomes ensnared in a tangled web of jealousy and revenge, stormy pride and overwhelming passion. But behind her husband's cold, arrogant mask, there lives a tender, vital, sensual man...the man Alexandra married. Now, she will fight for his very life...and the rapturous bond they alone can share.

My comment:
Citer ni mmg best. Kelakar pun ye, kesian pun ye. Kelakar ngan kebudak-budakan Alex tu. Yelah budak yg kena paksa kawin. Tak tahu apa kan. 

Masa first time jumpa, Jordan igtkn Alex ni budak laki. Yelah ngan gaya tomboy dia, dengan budak lagi, siap pakai baju pahlawan lagi (sbb attend party adik kawan dia). So bila ditangkap khalwat tu, dia mati2 la kan  igtkn tu laki. Rupanya pompuan. So utk save maruah Alex, dipaksa la kawin (and also her mum nak duit since turn out laki dia masa mati tu,rupanya berbini dua dan duit pun dah yillek).

Bila kawin, mula tu dia pikir nak letak jelah Alex ni mana2 rumah dia konon dia tak sayang bini kan, nanti dia lawat la sekali sekala (sama kekdahnya ngan bapak Alex dulu). Yelah org kaya, estet bykkan. Zaman dulu kan nak travel guna kete kuda. So perjalanan derang mkn masa. So byk la tempat kena berenti.

Alex mula tu tak mo kawin ngan Jordan ni. Tp dah kena paksa (especially nak tlg mak dan org2 yg ada kat rumah dia-butler yg rabun, pembantu rumah yg dah pekak), dia pun terima. And dia ni masih la kanak2. Jordan terpaksa ajar dia satu2 pasal love ni (especially sex la kan...hahaha). Jordan kalau sblm ni semua pompuan nak tido ngan dia kan (he's charming of course and also person with title), but dengan Alex ni buat dia rs tercabar. Tu yg dari tak suka jadi makin suka kat Alex.

Masa derang naik kapal dan berlabuh kat port, Jordan kena pukul dan diculik. So masing2 (Alex and Jordan's family) ingtkn dia dah mati sbb derang dpt maklumat yg kapal yg angkut Jordan tu dah karam. So Alex yg dah makin cinta sama Jordan tu sedih la kan.

Mula tu dia plan nak balik kg jer, tp mak dia lepas dpt duit, dok travel kan, so dia dah takder sapa dah. So nenek Jordan ni kesian kat Alex, minta dia stay jer ngan dia. Tp sbb derang ni org kaya, dan Jordan ni bertitle (scr tak langsung Alex pun carry the title gak as Dutchess), Alex ni perlu diajar pasal protokol, how to dance in ballroom dan mcm2. Lelama Alex ni jadi sorg wanita....

Sbb nak selamatkan Alex, nenek Jordan suggest utk Alex kawin ngan sepupu Jordan, Tony (Alex rapat ngan Tony and family and Tony carry Jordan's title after Jordan died). On the day derang pi church utk kawin, Jordan berjaya escape dan larik pi selamatkan bini dia dan menentang perkahwinan tu.

Selama ni Jordan dok pikir Alex tak suka dia, konon bertepuk sebelah tgn. Tu la kan, ego sgt kan. Walaupun dia tentang perkahwinan tu, tp still dia tak ngaku perasaan dia. 

Dan makin la dia sangsi ngan bini dia sbb dia igtkn bini dia tak suka dia, dan komplot supaya dia mati then dia leh kawin ngan Tony (of course dia jeles ngan Tony sbb bini dia lagi rapat ngan Tony). And dia budget Tony tu komplot ngan Alex utk bunuh dia supaya dia leh carry the title.

Pelbagai incident berlaku sbb keegooan Jordan. Alex yang mmg dah sayang laki dia, rs sedih sgt. And at the end, ada incident berlaku yg akhirnya membongkar sapa yg sebenarnya nak bunuh Jordan. Nak tahu lebih lanjut? Baca sendiri la beb....tak syok la kan kalau awal2 dah tahu kan.

For me, citer ni best sbb kelakar ada, sedih ada, geram ada. Utk baca buku ni, aku dok imagine byk muka2 pelakon yg sesuai supaya dpt menjiwai watak dlm citer ni supaya pembacaan lagi menarik... tak tahu mana sesuai but I just imagine this two.

Laki muka stone, Kiera kkdg blh buat gaya budak2 (source: Pride and Prejudice movie)

Twilight - Stephenie Meyer


Buku ni sebenarnya dah lama beli, since last year during International Book Fair. Tp dok baca sikit2. Baca dua tiga chapter then tutup continue buat benda lain. So takes time to finish this book.

