Wednesday, January 5, 2011

PT Time

Mlm ni ada appointment with my PT at 8. Ptg ni ujan so kena kuar awal utk elakkan jam. Tp x awal gak pun sbb tak perasan dah lmbt masa balik td. Mujur lalu jln Puncak Jalil, nampak cam jam teruk gak kat jln Puchong tu. So berjaya gak sampai before 8.

Sampai2 jer, letak bag, minum sat. Sekali ada org tegur. Wahhh berjaya gak jumpa member lama. Padahal dah berapa kali set nak jumpa kat gym, tp asyik la tak dpt2 jumpa. Lama x borak ngan dia. Aduuuh member nak migrate to Italy sbb dpt offer keje sana.. Good for him kan.. Good luck my friend.

So tonight belajar TRX ngan trainer. But before that aku start dgn cycling about 10 minutes, guna level 3 for 5 mins maintan more than 70 utk RPMnyer dan continue 4 mins utk level 2 dan another 1 mins utk level 5. 

Ni TRX... exercise guna tali tu...


Mlm ni byk fokus pada core ngan arm. Penat tp best. Penat kejap jer, tp ok lah. Sampai my PT panggil aku Supergirl..hahahaha... So dia akan bagi makin susah supaya aku tak rasa bosan kalau exercise yg diberi tu bg aku senang.


Cam gmbr kat atas tu la, my PT will tie kat besi tu so aku buat la exercise seperti yg di atas. Antara yg dibuat cam yg kepala botak tu buat dengan pompuan baju biru gelap tu buat (plank). 

So next time tak sure lagi buat apa... Rasanya benda yg sama kot...

Tuesday, January 4, 2011

Sit up

Syukur alhamdulillah, takat ni badan aku dah ok sikit. So hanya concentrate part core ngan lengan jer. Skrg ni byk buat exercise utk core dan salah satunya adalah sit up. Mmg sungguh berguna sit up ni... Dah 2 bulan aku exercise, mmg nmpk ssgt bezanya. Kalau dulu, tak payah wat apa2 dah nmpk dah perut aku berlipat2. Apatah lagi kalau duduk..Senak dada sbb perut tolak ke dada.. Semput kkdg.

Dgn trainer baru ni, kitaorg more kat core lah. Salah satu tips adalah:
Sit up ni lahhh
Korang bgn takat tu jer, akan concentrate lebih kat perut korang. And make sure korang masukkan perut korang ke dalam (ala..cam org tahan perut tak bg nmpk buncit) tp make sure korang tak tahan nafas. Nafas cam biasa. Lagi bagus kalau korang dok dlm kedudukan camni, then kaki straight naik atas, jadi bentuk V. Lagi masyukkkkkk. Cuba la tahan utk bbrp second. Aku ni hanya berthn few second jer, hamstring aku tak kuat la... Lemah sungguh... bengang kat diri sendiri..hehehe

Satu lagi, bljr2 lah masukkan perut korang tu selalu dan nafas cam biasa. Mula2 mungkin tak biasa, lelama ok. Tu pun salah satu cara utk bg tekanan kat core tu. Kalau sesapa biasa guna Fitball, tahula pasal benda ni. Almaklumlah utk fitball, mmg byk guna perut utk angkat bola tu semua....

Sbnrnya byk tips lagi...tp mls nak tulis.. Tunggulah kalau ada tgh rajin lagi.

Korang nak tak perut korang jadi camni? Hehehehe


Ting tong

Sejak dua menjak ni, waktu tido aku ntah apa2. Bukan sbb lain pun, sebab diri sendiri..hehehe..
Kalau sblm ni, sejak my PT kata kita should tido before 12, aku sentiasa make sure aku tido before 12. Tp sejak cuti seminggu ni, aku suka hati jer tido kul brp. Kkdg kul 2 pagi br tido, tp bgn before 7. Sah2 la tak cukup tido kan?

Skrg ni pun sama walaupun dah start keje. Mlm td, aku balik keje, blh aku layan majalah sat, then tertido... Sedar2 dah kul 9 mlm. Terus mandi dan turun bawah. Adik aku ckp, adik aku yg sorang tu panggil aku byk kali sbb nak inform dia ambik beg shopping aku dan dia outstation. Tp aku tak bgn pun.. Nampak sgt lena sungguh aku ni.

So mlm td tido lagi kul 2. Dok main ngan jam, berapa kali ntah snooze. Ari ni ada appointment ngan PT. So balik karang, leh la kot tido awal. Hopefully ari ni kepala tak ting tong cam smlm.

