Wednesday, March 16, 2011

Bila Perasaan Bercampur2

Ari ni aku balik lambat. Kul 5.15 tetiba aku nyer Project Manager (PM) panggil pi cubicle dia. Nak tunjuk program yg dia buat dah berjaya.

So aku gi sana, tgk output dia. So dia berjaya dpt display output kt LCD, dari USART. Tu dia nyer program. So dia minta aku tunjukkan aku nyer program supaya dia dpt tgk mana aku nyer silap. So aku copy and pass kat dia.

Tp sbb aku nyer program tu cam byk plak nak kena buat oter, so dia create br, gabungkan ngan dia nyer. Dan aku ambik DMM board aku, pasang kat port. Dan wallaahhhhhhhh...jadi. Yesssss

So aku balik ofis dgn dua perasaan:

1. Gembira : Sbb berjaya settlekan main problem aku. Yes!!! PM aku mmg byk membantu, sbb tu aku suka. Kalau aku ada problem, aku leh jumpa dia, dan insyaallah dia akan usaha tlg aku. So aku takder la terasa cam keseorgn dan takderlah terasa cam blur seseorg. Aku amat2 berterima kasih akan kesudian dia tlg aku dan bersabar ngan kelembaban aku ;)

2. Sedih : That's my task sbnrnya. Aku ambik masa lama utk figure out tp dia hanya ambik masa satu hari utk settlekan. Terasa tercabar pun ada dan terasa cam ishhhhhhh lembab dan bodohnya aku. Bg aku, mungkin sbb pengalaman dia yg byk membantu dia, but aku takleh jadikan itu alasan sbb aku spttnya berusaha dgn lbh kuat supaya dpt tunjuk yg aku mampu. Dakpelah, aku akan lebih usaha lagi. Chaiyoookkkk

Target aku: Aku nak ambik challenge yg dia bagi dan nak tunjuk kat dia yg aku mampu buat seperti mn yg dia nak. Insyaallah


Bila...

Penggunaan tajuk ngan "Bila" tu asalnya tidak disengajakan. Aku perasan aku kerap guna Bila setelah post ke 3 atau ke 4. 

Sblm ni aku selalu blur nak tulis tajuk. Tetiba sejak guna Bila tu, ada jer idea nak tulis tajuk apa. Tetiba terasa best plak. 

Oklah lepas ni nak tukar perkataan lain la plak. Tgkla pada next entry. Ada benda nak citer tp tunggu mood dtg.

Bila Tahan Ngantuk


Isnin ari tu, aku tak tahu la ngapa aku ngantuk sgt. Sama ada terlebih tido or terkurang tido, tp aku budget terlbh tido. Mmg aku blur apa yg aku buat mlm sblm tu or ari sblm tu sampai aku ngantuk giler esoknya.

Pagi Isnin dahler datang2 jer takder org, mujur ada member dari unit lain yg lom bekfes so ajak dia bekfes sesama. Kalau tak aku kebosanan tanpa rerakan makan terutamanya (cam tak biasa balik rumah semata2 utk mkn dan tido..hehehe)

Tghr tu budget nak balik umah tido. Tp dlm masa yg sama mls nak drive balik umah. Otak dok pikir konon nak ilangkan ngantuk dgn pi kuar ngular. Lagipun tgh dpt idea nak beli raket badminton yg ada jenama utk lawan nanti. Aku sbnrnya bukannya reti main pun. Suka hati jer pukul. Tp ni sbb kawan aku ajak main, laktu pikir rugi plak byr yuran kelab tp main sekali jer kan, so join jelah utk meriahkan suasana (cam la aku ni org ambik port sgt..hidup ke tak xder org peduli pun..hehe). 

Kt rumah ada raket tp jenama Mydin yg rega Rm10 - 12 jer. Bulu tangkis plak beli yg paling murah masa tu, siap warna warni lagi. So utk lawan ni, segan la kan nak bawak yg tu. Dahler aku dgr citer org lain guna yg mahal2 siap ada tu beli raket yg rega seratus lbh..Fuuuhhhh.

Kebetulan tghr tu kawan aku laki bini nak pi Jusco. Aku ni biasalah, selalu jadi penyibuk..dari dulu sampai skrg..hahaha...So aku ikut depa pi Jusco. Derang ada urusan lain, aku ngan urusan raket aku. 

Dgn mata still ngantuk tp dipaksa tahan, aku jumpa la raket yg murah dan ada jenama. Raket jenama Carlton dgn rega RM35.90. Kira jenama la kan tu. Tu pun aku rs dah mahal dah tu. Aku nyer budget RM30 ke bawah jer hahahaha

Lps jumpa raket, kitaorg pi lunch. Lps lunch igtkn ngantuk aku akan ilang. Sekali sampai ofis, dgn suasana yg sepi dan sejuk, ngantuk aku cam menjadi2. Aku tunggu jer time 5.30 aku nak blah, konon terus blk tido.