Bila membaca novel, I like to imagine the person in the book. Bila dia ckp hero and heroin mcm2 ni, so aku suka imagine how the look like. Supaya dgn ini, pembacaan menjadi lebih menarik. 

Masa start baca buku ni, I cant imagine how the hero or heroin looks like. So bila dah start kuar, I stop reading the book, and continue to watch the movie. I love the movie version. Kalau semua org tergilakan si Edward itu, but for me, I prefer Dr Cullen..hehehe

So bila movie udah dlihat, its easier for me to imagine the person involved, the set, the environment, the cars and etc. So bila membaca, I already can imagine the situation. So lagi membantu utk membaca dengan jayanya...

Tp one more problem, sbb dah tgk movie, dah jadi malas nak continue the book. Tu yg makin ambik masa utk abiskan buku ni. Yg ni pun lom abis, aku dah continue baca buku lain..hehehe. So after abis buku satu lagi, paksa gak abiskan buku ni.

Perlu ke buat summary? Rasanya semua org tahu jln citer dia camner kan. How Isabella dtg ke Forks dan jumpa ngan Edward satu family yg merupakan keluarga drakula yang practice tak mkn human blood but animal blood. 

Keluarga Cullen si drakula tak kawan ngan org, kawan sesama dia jer. Tp Isabella si curious mula berkawan ngan Edward yg berminat utk berkawan ngan dia setelah dia rs Isabella lain dari yg lain. Dan the only person yg dia takleh baca mindnya. Itu tarikannya.

Novel dan movie tak byk beza. That's the one yg I like about the movie. Tak byk jauh ngan novel dan novel as usual more details. 

My suggestion, sbb movie tak jauh beza gan novel, so better tgk movie first then baru baca novelnya. Sbbnya bila membaca, kita dah blh nmpk situation dia. More interesting when reading.

I'm looking for the next novel of twilight saga: New Moon.

Hensem kan si Dr Cullen tu..hehehe





The best part of the movie that I like most is when Cullens family play softball. Suka la tgk derang main ngan musicnya. But I cant find one. Malas nak mencari benarnya...hehehe

More: got to the Author website

Tuesday, July 13, 2010

ZZZZ

Damn I'm so tired and sleepy today. I can't concentrate on my work today. Can i take a nap for a minute or more?

Friday, July 9, 2010

Perbualan yang aku selalu elakkan

1. Kawin


Dengan umur tua cam aku ni, topik biasa ditimbulkan benda ni lah. Aku sebenarnya ok jer citer pasal benda ni. Yelah, aku pun gatal gak nak kawin, tp dah takder rezeki jumpa jodoh aku, nak wat camner kan. Walaupun pernah la kawan aku perli kata aku ni tak usaha, tp usaha takat mana aku nak kena buat? Nak pi menggatal kat mana? Chatting?? Or NOOO... aku tak minat chatting. Nak2 ngan org yg aku tak kenal sapa sekelilingnya dan tambah2 plak zaman sekarang ni dah jadi macam2 kes. Tak mo la aku kalau apa2 jadi kat aku.
Yang buat aku nyampah sbnrnya, bila tang citer jer benda ni, ada jer org yg suka suki tuduh aku memilih. Eh, tak tuduh pun, tp mmg aku memilih. Jappp, aku tanya korg2 semua la kan, ada ke org tak memilih masa kawin? Tu yg jadi sampai nangis2 bila mak ayah dia jodohkan dia ngan org lain, tak ke nama nya dia memilih?? Memilih utk tak mo kawin ngan pilihan mak ayah dia..
Korang tak yah la dok kata kat aku memilih. Mentang2 la aku ni dah blh join geng2 andartu, suka suki jer tak bagi aku memilih. Korang blh pilih, tp time aku tak blh pilih plak.Pesal? Sbb umur aku dah lanjut, aku kena jer kawin ngan sesapa yg ada? 
Kalau aku suh ko kawin ngan aku, tak pun suh jer laki korang kawin ngan aku, camner? Apa perasaan korang? Nak ker? Tahu plak marah, tahu plak kata takleh... Tu maknanya aku kena bersikap memilih. Memilih utk tidak ambik laki org sbg suami, pilih jangan ajak korang kawin ngan aku...
So tak yah la nak kata2 kat aku, jgn memilih bab2 kawin tu. Tgk balik dan tanya balik diri korang sblm kata kat aku.
Tp.....kalau korang kata memilih SANGAT. Yes..ok....
Bagi aku memilih tu perkara wajib, tp jgn la memilih sangat. Cam aku cukup la org tu igt Allah. Yelah, bila igt Allah, insyaallah dia tahu tanggungjawab dia sbg hamba Allah, sbg suami, sbg bapa, sbg anak...
Tp ada gak bila aku ckp aku nak asalkan org tu smbhyg, ada la plak org yg ngaku dia Islam ckp, kalau nak laki smbhyg, kawin ngan ustaz. Allo....ustaz jer ke kat dunia ni smbhyg? Kiranya ko ngaku ko tak smbhyg la yek? Apa la punya ayat..Cam menghina diri sendiri sebg seorg lelaki Islam jer.
Aku bukannya jenis memilih sgt. Yelah sedar la diri sendiri kan. Cam la aku ni lawa nak org hensem, cam la aku ni baik nak org alim ulama kan.. Cukup lah satu tu jer. Pun dah ok. Aku sedar aku ni ntah apa2, so aku tak mo bila kawin ngan org teruk dari aku, aku jadi lagi ntah apa2. At least up sikit dari aku pun dah ok dan ada intention utk berubah.
Cam member aku, yes dia melampau memilih. Spec dia: nak laki yg pakai spek sbb nmpk genius, nak laki yg kalau pakai kemeja yg dilipat tgnnya, nak yg pandai speaking....aku cam..wehhhh benda2 tu menjamin masa depan ker? Skrg kawin yg jauh beza apa yg dia nak...tp yg tak syoknya, sibuk plak suh laki dia ikut apa yg diidamkan dan tak pasal2 jadi stress dlm rumahtangga..Aduhaiii

