Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan 2011

image

Tetiba aku dah lupa tahun Islam. Teruk tul.

Selamat Menyambut Ramadhan utk kali ini utk semua. Lambat tul aku wish. Sajer jer. Malas nak update blog.

So harapan semua dapat mengambil kesempatan peluang yg Allah bg utk kita mengecapi bulan ni dengan sebaik mungkin. Insyaallah kita tingkatkan ibadah kita utk menjadi hamba yg dekat dgnnya.

Tahun ni aku rs cam ternanti2 masuknya bulan Ramadhan. Punyala dok pikir pasal Ramadhan, Sampaikan aku rasa Jumaat lepas tu lah hari last tak pose. Ari Sabtu ngan Ahad ari tu kawan minta tlg jaga booth dia kat Mid Valley sempena Parenthood Expo. Biasalah aku kan pekerja part time kawan aku.

Ari Sabtu tu spttnya kena pi Mid Valley pg. Tp pagi tu kawan aku msg kata suh masuk tghr sbb dia plan nak suh staff dia masuk tghr utk ari Ahad. So tak perlu derang dtg awal pg. Mujur gak sbb masa tu aku ngantuk giler sbb tak cukup tido.

Sbnrnya Sabtu mlm tu aku termimpi arwah mak. Dlm mimpi aku tu, kononnya arwah mak dtg, suapkan ubi keledek kat anak2 dia. Aku rinduuuuuuuuu sesgt ngan arwah, so aku ckp ngan arwah supaya minta izin ngan ayah aku utk dtg dok umah aku for a few days. Tp cam biasa, setiap kali mimpi arwah, arwah hanya senyap jer. Aku siap merayu2 suh dia mai lepak umah aku. Dlm tgh merayu aku cam baru tersedar yg arwah mn ada lagi. Siap aku nangis2 sbb sedih sgt. Aku terbgn tidur dan aku sambung nangis. Serius, mmg aku rindu ssgt ngan arwah dan rs sedih giler. Teresak2 aku nangis. Bila rs dah puas, aku bgn buat solat Tahajud.

Tghr tu aku pi Mid Valley utk jaga booth. Suka sbnrnya jual2 ni. Tp ngantuk giler sbb tak cukup tido. Mujur dlm kul 9 lbh tu dah balik umah dh.

Esoknya aku masuk shift pg. Mmg awal2 ckp ngan kawan kata nak jaga pagi jer sbb mlm nak gi solat terawih. Harapan aku moga aku tak tinggal solat terawih selagi blh. Agaknya sbb ternanti2 akan ramadhan, masa jaga booth, blh dlm kepala dok pikir nak buka nanti ngan apa padahal puasa pun lom lagi. Hehehehe…perasan padahal br jer melantak donut pagi tu then tghr makan Nandos.

Harapan aku utk bulan puasa kali ini:

1. Solat tahajud setiap kali bgn untuk sahur

2. Make sure abis satu Al-Quran, sambungan yg aku baca sblm ramadhan

3. Solat dhuha selagi masih ada peluang

4. Solat sunat sblm dan selepas isyak

5. Solat terawih

6. Solat taubat dan witir

7. Fokus dalam kerja dan siapkan kerja on time

8. Lebih fokus dalam solat

Itu harapan aku utk ramadhan ni. Hopefully aku dpt capai. Aku ni dahler ntah apa2. Hopefully aku dapat tunaikan apa yg aku rs aku blh buat dan insyaallah dpt menghapus dosa2 aku sblm ni. Semoga Allah menerima semua ibadah2 ku . Insyaallah

Friday, July 29, 2011

Igauan Ngeri

Ni semua gara2 aku baca benda alah ni semalam. Padan muka aku, masih tergiang2 kat telinga aku dia nyanyi.

Pagi td aku bosan dgr radio, so aku pasang cd sambil layan jam. Ujan beb ari ni, sah2 la jam. Mujur di saat aku nak ke kanan, polis dah ada..phewwww..

