Thursday, September 2, 2010

Arisa Eriza - Bini Aku Tomboy Ke?


Aku baca buku citer ni. Beli sblm puasa ari tu, bila yek? Nak kata lama, takder la lama sgt kan. Aku kan jarang beli buku citer Melayu sbb cam klise, citer sama jer, laki kaya, pompuan susah, dipaksa kawin kontrak, then tak jadi cerai sbb dah sayang menyayangi and bla bla bla..

So ari tu ternmpk kat Popular. Nampak cam menarik sbb teringat citer apa yek aku pun dah lupa tp still igt cover dia camner. So aku budget citer dia menarik cam citer tu dan aku nmpk pun cam jalan citer dia lain. Tp masa kat Popular aku tak beli sbb masa tu duit tak cukup..hehehe

So masa pi Alamanda one day, aku nmpk dan aku dan adik sesama beli buku citer Melayu (aku tak mo beli buku English sbb ada byk lagi lom baca). 

Aku baca separuh kot. Aku kan kalau membaca, aku suka visualizekan benda tu. Baru aku leh fhm jalan citer. Even kalau aku study buku2 ilmiah pun, aku selalu mengimaginekan benda tu supaya aku fhm. Sbb tu masa aku ambik Master, aku dpt bagus nyer result sbb ada org yg rajin melayan kerenah aku utk terangkan pada aku hingga aku fhm. Thanks fren (cam la mamat tu baca blog aku..hahaha)

Bg pendapat aku la kan, masa aku mula2 baca tu, ok lagi..tp bila lama2 cam mengarut jer. Hahaha...Dan makin lama makin tak best. Dan ada part yg tak perlu pun masuk, cam takder kaitan sgt pun, even kalau buang org2 tu, jln citer tetap tak berubah pun. 

Tu yg aku baca sekerat jln jer. Then aku tinggal. Cuma dua hari lepas jer sbg ambik syarat, aku abiskan gak. Tu pun skip2. Walaupun skip2, tp fhm la citer dia dari awal hingga akhir.

Kalau ikut pendapat aku, citer ni tak best. Mungkin dari berjuta2 org, aku sorang jer yg tak suka kot (tak kisah la sbb aku yg tukang kuar duit kan?). 

But utk review, citer ni pasal pompuan tomboi ni anak datuk (standard kalau cun jer anak datuk..hahaha. Xder ke citer pasal gadis kampung bercinta ngan laki kampung yek?). So kenal Abg Din secara tak sengaja yg igtkn dia ni laki. So Abg Din ni dah terjatuh cinta ngan Zack (si tomboy) and dia budget dia ni dah gay ke apa kan dah suka sama lelaki.

Then org gaji Zack, Arin pun minat kat Zack sbb igtkn dia laki. Sampaila terjumpa IC Zack yg dia pompuan. So Arin frust dan bengkek ngan Zack sbb igtkn Zack tu tipu dia. Dlm masa yg sama family Zack nak jodohkan Zack ngan member dia sendiri, Azim. Azim ni playboy, tu yg Zack takmo. 

Pasal Abg Din plak, dia menghilang jap sampaila jumpa balik ngan Zack masa bercuti kat PD. Then derang bercinta dan plan kawin (masa ni Abg Din dah th la dia pompuan masa Zack pakai baju pompuan jumpa ngan dia). Azim ni plak, dia rs dia dah jatuh cinta kat kawan sendiri. Tp dah Zack pilih Abg Din.

Zack kawin ngan Abg Din, tp mlm lepas nikah, derang accident. So Abg Din meninggal. Azim sbb sayang kat Zack, dia pun ajak Zack kawin. 

Nak citer lelbh, baca sendiri la syok sikit kan....

Wednesday, September 1, 2010

Exchange Gift Sempena Raya

Aku join main exchange gift sempena raya ni dengan ahli forum IG. So ni la hasilnya, aku dpt dari partner aku, MummyKD


Hadiahnya berupa:

Kotak tisu - cantik..