2. Duit

Tak suka bila org kata.."gaji tinggi, duit byk, tak byk tanggungan..bla bla bla"... Camner plak dia tahu pasal peribadi aku yek? Camner tahu brp byk gaji aku? Berapa byk duit yg aku ada? Brp byk tanggungan aku?
Semata2 aku takder anak, ko assume aku takder tanggungan? Bila aku ckp, aku masih ada bapak...Blh plak jawapan dia, adik beradik lain ada kan? Abis tu nak suh adik beradik aku yg lain jer tanggung ayah ngan adik2 aku? Aku blh rileks goyang aku enjoy? Kalau adik beradik aku yg lain kekawan dia ckp cam aku gak....abisla ayah aku ngan adik2 aku menangis tak berlagu. 
Aku ni bukannya org kaya. Aku mmg dari kecik, membesar dlm suasana miskin. Mak ayah aku bukan jenis berduit dan bukan jenis berharta. So kitaorg sedar sapa kitaorg. So bila kitaorg dah berduit ni, its our tanggungjawab utk sara hidup parents kitaorg, adik beradik yg lom bekerja lagi. 
Korang tak tahu situasi aku hari2, blh korang ckp aku ni byk duit, kaya, takder tanggungan? Kalau la 24/7 korang dok sblh aku, tlg kira duit aku, tlg pikul masalah kepala aku, nak gak tahu apa kata korang.
Tp yg kelakar bila kita bls balik kat dia, awak la gaji byk, duit byk..(pump sikit bg dia up)...dan2 jer ckp, eh mn ada, duit tak cukup, tanggungan byk bla bla bla...tahu plak bela diri....
So aku tak tahu apa hal ngko, so jgn suka2 kata cam ko hidup 24/7 ngan aku. Kalau ko kata aku tak tahu masalah ko, cam aku la gak, ko tak tahu masalah aku. So full stop.

Thursday, July 8, 2010

Perasaan aku hari ini

1. Aku ngantukkk....

.... sebab mlm td aku tidur kul 1 pg dan bangun kul 4 lbh utk bersahur dan langsung tak tido sampai skrg. Aku mmg elakkan tidur selepas Subuh.

2. Aku lapar................


........ sebab aku posa..Sabar, jgn lemah iman..


3. Aku tensen........


..... sebab internet lembab. Asyik kena refreash jer


4. Aku lemah semangat..........


......sebab aku buat programming asyik la tak jadi cam yg aku nak...


5. Aku malas..........


......sebab aku mmg pemalas....Nak balik melepek depan tv blh? Hehehehe

Wednesday, July 7, 2010

Laaaa....

Semlm pose. Sahur dgn sandwich sardin. Balik keje smlm tetiba teringin lagi mahu mkn sardin. So pagi ni buat lagi sandwich sardin. Bawak utk breakfast kat ofis. Bawak 6 keping (3 pasang....roti pun main pasang2 gak yek? ke 3 kapit??). So mkn ngan rakusnya kesemua + semug oat. Kenyanggg..burrppp

So tghr td member ajak lunch. Perut ku penuh, so terpaksa tolak ajakan itu. Semua org pi mkn, aku melangut kengantukan depan PC ni. Suasana sunyi sepi, mata makin mengecil...Ku lihat jam di kotak screen depan mata. 1.33 PM.