Ok back to main story. Tgh layan lagu2 kat cd tu, terkeluar la lagu Ronan Keating – Tomorrow Never Comes. Best jer aku layan lagu tu sampai abis.

Sampai ofis ni, after bekfes, lepak dpn pc, tetiba aku teringat lagu Ronan tu. Tp yg ngerinya, kat telinga aku ni, bukan si Ronan yg nyanyi, tp minah tu. Apa kehal la sore dia plak yg timbul????????????

Syoh2…aku kena layan lagu lain la..Dok tergiang2 lagi kat telinga dia nyanyi. Arghhh…

Thursday, July 28, 2011

Berita Gembira Dalam Sedih

Mmg sedih bila Malaysia kalah…tp atleast Safee dan Apek dah usaha yg terbaik..pemain2 yg lain pun apa kurangnya. Tp aku mmg sakit jiwa tgk defender Malaysia..aishhhhhh…What’s happen to them? Walaupun Singapore ramai yg igtkn padang tu tmpt audition buat drama…tp stamina derang bagus cam Qiu Li tu..buncit bukan sbrg buncit….hehehe

Tp dah mungkin suratan kita kalah..dakpelah, try next game. Masa dok tgk td, dada terasa semput, darah rs cam naik ke kepala (padahal sambil tgk bola sambil melantak durian), aku rs cam dah tak sanggup dah utk terus berada di dpn tv melayan kekecewaan. Dan2 jer aku naik atas, masuk bilik gi solat..hehehehe

Dan seperti yg dijangka di dalam hati ketika melihat pemain kita bermain di awal permainan, akhirnya kita kalah. Dakpelahhhh…so next game apa plak yek?

Semalam lak merupakan last game utk aku and frens main futsal sblm ramadhan. Aku ada mention kot yg every wednesday kitaorg akan gi main futsal after office hour. Reason main, utk sharpen and get knowledge and skills pasal futsal and just preparation for next year game kalau kitaorg join la…. And also reason kitaorg main, sajer sebagai satu riadah utk kitaorg.

Everytime kitaorg main, sambil main, sambil tu la mamat2 ni akan ajar kitaorg how to cilok, how to sepak and those things. Best. ada coach yg garang, ada coach yg baik, ada coach yg spesifik pasal tendang jer. Mmg best sbb byk ilmu dpt dari mamat2 ni semua.

So yesterday, suppose ramai la yg dtg. End up yg datang kitaorg ber4 jer sbb last minute semua org ada hal plak. Giler weh semput main 4 org dlm court tu. Blh kitaorg main dkt 10 min br terpikir, dah tak cukup org, pehal la kitaorg main satu court, main half court udah ler.

Tgh2 main, ada la 2,3 org mamat2 ni cam menunggu nak masuk court. Kat situ ada dua court jer. So antara court kitaorg and sblh tu. Tp time kitaorg byk lagi dan court satu lg pun sama. Nmpk derang membazir masa dok menunggu kat situ, kitaorg pun ajak derang join kitaorg main.

Bukan takat 2,3…tp adala kot geng2 derang dlm 6,7 org. Rezeki derang kot mlm tu, kitaorg tak cukup org dan memerlukan org utk main, derang plak bila dicheck booking, takder plak nama derang. So dah alang2 derang dtg dgn cukup gear, tp xder padang utk main, so better spend half hour main ngan kitaorg. And nice game smlm. Selain dpt main tanpa penat sgt cm sblmnya, kitaorg pun dpt kawan baru…Hehehe..Insyaallah plan nak main lagi after raya dgn derang.

Ok dah citer berita sedih, then berita mula2 sedih sbb tak cukup org then jadi berita gembira….ni nak citer berita gembira plak. Walaupun xder la gembira sgt pun tp ok la than nothing.

Smlm dpt info dari kawan (ari tu dia kena panggil ngan ceo sorang2..igtkn apa la…rupanya ceo nak minta pendapat dan cadangan..sian kawan tu punyalah susah nak tido mlm sbb igtkn nak kena tibai ngan ceo hehehe), eventhough derang cantas kenaikan gred pasal kedtgn tu….tp derang bg probation utk bbrp bulan utk tgk kedatangan org tu improve or not. If ok, insyaallah akan diconsider dpt naik gred. Alhamdulillah….