Sekali balik keje, kepala dah start berdenyut. Aduhhhhhh..ciri2 migrain dah timbul. Kul 9 lbh aku tido sampailah kul 12. Kul 12 tu aku bgn mandi2 jap, settle apa yg patut, kul 2 lbh br aku tido balik.

Terbgn kul 5 pg, kepala takleh nak angkat. Rs berat giler kepala. Aku budget sah2 aku takleh pi keje ni. So sambung tido. Terbgn kul 6 lbh, aku rs cam dah ok sikit. So cepat2 bgn mandi dan bersiap. Padahal kepala still denyut.

Pi ofis, after breakfast, kepala makin kuat denyutnya. Otak pun takleh pikir. Dahler kena buat programming. Otak pun blur nak pikir camner nak gabungkan program utk USART ngan LCD. Dahler bila compile, satu2 error kuar. Settle satu error, error lain plak kuar. Issshhhh tensen.

Terus print apa yg patut, inform kat member, aku terus balik umah. Sampai umah, aku tido sampai kul 3. So next time, kalau ngantuk, mmg kena carik port tido. Tak pun worst case, blk umah jap pi tido. Tak tahan la bila migrain tu timbul. Sakit jiwa rs. 

Ubat2 ni selalunya aku elakkan mkn. Bukan apa, ubat2 migrain tu just utk tahan sakit jer, bukan merawat pun. Tak larat la dadah byk masuk badan ni. Sbb tu kalau org tanya aku dah mkn ubat lom, aku suka ignore jer. Hehehe....Kecuali aku dah tak tahu nak buat camner, sakit terlampau, baru aku carik ubat.

Ari ni sisa2 dia masih ada. Tp syukur dah ok dah.

Monday, March 14, 2011

Bila Tiba Cuti Sekolah

Pagi ni malas tul nak bgn. Brp kali dok snooze, dari kul 5.30 sampai kul 6 lbh. Siap ckp kat diri sendiri, "dakper, bunyi snooze lepas ni terus bangun..ni last". Tp bila bunyi alarm, aku pi tekan butang snooze lagi. Hehehehe

Pergi ofis td, jalan still jam mungkin sbb ramai yg pi keje lambat, tak yah hantar anak sekolah. Sampai jer ofis, kereta pun masih kurang. Masuk jer kat basement sbb nak guna lif bawah tu, alahai, byk lagi tmpt kosong, kalau tahu td masuk je parking kat basement. Kat sini selalunya kul 8 jer dah penuh parking. So kalau lewat jer, tak yah la turun bawah carik parking.

Masuk ofis, tgk br ada sorang dlm ofis. Aku pandang sekeliling, org2 yg biasa kul 8 dah terpacak kat sini, semua takder. Aku msg derang, sah derang semua cuti. Alahaiiiiii bosannya.

Aku bukak skype, ramainya offiline. Sah2 la cuti. Mujur tetiba ada sorang kawan nyala, terus ajak dia gi mkn. Kat cafe bawah mmg sunyi sepi, tak ramai org. So kitaorg mkn kat cafe kat banglo sana. Kat situ mknn lebih byk dan lebih murah berbanding cafe ofis kitaorg.

Lps mkn, aku tgk dah ramai sikit org dlm ofis aku. Tp still aku rs kosong sbb kekawan rapat semua tak datang. Aduhaiiii seminggu cuti sekolah, aku harap aku tak lemau ;)

stickernotemerah: aku nak citer benda lain tp sbb ngantuk dan mls, aku buat entry ni

Friday, March 11, 2011

Bila Tiba Masanya utk Berubah

Ari ni merupakan ari kedua training. Rupanya aku silap sangka pasal training ni. I thought its quite boring sbb dgr khabarnya ada prenstation bla bla bla... Its totally WRONG!!!.

Ni trainingnya.

Buku ni sbnrnya dah lama dah dapat. Last 2 weeks kalau tak silap. Dan dalam dia ada byk sticker. Love2 lagi..hahahaha


Actually this training adalah training motivasi. How to achieve your target as a team. Macam mana kita support each other dan bagaimana untuk kita berubah menjadi yg lebih baik lagi dalam make sure keje dapat buat dgn lancar.

Training ni bukan berguna utk kita sbg staff jer, but sbg kita sendiri. Macam mana kita ngan family, friends etc. 