Kad raya dlm bentuk frame gmbr...besar tau kad raya ni...hehehehe..akan ku letak kat dlm bilikku..(takleh nak letak kat ruang tamu sbb takder meja selain meja makan..hehehe)

cadar utk queen size.

Thanks ssgt kat MummyKD. Suka sgt dpt hadiah ni. Tak trpikir pun dpt awal dan merupakan org pertama kot dpt hadiah dari partner. 

Utk my other partner (partner yg bakal dpt my hadiah), aku dah htr dah td. harap dia suka la kan. Risau jer kalau org tak suka. Ari tu my prtner ckp dia nak hias rumah dia, so harap2 hadiah tu dpt la ceriakan rumah dia....Insyaallah...

Tuesday, August 31, 2010

Selamat Menyambut Kemerdekaan yg Ke 53 pada semua rakyat Malaysia


Semoga kita hargai negara ini kerana kita dilahirkan di negara Malaysia bukan di negara yg penuh dengan penyeksaan dan kesedihan...

Jurnal puasa

Sbnrnya post yg kat bawah ni, dah lama dah taip. Tp tak publish2 pun. Asalnya tersilap tarikh, tp mls nak edit, terus save jer without publish.

Kansel nak buat jurnal sbbnya, tiap2 hari benda yg sama jer buat. Takder beza mn pun antara ari2 lain. Pagi bgn sediakan sahur dan Subuh...then bukak pose....

Cuma beza skrg ni, bila ada masa aku masak utk buka. Dan yg bestnya aku dah reti dah masak Siakap Masak Sweet Sour...hehehe..benda senang jer padahal, aku jer lom try...

Dan satu lagi, cuba buat kuih yg arwah mak pernah buat utk kitaorg...Try buat smlm, syukur menjadi cuma a little bit keras. Kena lembutkan sikit lagi...

So bulan ni byk ajar aku pasal masak memasak... Rasa best sgt dpt bljr masak. Ni buat aku lagi rajin masak bila tgk adik2 mkn. Yelah beli kat luar rs bosan. Asyik lauk sama...

Esok nak kena tgk resepi apa yg blh dimasak.. So balik keje leh gi beli bhn masakan...

Puasa - Day 3

14/8/10 - 4 Ramadhan 1431

Dah mmg tugas aku la kot, sebg kakak dlm umah tu, aku la kena bgn awal pagi sediakan mknn utk bersahur. So pagi ni pun aku bgn sblm kul 4 utk siapkan sahur. Xder menu menarik pun, skdr telur kicap jer. Ngantuk weh nak masak yg best2. Adik2 aku senang, semua derang tibai. Kalau dpt yg byk ckp, sila masak sendiri (adik yg selalu komplen mujur pandai masak).

Rutin aku tahun ni, lepas sahur, aku tidur jap then bgn utk Subuh dan selalunya lepas Subuh aku akan tidur balik. Tp ari ni lepas Subuh, aku layan internet sampai kul 10 pg. Mata padahal ngantuk giler2. Aku sedar dah kul 10 pun sbb bunyi motor adik laki aku htr kakak dia pi keje. Dan2 tu gak aku terus tidur.

Bgn tidur, plan utk ari tu, konon akan pi Jusco beli barang, then kemas rumah, byk punya plan la... Sekali satu hari aku melepek jer atas katil. Mujur kul 3 lbh aku sedar diri, cepat2 bgn mandi, smbhyg then msg adik aku tanya dah balik ke belum. Rupanya adik aku dah lama dah balik ngan bos dia.

Ajak dia pi Jusco beli barang. Beli lauk pauk mentah dan plan nak masak ari tu. Sampai umah, tetiba jadi kemalasan utk memasak, so adik lelaki sorang lagi tu (kebetulan dia balik smlmnya dari outstation) gi beli la lauk utk berbuka.