Since derang care pasal kdtgn tu, stkt ni cantik la aku nyer kdtgn. Tak pernah lagi la merah2 dah….Pen hitammmmmm jer :)

Insyaallah, kalau Allah nak turunkan rezeki pada mana2 hambanya, ada la tu..Yg penting kita usaha….

Keep It Up!!!

Tuesday, July 26, 2011

Bila Dah Takder Rezeki

Kat ofis aku, setiap 3 thn insyaallah kalau tiada aral melintang, kita org akan naik gred. Tu pun bergantung kepada boss gak ler. Kalau boss bg lepas, kerja korang pun ok, insyaallah, naiklah gred korang. But spjg aku kerja kat sini dah 9 thn lbh, boss aku ok jer. Every 3 years, kitaorg akan naik gred.

Last year, our Head of Program offer kitaorg semua utk apply utk naik gred. Tak kisah la kurang 3 thn pun, kalau rs diri bagus, htr jer application form kat dia nanti dia panggil interview. But aku tersilap kefhman masa our HoD explain, so aku tak apply pun until la tarikh tutup. Esoknya aku borak2 ngan kekawan lain, rupanya semua org htr kecuali aku dan sorang lagi rakan. Adussssss..kefrustan giler….terasa cam “Apsal la aku tak tanya derang ari tu?”

Dan lagi menambahkan kefrustan aku, sesapa yg apply utk naik gred bawah gred 24, HR approvekan semua. So maknanya semua org yg apply even br 1 year naik pun, dapat naik gak. Arghhhhhhh frustttttttttttttttt……aku ketuk kepala sendiri……..adusssss….rezeki takder.

And this year, suppose dah cukup 3 thn, insyaallah aku akan naik la kan. So boss dah minta aku isikan application form tu dari bulan berapa ntah. So dah isi dan submit dah lama pun kat boss dgn penuh harapan yg tinggi menjulang.

Sekali lagi menghadapi kehampaan bila tetiba tahun ni CEO baru ni bg rules baru plak. Derang korek balik kedatangan dulu2 sampai la ni. Kalau dulu2 dgn CEO2 lama, our kedatangan hanya akan merah bila kitaorg masuk after 9 am. Mmg officially our office hour adalah 8.30-5.30. But kitaorg dpt kelonggaran, at least cukupkan 9 hours per day, and kedtgn akan merah after 9am.

Bila tetiba CEO ni buat rules baru, kdtgn akan merah after 8.30 means 8.31 dah jadi merah, so of course la aku akan fail eventhough aku mmg sentiasa cukup 9 hours working hours dan kedtgn before 9am.

Bila kdtgn menjadi salah satu bhn ukuran utk naik gred, dan aku th aku fail bab tu, so aku awal2 lagi terpaksa la redha. Dan bermula saat rules br tu dilancarkan secara senyap, aku pun terpaksa la berubah. Syukur stkt ni masih lom fail utk sampai before 8.30 am.

Insyaallah kalau ada rezeki tak ke mana dan siapalah aku utk memaksa Penciptaku memberiku rezeki. Mungkin ada kesilapan yg aku buat, sbb tu rezeki tak sampai. Satu pengajaran utk aku supaya lebih dekat pada dia dan menjadi seorg hamba yg lebih baik. Insyaallah

Monday, July 25, 2011

Mari Kita Bekerja

Menjadi tabiat, kalau tgh buat kerja yg memerlukan aku berfikir terutama bila membuat documentation, kemungkinan besar utk aku buat benda2 lagha adalah tinggi.

Cam cthnya skrg ni aku tgh sibuk buat user manual doc, tgh2 buat kerja, aku blh switch jap ke benda lain. Bukan apa, aku jadi cepat bosan kalau concentrate benda2 yg buat otak aku kena pikir lama2. Bila buat benda lagha utk seketika, sekurang2 nya otak aku rest jap.