For me training ni mmg best, menarik dan paling penting hilang TENSION!!!.. Penat sbb menjerit dan nyanyi2. Cam semlm kita nyanyi reramai lagu SAMA-SAMA by Freedom dan EVERYTHING I DO, I DO IT FOR YOU by Bryan Adams. Dan today, lagu GEMURUH by Faizal Tahir and our CEO kata dia love this song. Hahaha

So smlm tugasan yang kitaorg kena buat adalah, kena write essay about this training. Tak kisah la apa citer and you will be rewarded. Dan also send message to bosses, family, friends, etc. 
Yes, I did wrote my essay, menceritakan pengalaman spjg berada di company ni. And pagi td, I sent message to Dato Zam (GCEO of TM). And he replied. Thanks Dato'.



Aku training ni bersama2 dgn geng2 management. Dapatlah kenal depa sbnrnya macam mana
1. Our CEO - tak sangka dia willing utk join us main games. Kitaorg pun tgk dia cam staff marhein cam kitaorg ni jer. Participate dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Even pagi td kena submit essay pun, dia datang dgn bawak essay dia dan sama2 beratur dgn kitaorg without first class punya layanan utk mendapatkan tandatangan daripada setiap trainer. 
Mmg berlainan dengan yg sblm ni yg langsung tak nak join staff utk apa2 aktiviti. Seolah2 ada barrier antara management ngan staff. CEO yg sblm yg ni pun bagus. Selalu round borak ngan staff dulu sblm dia duduk tempat dia. Dan kalau ada kenduri staff, selalu jer join.
2. Our CFO -  so hilarious. Ya Allah, aku tak larat giler nak dok sebelah dia. Padahal selang sorang jer, tp aku ngan kawan aku tak larat gelak dgn lawak dia. Ada jer idea. Bila trainer suh pi kat members, dan tepuk bahu kata "I SUPPORT U". Dia leh ckp, tgk org gak ler, kalau pompuan, ckp la "I LOVE U". Hahahahaha

Hopefully dgn training ni dpt memberi perubahan pada kami semua secara umumnya dan utk diri sendiri khasnya. Insyaallah.

Wednesday, March 9, 2011

Bila Sajer Nak Lepaskan Tekanan

Esok dua hari ada training. Dah diberi reminder td yg esok perlu dtg tepat jam 8.30 pg (sila PUNCTUAL!!!). Training dari pagi sampai la ptg. Dan yg paling aku tak gemar sbb esok punya training termasuk dgn org2 management. Yeahhhh..CEO pun masuk training itu sekali. Adusssss.....

Aku lagi suka kalau training tu hanya dari golongan marhen cam aku ni jer. Best sikit utk present ke apa ke. Ni bila geng2 management pun ada sekali, aku rs mesti cam terbantut sikit. Dahler dgr citer training tu akan ada presentation..Huhuhuhu...

Kitaorg nyer adalah 2nd batch utk training ni. Kemungkinan besar semua org perlu join this training tp peringkat demi peringkat. Terpaksalah aku kuar awal esok pagi. Yelah, dahler kat depan umah aku tu jam. So kena make sure kul 8 tu dah ada atas jalan.

So kita chill out kejap ;). Smlm aku rs semacam. Tetiba rs loya. Satu hari aku cam terbau2 benda2 yg buat aku loya. Aku sbnrnya kerap gak bau2 gitu. Tp mmg tak citer kat sesapa pun sbb aku rs nanti mesti org kaitkan dgn benda2 mistik. Tp aku anggap je benda tu takder apa2. Ala..kuasa Allah jauh lagi power kan? So baik kita baca ayat Kursi byk2, pagar diri kita.

Aku kalau terasa loya2 ni, utk elakkan migrain start, so suka layan mkn benda2 masam. So balik keje smlm, aku dah terbayang dah mangga dimakan dgn 'colek' (org kelantan fhm la kot).

So ni la yg aku layan smlm....perghhh menggegar jiwa. Hilang kejap rs loya tu walaupun mlm td still aku terbau benda2 tu. Tp mujur pagi ni, aku dah tak bau.

Mangga muda

Colek (cuka+gula+garam+belacan+cili api)


Bila Terasa Sedih


Aku rasa nak nangis skrg ni. Geram, sedih, sakit hati, semua laaaaaaaaaahhh...

Kenapa?

Sbbnya dari td sampai skrg, aku tak tahu kat mana silapnya, takder output pun kuar. Aku benci tul la. Laktu org2 yg aku nak rujuk plak semua takder... Sakitnya hati.

Aku rs fed up.......so aku rs nak kuar...

Nak kuar ngular utk tenangkan jiwa, agak2 ok tak alasan?