Nasi kitaorg masak dan menu berbuka ari tu adalah ayam masak pedas. Tp aduhaiiii, rugi tul la beli. Ada ke org tu jual ayam busuk. Sampai melekat busuk kat tgn kitaorg. Tensen tul. Kesian adik aku sbb abis duit tp kitaorg takleh mkn. Mujur ada lauk lain yg blh di mkn ngan nasik tu.

So mlmnya, aku berjaya terawih gak. Dan merupakan malam yg tensen. Apa tak tensennya, bbdk blh main2 ulang alik, gurau2 kat depan saf kitaorg. Padahal kat surau tu dah ada notis, suh mak2 yg bawak anak2 ni dok saf blkg, so takder la kacau org lain kan. Tp ni mak dok kat saf dpn2, budak2 biasa la kan, dia nmpk kawan dia, so kejap pi ke dpn, kejap ke blkg. Kepala aku rs berdengung jer masa sujud sbb derang jln sambil hentak2 kaki. 

Lps smbhyg, minah sblh aku tangkap bbdk yg buat hal tu, nasihat kata jgn lalu dpn org nak smyg. Ada plak yg sorang ni sentap bila kena tegur..Aduhai...Kitaorg yg dok satu saf ni mmg tensen sgt, dan merungut kat takleh nak khyusuk. Yg geram, mak budak tu tak marah pun anak dia. Tgk jer...tak tahu la dpt ke pahala aku ari tu...huhu


Tuesday, August 17, 2010

Puasa - Day 2

12/8/2010 - 2 Ramadhan 1431

Cam biasa aku akan bangun awal pagi untuk masak utk adik2 (terasa cam mak2 plak..hahaha). So menu ari tu adalah ikan bilis goreng masak ngan sos tiram+ kicap dan telur dadar. Blh la kan. Walaupun sakit tgn, tp aku bukannya harap sgt bbudak ni nak bgn awal utk masakkan semua org.

After sahur, tidur jap dan dlm kul 6.30 bgn balik as usual utk semayang. Disebabkan mc, so takder la terkocoh2 sgt cuma cam biasa tugas adalah menghantar adik pompuan tu pi keje. Mujur aku tak keje ari tu. Sbbnya aku tgk bukan main jam jalan. Hahahaha.

After htr adik aku, balik umah jap, main internet, tidur jap. Dlm kul 10 bgn siapkan diri dan terus pi KWSP. Dari ari tu lagi derang call suh pick up cek. Tp setiap kali derang call, asyik la dpt miss call. Asyik tak sempat nak angkat. Bila aku call balik, aduhai, cam bercinta nak tunggu operator pick up. Nak masukkan extension, tak tahu sapa yg call, laktu ext number pun takder kan. Hampir seminggu gakler barulah dpt gi ambik.

Actually masa isi borang dulu tu, akak kat kaunter KWSP tu ckp tak yah tunggu cek, tp derang terus byr ke bank. Tp ni kena ambik cek plak sbb katanya derang dah htr ke bank tp asyik kena reject.

Dalam kepala byk benda dok pikir masa on the way to KWSP Kajang. Dok siap susun jalan dan tmpt nak tuju sbbnya byk benda nak settlekan kat area Kajang dan Bangi. So lepas settle kat situ, aku terus ke Bank Islam plak. Nak kuarkan duit. Lepas settle, pi plak CIMB Bank kat depan PKNS masukkan cek. 

Lepas settle, terus pi kedai beli brg yg aku nak beli (cam tmpt lain takde benda tu, tp sbb ari tu beli benda yg sama kat situ, mls nak carik tmpt lain). Patutnya aku nak pi settle hal ASB aku nyer buku. Tp sbb masa tu dah kepenatan ngan kengantukan tambah tgn pun lom pulih sepenuhnya, terus balik umah.

Sampai umah, melepek jer dpn tv. Terus tido sampai kul 3...hahaha...Bgn jer terus smbhyg Zuhur. Plan nak gi ambik adik then ajak dia gi beli brg kat Jusco, tp kepenatan melanda, so adik laki yg pi ambik dia. Aku terus melepek depan tv sampai kul 6. Kul 6 brlah bgn gi sembhyg Asar...teruk tul.