Kalau aku tak buat gitu, aku akan rs otak cam diperah2 dan bernafas pun rs cam penat. Kkdg kalau tak buat benda2 lagho pun, abis2 aku kuar pi toilet jap, tak pun gi carik makanan hahahah. Cam td, aku turun ke cafe, aku beli pisang goreng RM1, soya cincau satu botol dan icecream. Nyum22…abis…cuma aku kongsi ngan kekawan pisang goreng tu.

Sambil buat keje, aku suka layan lagu. At least takder la stress sgt aku layan kerja dlm keadaan suasana sunyi sepi (bilik aku ni mamat2 ni semua giler keje..hehehe)

Kkdg tgh buat2 keje, sempat lg aku ajak kawan aku chat. Kkdg xder citer apa pun. Citer2 bodoh jer pun. Lps rs dah puas dah, sambung balik keje.

Ni kalau keje2 yg melibatkan doc la. Aku paling bebal kalau nak kena buat ayat. Nak siapkan satu ayat, aduhaiiiiiiiiiii susah weh.

Tp kalau buat keje under pressure, nak2 tetiba kerja tu kena siapkan on time..kiranya last minute nak kena siapkan..ishhh blh plak aku settlekan walaupun kkdg sampai tak tido mlm. Sbb tu aku suka keje under pressure, supaya otak aku pun pressure, cepat sikit berpikir. Kalau keje dlm keadaan longlai…otak aku pun turut lembab.

Aku harap2 sgt, user manual ni siap ari ni. Ni aku bg pressure kat diri sendiri, set target kat diri sendiri. Ari ni wajib siap dan email to person in charge utk review. Hopefully dapat settle.

Ari ni ada meeting utk projek baru. Ari tu dah buat kick-off meeting dan bagi tugasan utk semua project member. But today dpt detailsnya. Dan ari ni aku diinformkan aku dpt dua task yg melibatkan firmware. Task 1 – melibatkan I/O, so kerja aku tak dpt dibuat selagi geng2 hardware tak siapkan boardnya. Task 2 – communication antara MCU ngan server melalui TCP/IP (guna telnet). Semua task ni aku tak pernah lagi dpt. Tp rsnya task1 tu ok lagi, takder la complicated sgt. Tp utk task2, complicated to me but I take it as challenge. Ketua firmware utk projek ni yg bahagikan tugas tu. So mungkin dia rs aku mampu buat kot. Insyaallah aku akan cuba my best.

Another project pun melibatkan firmware gak. Actually task aku dah settle. Tp Project Manager bg aku satu lg task utk disettlekan. Syukur alhamdulillah dah nampak jalannya. Dan aku target, end of next week, everything will be settled. Insyaallah.

Aku sbnrnya tak tahu la apa yg aku merapu ni. Aku td muak tgk documentation yg aku buat tu….hehehehe, dan2 jer bukak benda alah ni, then aku update blog.

Apa2 lah yek…asalkan otak aku clear utk sementara waktu sebelum aku sambung balik kerja.. ;)

Friday, July 22, 2011

Keluar peluh sblm puasa

Aku ngantuk giler skrg ni. Baru balik lunch kat Pizza Hut. Asalnya nak pi JJ nak gi beli bola squash baru. Dah alang2 kuar berdua jer ngan kawan, aku angkut sekali 2 org ofismate aku yg asal dr India ni. Kesian plak derang, asyik melantak mknn cafe tu jer sbb derang takder kereta nak mkn luar dari cafe. Dah alang2 kuar mkn ngan derang, derng la belanja kan? Good decision ;).

Minggu ni dan minggu dpn adalah last utk bersukan sebelum puasa. Skrg ni every Wednesday aku akan gi main futsal ngan member2 ofis. Ok la sbb kitaorg main campur jer laki ngan pompuan, so bila main ngan bbdk laki ni, kitaorg main sambil di ajar oleh depa. So sikit demi sikit kitaorg dptlah skill tu. Thanks guys. So next week adalah minggu last kitaorg main before puasa. Dan kitaorg harap after raya, we will be back in court.