Monday, January 3, 2011

HM Tuah - Nak ke Tak Nak




Buku ni sbnrnya dah lama giler aku beli. Ada la kot 5 thn lepas agaknya. Tp cam biasa la, aku ni baca sprh, then tinggal, lepas tu cam tak best kan baca start tgh2. So start dari awal balik, then tinggal di tgh jln. Bak kata HM Tuah, Nak ke Tak Nak baca sampai abis ni? Hehehehe

Lelama buku ni pun dah lunyai. Mujur tak koyak jer lagi (ke dah ada yg nak terkoyak?). Tp dah uzur giler la... Nampk sgt aku ni teruk kan? X ambik sgt pengajaran kan?

Whatever org kata pasal author ni, for me, aku suka jer baca pasal bab2 motivasi ni. Nak2 kalau gaya tulisan rileks cam ni. For me, siapa org tu, dia bljr takat mn, uni biasa ker apa, yg penting apa yg diucapkan tu kita leh ambik pengajaran ke tak? Apa guna kalau bljr uni top 5 in the world pun, tp ckp ntah apa2, what for kan?

So far, aku mmg suka la gaya penulisan bershj dia. Cam aku baca citer jer. Aku ni tak minat sgt baca ayat2 formal ni. Nanti aku cepat bosan. Cuma kkg masa yg tak izinkan aku baca sampai abis buku2 dia. Mmg berlambak la buku2 dia kat umah aku ni.

Pasal buku ni, bila aku baca, buat kita yakin ngan apa yg kita nak buat. Yg penting, tanya diri sendiri, kita nak atau tidak capai apa yg kita mahu. Kalau kita nak, apa yg kita perlu buat? Apa usaha kita? Bila abis jer baca buku ni, buat aku pikir, apa usaha aku selama aku hidup ni? Nampak sgt aku ni byk tak usaha utk capai apa yg aku nak dlm hidup aku. Hopefully this year, I'll try my best to achieve it.

Ni aku dptkan sinopsis dari MPHOnline. Nak tahu lbh lanjut, better baca sendiri. Sbb dia buku motivasi, bukan buku cerita yg blh kita cerita balik perjlnn kisahnya.

'Nak ke Tak Nak' membawa satu kelainan dalam dunia motivasi tempatan. Jika sebelum ini Dr. Tuah lebih cenderung kepada fakta dan kajian, kali ini beliau memaparkan konsep lebih ringan dengan cara pengolahan yang agak santai. Apa yang menariknya, kebanyakan bab berpaksikan kisah-kisah benar berteraskan teladan dan pengalaman yang meningkatkan lagi tahap motivasi diri anda. Selain itu, buku ini juga memberi peluang kepada individu untuk membina keyakinan diri dan kejayaan tanpa rasa takut untuk gagal. Gagal itu mungkin membuka peluang untuk kejayaan yang lebih besar.
Semuanya terletak pada hati. Kalau hendak seribu daya, nak ke tak nak, jawab sendiri!

Aisha Hamza - Kau Milikku


Start Sabtu ari tu sampai la mlm td, aku melayan novel ni. Mlm td berjaya gak aku abiskan. Buku ni adik aku yg beli. Tetiba Sabtu tu terasa nak baca bacaan ringan, so aku capai novel ni. Byk lagi novel yg lom dibaca. Insyaallah aku akan abiskan satu2 sampai dah takder dah novel yg lom dibaca. Takat ni aku berjaya gak abiskan satu buku motivasi. Dan sikit jer lagi nak abiskan novel English tu. Insyaallah, mlm ni nak try abiskan gak novel English tu.

Pasal citer ni....for me ok lah....Tp still standard citer, mesti Hero anak org kaya, hensem, pakai kete mahal. Susah tul aku nak jumpa citer pasal lelaki biasa2 jer...mungkin nanti musnahlah kot impian semua org kan..hehehe... Mungkin itulah impian semua org, mesti nak yg best2 jer kan.. Standarddddddddddd...

Satu jer kelainan bagi citer ni, Heroin dia digmbrkn sebagai wanita biasa yg mempunyai badan yg besar (aku tgk gmbr penulis dia kat blkg cam gempal2 sikit, mungkinkah dia gmbrkan diri dia? hehehe). Tp masih standard, pompuan tu anak org kaya, dan disukai ramai kecuali awek Hero..

Dan seperti biasa, kalau Hero sebegitu rupa, mestila ada awek cun kan? Standard, model la kan.... Camner kalau tukar plak, awek Hero tu biasa2 jer? Hehehe...

Bila baca citer ni, terus aku teringat tentang citer Korea, My Lovely Sam Soon. Satu2nya citer yg aku rs lain dari yg lain. Pesal aku kata lain? Sbbnya heroin dia badan gempal tp hero hensem, kaya, idaman ramai wanita. Selain tu, satu2 nyer citer yg aku rs heroin pertahankan pakwe dia. Maksud aku, kalau citer lain, heroin dia, kalau bercinta ngan hero, then tetiba awek lama hero dtg, ugut jgn kacau pakwe dia, mesti dan2 tu gak heroin akan menjauhkan diri konon baik sgt la rela menyerah pakwe pada org lain.. Tp yg ni lain, camner pun, pertahankan gak pakwe dia. Peduli la org tu nak rebut camner pun. Yg pasti dia yakin walaupun dia hanya wanita biasa yg so-so.