Makanan utk berbuka, masih lagi dibeli kat pasar kat simpang rumah. Mknn yg dibeli adalah mknn asasi kitaorg daripada tukang jual yg kitaorg dah biasa beli. Mujur kitaorg adik beradik ni bukannya jenis yg berbuka perlu kuih muih. Beli nasik cukup satu borang, then terus balik...Sahur, aku masak.

Disebabkan tgn dah ok utk smbhyg cam org lain, so aku pi terawih. Ramai la plak ari tu dan aku smbhyg kat luar bhgn bawah. So far takder gangguan luar tp byk gangguan nafsu jer..Hahahahah...Biasa la, imam dok baca kat dpn, aku dlm kepala pi sampai London, Paris.....


Monday, August 16, 2010

Puasa - Day 1

Sempena bulan puasa tahun ni, plan nak buat jurnal. Bukan utk sapa2 tp utk igtan diri sendiri. Penilaian diri sendiri. Ada improvement or tak. Hope ke arah yg lebih baik.

Cam tahun 2008 nyer ramadhan, adalah tahun paling teruk utk diri sendiri.. Sbbnya, aku sibuk buat benda keduniaan daripada carik keredhaan Allah di bulan Ramadhan yg mulia ini.

So tahun ni aku nak buat jurnal supaya aku dpt lihat diri sendiri....Insyaallah

First day puasa - 11/8/2010 (Rabu)

3.45 am: Bangun, sembahyang tahajud, masak utk sahur
Sahur: Nasi + Daging goreng kicap + Susu kambing Hi Goat suam
6.00: Tido kejap
6.30: Smbhgyg Subuh
7.00: Sambung tido jap (ngantuk tak cukup tido)
7.30: Bersiap utk htr adik ke tempat keje and pi hospital
8.00: On the way ke Subang Jaya utk appointment ngan Dr
9.15: Sampai kat SDMC, naik tingkat 2, register then pi ke tingkat 5 utk ambik darah.

Abaikan bulu2 itu. Kali ni mamat tu ambik darah aku sampai meleleh2 darah. Ishhh

After that, balik semula ke tkgt 2 (ramai sungguh org ari tu...lama tul menunggu)

12.00++: Masuk bilik Dr. Kena inject. And seperti biasa kena tegur bab berat badan yg makin bertmbah..arghhh tensen.
 Dr: I try to find finest needle for u. Yg I jumpa yg ni.
Siap2 utk inject. Then masa inject
Dr:  I'm so amazed with u because this injection suppose to paling sakit banding yg sebelum ni. Tp you tak menjerit pun. Mungkin sbb dah biasa kena inject kot. 
Me: Really?? (Tp mmg sakit pun tp tahannnnn jer)
Dr: U kena rest dlm 48 hours. So I'll give u MC for 2 days.
Me: Thanks Dr (yihhaaaaa...hehehe)
 Tgn pun dah bengkak

12.30: Plan nak pi KWSP utk settlekan hal KWSP. Tp amatlah sakit tgn yg diinject tu, sampaikan nak drive pun rs nak menangis..Bukan stkt nak drive, nak tekan bukak cermin masa kat tol pun rs nak menangis sakitnya... So terpaksa la terus balik umah

1.30: Lepak kat umah sambil tidoooo (itu je yg mampu dibuat. hanya mampu memanadang rumah yg berterabur itu)
4.00: Sembahyang Zuhur
4.15: Lepakkkkkkk dpn tv
6.00: Sembahyang Asar
6.15: Lepak depan tv sampaila berbuka

So today aku skip terawih. Camner la nak terawih kalau nak smbhyg pun susah terutama time sujud. Terpaksa semayang dok atas kerusi.

Aku bukak plaster masa nak smbhyg zuhur td...Tmpt yg ambik darah tu dah jadi cenggini..Ishhhh ngerinya
Abaikan bulu-bulu itu...