Gmbr cth ambik kat google

Esok pagi aku plan nak gi jogging kat Taman Metropolitan, Kepong sbb kul 10 pg nak kena ambik t-shirt. Aku join charity run ni.

Baju kena ambik esok kul 10 pg – 2 ptg. So dah alang2 pagi kena dtg, baik aku gi jogging terus sambil tu leh la berlatih utk esoknya. Insyaallah ok kot 5km jer pun, dan fun run jer. Harap2 tak pancit. Last week try gak jogging non stop 2km++. Ok jer, tak pancit pun. Berhenti pun sbb malas..hahahahaha. Aku sajer jer join benda2 gini. Sajer memaksa diri sbb aku tahu, kalau aku tak paksa diri, mesti aku malas nak bersukan. Ni pun satu cara daripada aku dok melepek dpn tv dan internet.

Ari tu kawan aku ajak main squash. So insyaallah kalau tiada aral ptg ni kitaorg nak gi main kat P11. Dah lama giler aku tak main. Bukan terer pun, tp main just for fun. Aku ni rules pun byk tak th. Tu yg bila org tanya aku pasal rules, aku terdiam jap. Yg aku tahu pukul bola ke dinding. Hehehe

Gmbr cth ambik kat google

Aku bljr main squash masa aku form 4. Masa tu ada senior ajak aku ngan kawan join this club. Cikgu English yg ajar kitaorg main kat Stadium Negeri. Masa mula2 tu ok la. Rs fun la gak. Mula tu club ni cam takder sapa pun nak join. Seingt aku masa tu aku berdua jer junior, lain2 senior. Lps2 tu kekawan aku start join gak, mula tu aku rs ok. Tp bila aku rs cam derang asyik nak konker jer, lelama aku pun rs bosan. Yelah asyik derang jer nak main dan cikgu bagi perhatian, tensen la kawan.

Last main seigt aku la, tahun 2008 kot. Ni dah berthn tinggal ni, harap2 aku tak lupa la camner main. Last night masa tunggu game bola start, tgk gak Nicol David main. Best gak dan baru th la serba sikit pasal rules dia.

Aku main game2 ni pun, just for fun, sosial dan keluar peluh jer pun. Tp bak kata kawan aku, letak satu target, supaya bila kita main, kita akan jadi lebih baik. Cam main futsal, buat satu target, so bila aku main, takderlah main utk fun semata2 but utk dptkan better skill, knowledge semua. So derang bagi target kat kitaorg, kitaorg main ni supaya game next year, we play better and get better result. Insyaallah.

MAINLAH SUKAN UNTUK KECERGASAN DIRI ;)

Tuesday, July 19, 2011

Kedekut punya org..kan dah rugi

Mahu elak bayaran, kereta dihanyutkan ke laut

KERETA Alfa Romeo mula tenggelam akibat air pasang di sebuah pelabuhan di Portmouth, Britain pada Jumaat lalu.


PORTSMOUTH, Britain - Seorang pemandu di Britain kerugian besar semata-mata dia mahu mengelak daripada membayar tiket pakir berharga cuma £2 (RM9.60), lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang mahu mengelak daripada membayar tiket parkir bertindak memilih untuk meletakkan keretanya secara percuma di tepi sebuah pelabuhan di sini daripada memasuki sebuah kawasan kereta berdekatan.

Pemandu itu kemudian menaiki tren untuk menuju ke London pada Jumaat lalu.

Namun, tindakannya memakan diri apabila keretanya mula dibanjiri air laut ketika air pasang dan beralih kedudukan kerana dibawa arus.

Kereta Alfa Romeo berharga £30,000 (RM145,507).

Polis gagal mengesan pemilik kereta itu tetapi berjaya menghubungi menantunya, Steve Sterling.

Menurut Sterling, bapa mentuanya akan kecewa apabila mengetahui mengenai kejadian itu. - Agensi