Berbalik pada citer ni, blhlah layan. Ada la kelainannya bila digmbrkn heroin tu sorang yg biasa2 jer. Ni aku tempek dia nyer sinopsis ambik dari laman web Kaki Novel.

Dizyan Farhana, seorang gadis yang memiliki rupa paras yang menawan tetapi disebabkan badannya yang gempal, dia selalu dijadikan bahan usikan teman-teman sekolah. Tidak terkecuali juga Fezrull Faizal. Bermacam perkara yang dilakukan oleh Faizal dan ahli kumpulannya.

8 tahun berlalu, tanpa disengaja, Faizal dan Dizyan bertemu lagi. Tetapi kali ini di tempat kerja di mana Faizal lebih berkuasa. Demi dendam lama yang masih belum padam, Dizyan disuruh bekerja sebagai pembantu rumah di banglo milik keluarganya. Tanpa disangka, terjadi satu peristiwa yang mendesak mereka untuk bersatu sebagai suami isteri. Adakah penyatuan mereka sebagai suami isteri mampu meleraikan ikatan permusuhan yang terjalin sedari mereka kecil lagi? Adakah wujudnya Ku Zhety sebagai ‘kekasih’ Faizal menyebabkan Dizyan merasa jauh hati atau sebaliknya? Mulanya kebencian dan penindasan semata kemudian akhirnya kerinduan dan kasih sayang bercambah sedikit demi sedikit walaupun pelbagai badai datang melanda. Tetapi, kisah hitam yang terjadi kepada Dizyan menghalang hati mereka bersatu. Lebih sadis apabila bahtera rumah tangga yang dibina musnah tanpa sempat kebenaran dibongkar. Faizal dengan cemburu dan egonya, Dizyan dengan sabar dan redanya. Adakah mereka akan kembali bersatu membina keluarga yang sempurna?

Saturday, January 1, 2011

Happy New Year 2011

Happy New Year to All....Wish this year more happiness than sadness

Friday, December 17, 2010

My last Day with Her

Aku skrg ni ntah ler jadi malas tul nak bercerita. Padahal byk benda nak citer. Tp tgn malas nak karang ayat... hahahaha

Oklah...aku kan join Fitness First dah hampir 2 bulan dah. So selain dapat free 3 session with Personal Trainer, aku ambik jugak sessions with PT. Sbbnya aku cam lost gak kalau pi sana, tp tak tahu nak wat apa. So better grab ilmu dulu ngan depa baru la buat by own. Derang pun mmg kalau blh suh kita independent but mestilah kena tahu dulu basic dia kan.

My target pi FF not for lose weight. Actually for body toning. Nak kempiskan perut yg menggelebeh dan melipat sampai sesak nafas time nak duduk dan jugak utk menghilangkan lambaian di lengan ini..hahahaha

Nak exercise sendiri, stkt jogging, semua org leh buat kan... But for body toning, should have expert la kan. Dan sbg satu discipline. Why? Sbb kalau kita pi sana sajer2, kkdg timbul gak malas..bila dah malas, lelama kita secara sendiri akan start mls bersenam. So bila ada appointment ngan PT, malas ke apa, you should go. Bila dah pi, sah2 la kena wat senaman kan? 

So my PT ni atlet utk KickBoxing and Muay Thai. I learn a lot of things from her. Since dia tahu pasal kick boxing, so once a week kitoarg akan buat kick boxing. Mmg bestttttt...Dan mmg penatttttt..

And she also help me a lot dlm make sure my joints ok balik. Yelah, aku kan arthritis. So far takat ni, tangan aku dah much better. Still rs la sipi2, tp much2 better.

So last night adalah my last session and my last day with her. Actually ada lagi bbrp session with her. Tp terpaksa pass kat her friend (another PT) sbb dia nak resign utk concentrate on her own business. So I wish her good luck and hope her business get a lot of money..hahaha

So this Saturday (or dont know yet when sbb soon-to-be my PT lom call lagi utk set date), I'll train with new PT. Sbnrnya cam sedih gak ler sbb dah biasa ngan former PT tu kan, tp new PT ni pun ok gak sbb pernah gak sekali train ngan dia. Kitaorg pun serasi gak. Dan yg aku suka sbb dia pun tahu pasal kick boxing, so will be no problem utk sambung balik bljr kick boxing tu.

So hope I'll be ok after this.