Aku ambik bantal, letak atas meja. Kuletak kepala, ku pejam mata. Dan ku angkat kepala, ku cuba ubah kedudukan.... Dan nampak salah sorang kawan masuk bilik...Ajat di hati nak letak kepala balik, tp cam mls.

Tgk jam kat screen depan mata. Whatttt!!!!!! 2.01 PM??? Tetiba aku terpandang kawanku yg keluar mkn td terpancul kat cubicle dia. Laaaaa derang semua dah balik mkn dah pun..





Rupanya aku tertidoooo...(camner leh aku tak sedar aku tido yek??)

Friday, July 2, 2010

Afgan - Padamu Kubersujud

Tadi dok tgk citer Janji Kekasih (ke Kau Kekasih?? nampak no aku bukan penonton tetap). Then lagu tema dia lagu ni. Biasa gak dgr tp tak tahu sapa nyanyi. So abis citer, tunjukla si Afgan punya video klip. SO terus la aku carik lagu ni. Rs menusuk kalbu aku...hehe

Lirik

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu ya Allah
Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa
Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
saat kau limpahkan
karuniamu dalam sunyinya aku bersujud






Sesapa nak download, pi ke link ni: CLick here

Thursday, July 1, 2010

Kenapa perlu ikut org?

Apa yg aku ckp, aku tulis....byk aku ikut kepala aku sendiri. Kalau org minta pendapat aku, aku suka letak diri aku kat situasi tu dan cuba luahkan pendapat apa yg aku rs kalau itu yg terjadi kat aku. Itu pendapat aku...Takder kaitan ngan org lain pun...

Dan aku tak ckp pun, apa yg aku ckp tu betul ke salah. Sapa rs betul, betul lah, dan sapa kata salah, salahlah. Ikut suka hati korang. Tak pernah pun aku kata, apa yg aku ckp ni 100% betul. Dan aku jer betul, org lain semua salah. Dan aku sendiri pun tak pernah paksa sesapa pun utk terima pendapat aku dan ikut apa yg aku ckp. Masing2 ada otak utk berpikir baik buruk dan blh pikir apa yg terbaik utk diri sendiri...Dan kenapa perlu kita ikutttttt jer kata org?

Bila aku berkata apa, itu hal aku. Jgn samakan hidup aku ngan hidup korang. Tak pernah aku kata semua org sama cam aku. Dan tak pernah pun kata aku ni sama jer cam korang.. Setiap org berbeza. Dah badan pun dah berbeza kan.

Kalau aku kata aku tak mo benda tu, pesal plak nak kata, eh org lain semua nak tau benda ni.. Tu org lain, ni diri aku. Dah aku kata tak mo, tak mo la.. Pesal plak aku kena ikut org lain?

Kalau aku kata aku suka buat benda tu. Pesal plak nak kata, eh, org lain semua tak mo buat benda tu.. Tu org lain, derang tak mo, pesal aku plak kena ikut tak mo gak.

Kkdg kita rs kita ni dah betullll sesgt, bagussss ssgt, dok la nmpk org lain salah. Padahal org lain pun sama gak ler. Nampak derang jer betul, bagus, tp nmpk kita yg pincang byk. 

Aku suka baca satu keratan kartun masa aku pi surau kat UPM. Ada satu watak tu tegur kawan dia, then kawan dia ckp la, eh, dia pun tak sempurna, nak tegur org? Then ada watak sorang ni tegur la, dia ckp, kita semua ni tak sempurna. Dan smmgnya patut saling tegur menegur. Nak tunggu org yg sempurna yg tegur, sampai kiamat pun takder.

Bila pikir, mmg pun kan. Ada ke dlm dunia ni org sempurna. Aku ambik ayat positif. bak kata HM Tuah, musuh kita adalah ibarat cermin diri kita. Dia yg nmpk apa yg buruk diri kita. Kalau sahabat, dia akan memperkatakan hal2 positif sahaja. Tp musuh, akan ckp benda negatif...so dari situ kita leh nilai diri kita, muhasabah diri kita.

For me, tak kisah la sapa yg nak tegur aku. Perlu ke hanya ustazah yg bertudung litup nak tegur aku? Tak semua org nmpk pincang kita, kkdg org yg jahil nmpk pincang kita. So tak salah utk dia menegur walaupun diri dia sendiri pun nmpk pincangnya. Yg penting, kita perlu buka dada kita utk menerima kritikan..

Peaceeee!!!